Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, January 31, 2013

Forum Maulid Nabi di Bt 6 Tambun --- bela Nabi hingga ke akhirnya...


Forum Maulidur Rasul telah diadakan di Surau Al Falah Batu 6 Tambun Perak..

Ahli Panel Ustaz Mohd Asri Bin Mohd Yusuf (Us Asri mangkor) dan Ustaz Mohd Ridwan Mohd Nor

Moderator Muhammad Nuruddin Bashah

Isi: kaum melayu isu penghinaan terhadap Nabi luar negara bangkit berdemostrasi....pemimpin hina Nabi, hina Al Quran, hina Islam diam membisu temasuk NGO-NGO perkauman yang ditaja parti pemerintah....

Pesanan Ustaz Asri..kalau tak mau mangkor masa mengundi..buat latih tubi...lukis sendiri kertas undi pangkah logo yang kita idamkan...bukan apa kata Ustaz orang melayu kalau dapat kain pelekat mangkor..lupa siapa korupsi siapa hina Nabi....



Persembahan Qasidah, selawat dengan rebana....


Yusuf bunyi bising masa Forum..tapi ada Makcik bagi rebana kat die..dia balun kuat-kuat kat belakang....hmmmmm




Ceramah Sanggah Fitnah terhadap Isu Amanat Hadi


26 Januari 2013 Rapat Jaya Tambahan

Ceramah Menyanggah Fitnah terhadap isu Amanat Hadi dismapaikan oleh Al fadhil Ustaz Mokhtar Senik Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Pahang.

Beberapa amanat pemimpin UMNO (Mahathir, Rais Yatim, Nazri Aziz, Mashitah Ibrahim, Najib Tun Razak dll) yang bercanggah dengan Islam dibentangkan dan dibandingkan dengan hanya sebuah amanat Presiden PAS yang bersifat kenyataan umum.

Ceramah dimulakan dengan Ceramah Ustaz Faisal.... mengupas peri penting memahami usul hukum politik seumpama wajib mencari tali untuk membawa kepada syariat wajib iaitu berwuduk untuk solat.





Ustaz Faisal Muhd Fuad Setiausaha Laj Tarbiah Negeri Perak



Ustaz Mokhtar....banyak dapat salin ilmu daripada ceramah beliau malam itu.... 



Kereta Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, dirasmikan gimik oleh Ustaz Mokhtar dengan menekan alarm kerete 





Monday, January 28, 2013

Rakyat Perak akan bangkit menolak BN dalam PRU 13

Rakyat Perak akan bangkit menolak BN dalam PRU 13
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan PAS Perak

Rakyat negeri Perak kini menunggu masa untuk membalas kezaliman BN mengguling kerajaan yang mereka pilih apabila konspirasi menukar pendirian beberapa ADUN Pakatan Rakyat pada awal 2009 lalu.
Dengan peningkatan pengundi di Perak seramai 96 710 sepanjang tahun 2008 hingga 2011, ia bukan alasan untuk BN mengatakan majoriti mereka bakal bertambah untuk menguasai Bangunan Perak secara selesa. Dalam persidangan Dewan Negara 25 April 2012 lalu, kita juga maklum bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu pemilih baru tertinggi di seluruh negara.

BN cukup gelabah dan takut dengan kebangkitan rakyat.
Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak yang diadakan di Seri Iskandar baru-baru ini, dikatakan para HEP beberapa kampus berdekatan Ipoh dan Seri Iskandar melarang mahasiswa mereka untuk hadir malah ada yang diberi amaran lisan. Namun mereka gagal menyekat mata mahasiswa menyaksikan dan menyertai himpunan secara maya kerana mereka memang gagal menyekat media sosial daripada bertindak memberi maklumat kepada anak muda di kampus.

UMCEDEL-4



Cukup meresahkan Zambry dan jenteranya apabila kehadiran di himpunan  tersebut mencecah 20 ribu orang sejak waktu petang lagi. Walaupun hujan turun agak lebat pada sekitar pukul 9 malam kehadiran semakin mampat dan padat!

BN takutkan rakyat yang bijak inginkan perubahan ke arah kebaikan. Di Selangor PM kita berkempen agar membuat perubahan dan meninggalkan Pakatan rakyat. Di Pekan Pahang lain pula bunyinya. Perdana Menteri memberi ‘nasihat’ agar rakyat jangan terburu-buru membuat perubahan yang dikatakan beliau  belum tentu ada kebaikan.

Dalam laporan peraktoday ( http://peraktoday.com/wp/?p=82271 ) pada tarikh 26 Ogos  2012
Perdana Menteri berucap  di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isterinya yang tercinta di Taman Tasik Sultan Abu Bakar.
Kata beliau ada juga perubahan yang dilakukan membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini.

Pelik apabila beliau berkata :
·         “Kita dalam Barisan Nasional bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
·         “Justeru saya meminta rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka,” katanya.

Ini isyarat bahawa BN tidak akan mereformasi akhlak pemimpin, tidak akan berkeras dengan rasuah dan korupsi dan tidak akan berusaha memartabat agama sendiri secara kaffah kerana ia smemangnya bukan teras persefahaman perjuangan BN sebuah kolaborasi parti komunalisme dan perkauman.
Kehadiran puluhan ribu golongan anak muda ke Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada 12 Januari lalu di Stadiuam Merdeka dan kawasan sekitarnya telah memberi gambaran jelas dan tepat bahawa anak muda  kini mahukan perubahan pentadbiran dan pemerintahan negara ini.

