Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Wednesday, January 28, 2015

Janji kerajaan untuk penepatan semula Mangsa Tsunami Kuala Muda belum dikotakan


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
KUALA MUDA - 28 Januari 2015

Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah menziarahi mantan Ketua JKKK Kampung Tepi Sungai untuk menggariskan semula isu peruntukan penempatan semula bagi penduduk sepanjang kawasan tsunami di Kuala Muda.

Adalah suatu yang mengejutkan apabila En Ismail Osman 59 tahun yang merupakan Pengerusi JKKK semasa tragedi berlaku pada waktu Zohor 26 Disember 2004 mengatakan bahawa sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tdak dilakukan sdbaliknya dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukan perumahan berkenaan.

Selepas tsunami, Menteri Besar Kedah 2004 Dato’ Seri Syed Razak dan ADUN Pantai Merdeka Dr Shuib Saidin (Exco perumahan) telah gazetkan tanah 150 Hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Malah Dato’ Seri Abdullah Badawi ketika itu yang mengisytihar untuk penempatan semula. Akibatnya pemindahan Fasa 1 sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk/lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Keratong (kini rumah kekal/elok). Manakala pihak kami yakni Fasa 2 iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta BERPOTENSI kena tsunami semula. Kami dijanjikan akan diberi juga penempatan untuk mengelak tragedi yang mengundang maut berkenaan” jelas beliau sambil menyatakan bahawa rumah penduduk Fasa dua hanya sekitar 30-50 kilometer sahaja daripada gigir air laut.

Menurut beliau juga bahawa 6 kampung terlibat dalam Fasa 2 adalah Kg Tepi Sungai, Kg Kepala Jalan, Kg Padang Salim, Kg Hujung Matang, Kg Paya dan Kg Sg Yu.

Kami akan terkejut kerana pihak kerajaan persekutuan ketika itu telah membina Fasa 2 di Kuala Muda kepala Batas Seberang Perai (kawasan Perdana Menteri ketika itu) dan bukannya di Kuala Muda Kedah. Sebenarnya 450 keluarga yang berpotensi kena tsunami di Kuala Muda Kepala Batas berpindah ke perumahan baru (dinamakan Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas) akan tetapi hanya 11 rumah sahaja yang musnah di Kuala Muda Kepala Batas malah tempat mereka kurang berisiko sepertimana di persisiran pantai Kuala Muda Kedah.

“ Pihak kami telah berusaha pelbagai cara, menghantar surat ke Putrajaya, malah UMNO cawangan Kg Tepi Sungai telah beberapa kali keluarkan usul agar UMNO bahagian menyuarakan pandangan rakyat dan kehendak mangsa. Kami juga berjaya mendapat maklumbalas daripada JPM kepada JKK pada 19 Julai 2010 dan dinyatakan dalam surat berkenaan bahawa permintaan rakyat dalam perhatian dan pertimbangan tetapi hingga kini taiada tindakan. Pihak kami juga berjaya mendapat surat sokongan Dato’ Seri Jamil Khir” tambah beliau.

“Kami mohon isu ini jangan dipolitikkan dan tujuan pihak kami menyuarakan suara agar pihak Pemuda PAS juga dapat membantu menyuarakan hal kebajikan kami”, tambah Ibrahim Latif (29 tahun ) adik ipar Ismail Osman sambil memuji kejujuran Unit Amal yang membersih rumah mereka tanpa mengambil satu peralatan milik mangsa.

Pihak kami akan terus membantu menyuarakan suara rakyat dan berharap kerajaan mengotakan janji kepada segelintir rakyat marhain ini kerana mereka juga rakyat dan pengundi di Malaysia.






