Wednesday, February 20, 2013

UMNO guna logo parti anjur program di masjid - langgar arahan Mufti


19 Feb 2013- Sungai Rapat

Tindakan pihak UMNO menganjurkan ceramah Agama di Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan pada 20 Feb 2013  jelas umpama meludah ke langit terkena muka sendiri. 

UMNO yang terkenal sebagai 'entiti' yang kerap cakap tidak serupa bikin terutama dalam hal agama kini mulai menimbulkan amarah rakyat yang sebelum ini kerap menerima halangan apabila penceramah pro PAS berkuliah atau berceramah.

Program ini jelas agenda kepartian apabila logo UMNO dan dacing digantung ke kawasan awam untuk mengiklankan ceramah yang disampaikan oleh penceramah UMNO Ustaz Kazim Elias.

Ustaz Kazim juga dijemput mengadakan munajat di Masjid Pengkalan Pegoh pada 19 Feb 2013 hari ini  juga dengan baner yang berlogokan parti UMNO dan BN.

Adakah YB Datuk Hamidah yang juga merupakan penganjur utama program ini tidak ingat akan titah Yang Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada tahun 2010 bahawa Baginda mahukan pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.

Titah Baginda titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh  yang disiarkan oleh media http://www.themalaysianinsider.com bertarikh 8 Mac 2010 menegaskan bahawa Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah.

Adakah UMNO cuba menentang Titah Raja Muda dalam masa yang sama berkokok bahawa UMNO membela institusi istana?

Peraknews juga pernah menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang  menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram. Jika benar UMNO hormati  ulama' dan Mufti mereka patut malu dengan tindakan mereka.

Pihak Pakatan Rakyat dikatakan akan membawa perkara penggunaan logo parti dan program bertujuan kepartian ini ke pihak yang berwajib dalam masa yang terdekat demikian dimaklumkanoleh Tuan Haji Rahim YDP PAS Gopeng  kepada Media Sungai Rapat hari ini.

Jangan hanya berat sebelah hanya mamantau kuliah-kuliah guru agama tetapi membiarkan sahaja UMNO menggunakan masjid sewenang-wenangnya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat


No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)