Walaupun ramai beranggapan dalam beberapa kajian bahawa terdapat penurunan  sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri, namun isu rasuah, salah guna wang dan tender tidak telus, projek membazir, isu tanah rezab tergadai, retorik AmanJaya yang tidak memberi impak kepada anak muda menyebabkan anak muda Perak bakal menunjukkan kuasa undi mereka yang pasti mengejutkan BN.
Kajian oleh Zentrum Future Studies mengenai perkembangan politik di Perak mendapati menteri besar yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebenarnya  terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak malah amat disanjungi oleh anak muda. Wujudnya persefahaman kuat dalam Pakatan untuk menobatkan Nizar sebagai MB cukup meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada Pakatan Rakyat sekali lagi.

Lebih membanggakan daripada kajian yang dijalankan oleh Zentrum di Perak jelas menunjukkan orang-orang Cina tetap tidak berganjak daripada terus menyokong Pakatan Rakyat. Ini sememangnya satu petunjuk yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat.

Kajian pada 2010 mendapati sokongan orang Cina terhadap Pakatan Rakyat di Perak terus kekal sebanyak 40 peratus.

Pakatan Rakyat hanya perlu menarik sokongan 20 peratus sahaja dari orang Melayu bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah di Perak, manakala angka sekecil itu bukanlah sesuatu yang sukar dicapai jika usaha yang dilakukan itu berjaya menarik perhatian orang Melayu.

Rakyat Perak bukan rakyat bodoh dan tengin! Mereka juga membaca, berdiskusi malah cakna dengan isu-isu semasa terutama yang meibatkan suvival bangsa melayu dan agama Islam bagi kaum Melayu, manakala isu berkenaan keadilan hak bagi kaum bukan Melayu.



Menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Pendedahan ini menyebabkan media sosial UMNO dan BN menggelarkan pengarah UMCEDEL sebagai alat kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, juga menulis dalam blog beliau menggesa supaya semua rakyat Malaysia melihat isu yang timbul sekarang sebagai sebab untuk menolak kerajaan yang dipimpin BN dan menukar kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat bukan statik tanpa respon terhadap hak sendiri.
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata  hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

Mereka juga mendapati majoriti 95% masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka. Walaupun selantang mana amanat Muhyidin Yasin kepada jentera BN serata Malaysia, soalnya isu-isu skandal masih dituntut pejelasan oleh rakyat.
Sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011),

 Pakatan 21%, BN 49% (April 2012)

 Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Terkini Pakatan  37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar. (Januari 2013)
Golongan atas pagar  masih menjadi penentu iaitu sebanyak  21% tersebut. Siapa yang tergolong dalam kelompok 21% ini? Jika dipecah kepada pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53%.
Bukti rakyat Perak akan bangkit dalam PRU 13 jelas apabila kajian mendapati kedudukan Zambry tidak  selamat kerana yang mengatakan pentadbiran beliau buruk sebanyak 33% berbanding dengan hanya 14% yang mengatakan baik.

Di Perak 56% kaum Melayu masih menyokong BN, manakala hanya 12% sokong PR dan 32% tidak pasti.Melayu yang masih ‘tidak pasti’ ini akan mencetus fenomena di saat akhir pengundian.
UMNO kerap berkempen di Perak bahawa hak melayu akan hilang jika PAS yang difitnah diperkuda DAP memerintah. Hakikatnya 54% kaum Melayu kini percaya PAS mampu menjaga kepentingan Melayu Perak, manakala hanya  19% sahaja yang tidak percaya.

Lebih tenat, kini 45% daripada rakyat Perak sudah hilang  percaya kepada BN. Hal ini yang tidak mampu diterima oleh BN Perak. Masih ada 38% rakyat Perak pelbagai kaum percaya jasa BN dan selebihnya tidak pasti.

UMNO suka mendewakan calon tempatan, yang ada hubungan adik beradik, yang kerap membantu keluarga dan kampunmg sendiri sebagai ‘advantage’ menang dalam saban pilihanraya. BN juga kerap mengkritik pembangkang yang meletak calon bukan anak tempatan.

Ironinya kini 52% rakyat Perak ingin mengundi kerana Parti, manakala hanya 43% sahaja yang masih mahu menilai calon. Bermakna, rakyat Perak sudah boleh membezakan dasar perjuangan sesuatu Parti yang memberi impak kepada pentadbiran sama ada baik atau tidak berbanding hanya melihat siapa calon.
Lebih menarik lebih 86% rakyat Perak sudah membuat keputusan untuk memilih parti yang diidamkan  manakala selebihnya masih mennti-nanti ilham.