Monday, January 26, 2015

Kenyataan Media - HUKUMAN ROTAN SATU JENAYAH ; MENTERI DINGATKAN PERHALUSI BERDASARKAN BUDAYA ISLAM DAN MASYARAKAT TEMPATAN


IMG_38593285338162
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
26 JANUARI 2015
HUKUMAN ROTAN SATU JENAYAH ; MENTERI DINGATKAN PERHALUSI BERDASARKAN BUDAYA ISLAM DAN MASYARAKAT TEMPATAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mengaitkan hukuman rotan dengan peruntukan undang-undang Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sebagai tindakan yang membelakangkan syariat agama Islam dalam hal tarbiatul awlad (pendidikan kanak-kanak dalam Islam).
Beliau telah menyatakan semalam bahawa tindakan merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga bahawa merotan hanyalah sebahagian budaya masyarakat kita (malaysia atau asia) adalah tidak tepat kerana merotan adalah suatu tindakan berteraskan agama jika dilaksanakan menurut syariat.
Walaupun kita sedar Malaysia cukup sensitif dan bergerak ke arah negara yang selamat terhadap kanak-kanak, namun mengharamkan hukuman seminima rotan tapak kaki dan tidak mencederakan tubuh kanak-kanak adalah tindakan yang sekadar mencetak budaya hidup masyarakat Barat yang membina rangka kerja dalam CRC berkenaan.
Pihak Barat yang percaya dengan kebebasan mutlak dan hak sama-rata yang sebenarnya mencabuli hak ta’dib terhadap.kanak-kanak sebenarnya adalah masyarakat yang gagal mencipta formula sendiri mengurus akhlak dan moral kanak-kanak dan remaja di Barat termasuk Amerika. Atas dasar sekularisme, mereka cuba mencipta formula yang jauh daripada semangat agama mereka sendiri dan CRC adalah sebahagian gambaran worldview Barat dalam hal pendidikan kanak-kanak.
Adakah kita berbangga dengan budaya hidup barat yang sebenarnya telah lama gagal mencetak ‘manusia’ yang berjiwa manusia?
Namun begitu Dewan pemuda PAS Kedah tetap menentang penggunaan rotan tanpa kawalan dan menghukum anak-anak dengan nafsu. Banyak kes penderaan, memukul separuh mati dilakukan akibat pengaruh dadah, alkohol dan kerosakan rumah tangga. Misalnya dalam media tempatan banyak kali melaporkan penderaan hingga maut dilakukam oleh kekasih ibu yang mana suaminya (bapa kanak-kanak berkenaan) samaada bercerai atau terlibat dalam najis dadah.
Perbincangan Konvensyen hak kanak-kanak adalah rentetan banyaknya kes salah guna kanak-kanak, penyeludupan buruk kanak-kanak, penjualan organ, penculikan dan penderaan. Hal sebegini perlu ditangani di peringkat Malaysia melalui rangka Malaysia yang masih memiliki agama persekutuan. Rencah dan resepi meningkatkan hak kanak-kanak perlu dilakukan dalam pemerkasaan rumahtangga umat Islam, mengurus statistik penceraian Melayu Islam yang kian bertambah, mengurus penggunaan arak dan dadah di kalangan umat Islam, mengurus pasangan muda yang ingin bernikah tanpa ilmu yang mencukupi, mengurus hutang isi rumah yang menjadi punca jenayah di kalangan pasangan Islam dan akhirnya menatijahkan penderaan dan kemerosotan hak asasi kanak-kanak.
Pihak kami juga tidak bersetuju jika kes Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden kononnya perlu dijadikan iktibar kerana pasangan tersebut tidak mendera anak, mereka hanya menta’dib anak untuk bersolat dan kebetulan ta’dib itu dilakukan di negara bukan Islam, maka budaya hidup Islam itu dianggap bersalah menurut akta yang digubal berteraskan gaya hidup liberal Barat.
DPPNK berpandangan pihak kementerian perlu mengkaji dan melihat secara menyeluruh penyelesaian isu ini.
Kami mencadangkan sebuah buku yang menarik dan kompresensif untuk ditekuni oleh pihak kementerian iaitu Tarbiyyatul awlad fil Islam ataupun Pendidikan Anak-anak Menurut Islam yang dikarang oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku ini menyarankan pendidikan anak-anak adalah bermula daripada mencari pasangan hidup.
Mohd Nasir Zakaria
Ketua Pemuda PAS Kedah
penderaan-kanak-kanak1
bayi dibelasah
article-14-crc

Friday, January 23, 2015

PEMUDA PAS KEDAH BERHIMPUN BANTAH CHARLIE HEBDO HINA ISLAM

PEMUDA PAS KEDAH BERHIMPUN BANTAH CHARLIE HEBDO HINA ISLAM

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI LAYAR - 23 Jan 2015

Rentetan kebiadaban majalah satira keluaran negara Perancis Charlie Hebdo yang mengeluar beberapa siri karikatur, ilustrasi dan rencana memperlekeh Nabi Muhammad SAW dan syariah Islam, Pemuda PAS Kedah telah mengambil inisiatif untuk berhimpun di perkarangan Masjid Penghulu Him Sungai Layar untuk menyatakan bantahan kepada pihak penerbitan tersebut.

