Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, February 28, 2013

UMNO jajah Dewan Serba Guna;pemecah belah masyarakat


28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh

UMNO Bahagian Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.

Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkna unsur kepartian.



Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.

"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa perlu menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.

PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat




Banyak bendera kelihatan disedikan untuk dipasang oleh jentera BN. Adakah ini tujuan Dewan Serba Guna diwujudkan?


Tuesday, February 26, 2013

Anak Muda Pengkalan Pegoh dan Van Jenazah; di mana keperihatinan UMNO


25 Februari 2013- Pengkalan Pegoh

Pertemuan 6 mata antara penulis  selaku pengulas isu DUN Sungai Rapat dengan Saudara Anuar Ibrahim dan saudara Fairuz semalam adalah untuk membincangkan perkembangan usaha anak muda Pengkalan Pegoh untuk mendapatkan dana memiliki van jenazah untuk kegunaan kariah.

Walaupun Persatuan Belia Wira Pengkalan yang berusaha mengumpul dana ini bukan merupakan pertubuhan politik, namun kita tetap merasakan perjuangan mereka untuk mendapatkan van jenazah yang bersifat 'dharuri' (amat perlu) ini sewajarnya dipandang berat sedari awal oleh pihak ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah yang juga kerap menganjurkan program kepartian di Masjid Pengkalan Pegoh.

Saudara Anuar bertanya di mana Dato' Hamzah dalam isu ini. Jangan hanya ghairah melobi dan memujuk ahli PAS kampung menyertai UMNO sedangkan keperluan seperti van jenazah sebegini pun UMNO tidak cakna.

Terdahulu semasa kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim dua tokoh UMNO tersebut cuba melobi anak muda Pengkalan Pegoh agar membuat kacau semasa majlis ceramah DSAI memandangkan penceramah 'Ustazah' Umi Halfida tidak berjaya membawa isu anti Anwar dengan baik.

Anak muda mengambil inisiatif mendapatkan dana ini disebabkan sejak tahun 1960 lagi masjid Pengkalan Pegoh beroperasi tiada sebarang kereta jenazah yang disediakan pihak berwajib.

Malah jika berlaku kematian penduduk terpaksa meminjam van daripada Taman Temara dan Changkat Larang.

Isu ini telah dihebahkan melalui Sinar harian, TV Al Hijrah 23 Feb dan TV9 pada 25 Feb 2013 yang lalu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat







Saturday, February 23, 2013

Risalah- TIADA SEBAB DAN DALIL PAKATAN RAKYAT PINGGIR MELAYU

Sila muaturun dan edar terutama kawasan majoriti melayu yang kini sedang menjadi sasaran fitnah UMNO Perak.





Jamuan dan Silaturrahim bersama ahli PAS Pengkalan Gate-menangkis hasutan dan rasuah UMNO


22 Februari 2013-Pengkalan Gate

Majlis Silaturrahim Ahli PAS dan Bacaan tahlil serta jamuan diadakan di Kampung Pengkalan Gate Tambahan 21 Feb semalam. 

Majlis yang bermula dengan tahlil, disusuli dengan jamuan dan ceramah ringkas oleh YDP PAS Kawasan Gopeng, Ustaz Radzi selaku bakal calon PAS N43 Sungai Rapat, Ucapan ringkas Ketua Penerangan PAS Gopeng Ustaz Omar Nasarfudin serta dipengerusikan oleh Saudara Kamarulzaman Ketua Penerangan Bt gajah (mantan Ketua Cawangan Kg Pengkalan gate Tambahan).

UMNO kelihatan berminat dengan ahli Pengkalan Gate yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan tidak tetap. Dikhabarkan Dato' Hamzah dan YB Adun Sungai rapat cuba membina koloni masing-masing di kalangan ahli PAS di sini. Lantas majlis ini diadakan untuk sesi taujihat dan penguatan tekad untuk terus bersama gerakan Islam dan tidak tertipu dengan lambakan rasuah yang bakal diedar kepada ahli PAS kampung berkenaan.

Kini UMNO menggunakan kempen murahan iaitu PAS hilang jatidiri kerana ditunggang DAP. malah hujah mengatakan PAS dann UMNO sama-sama melayu dan sama sesama Islam berjaya menggoyahkan beberapa masyarakat di kampung seperti Pengkalan Gate, Ara Payung dan Kampung Pisang.

