Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, January 13, 2013

PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012


PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat) 

Diantara 13  isu yang hangat diperdebat sepanjang tahun 2012 adalah;
  1. NFC
  2. Lynas
  3. Penyenaraian FELDA
  4. Daftar Pemilih Kotor
  5. PTPTN
  6. APCO
  7. Undang-undang baru ganti ISA
  8. Royalti Minyak Kelantan
  9. Laporan Audit negara 2011
  10. Isu gaji minima
  11. Scorpene, pendakwaan PM di Perancis, Pembunuhan Altantuya
  12. Utusan, TV 3, UMNO disaman
  13. UMNO-BN Samseng (Rujuk jadual 1)
Walaupun ada ratusan isu sepanjang 2012, tetapi 11 ini adalah ‘core’ yang diperdebatkan malah ada isu yang disenaraikan diatas sebenarnya rentetan daripada tahun-tahun sebelum ini. Bagi isu ke-12 (Utusan, TV 3, UMNO disaman) penulis telah sediakan kertas kerja nyang lain sebelum ini.
Antara senjata rakyat yang memberi manfaat kepada perjuangan keadilan oleh Pakatan Rakyat adalah penubuhan beberapa NGO/platform/badan  isu yang memberi fokus hanya kepada satu-satu isu sahaja.
  1. BERSIH
  2. NGO Royalti/R (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan)
  3. NGO R (Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Teengganu )
  4. Oren
  5. ANAK
  6. HIJAU
  7. ABU
  8. Jingga 13
  9. SAMM/GAMIS/KAMI
  10. SUARAM
  11. Banyak lagi NGO yang telah lama ditubuh tetapi membuat kenyataan yang membantu penerangan Pakatan Rakyat.
JANUARI
1.       Dato’ Jamil Khir dikaitkan dengan peminjaman duit zakat untuk membayar kos guaman terhadap DSAI. Jamil Khir  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melalui Bernama menafikan dalam berita bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”. Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman. Bukti seperti dibawah[1]:-
a.       Pertama =  set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

b.      Kedua =  surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

c.       Laporan Ketua Audit = MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil sembunyikan fakta ini. (Sinar Harian laporan ZULAIKHA ZULKIFLI 12 Januari 2012)
FEBRUARI
1.       Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta
d.      Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN urus  GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC).
e.      STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.
f.        Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta[2].
2.       Imam Hoslan Hussin (bekas Imam Masjid Ar rahmaniyah Kampung Pandan) membaling kasut kepada hakim mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2012. Beliau gesa siasat penyelewengan wang ratusna ribu daripada Masjid berkenaan dan laporan telah dibuat kepada JPM, MAIWP dan Ketua Polis Negara sejak 2006 tanpa ada tindakan.
3.       Daftar pemilih kotor di selangor dikesan[3].
a.       24000 pendaftaran berganda.
b.      15 orang didaftar dalam 1 rumah
c.       7841 pemilih didaftar dengan kod 71 (warganegara lahir luar negara)
MAC
  1. Kerajaan ingin tenteram hati rakyat isu Lynas isytihar sisa akan dihantar ke Australia. (Malaysiakini 1 Mac)[4]
    1. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.
    2. Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.
APRIL
1.       300 ditahan, puluhan tercedera apabila Polis mengganas terhadap peserta Himpunan BERSIH 3.0
a.       Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas keganasan polis dan mengaku salah laku polis sepanjang BERSIH 3.0. (Sesi soal jawan SUHAKAM dengan Panel  diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen dengan ACP Khairi)[5].

2.       Pakatan Rakyat (PR) tegas ingin  menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat[6].
a.       Bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN semula. (Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff)
3.       Najib umum gaji minima dalam ucapan Hari Pekerja yang disiar dalam web beliau pada 30 April 2012[7].
a.       penubuhan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)
b.      Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