Melalui beberapa wakil media yang hadir, deklarasi Pemuda Pas Kedah membantah tindakan Charlie Hebdo telah diserahkan untuk dihebahkan.

Sekitar 300 anak muda berjaya dihimpunkan dari segenap negeri Kedah bersama playcard dan sepanduk menyatakan bantahan terhadap majalah kontroversi berkenaan.

Mohd Nasir Zakaria selaku Ketua Pemuda PAS Kedah menyatakan perinsip Pemuda PAS jelas iaitu tidak sesekali berkomprami dengan tindakan menghina mana-mana agama. PAS buka sekadar berjuang mempertahan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW serta syariah islam, malah Islam sebagai agama ‘rahmaan lil alamin’ tetap berpandangan tindakan sinikal memperlekeh mana-mana agama adalah bertentangan dengan Islam.







DEKLARASI DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

ISU PENGHINAAN ISLAM OLEH MAJALAH SATIRA CHARLIE HEBDO

23 Januari 2013

  1. Kami Pemuda Islam berhimpun pada hari mulia ini demi menyatakan asa kasih dan cinta kami kepada Junjungan Besar kami Nabi Muhammad SAW yang telah beberapa kali diperolok oleh Majalah Satira Charlie Hebdo yang berpankalan di Perancis.

  1. Kami juga berhimpun kerana mempertahan syariah dan perundangan Islam daripada diperolok melalui lukisan karikatur dan sinikal yang bertujuan menghina dan menjatuhkan maruah umat Islam.

  1. Walaupun Majalah ini hanya dikatakan terjual 20 000 naskah setiap bulan dan hanya mewakili manoriti kelompok haluan kiri Perancis namun ia juga tersebar serata Eropah dan naskhah menghina Nabi Muhammad dijual jutaan naskhah.

  1. Kami ingin menegaskan bahawa

  1. tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menggambarkan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW.

    1. Melukis kartun menghina syariah Islam bukan suatu bentuk perhubungan inter agama yang baik dan sihat sebaliknya hanya mengundang kebencian, kemarahan dan ketidakselesaan sesama warga dunia.

    1. Islam melarang keras sebarang aktiviti menghina sesama agama yang lain.

    1. Charlie Hebdo tidak memiliki sebarang hak atas nama kebebasan bersuara untuk melukis karikatur memperlekeh Nabi Muhammad.

    1. Walaupun Charlie Hebdo menyatakan mereka mengkritik smeua pihak pada pengamatan kami hanya agama ISLAM dan NABI Muhammad sahaja yang menjadi sasaran kritikan, penghinaan daripada pihak mereka.

    1. Para ahli politik, penggiat media, para pendidik, pemimpin masyarakat, artis atau sesiapa sahaja perlu menyapaikan mesej bahawa Nabi Muhammad perlu dipelihara bukan sahaja namanya malah syariat dan sunnah besarnya juga perlu dipertahankan.






Thursday, January 22, 2015

Risalah 1 minit - Ketiga


KENYATAAN MEDIA- TINDAKAN CHARLIE HEBDO MENGHINA NABI ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA SUATU KONSPIRASI BESAR MEROSAKAN IMEJ ISLAM



 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
20 JANUARI 2015

TINDAKAN CHARLIE HEBDO MENGHINA NABI ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA SUATU KONSPIRASI BESAR MEROSAKAN IMEJ ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyedari status Perancis sebagai sebuah negara sekular yang telah menampilkan sikap sekular dan musawah secara borong sejak Revolusi Perancis 1790an telah mengakibatkan lahirnya penerbitan satira seperti Charlie Hebdo.

Di Eropah kini bukan sebuah malah ratusan majalah, digest dan akhbar di Eropah yang mengambil peluang menghina Islam melalui karikatur, penulisan dan komik.