Sunday, January 27, 2013

PROGRAM JELAJAH PERAK 2013 BERSAMA AMANI (AMAN PATANI)


PROGRAM JELAJAH PERAK 2013 BERSAMA AMANI (AMAN PATANI)
Anjuran Kerjasama : Jamaiy Perak (Jaringan Ngo Islam negeri Perak) dan AMANI (Aman Patani)
Jangkamasa : 3 hari (26 Januari hingga 28 Januari 2013)
Lokasi : Simpang Pulai, Bota, Tambun
Penceramah/peserta rombongan:
  1. Saudara Hassan Bin Mohd Tola (Bahagian Pendidikan Sekolah Melayu Patani)
  2. Saudara Zakaria Bin Abd rashid (Hak Asasi Perikemanusiaan HAP)
  3. Wakil Amani Malaysia (2 orang)
Agenda Program
Tarikh
Tempat
agenda
penginapan
PIC
26 januari
Simpang Pulai
Surau Nur Ramadhan Seri Raia Kg Kepayang
Kuliah Maghrib multimedia, pameran, derma dana AMANI, jualan.
Homestay Bota
(hubungi Ustaz Zul Jamaiy 017-5554828/ Nuruddin 017 6291368 013 7737002 ( Ansor )

Rombongan hadir maghrib 26 Januari selepas ceramah terus ke homestay di Bota
Urusan kuliah hubungi : Saudara Nasir 013 4814612
27 Januari
Bota
Masjid Teluk Kepayang
Kuliah Subuh multimedia, pameran, jualan, dana AMANI
Masih di Bota
Urusan Kuliah hubungi : Ustaz Zul  017-5554828
013 7737002 ( Ansor )

Bota (belum ditetap tempat)
Hi-Tea bersama wanita dan muslimat Bota,
Ceramah bersama multimedia, jualan, pameran
Masih di Bota
Urusan Hi-Tea :
hubungi  Ustaz Zul  017-5554828
013 7737002 ( Ansor )

Masjid Bota Kanan
Kuliah Maghrib multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Selepas tamat terus ke Homestay Gunung Lang
Hubungi :
Urusan Kuliah maghrib :
013 7737002 ( Ansor )
28 Januari
Tambun
Masjid Tanjung Rambutan
Kuliah Subuh multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Di Homestay Gunung Lang
Urusan kuliah Subuh hubungi :
017 555 4828

Masjid Kledang
Kuliah Maghrib multimedia, jualan, pameran dan dana AMANI
Selepas tamat rombongan bertolak
Urusan Kuliah Maghrib hubungi : 019 5443595 ( Akhdor)
Kos Penginapan : Jamaiy Perak (dua malam )
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Jamaiy Perak, Koordinator Media TERAS

No perhubungan : 013-7069509 (Amir) dan 019-4131472 (Saiful)

Saturday, January 26, 2013

YB Hamidah cuba mencari pengaruh di surau-surau


YB Hamidah cuba mencari pengaruh di surau-surau
25 Januari 2013 – Seri Rahmat

YB Datuk Hamidah kelihatannya mulai cuba mencari pengaruh di majlis-majlis ilmu termasuk majlis anjuran surau-surau kerana memerlukan sokongan untuk  Pilihanraya kali ke-13 tahun ini.

Kerajaan Barisan Nasional yang teraksa membubar Parlimen pada selewatnya 24 April 2013 kali ini penuh sejarah kerana pertama kali Perdana Menteri Malaysia gagal menujum tarikh sesuai untuk membubar Parlimen lebih awal. Maka YB-YB diperingkat akar umbi kelihatan mulai resah tambahan pula YB Datuk Hamidah kedengarannya bukan calon pilihan di DUN Sungai Rapat.





Gambar ihsan : Sungai Rapat Online


Pada 25 Januari yang lalu  penganjur Ceramah Sambutan Maulidurrasul 1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat Batu Gajah dimaklumkan oleh pihak penyokong UMNO bahawa YB Datuk hamidah akan hadir ke ceramah berkenaan.

Adalah difahamkan beliau cuba meminta penganjur untuk member ucapan sepatah dua kata tetapi tidak dibenarkan oleh penganjur kerana faham benar apakah bentuk ucapan yang bakal beliau lontarkan.
“ kami anjur bukan dengan kerjasama UMNO kenapa perlu hadir dengan kereta-kereta UMNO skuad Kasih saysng dan sebagainya adakah beliau ingin menunjukkan program itu atas dana UMNO?” lontar saah seorang warga emas di Kampung berkenaan selain meminta nama beliau dirahsiakan.
Ada pihak meminta agar Radzi Zainon turut hadir agar kedua pihak yang pernah bertarung di gelanggang demokrasi tahun 2008 itu bertemu dan beramah mesra namun Radzi memaklumkan agar jangan diganggu kehadiran YB Datuk Hamidah.

Walaupun beliau pernah menghalau pemimpin rakyat (YB Dr Lee Bon  Chye dan Radzi Zainon) di majlis Dialog bersama Penduduk Taman Pegoh Aman, tunjukkan bahawa rakyat yang tidak menyukai beliau juga ada adat dan akhlak Islam. Jangan bersikap buruk sepertimana sikap beliau kepada pihak lain”,  ulas Radzi lagi bila ditanya pandangan beliau.

“Saya berharap beliau lebih proaktif dan turun bertemu kesusahan rakyat lebih kerap bukan sekadar apabila ada majlis tertentu untuk menunjuk muka. Terlalu banyak isu kebajikan di Batu Gajah yang belum beliau selesaikan malah hanya bereaksi selepas kehadiran Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat” tambah beliau.