4.       Isu Undang-undang Keselamatan 2012[8]
a.       Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa kuasa menteri yang menjaga hal ehwal dalam negeri terhad dalam Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (Sinar Harian 10 April 2012)
b.      Rang Undang-undang itu seseorang tidak boleh ditahan disebabkan fahaman dan tindakan politiknya.
c.       Selain rang undang-undang tersebut, Parlimen juga dibentangkan dengan satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memberi kuasa lebih besar kepada pemerintah untuk bertindak zalim terhadap rakyat dengan masukkan  13 kesalahan baru, termasuk[9]:
                                                               i.      Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen (kertas pindaan rang undang-undang Kanun Keseksaan itu tidak pula dijelaskan takrif atau maksud “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen)
                                                             ii.      Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
                                                            iii.      Penyebaran maklumat
                                                           iv.      Sabotaj
                                                             v.      Cubaan untuk melakukan sabotaj
                                                           vi.      Pengintipan
                                                          vii.      Cubaan untuk melakukan pengintipan.
d.      Contoh kezaliman Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khsa) 2012[10]
                                                               i.      Seksyen 4-Memberi kuasa kepada polis untuk menahan selama 28 hari tanpa hak untuk dibawa kepada majistret bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
                                                             ii.      Seksyen 4- Memberi kuasa kepada polis untuk pasang peranti khas untuk pengawasan. Tiada kuasa kehakiman untuk menyemak sama ada penahanan itu wajar atau tidak. Hak habeas corpus juga dinafikan.
e.      Admisibility of evidence yang longgar:
                                                               i.      Keterangan saksi yang telah mati boleh dipakai,
                                                             ii.      Keterangan kanak-kanak boleh diguna,
                                                            iii.      Senarai geledah boleh digunakan tanpa dokumen bukti,
                                                           iv.      Pengecaman tertuduh dengan gambar boleh diguna,
                                                             v.      Exhibit tidak perlu jika maklumat sensitif
                                                           vi.      Tiada paksaan cara bagaimana maklumat diperolehi,
                                                          vii.      Apa sahaja dihasil komputer boleh diterima sebagai bukti,
                                                        viii.      Keterangan ejen provokasi boleh diterima.
MEI
1.       Kerajaan menyenarai Felda Global Ventures Holding FGVH ke Bursa Saham KL BSKL menimbulkan kemarahan peneroka.
a.       Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia[11].
2.       Daftar pengundi suku pertama 2012 Kotor[12]
a.        Kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun banyak nama meragukan.
b.      Tidak mempunyai nama ibu bapa sehingga menimbulkan keraguan bahawa mereka itu adalah orang asing yang diberi kerakyatan melalui pintu belakang.
c.       JPN  memberi mereka ini kerakyatan sekaligus melayakkan mereka mendaftar sebagai pengundi.
3.       Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.
a.       Suaram ahli International Federation for Human Right (badan hak asasi di Perancis) yang perkenalkan SUARAM dgn peguam yang juga urus isu komisyen/rasuah kapal selam Pakistan, Taiwan. Kerajaan Perancis fokus untuk dakwa rakyatnya sahaja kerana beri rasuah bukan berminat dengan malaysia, Pakistan atau dalaman Taiwan. Tidak ada isu Perancis bantu Suaram guling kerajaan. Tindakan sapina juga tiada obligasi si tertuduh untuk hadirke Mahkamah, tetapi UMNO sudah paranoid kerana mereka memang penerima rasuah[13].

4.       12 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor  membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, terhadap Islam antara kenyataannya ialah;
                    Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
                    Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
                    Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
                    Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.

5.       Isu tuduhan KAFIR kepada TGNA. New Strait Times menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei)[14].
JUN
JULAI
  1. Kerajaan BN guna pelbagai agensi menghentam SUARAM.
    1. Kaitkan Suaram dengan PKR atas alasan ia boneka PKR. ( Tian Chua, Elizeberth Wong, Sivarasa adalah pemimpin Suaram yang menyertai politik).
    2. Dana asing dalam SUARAM hanya sekitar RM 200 000 bagaimana ia boleh mengguling kerajaan? Jika kerajaan tidak mahu George Soros beri dana kepada NGO tempatan kerajaan perlu beri bantuan kepada NGO untuk hidup sehingga mereka tiada alsan untuk ambil dana asing. Kerajaan malaysia tidak langsung menyumbang untuk NGO hak asasi[15].