Hal ini jelas bahawa Charlie Hebdo tidak bersendirian membina jaringan menghina Islam dan Nabi Muhammad atas nama kebebasan bersuara dan intelektual walaupunya dikatakan Charlie Hebdo bukan suara majoriti rakyat Perancis, ianya suara kaum kiri yang melakukan kritikan melulu serta memiliki penyokong terhad.

Rentetan penyiaran karikatur yang menghina susuk tubuh Rasulullah SAW, majalah yang berjaya terjual sebanyak 1.9 juta naskah melalui edisi khas menghina Nabi ini telah mengundang tragedi serangan pengganas terhadap pejabat Charlie Hebdo di Paris, Perancis pada 7 Januari, yang meragut 12 nyawa.

Pihak kami berpandangan serangan ini yang dilakukan oleh pihak yang masih kabur identiti dan motifnya ini telah menjadi ‘bola tanggung’ pihak Barat yang anti Islam untuk mengganas terhadap komuniti Islam di Eropah yang kian bercambah bilangan penganutnya.

Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar. Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris.


Kami menggesa kerajaan malaysia buka sekadar meriuh rendahkan istilah wasatiyyah semata mata dengan hanya menyelar serangan pengganas di pejabat majalah berkenaan sebaliknya juga perlu tegas menyatakan sebab musabab keganasan adalah apabila Junjungan besar Muhammad SAW dihina dengan pelbagai cara. Itulah isu pokok yang perlu ditegaskan oleh kerajaan Malaysia dan bukan hanya mengiyakan lidah Amerika yang mengangkat isu serangan keganasan semata-mata.

Pihak kami bersetuju apabila Timbalan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) mendakwa serangan maut di Charlie Hebdo pada 7 Januari lalu adalah dirancang seperti adegan yang terdapat dalam filem. Malah pengarang dan Pakar Pengajian Islam, Dr Kevin Barrett mendakwa tentera Zionis dalam kerajaan Perancis mungkin terlibat dalam serangan tersebut manakala Said dan Cherif Kouachi mungkin dijadikan sebagai kambing hitam dengan tujuan untuk memburukkan imej Islam.

Sementara itu, bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Ron Paul turut sependapat dengan Barrett dengan mendakwa kejadian tersebut adalah operasi false flag yang menggunakan taktik sama seperti insiden serangan 9/11 yang telah banyak dikupas penipuannya.

Kini hak kebebasan bersuara seolah menjadi tuhan di banyak negara sekular. Walaupun Charlie Hebdo memiliki track record sebagai majalah pengkritik isu politik Perancis dan antarabangsa, atas nama kebebasan bersuara juga mereka kebanyakannya menghalakan senjata menembak umat Islam dengan siri penyiaran penulisan dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan sistem syariah Islam. Mengapa hanya menghina agama Islam? Kami juga menolak sebarang penyiaran media yang mengina mana-mana agama kerana ia dilarang oleh agama Islam.

Jelasnya ia suatu perencanaan bukan sekadar menjentik emosi umat Islam, ia juga berhasrat menjadikan kemarahan umat Islam sebagai bahan api membakar umat islam atas nama memerangi pengganas dan inilah yang sedang berlaku.

Rakyat Malaysia jangan hanya ghairah menunjuk cinta kepada Nabi dengan hanya berselawat dan berqasidah semata-mata, sebaliknya kami menyeru agar diadakan solat hajat perdana di setiap kawasan Parlimen. Rakyat juga digesa menganjurkan himpunan aman di serata kawasan masjid pada hari Jumaat ini 25 Januari 2015 untuk menyatakan bantahan konspirasi Barat yang memalitkan muka umat Islam dengan labelan pengganas dengan sebab musabab yang jelas suatu konspirasi.

Nabi Muhammad adalah ikutan,kecintaan dan mempertahankan nabi saw adalah tuntutan terbesar dalam hidup muslim.

Umat Islam perlu menolak agenda keganasan namun ia bukan alasan untuk sesiapa menghina Nabi saw dan sistem serta institusi Islam yang dianuti lebih 1.7 billion manusia pada ketika ini.

Islam tidak pernah membenarkan keganasan, dan tidak pernah mengiyakannya. Lahirnya Islam adalah menjadi musuh kepada keganasan. Malah sebenarnya keganasan global hari ini sebahagiannya ditaja dan dilakukan oleh kerajaan kuasa besar misalnya di Palestin, Syria, Burma, dan di Center Republik Africa serta lain-lain negara umat Islam tertindas.