Memetik ayat blogger UMNO Sungai Rapat online ”Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari dengan mereka. Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama Islam”. (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/01/ketepikan-fahaman-politik-demi-agama.html)

Perlunya nasihat ini diberikan kepada pemimpin UMNO agar selalu menghadiri majlis ilmu di surau-surau atau di masjid-masjid dan bukan sekadar menghadiri majlis anjuran pihak lain jika ikhlas dalam isu persefahaman dan ingin duduk 'sebaris' atas nama Islam.

Namun jika benar YB Datuk Hamidah ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Sheikh Mohamad Nor Bin Mansor Al-Hafiz malam itu, kita doakan agar beliau mendapat hidayah dan kekal menghampiri majlis ilmu Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Thursday, January 24, 2013

Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat


Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat

Sungai Rapat- 24 Januari 2013
Walaupun gagal menguasai Kerusi DUN N43 Sungai Rapat dalam PRU-12 yang lalu, Radzi Zainon kekal sebagai pemimpin alternatif yang cukup konsisten dengan kerja membantu rakyat sehingga kini.
Malah sikap istiqamah beliau yang kelihatannya membuat kerja pilihanraya bukan sekadar menjelang pilihanraya malah kini  telah berlanjutan selama 5 tahun.





Aktiviti yang konsisten berterusan serta kegiatan membantu rakyat serta mudah dijumpai atau diajak berbincang menyebabkan Radzi Zainon sebagai calon bukan sekadar pilihan PAS Kawasan Gopeng dan Negeri Perak, malah ia memnag menjadi pilihan majoriti rakyat DUN Sungai Rapat” jelas Tuan Haji Abd Rahim bin Md Arif yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gopeng.

Dengan jumlah pengundi seramai 28830 orang pada tahun 2008 dan jumlah keluar mengundi sebanyak 72.98%, Radzi bin Zainon (PAS) berjaya memperolehi  undi sebanyak 9,999 manakala YB Datuk Hamidah bt. Osman (BN) memperolehi  jumlah undi 10,635 dengan majoriti hanya 636 undi berbanding dalam keputusan pada tahun 2004 YB menang dengan majoriti 6,269 undi. Kini pengundi di DUN Sungai Rapat sudah mencecah lebih 42000 orang dan kita bakal melihat kebangkitan pengundi muda kali ini.

Radzi bukan sekadar melakukan tugasan menyantuni rakyat melalui kerjasama PAS Gopeng, malah beliau mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada PAS Kawasan Batu Gajah dan Ipoh Timur yang juga berkongsi DUN Sungai Rapat.

Slogan Sungai Rapat Milik Kita bukan lagi retorik apabila melihat situasi UMNO yang masih tidak keruan dan goyah dalam soal pemilihan calon.

Menurut Radzi Zainon, “memang YB Datuk Hamidah Osman yang ‘run the show’ seluruh DUN Sungai Rapat, namun beliau bukanlah calon pilihan rakyat. Malah senarai beberapa calon kedua dan ketiga juga belum ditentukan sebagai calon tuntas DUN ini. Hal ini jelas apabila melihat aktiviti kegiatan mereka tidak berterusan, tersekat-sekat, tenggelam timbul serta tiada susulan dalam setiap aktiviti kebajikan mereka. Strategi Datuk Hamidah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat selama sebanyak lebih 13 kali amat dibenci rakyat malah dikritik oleh pengikutnya sendiri kerana membazir dan tidak ikhlas”.

UMNO Gopeng kelihatan apologatik, hanya responsif terhadap isu kebajikan yang PAS dan Pusat Khidmat PAS lontarkan atau bongkar. Sebagai contoh setiap kali isu setinggan dibongkar di Kg teluk Pedang, Kampung Bendera, Seri Jaya dan Pengkalan Gate Lama, isu lampu jalan Pengkalan Gate Tambahan  dan isu jalan raya tidak berturap lebih 20 tahun di  Kampung Bendera, UMNO akan hadir paling lewat seminggu ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tindakan kerana takutkan kehilangan pengundi. Mereka tidak melaksanakan aktiviti proaktif dan ikhlas untuk membantu rakyat.

Kepimpinan UMNO Gopeng yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dan korupsi Insya Allah akan ditolak rakyat walaupun Zamby Abdul Kadir menyatakan BN Perak ingin memastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah serta ingin menyahut seruan  Presiden BN untuk mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon.




Ungkapan beliau dalam laporan BERNAMA  bahawa siapa yang terpilih menjadi calon nanti, jentera  perlu sokong atas nama parti BN dan perlu berlapang dada bagi yang tidak terpilih serta amaran jangan berlaku pertempuran sesama jentera dalam parti sebaliknya medan pertempuran adalah  dengan pembangkang mengambarkan senario jentera BN Sungai Rapat yang berpecah belah. Budaya gilakan pangkat tiada dalam jentera PAS Sungai Rapat.

Apabila ditanya strategi umum PAS untuk menang di DUN Sungai rapat beliau menyatakan ada beberapa strategi utama yang digunakan iaitu
  1.          Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan ‘trouble shoot’ sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
  2.          Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
  3.          Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
  4.          Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar  seorang ‘Yang Berhormat’.
  5.          Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate  kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.


Sepanjang 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, Radzi Zainon bertindak mendekati masyarakat atas kapasiti beliau sebagai ahli majlis Tindakan Daerah Kinta, ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Pengalaman berharga 11 bulan itu digunakan oleh beliau untuk mengenali selok belok ekeskutif dan pentadbiran kerajaan negeri.

