PEMUDA PAS SUNGAI PETANI DAN SUKARELAWAN TABUR BAKTI BANTU MANGSA
BANJIR KELANTAN
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 10 Januari 2015
Pada jam 2 petang 10 Januari lalu tamatlah misi Ops Cuci Pemuda PAS
Sungai Petani yang disertai anak muda dan belia sejak 1 Januari.
Misi selama 10 hari ini sebenarnya hasil kerjasama antara
Jawatankuasa Operasi Banjir Pas Sungai Petani bersama Dewan Pemuda
PAs Sungai Petani sebagai menyahut seruan PAS Kedah untuk menumpu
misi bantuan di lokaliti tertentu. Sungai Petani telah diamanahkan
untuk berbakti mencuci rumah mangsa banjr sekitar Kampung Kroh dan
berpangkalan di Masjid Lama Kroh Kuala Krai.
Menurut Saudara Inshomuddin Osman Pengarah Operasi Banjir Pantai
Timur PAS Sungai Petani sepanjang misi Ops Cuci ini bukan sekadar
hadir sebagai sukarelawan mencuci rumah mangsa banjir yang rata-rata
ketiadaan sumber air bersih dan elektrik pada awal air surut, malah
sepanjang 10 hari ini pelbagai bantuan makanan, kewangan, pakaian
turut dibawa oleh gabungan sukarelawan seramai 168 orang ini.
Misi ini turut disertai oleh mantan ADUN Pantai
Merdeka Haji Abdullah Jusoh yag tidak
ketinggalan basahm bersumpur dan menghayun kaki dan tangan bersama
sukarelawan lain bertugas.
Dewan Pemuda PAS Sungai Petani juga telah menyerahkan 22 biji periuk
nasi elektrik kepada ADUN Mengkebang YB Ustaz Latif. pada 9 Januari.
Sepanjang misi ini sebanyak 67 buah rumah berjaya dicuci dengan
dibahagi sukarelawan kepada beberapa kumpulan platon kecil.
Rata-rata rakyat tempatan berterimakasih kepada sukarelawan yang
bukan sekadar sanggup mencuci rumah mereka malah mengangkut air di
sungai semata-mata untuk menyelesaikan tugas mencuci di kawasan tanpa
air bersih.
Saudara Izzwan ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani
menyatakan platon Pemuda tidak memilih rumah mangsa, bangsa, fahaman
politik atau jenis rumah.
“Kami sedia berkhidmat kepada sesiapa sahaja dan
ia telah ditunjukkan sepanajang 10 hari kami di sana. Bukan sekadar
itu, pihak kami akan menyusun beberapa siri bantuan susulan di mana
bantuan pakaian seragam sekolah baru akan menjadi komoditi penting
untuk dibawa ke Pantai Timur akan datang” jelas beliau sambil
menceritakan suka duka dan kenangan manis bersama rakan-rakan
membantu mangsa banjir.
Pemuda PAS Sungai Petani dan warga sukarelawan
Sungai Petani telah merealisasikan moto Unit Amal iaitu Beramal
Kerana Allah melalui misi banjir
dan Insya Allah siri bantuan akan datang sedang disediakan.