AHMAD TARMIZI SULAIMAN

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Monday, January 19, 2015

PELAJAR PASTI SUNGAI PETANI MELONJAK NAIK 7.6 PERATUS TAHUN 2015

PELAJAR PASTI SUNGAI PETANI MELONJAK NAIK 7.6 PERATUS TAHUN 2015

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 19 Jan 2015
Antara produk terulung Parti islam PAS adalah PASTI atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas Islam yang telah ditubuhkan sejak era tahun 1980an.

PAS Sungai Petani juga tidak ketinggalan dalam menyediakan institusi pendidikan dan tarbiah awal kanak-kanak ini malah peningkatan jumlah pelajar yang mendaftar di PASTI kawasan Sungai Peani meningkat sebanyak 7.6 peratus berbanding tahun 2014.

“ Pada tahun ini jumlah pelajar yang menyertai PASTI adalah seramai 1114 orang iaitu pecahan umurnya 4 tahun seramai 179 orang, 5 tahun 474 orang manakala umur 6 tahun seramai 461 orang pelajar berbanding jumlah 1035 orang pelajar pada tahun lalu” menurut Saudara Izwan selaku ketua Dewan pemuda PAS Sungai Petani.

“ PASTI menekankan konsep pendidikan seimbang yang menerapkan ibadah, fardu ain, akhlak dan etika, ilmu duniawi dan sains serta kepimpinan untuk melatik pemimpin ummah yang berkualiti kelak. Hal ini bertepatan dengan konsep Tarbiatul Awlad yang disarankan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan seorang pendakwah dan penggerak Islam antarabangsa”, tambah Izwan.

Jumlah PASTI juga meningkat daripada 26 buah ke 29 buah apabila 3 PASTI baru telah dibuka iaitu di Taman Keladi, Bandar Puteri Jaya HillPark dan Bandar Seri Astana.

PASTI Sungai Petani sepertimana PASTI lain di negeri Kedah kini terus berusaha untuk menghasilkan guru yang berkarisma, berilmu dan berkemahiran melalui Kursus Perguruan PASTI, Kursus First Touch sehinggalah menyediakan Kursus Diploma Perguruan PASTI. PAS memang berpengalaman dalam menyediakan sistem Diploma dalaman untuk pemantapan ilmu ahlinya setelah bertahun berpengalaman menyediakan Diploma ILHAM kepada para ahli.

Rata-rata guru sekolah sekitar Sungai Petani berpuas hati dengan produk generasi keluaran PASTI kerana ketrampilan serta kepimpinan yang ditonjolkan oleh para pelajar.
















Wednesday, January 14, 2015

PEMUDA PAS SUNGAI PETANI DAN SUKARELAWAN TABUR BAKTI BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN

PEMUDA PAS SUNGAI PETANI DAN SUKARELAWAN TABUR BAKTI BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 10 Januari 2015

Pada jam 2 petang 10 Januari lalu tamatlah misi Ops Cuci Pemuda PAS Sungai Petani yang disertai anak muda dan belia sejak 1 Januari.


Misi selama 10 hari ini sebenarnya hasil kerjasama antara Jawatankuasa Operasi Banjir Pas Sungai Petani bersama Dewan Pemuda PAs Sungai Petani sebagai menyahut seruan PAS Kedah untuk menumpu misi bantuan di lokaliti tertentu. Sungai Petani telah diamanahkan untuk berbakti mencuci rumah mangsa banjr sekitar Kampung Kroh dan berpangkalan di Masjid Lama Kroh Kuala Krai.

Menurut Saudara Inshomuddin Osman Pengarah Operasi Banjir Pantai Timur PAS Sungai Petani sepanjang misi Ops Cuci ini bukan sekadar hadir sebagai sukarelawan mencuci rumah mangsa banjir yang rata-rata ketiadaan sumber air bersih dan elektrik pada awal air surut, malah sepanjang 10 hari ini pelbagai bantuan makanan, kewangan, pakaian turut dibawa oleh gabungan sukarelawan seramai 168 orang ini.

Misi ini turut disertai oleh mantan ADUN Pantai Merdeka Haji Abdullah Jusoh yag tidak ketinggalan basahm bersumpur dan menghayun kaki dan tangan bersama sukarelawan lain bertugas.