Rakyat secara umum menganggap DUN Sungai Rapat memang memiliki ikon yang jelas iaitu Radzi  walaupun keterbatasan hebahan media yang tidak menyebelahi PAS. Beliau dianggap calon ‘cerdik’ dan proaktif, optimis dan berjiwa Islam serta bertindak sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan. Hal ini diakui sendiri oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah Tuan Haji Ismail Bin Ariffin.

PAS yakin dengan kewibawaan Radzi untuk mengambil alih kerusi N43 Sungai Rapat daripada tangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
MEDIA sungai Rapat

Tuesday, January 22, 2013

PELAJAR ILHAM PERAK TEKAD TEKUNI ILMU MENANGKAN ISLAM



PELAJAR ILHAM PERAK TEKAD TEKUNI ILMU MENANGKAN ISLAM
Sungai Rapat- 20 Januari 2013

Kuliah pertama program Diploma Tasawur Islam bagi sesi 2013 telah diadakan di  Markaz ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan Dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah) Gopeng.

Program rutin tahunan yang mensasarkan suatu bentuk pentarbiahan, pendidikan berterusan bagi kepimpinan PAS kali ini mencapai lebih 30 orang peserta termasuk peserta yang tidak dapat hadir pada kuliah kali pertama.

Jumlah peserta daripada Kawasan Gopeng  seramai 19 orang, Kawasan Kampar 4 orang, Kawasan Lumut 5 orang, Kawasan Ipoh Barat seorang, Kawasan Ipoh Timur 6 orang, Kawasan Teluk Intan seorang, Kawasan Tambun 4 Orang  dan Batu Gajah seorang peserta.

Menurut Pendaftar ILHAM Negeri Perak  YM Raja Mohd Yusuf bin Raja Abd Hamid yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng, silibus pengajian Diploma Tasawur Islam ini meliputi pengajian asas ilmu islam yang diselitkan elemen pergerakan Islam (Haraki) serta dikaitkan dengan konteks politik dan senario negara semasa.

Antara sebab peserta diwajibkan terdiri daripada ahli PAS adalah kerana perbincangan dan latihan serta kerja tugasan (assignment) adalah kerja lapangan yang melibatkan kegiatan dakwah dan politik parti.
Lantaran itu kita menolak tuduhan blogger UMNO yang mengatakan pengajian ILHAM adalah pengajian kroni PAS atau pengajian syok sendiri. Jika UMNO berkemampuan, mengapa mereka tiodak mengadakan sIstem latihan dan pengajian seumpama ILHAM sedangkan UMNO telah memiliki sayap ulama’ Muda. Bukankah mereka boleh mengajar hadis-hadis kepada pemimpin UMNO?”, tegas Raja Mohd Yusuf semasa sesi taklimat Pendaftar.

Semua pelajar ILHAM ditekankan untuk mengikhlaskan hati serta berniat menuntut Ilmu untuk memenangkan Islam. Ilmu agama dan ilmu asas tauhid, ilmu fiqh, ilmu siasah syariyyah, ilmu ekonomi adalah antara ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan petugas PAS yang bijak, bermaal sahih dan membuat keputuisna yang tepat dalam menghadapi konflik.

Pensyarah ILHAM juga menegaskan tujuan ILHAM bukan mengejar pengiktirafan atau digunakan sijil diploma untuk tujuan mencari kerja atau sebagainya. Ya diploma ini tidak diiktiraf mana-mana majikan atau institusi pekerjaan tetapi sijil diploma  ini dikeluarkan bagi menghargai usaha pelajar menekuni ilmu, menghadiri kuliah, menyiap tugasan dan menjawab soalan peperiksaan.

 Inilah cara PAS menghargai ketekunan ahlinya yang ingin menambah ilmu sekaligus menangkis tuduhan bahawa PAS jamaah yang tiada tarbiah (pendidikan).

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPP kawasan Gopeng























Sunday, January 20, 2013

SEKITAR FAKTA-FAKTA ISU PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH


SEKITAR FAKTA-FAKTA ISU PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Pendahuluan.
Tujuan asal pengumpulan fakta ini adalah untuk tujuan mendokumentasikan kronologi dan faktor asas kepada suatu isu ikhtilaf ulama’ yang melibatkan kepentingan umat Islam dan hak umat Kristian yang telah lama menggunakan kalimah Allah. Ikhtilaf ulama’ ini perlu diperhatikan dari sudut perbahasan samaada dalam aspek fiqh nusus, fiqh waqie, dilektika dakwah, siasah syariyyah mahupun suatu tindakan sad az Zarai’e.