Penerangan MTD dan Kawasan Gopeng akan memperhebatkan siri penerangan, tayangan slide dan video untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa UMNO parti sekular, menolak Islam, mengamalkan rasuah yang diharamkan Islam serta tidak menjaga aurat dan batas syarak. Inilah beza besar antara PAS dengan UMNO yang kian luntur kefahaman di kalangan masyarakat kampung khususnya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat



















Di adakan di perkarangan kedai Rosman Bin Abdullah Ketua Cawangan PAS Pengkalan Gate



Friday, February 22, 2013

Kenaikan harga sewa tapak Pasar Malam Medan Gopeng dibantah!


22 Februari 2013- Medan Gopeng
Beberapa peniaga pasar malam Medan Gopeng mengadu bantahan mereka terhadap kenaikan kadar kutipan terhadap peniaga pasar malam.

Menurut mereka pihak pengurusan JKKK Kg Melayu gagal menyediakan kemudahan dan keperluan peniaga seperti yang disediakan oleh pihak pengurusan pasar malam kawasan lain. 

Rungutan-rungutan mereka boleh diteliti melalui figure di bawah.

Para peniaga berharap kerajaan baharu yang bakal muncul kelak akan lebih memahami kehendak dan keperluan peniaga kerana peniaga juga adalah rakyat Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat







Lambakan gelanggang Futsal; adakah kehendak sebenar rakyat?


Keluhan rakyat perlu diambil kira.
Kerajaan menakrifkan kemajuan dan pembangunan mengikut perspektif dan nurani mereka sahaja, bukan melalui penelitian keperluan rakyat.

Malah mendukacitakan lagi terlalu banyak projek-projek yang 'gharib' (pelik) dibuat hanya semata-mata untuk memenuhi bisnes beberapa kontraktor yang ada hubung kait dengan parti pemerintah.

Hal ini hanya rakyat akar-ubmi sahaja yang tahu dan sedar mengapa sesetengah projek pembangunan dilakukan walaupun tanpa keperluan mendesak. malah banyak lagi keperluan lain pelru didahulukan.

Suatu ketika pasti ramai rakyat senior  masih ingat, diawal tahun 80an penduduk di sekitar Pengkalan Pegoh, Kg Cangkat Larang. Kg Seri Rahmat, penduduk  Station 18 pernah membantah pembinaan pasaraya PasarBina
Kini Pasarbina tenggelam, musnah dan diambil alih dikjadikan kelab malam kawasan maksiat.
Penduduk ketika itu mahukan kemudahan Hospital, balai Polis ataupun pejabat pos.

Kini datang wabak baharu. Wabak gila bina gelanggang Futsal sedangkan ia bukan kemahuan sebenar komuniti setampat.

Bila perancangannya dibuat? Dari mana datangnya peruntukan? Siapa yg dapat tender ratusan ribu RM....?

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat






UMNO perguna Masjid: PAS Gopeng serah momerandum kepada Pengarah JAIPk


22 Februari 2013- Ipoh
Rentetan sikap UMNO yang tidak beradab menggunakan  masjid sebagai sasaran program kepartian walaupun atas nama munajat dan ceramah agama, PAS Kawasan Gopeng mengambil inisiatif menghantar memorandum kepada Pengarah JAIPk Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N untuk diambil tindakan sewajarnya.

PAS Kawasan Gopeng menganggap perbuatan menggunakan logo parti dalam dua program UMNO yang diterajui oleh YB Datuk hamidah dan penceramah UMNO terkenal Us kazim Elias sebagai perbuatan yang tidak beradab kerana ia menyalahi dan melanggar titah Yang Mula Raja Muda sebelum ini. Malah UMNO yang kini giat berkempen menyokong institusi istana dan Islam juga kelihatan melanggar arahan Mufti Perak agar menghindar sebarang objektif kepartian di masjid-masjid.

Menurut Tuan Haji Abd Rahim, pihak PAS Gopeng akan turut menghantar surat permohonan kepada jawatankuasa masjid berkenaan agar dibenarkan juga PAS menggunakan premis masjid sekiranya tiada tindakan atau teguran daripada pihak JAIPk.

Memorandum yang dihantar tersebut diserahkan melalui wakil PAS Kawasan Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim (YDP PAS Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Tim YDP) dan Muhammad Nuruddin Bashah (Penerangan MTD Sg Rapat) kepada Pembantu Peribadi (PA) yang berbahagia Dato' Pengarah sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Penerangan MTD Sg Rapat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
MEMORANDUM
KEPADA : Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
20 Februari 2013