Dewan Pemuda PAS Sungai Petani juga telah menyerahkan 22 biji periuk nasi elektrik kepada ADUN Mengkebang YB Ustaz Latif. pada 9 Januari.

Sepanjang misi ini sebanyak 67 buah rumah berjaya dicuci dengan dibahagi sukarelawan kepada beberapa kumpulan platon kecil.

Rata-rata rakyat tempatan berterimakasih kepada sukarelawan yang bukan sekadar sanggup mencuci rumah mereka malah mengangkut air di sungai semata-mata untuk menyelesaikan tugas mencuci di kawasan tanpa air bersih.

Saudara Izzwan ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan platon Pemuda tidak memilih rumah mangsa, bangsa, fahaman politik atau jenis rumah.
Kami sedia berkhidmat kepada sesiapa sahaja dan ia telah ditunjukkan sepanajang 10 hari kami di sana. Bukan sekadar itu, pihak kami akan menyusun beberapa siri bantuan susulan di mana bantuan pakaian seragam sekolah baru akan menjadi komoditi penting untuk dibawa ke Pantai Timur akan datang” jelas beliau sambil menceritakan suka duka dan kenangan manis bersama rakan-rakan membantu mangsa banjir.


Pemuda PAS Sungai Petani dan warga sukarelawan Sungai Petani telah merealisasikan moto Unit Amal iaitu Beramal Kerana Allah melalui misi banjir dan Insya Allah siri bantuan akan datang sedang disediakan.


















Tuesday, January 06, 2015

SALIMAH KEDAH ANJUR PROGRAM PEMULIHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

SALIMAH KEDAH ANJUR PROGRAM PEMULIHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI- 3 Jan 2015

Suau majlis perlancaran Program Pemulihan Pendidikan Kanak-Kanak Mangsa Banjir Kelantan telah diadakan di tingkat 4 SP Plaza bermula jam 3 petang tadi.

Majlis yang dianjur oleh NGO SALIMAH cawangan Kedah dengan kerjasama NGO MAPIM Utara bertujuan khusu untuk membangun rasarana pendidikan awal kanak-kanak yang bukan seliaan kerajaan.

“ Terlalu banyak premis tadika dan sekolah rendah islam yang dibina oleh pihak swasta tertentu dan kini semuanya musnah terutama di wilayah Kuala Krai, adalah menjadi tanggungjawab kita di negeri-negeri selamat untuk menyalurkan bantuan seperti pakaian seragam percuma, alatan tulis, buku-buku serta prasarana yang musnah”, jelas Ustazah Rubiyah bt Haron selaku Pengerusi Salimah Kedah yang telah enitiskan air mata sepanjang menceritakan kemusnahan prasarana pendidikan kanak-kanak di Kelantan.

Majlis ini diserikana dengan gimik Ikrar Kanak-Kanak islam oleh pelajar PASTI Sungai Petani, penyerahan contoh pakaian seragam PASTI oleh adik Syahmil Hakim Bin Shahrul Mukhtar kepada Ustazah Rubiyah sendiri.

SALIMAH sebenarnya adalah NGO yang dibangunkan oleh bekas-bekas guru yang berkesedaran membangunkan ummah dan membenteras gejala sosial melalui solusi Islamik. Lantaran itu kemusnahan dan kepayahan anak-anak di kelantan amat dirasai oleh para veteran guru ini.

Majlis ini juga disuntik semangat oleh Presiden MAPIM Cikgu Haji Mohd Azmi Bin Abd Hamid yang mengambarkan semnagat dan tekad MAPIM untuk terus membantu SALIMAH menyediakan bantuan berharga ini. MAPIM juga merupakan NGO ‘pioneer’ dalam misi kemanusiaan di Kelantan selain Jabatan Amal dan Ngo-NGO lain.

Ustaz Azahan bekas Juara Akademi Nasyid telah menyampaikan ucapan bersemangat pengalaman beliau mambantu membersih kawssan yang musnah walaupun penglihatan beliau amat terbatas.

Kepada masyarakat awam yang ingin menyumbang wang untuk dana peralatan pra sekolah boleh menyalurkan ke akaun Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia ( 02020002665718) Bank Muamalat.









PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)