Beberapa titik penting yang perlu diperhalusi;
  1. Isu ini akan digunakan semaksima oleh UMNO untuk mengatakan PAS tidak menegur DAP dalam isu aqidah (terlalu liberal)
  2. Isu ini ijtihadiy malah membenar secara mutlak, melarang secara mutlak, membenar dengan syarat ianya masih dalam lingkup ijtihadiy.
  3. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS bahawa yang dibenarkan hanya menyebut kalimah Allah kerana berpandu dalil Ali Imran 64 dan Al Ankabut 63[1].
  4. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS melarang terjemahan kalimah Allah ke dalam Bahasa apa sekalipun kerana Allah adalah lafzul Jalalah yang suci.
  5. Di Negara Arab dan serata dunia Kalimah Allah telah lama digunakan. Sabah Sarawak juga menggunakan kalimah Allah dalam Gereja mereka dengan kebenaran kerajaan.
  6. KDN perlu bertanggungjawab apabila ada Injil bahasa Indonesia diimport masuk ke Malaysia walaupun UMNO mengaku membela kalimah ini daripada Bible.
  7. Umat Kristian juga perlu resah jika benar kalimah Allah digunakan secara meluas dalam Bible kerana anak mereka boleh sahaja mengenali Islam yang sebenarnya dan akhirnya meninggalkan ajaran Kristian sepertimana di Negara Arab. Mengapa hanya orang Melayu yang risau? Inilah paranoid yang dicetus oleh UMNO.
  8. Jika dilarang penggunaan kalimah Allah dalam sebutan oleh kaum bukan Islam, maka lagu-lagu kerajaan negeri melayu yang ada lafzul Jalalah sepatutnya ditukar kepada God semasa mereka menyanyikan lagu tersebut.
  9. Teguran dan penjelasan telah diberi oleh Presiden PAS terhadap Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat sedangkan UMNO tidak pernah menegur MCA menghina hukum Hudud dan sistem Syariah negeri Selangor.
  10. Kita tidak boleh manfikan konsep Rububiyyah yang diakui oleh semua agama. Semua agama diakui oleh Al Quran mengakui adanya tuhan yang mencipta. Mereka syirik uluhiyyah walaupun mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan. Secara nasnya kita dilarang menghalang mereka menyebut nama Allah. Walaupun begitu penghalangan mencetak Injil berbahasa Melayu perlu dalam konteks waqi’e Malaysia atas alasan sadd azzarai’e.

Menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman[2]
  1. Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS.
  2. Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam.
  3.  Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
  4.  Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
  5. Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
  6. Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas, yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian.
  7. Prof Madya Dr Khadijah Hambali  dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini. Dr Zaharudin  bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah,
  8.  Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
  9. Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu.
  10. Dr Zaharuddin  cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.

Fakta-fakta penting
  1. Di dalam kerancakan berbicara hak penggunaan nama Allah, perlu juga diteliti jangan hingga kita menidakkan rububiyyah Allah mencipta dan mentadbir golongan bukan islam. Umat Islam perlu yakin bahawa Allah juga tuhan kepada kaum bukan islam cumanya emreka engkar atau tidak mengenali Allah yang sebenarnya. Lihat perihalan di bawah;
Seorang guru menguji kefahaman anak muridnya tentang konsep ketuhanan.
Guru: Apa nama tuhan orang Islam?
Murid: Allah, cikgu..
Guru: Betul. Apa pula nama tuhan orang kristian?
Murid: Jesus atau God, cikgu.
Guru: Salah tu. Nama tuhan mereka Allah juga. Allah yg jadikan mereka dan semua makhluk dalam alam ini. Cuma mereka tak kenal Allah dan sifat2nya sebagaimana kita kenal Allah[3].
  1. Artikel 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu. Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.


  1. Penerbitan majalah dalam bahasa Melayu bermula pada tahun 1821 dengan terbitnya sebuah berkala misionari, Bustanul Ariffin yang  disunting  oleh Claudius Thomsen dengan bantuan Abdullah Munsyi diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press. Abdullah Munsyi dianggap pujangga melayu walaupun kerap membantu Kristian menterjemah Injil dan makalah misionari dalam tulisan jawi melayu. Antara mubaligh Kristian yang membantu Abdullah termasuk Claudius Thomsen, Benjamin Keasberry, John Stronach dan Thomas Beighton. Mereka menghasilkan istilah-istilah seperti kerajaan syurga (Kingdom of Heaven), mulut Allah (word of God), anak Allah (son of God) dan Bapamu yang ada di syurga (Our Father, who are in Heaven). Abdullah meninggal dunia di Makkah pada 1854, dua tahun selepas terhasilnya New Testament dalam bahasa Melayu Rumi. Dua tahun selepas kematiannya, New Testament dalam Jawi dicetak dan diedar di seluruh Semenanjung, Sumatera, Sabah dan Sarawak[4].
  2. Kerajaan BN pernah membenarkan penggunaan istilah Melayu dalam Injil Melayu[5].
    1. Datuk Seri Idris Jala -  tiada masalah, tiada ancaman sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diwartakan pada 1982. Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik. 
    2. Jala, seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.
    3.  Sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.  Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil.
    4. Merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan telah digazetkan pada 22 Mac 1982, larangan terhadap kitab Injil Bahasa Malaysia dibatalkan.
    5. Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Mei 1986, yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dr Mahathir telah melampirkan satu memo daripada timbalannya yang mengatakan Bahasa Kebangsaan dibenarkan dan bukan penghalang kepada Kristian untuk menggunakannya.
  3. Kalimah “Allah” biasanya digunakan oleh masyarakat Kristian di negara jiran Indonesia dan telah digunakan selama berdekad oleh Kristian Bumiputera di Malaysia Timur yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Masyarakat Kristian di Malaysia terdiri daripada 9.2 peratus daripada keseluruhan 28.3 juta populasi rakyat Malaysia, dimana kebanyakkan mereka di Malaysia Timur menggunakan bahasa Melayu dan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka[6].
  4. Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah pertahankan kalimah Alla. Tuan Guru Hj Salleh Musa berpendapat seperti pendapat Tuan Guru Dato Haron Din yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah kepada kristian kerana beberapa sebab ;
a)       Kristian tidak mentauhidkan Allah maka tidak Kristian hanya menggunakan kalimah "God "
b)      Bagi memelihara kalimah Allah agar tidak dicemari dan tidak dihina oleh agama lain yang
c)       tidak faham kedudukan kalimah mulia itu wajib dihormati dan tidak boleh dihina seperti dipijak , diletakkan ditempat najis atau dipijak dan sebagainya .
d)       Supaya Islam tidak dicemari , supaya menjaga agama Islam dari dipandan sama dengan agama lain contohnya jika remaja kini yang tidak mendalami agama apabila lihat kalimah Allah berada dalam masjid dan dalam masa yang sama ada dalam gereja , boleh jadi remaja yang tidak faham agama anggap agama semua sama sedangkan agama yang Allah Redha Hanya Islam.