BANTAHAN TERHADAP PENGGUNAAN LOGO KEPARTIAN DAN PROGRAM BERBENTUK KEPARTIAN DI MASJID-MASJID MAHUPUN PREMIS MASJID DI PARLIMEN GOPENG
--------------------------------------
Daripada : PAS KAWASAN GOPENG
Pihak PAS Kawasan Gopeng ingin mengemukakan Memorandum Khas kepada Pengarah JAIPK Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N bagi mempertimbangkan tindakan wajar untuk menghalang pihak tertentu menggunakan premis masjid sebagai lokasi aktiviti kepartian.
Latar belakang:
Pihak PAS Kawasan Gopeng menjunjung tinggi titah Yang Mulia Raja Muda Negeri Perak serta nasihat daripada pihak Mufti Perak sebelum ini berkenaan larangan menjadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik. Malah PAS tidak pernah menaikkan sebarang bendera atau logo kepartian di kawasan masjid atau pada iklan-iklan, baner ceramah anjuran jawatankuasa masjid kerana percaya ia boleh mengundang ketidakselesaan dan menganggu keharmonian perpaduan di dalam kariah.
Pada tahun 2010, Yang Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pernah bertitah bahawa Baginda mahukan pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.
Titah Baginda titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh  antara lain menegaskan bahawa Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah.
Manakala  kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan dan juga pada hari-hari lain.
Tindakan UMNO Gopeng yang diterajui oleh YB Datuk Hamidah;
·         Menganjurkan ceramah Agama oleh Us Kazim Elias  di Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan pada 20 Feb 2013 dengan menggunakan baner bercetak logo UMNO dan Barisan Nasional.
·         Menganjur Munajat dan solat hajat di Masjid Pengkalan Pegoh pada 19 Feb 2013 juga dengan baner yang berlogokan parti UMNO dan Barisan Nasional.
Walaupun baner tidak dipasang di kawasan masjid, namun program tersebut ternyata dibuat di masjid, memasukkan logo parti seolah-olah usaha menampilkan penganjur adalah pihak politik.
Penutup:
Kami berharap agar pihak JAIPk akan berlaku adil dalam menangani isu ini memandangkan misi dan visi JAIPk sendiri adalah untuk mengurus selia masjid-masjid agar menjadi medan perpaduan umat islam di negeri ini.
Objektif Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau juga meletakkan sasaran untuk mengembalikan fungsi dan peranan Masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak serta menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan Umat Islam, pusat penyebaran ilmu dan maklumat amat dihormati oleh pihak PAS Kawasan Gopeng.

Yang Benar,
Hj Abd Rahim bin Md Ariff
YDP PAS Kawasan Gopeng

Radzi Bin Zainon
Timbalan YDP Pas Kawasan Gopeng
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Kawasan Gopeng, 23A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 IPOH














Wednesday, February 20, 2013

Sanggup turap jalan untuk sambut pemimpin 2-3 jam


Projek 'mee segera' menurap jalan raya sekitar UTC Ipoh rupanya dilakukan semata-mata untuk majlis perlancaran UTC oleh Perdana Menteri 15 Feb 2013 yang lalu yang hanya berlangsung beberapa jam sahaja.

Apakah maksud pembangunan dan kemudahan bagi kamus BN? Pembangunan untuk menggula-gulakan rakyat menjelang Pilihanraya? Misalannya 7 projek mega yang dijanjikankepada rakyat Kelantan? Menjanjikan universiti itu universiti ini kepada negeri-negeri yang terlibat dengan pilihanraya kecil tanpa mengetahui aspirasi asas pembinaan sesebuah menara gading yang berperinsip.

Pembangunan juga tersedia jika pemimpin hadir ke sesuatu kawasan. Bagaimana dengan jalan biasa yang rakyat gunakan?

Pembangunan maddiyah (material) perlu dilaksanakan oleh pemerintah atas konsep siasah syariyyah yang mementingkan kemaslahatan (kebaikan/keuntungan) kepada Islam, rakyat dan negara. Pembangunan kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam perlu mengutamakan agama, dan semestinya mementingkan kehendak rakyat.

 Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Kelihatan jelas projek penurapan untuk meraikan pemimpin semata-mata.


Jalan biasa kegunaan rakyat










UMNO guna logo parti anjur program di masjid - langgar arahan Mufti


19 Feb 2013- Sungai Rapat

Tindakan pihak UMNO menganjurkan ceramah Agama di Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan pada 20 Feb 2013  jelas umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. 

UMNO yang terkenal sebagai 'entiti' yang kerap cakap tidak serupa bikin terutama dalam hal agama kini mulai menimbulkan amarah rakyat yang sebelum ini kerap menerima halangan apabila penceramah pro PAS berkuliah atau berceramah.

Program ini jelas agenda kepartian apabila logo UMNO dan dacing digantung ke kawasan awam untuk mengiklankan ceramah yang disampaikan oleh penceramah UMNO Ustaz Kazim Elias.