  1. Rafizi ditangkap pada 31 Julai 2012[16].
    1. Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 1 Ogos 2012  kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
    2. Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe.
    3. Beliau didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).
    4. Jika sabit kesalahan Rafizi boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.
OGOS
1.       Sambutan Merdeka seperti sambutan ulangtahun UMNO[17].
a.       Rakyat hambar naikkan bendera.
b.      Sambutan tahun 2012 dipolitikkan[18].
c.       Kehadiran sambutan anjuran kerajaan amat hambar.
d.      Lagu merdeka tajuk Janji Ditepati (Slogan BN) tiada kaitan dengan sambutan kemerdekaan. Laman YouTube, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini. Susunan melodi cincai dan melulu, lirik menceritakan janji-janji BN[19].
2.       Isu bendera Sang Saka  Melayu[20]
a.       Anak muda yang hadir ke Dataran Merdeka tahun 2012 mengibar bendera Sang Saka Melayu iaitu bendera asal orang Melayu yang juga pernah cuba dipopular oleh PKMM dan Dr Burhanuddin Al helmi.
b.      Aktiviti mengibar bendera ini kelihatan serius berbanding isu seks bebas, arak di malam merdeka oleh kerajaan BN. Malah disamakan aktiviti ini dengan tindakan menunjuk punggung ke gambar Najib serta ingin disiasat dengan Akta Hasutan  dan kanun Keseksaan.
SEPTEMBER
1.       Harga saham FGVH telah jatuh ke paras psikologi RM 5.00 apabila ditutup pada harga RM 4.85 pada 5 September.
2.       Kerajaan menswastakan kerja menyaman rakyat melalui pemasangan AES.
3.       Lesen operasi sementara (TOL) diberikan kepada LYNAS pada 5 September 2012.
4.       Samseng UMNO PERKASA baling kasut kepada DSAI[21]
a.       Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
b.      Yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
OKTOBER
1.       Isu sumbangan 40 juta
a.       Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia. Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman[22].
b.      wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai ‘sumbangan kepada Umno Sabah’.
c.       Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
d.      Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong. Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
e.      Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu[23].
2.       MCA hina Islam  lagi.
a.       Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. ( Sinar Harian, Malaysia kini 18 Oktober 2012)

3.       Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen selepas 2 minggu parlimen bersidang[24]
a.       Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN) hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September2012 .
b.      Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan Laporan ketua Audit Negara 2011 memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2013.
c.       Kerajaan tidak sanggup menjawab di dalam Parlimen isu Audit 2011.
NOVEMBER
1.       Tan Sri Musa Hasan dan Deepak Jaikishen membuat pendedahan buruk berkenaan Hishamuddin, Najib dan Rosmah (PAU sedang berlangsung)
2.       Isu Daftar Pemilih KOTOR (Kes Parlimen Lembah Pantai)[25]
a.       Sehingga suku 1 tahun 2012, 70,136 pengundi dalam daftar pengundi, hampir 45 peratus tidak diberi alamat lengkap.
b.      Seramai 2,661 pengundi tiada nombor rumah ataupun nama jalan, tetapi ada lokaliti dan daerah mengundi.
c.       Undi pos juga menjadi penyumbang kerana peningkatan 1,500%  daripada 154 pada 2008 kepada 2,227 pada suku ke-3 2012.
3.       BN mainbkan isu DSAI membawa fahaman Pluralisme agama (samarata agama)[26].
a.       isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.
b.      Kata DSAI Pluralisma itu ialah menyamakan semua agama. Itu soal akidah. Macam mana saya kata semua agama sama? Saya solat ikut Islam. Saya tidak solat pergi gereja.

DISEMBER
1.       Isu penyelewengan katil hospital[27].
a.       Didedah oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri pada 26 Disember 2012.
b.      penyelewengan peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri.
c.       Kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
d.      Hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan.

Jadual 1
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)

Tarikh
Acara/Tempat
Insiden
25 Mei
Lembah Pantai
  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
 Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
 Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei
Pahang
 Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
 Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun PemerintahaPakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
 Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAIberucap.
vDi samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
5 januari 2012


[2] Antara  salahguna sumbangan : Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).
[3] Perangkaan suku pertama 2012.
[13] Wawancara Harakah dengan Cynthia Gabriel 22 September 2012 yang disiar dalam Harakah bil. 1781
[15] Wawancara dengan Cynthia Gabriel, Harakah 5-7 Oktober 2012. (muka F12)
[20] Usah melatah isu sang Saka, Ahmad lutfi, Harakah 7-9 September 2012 (muka N31)

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)