Susah benarkah untuk kenali siapa Penfitnah?
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda
PAS Gopeng
Masyarakat kita terutama kaum Melayu
kelihatan agak sukar mengenali siapa penfitnah siapa yang benar kerana si
pengeluar fitnah kerap memberi laba dan ganjaran dunia kepada mereka.
Malah budaya membaca akhbar di
kedai kopi di awal pagi berjaya mentarbiah pemikiran mereka kearah pemikiran
sehala (dogmatik) bukannya lateral thinking.
Tambahan pula jenis akhbar
yang disediakan oleh si tuan kedai hanya berkitar 3 akhbar lapuk yang tegar
menghasilkan fitnah saban bulan, saban hari. Walaupun mereka disaman, mereka
masih konsisten memproduksi fitnah semata-mata mengampu kepimpinan yang ada.
Orang melayu sedar atau tidak
17 Januari 2013 yang lalu 5 orang Hakim
Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Utusan ke atas keputusan Mahkamah
Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid
Samad.
Keputusan Mahkamah Persekutuan
untuk tidak memberikan kebenaran kepada
pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi sebelum ini dikekalkan iaitu memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak
RM10,000-00.
Malah Mahkamah Rayuan pada 24 Mei
2012 juga telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi
RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Kenapa mereka disaman? Jika
kerajaan menjustifikasikan AES, saman ekor semata-mata untuk mendisiplinkan
rakyat yang engkar mematuhi peraturan, maknanya yang kena saman dilabel
kerajaan sebagai pesalah, pihak yang melanggar undang-undang. Melanggar
undang-undang maknakan tidak baik.
Jadi hari ini kita tahu Utusan
Malaysia disaman dan mereka dilarang merayu. Bermakna mereka tidak baik dan
telah membuat salah.
Apa pula kesalahan mereka?
Kesalahan Utusan adalah
menyiar di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 artikel bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” dan
diakui oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham
pada 21 November 2011.
Rasanya tidak perlu penulis
nyatakan isi artikel fitnah tersebut kerana pembaca boleh sahaja mencarinya
melalui akses internet yang ada.
Utusan menfitnah berkali-kali
dan mereka berkali-kali diputuskan bersalah oleh pihak Mahkamah. Ya, mahkamah
sivil duniawi ciptaan manusia juga menyabit salah bagi dosa fitnah yang mereka
keluarkan. Biar penulis senaraikan beberapa dosa yang Utusan lakukan sebelum
ini;
1.
Pada 30 Ogos 2012 Mahkamah
Tinggi Sivil Kuala Lumpur perintah
Utusan Melayu (M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin isu berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan
Johor.
2.
8 Oktober 2012- Utusan
Malaysia mohon maaf kepada MP Sepputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiar
Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008
3. 22 Jun 2012- Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri
Pulau Pinang dan diperintah bayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000
adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi
adalah kos mahkamah. Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk
"Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.
4. 14 Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati, Utusan
Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita yang bertajuk
'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Utusan beri
pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan
‘anti-Melayu’.
5.
12 Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada
senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam
artikel sebagai anti-Islam Permohonan
maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di Utusan dan laman web berhubung artikel yang
disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau
BERSIH 3.0'.
Sifir mudah perlu kita
terangkan kepada masyarakat terutama kaum Melayu bahawa saman fitnah adalah
antara indikator mudah untuk mengenal hak dan batil. Sebagai contoh ramai
pecacai UMNO, blogger upahan dan facebooker UMNO menggunakan kata-kata fitnah
Anwar Al Juburi dan peliwat sebagai gelaran. Mereka lambakkan kata-kata ini
sehingga mencipta stigma dan persepsi. Haikatnya:
Mahkamah Tinggi telah membuat
keputusan dalam kes liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati
tidak bersalah dan dibebaskan. Hakim
Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin berkata, kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan
tidak boleh sabit kesalahan. Si penyokong UMNO haprak resah dengan keputusan
hakim duniawi telah menaikkan baner ‘Liwat tetap liwat’ seolah mencabar
keputusan Mahkamah. Tindakan mereka cukup aib.
Sebelum itu pada 19 Jun
2012 Anwar telah menang kes saman fitnah terhadap Nallakaruppan
a/l Solaimalai berhubung kenyataan menerima wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah
Tinggi kuala Lumpur. Kalau Nalla benar kenapa pelru disaman dan disabitkan
salah?
Pelik apabila orang melayu
kian lupa bahawa ada seorang penfitnah besar telah meninggal dunia. Pada 18
Ogos 2005 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan
tuntutan gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada Anwar dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku,
Khalid Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM). Malah tindakan buku itu telah disebarkan kepada kesemua
perwakilan dalam perhimpunan agung Umno pada bulan Mei 1998 dikritik Hakim
sebagai perosak karier Anwar selepas itu.
Jadi, daripada mana sabit
hukum penggunaan gelaran Al Juburi yang UMNO dan pecacai blogger mereka gunakan?
Bodohnya orang kita sehingga
fakta rasuah dan pembaziran yang didedah Ketua Audit negara saban tahun
dibutakan dan ditulikan daripada pengetahuan orang melayu khususnya. Akibatnya
mereka seolah-olah melihat tuduhan rasuah dan penyeleweng terhadap BN yang dilontar
oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tiada usul, hadis maudhu’ atau khabar
palsu tanpa sanad dan rujukan. Sedangkan rujukan absah begitu mudah diakses
iaitu Laporan Audit Negara yang dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia juga!
Hal ini menjadi obligasi kita
untuk menerangkan hakikat memandangkan masyarakat kita masih ada yang memerlukan
‘spoon feeding’ untuk faham sesuatu benda. Tugas anggota petugas penerangan perlu
dipermantap dan diperkasa. Fakta-fakta mestilah
disusun dan Insya Allah kebenaran demi kebenaran pasti menjelma jua.
No comments:
Post a Comment