  1. Tuan Guru Haji Hadi dengan pandangan beliau , ini pendapat beliau membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi bersyarat bukan seperti tuduhan UMNO dan orang yang tidak faham isu menuduh Tn Guru Hj Hadi.Tulisan beliau bertajuk  Kalimah Allah: Islam benarkan tapi jangan salah guna[7] bertarikh 8 Januari 2013;
a)      PAS pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti kenyataan media pada 4 Januari 2010 Presiden telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.
b)      Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
c)       Tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.
d)      Penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
e)      Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
f)       Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam (ahli kitab) dengan penjelasannya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran: 64)
g)      PAS kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.



7.            PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH;
a)      Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan[8].
b)      Diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
c)       Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. (istilah God tidak sama dengan Allah)
d)      Pihak-pihak gereja juga perlu menghormati prinsip ini sebagaimana orang Islam meletakkan dan memuliakan nama ALLAH.

8.            Isu kalimah ALLAH muncul semula selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas  mendesak agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.nKenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya oleh tokoh-tokoh agama dan kepimpinan Umno.

9.            Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa terjemahan tepat bagi ‘God’ dalam kitab Bible adalah ‘Tuhan’ dalam Bahasa Melayu.

10.          Pembela desak henti kenyataan mencabar Islam.
a)      29 Disember 2012 – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak pemimpin-pemimpin politik, baik dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, supaya menghentikan kenyataan serta tuntutan yang tidak bertanggungjawab yang mencabar kedudukan Islam di negara ini[9].
b)      Perkara ini ditegaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PEMBELA mengenai isu kalimah Allah.
c)       Pengerusi PEMBELA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya, tuntutan dan provokasi murahan yang bertujuan meraih keuntungan politik itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan  mencabar fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan secara tidak langsung mencabar Perlembagaan Persekutuan.

11.          NGO, umat Islam berhimpun pertahan kalimah Allah[10] (Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali, Senator Ezam Mohd Nor, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor Datuk Sohaimi Shahadan dan beberapa lagi wakil PERKASA, Pembela, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Belia Selangor dan Isma)
a)      200 umat Islam termasuk beberapa NGO di negeri Selangor hari ini berhimpun di Masjid Shah Alam bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu.
b)      Mempertahankan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.
c)       Desak agar hormati Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
d)      Seksyen 9 Enakmen ini dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

12.          Kronologi isu nama Allah[11]
a)      Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam telah disepakati sejak isu ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012 iaitu pada 25 Disember 2012.
b)       Mereka jelas bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
c)        Namun begitu, ia banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan meluas dalam media.

Lihat kronologi di bawah:-
  1. 24 Disember: Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam ucapannya mencadangkan agar Bible terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.
  2. Namun, Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari menjelaskan, yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng adalah untuk penggunaan Bible di Sabah dan Sarawak kerana ia telah lama digunakan di sana.
C.    Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dalam Sinar Harian tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana ia akan kelirukan umat Islam.
D.    Dr Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor juga tidak bersetuju Bible Bahasa Melayu gunakan nama Allah. Kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian.
E.    26 Disember: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS dalam kenyataan bertulisnya menegaskan nama Allah tidak tepat digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana terjemahannya dari God sepatutnya Tuhan bukannya Allah. Bagaimanapun dia setuju Allah boleh digunakan Kristian dalam amalan ibadat dan gereja mereka.
F.    PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik
G.   Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya yang diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berkata, Islam tidak menghalang nama Allah digunakan (disebut)  bukan Islam tetapi jangan salah guna.
H.    29 Disember: Utusan melaporkan, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
I.     Laporan Utusan: Kalimah Allah khas untuk Islam sahaja.
J.     Namun dalam Harakahdaily selepas itu, Harun Taib menjelaskan, ia ditujukan kepada penggunaan dalam Bible Bahasa Malaysia.
K.    Laporan Harakahdaily: Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS
L.     10 Januari: FMT melaporkan Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua  Pemuda, Nasrudin Tantawi bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS.
M.  Sinar Harian melaporkan, Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mohamad Daud berkata beliau setuju bukan Islam bebas guna nama Allah tetapi tidak setuju ganti God dengan Allah dalam Bible.
N.   13 Januari: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.[12]
O.   Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Hadi[13]
a)      Dewan Ulama PAS menyeru ahli dan penyokongnya  memberikan sokongan penuh keputusan parti membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
b)      Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi.
c)       Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hanya terhad untuk mereka sahaja.
d)      Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja.
e)       Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
f)        Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
g)      Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