Ustaz Kazim juga dijemput mengadakan munajat di Masjid Pengkalan Pegoh pada 19 Feb 2013 hari ini  juga dengan baner yang berlogokan parti UMNO dan BN.

Adakah YB Datuk Hamidah yang juga merupakan penganjur utama program ini tidak ingat akan titah Yang Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada tahun 2010 bahawa Baginda mahukan pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.

Titah Baginda titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh  yang disiarkan oleh media http://www.themalaysianinsider.com bertarikh 8 Mac 2010 menegaskan bahawa Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah.

Adakah UMNO cuba menentang Titah Raja Muda dalam masa yang sama berkokok bahawa UMNO membela institusi istana?

Peraknews juga pernah menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang  menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram. Jika benar UMNO hormati  ulama' dan Mufti mereka patut malu dengan tindakan mereka.

Pihak Pakatan Rakyat dikatakan akan membawa perkara penggunaan logo parti dan program bertujuan kepartian ini ke pihak yang berwajib dalam masa yang terdekat demikian dimaklumkanoleh Tuan Haji Rahim YDP PAS Gopeng  kepada Media Sungai Rapat hari ini.

Jangan hanya berat sebelah hanya mamantau kuliah-kuliah guru agama tetapi membiarkan sahaja UMNO menggunakan masjid sewenang-wenangnya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


Sunday, February 17, 2013

Bangku kosong sambut PM di UTC Ipoh!

15 Feb 2013- UTC Ipoh

3 hari peniaga barangan am dan barangan basah UTC Ipoh dinasihatkan bercuti atau erti kata lain diperintah bercuti selama 3 hari semata-mata menyambut Perdana Menteri rupanya hanya "majlis kerusi kosong menyambut Perdana Menteri".

Blogger dan media pro-BN bergegar mewar-war 35 000 rakyat akan menyambut insan yang selama ini murah dengan wang BRIM 1 dan II sebaliknya tidak mencapai sasaran.

Bayangkan peniaga rugi berniaga 3 hari sedangkan mereka selama ini susah mengambil cuti untuk mencari nafkah sebagai peniaga. 

Ironinya propaganda BN mengatakan himpunan BERSIH dan sebagainya yang merugikan peniaga sedagkan peniaga Masjid India dan Masjid Jamek sahaja yang tahu tuah akibat himpunan rakyat...barangan mereka licin dibeli oleh rakyat yang berhimpun di KL sebelum ini.

BN tidak pandai mengurus kehendak marhain. Lihatlah kegagalan TEMAN (Terminal Bisnes Pertanian) di Gopeng yang kini dibeli Mydin an menjadi pusat RTC yang tidak memfokuskan asas tani. malah slogan awal memartabatkan petani dan menggalakkan pertanian hanya pembohongan BN dan agensi-agensi kerajaan yang diasuh mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat




















3 hari Bn Perak rugikan peniaga UTC Ipoh


Suatu ketika semasa BERSIH 3.0 para peniaga telah membuka gerai pasar malam di hadapan rumah Ambiga Pengerusi Bersih atas alasan himpunan untuk menuntut pilihanrayayang adil itu menyebabkan peniagaan mereka rugi dan ramai rakyat tidak membeli jualan mereka.

sedangkan jelas dalam Himpunan Kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini peniaga daripada luar KL juga mengaut keuntungan menjual makanan dan minuman ringan inikan pula peniaga KL sendiri?

Ternyata provokasi peniaga rugi adalah propaganda palsu yang mengaib. Malah terbukti tindakan kerajaan BN sendiri yang menyusahkan peniaga.

Contohnya sepanjanag penutupan jalan di hadapan UTC (Urban Transfornation Centre) Ipoh dahulu dikenalis ebagai Superkinta, peniaga-peniaga barangan basah menanggung rugi besar. 3 hari mereka kehilangan pelanggan.

Peniaga rugi sepanjang  13, 14, dan 15 Feb 2013 ini di UTC Pasar Besar Ipoh (Super Kinta).

En Rashid seorang peniaga yg juga setiausaha peniaga menghadiri mesyuarat pada07 Feb 2013 menjelaskan bahawa peniaga boleh berniaga tapi dinasihatkan supaya bercuti, kerana jalan disekeliling pasar ditutup kerana dipasang dgn khemah dan kenderaan tidak dibenarkan masuk.

Hal  ini menyebabkan peniaga dan pembeli tidak dapat berurusan selama 3 hari.

Tujuan penutupan jalan adalah untuk menyambut Perdana Menteri! dalam posting akan datang akan dimasukkan gambar kerusi-kerusi kosong yang menyambut Perdana Menteri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat







PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)