13.          Kenyataan Presiden PAS:  UMNO TIDAK MAMPU TUNAI AMANAH[14].
a)      Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun.
b)      Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza. Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.
c)       Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO gagal bertanggungjawab sebagai pemegang kerusi kekuasaan kerajaan.
d)      Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.
e)      Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ia perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri-Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah. Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.
f)       Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?
g)      Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk di kalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?
h)      Sebagaimana dalam kenyataan media pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua
a.       bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain,
b.      termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.
i)        Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :
"Katakanlah (Wahai Muhammad); "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;" "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;" "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya." (Ikhlas:1-4)
j)        Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah. Firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Al Ana'am:108)

k)      Rasulullah S.A.W mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.
l)        Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah S.A.W dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.
m)    UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan (diperhambakan), maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga ditangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah :
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (Al Baqarah:42)

14.          8 Januari 2013 DAP menuntut supaya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mengemukakan bukti atau menarik balik dan meminta maaf atas fitnah bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah 'Allah'[15].

15.          Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan agar  tidak mencabar dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini[16].  (Penggunaan siasah syariyyah-sadd zarai’e)
a)      Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.
b)      Di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam. Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.
c)       Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah

16.          Surat pekeliling kepada gereja-gereja ahli NECF tentang penggunaan ‘Allah’ oleh orang bukan Islam[17]. (10 Januari 2013)
a)      Kenyataan akhbar Rev Dr Eu Hong Seng Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship.
b)      NECF Malaysia -  hak kebebasan beragama bagi semua orang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
c)       Hak untuk menganut, mengamal dan menguruskan hal ehwal agama kita sendiri termasuk penggunaan Alkitab, yang merupakan Kitab Suci dalam Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita, serta Alkitab dalam bahasa orang asal Sabah dan Sarawak yang juga menggunakan “Allah”, baik dalam kehidupan secara umum dan pribadi termasuk dalam semua pertemuan di dalam gereja dan di rumah-rumah.
d)      Penggunaan perkataan dalam bahasa kebangsaan hanya untuk satu agama tertentu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
e)      Pendirian NECF adalah seperti berikut:
                                                       I.             Fatwa 18 Februari 2010 yang melarang “Allah” daripada digunakan oleh mana-mana orang bukan Islam di Selangor tidak mempunyai kaitan dengan orang bukan Islam kerana ia adalah fatwa yang dibuat menurut Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Enakmen 2003 yang berhubung dengan hal-hal pentadbiran Islam. Oleh kerana Enakmen ini berhubungkait dengan orang Islam sahaja, maka fatwa yang diwartakan ini hanya terikat kepada umat Islam sahaja.
                                                      II.            Larangan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan “Allah” di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Islam) 1988 adalah hanya dalam konteks penyebaran agama, dan tidak meliputi hak seseorang itu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya serta menguruskan hal ehwal kumpulan agama mereka sendiri, termasuk beribadah dan membaca Alkitab di gereja-gereja, rumah-rumah dan mana-mana tempat pertemuan umat Kristian.
f)       Penghakiman Mahkamah Tinggi 31 Dis 2009 yang mengesahkan hak perlembagaan The Herald, akhbar mingguan Katolik, untuk menggunakan “Allah”. Oleh itu, hak ini telah diiktiraf di sisi undang-undang dan masih kekal.

17.          Isu Kalimah ALLAH  DAP Perak setuju Majlis Syura PAS[18]
a)      DAP menerima bahawa Isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.
b)      Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.
c)       Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.
d)      Beliau  yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.
e)      Beliau  juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain.
f)       Nge Koo Ham mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.
g)      Menurut Nge Koo Ham perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.

18.          15 Januari 2013- Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad - keputusan Majlis Syura paling tepat (arjah) untuk masa dan realiti setempat di Malaysia. Keputusan ini jame' dan mani' (sempurna dan tepat), tidak memberat-berat (la ifradh) dan tidak meringan-ringan (la tafridh) dalam mahfumnya dalam mengambil kemaslahatan dakwah secara menyeluruh. Berbeza dengan Mufti Umno yang mengeluarkan kenyataan, boleh menjadi kafir dan murtad jika benarkan orang bukan Islam guna nama Allah[19].




[1] .     Firman Allah surah al-Ankabut ayat 63 :
 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 
Ertinya : Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: ""Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?"" Tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Katakanlah: ""Segala puji bagi Allah"", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)
Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata ketika mengulas ayat dari surah Yunus dan Ankabut ini :
   
هذا يدل على أن المخاطبين بهذا الكلام كانوا يعرفون الله ويقرون به
Ertinya : Ini menunjukkan mereka yang  ditujukan pertanyaan dan kata-kata ini ( iaitu puak kafir musryik), mereka telah pun sentiasa mengetahui tentang Allah dan sentiasa mengiktirafNya (sebagai tuhan). (Rujuk Tafsir Al-Kabir, 17/86)

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)