Keluhan rakyat perlu diambil kira.
Kerajaan menakrifkan kemajuan dan pembangunan mengikut perspektif dan nurani mereka sahaja, bukan melalui penelitian keperluan rakyat.
Malah mendukacitakan lagi terlalu banyak projek-projek yang 'gharib' (pelik) dibuat hanya semata-mata untuk memenuhi bisnes beberapa kontraktor yang ada hubung kait dengan parti pemerintah.
Hal ini hanya rakyat akar-ubmi sahaja yang tahu dan sedar mengapa sesetengah projek pembangunan dilakukan walaupun tanpa keperluan mendesak. malah banyak lagi keperluan lain pelru didahulukan.
Suatu ketika pasti ramai rakyat senior masih
ingat, diawal tahun 80an penduduk di sekitar Pengkalan Pegoh, Kg Cangkat Larang. Kg Seri Rahmat, penduduk Station 18 pernah membantah pembinaan pasaraya PasarBina
Kini Pasarbina tenggelam, musnah dan diambil alih dikjadikan kelab malam kawasan maksiat.
Penduduk ketika itu mahukan kemudahan Hospital, balai Polis ataupun pejabat pos.
Kini datang wabak baharu. Wabak gila bina gelanggang Futsal sedangkan ia bukan kemahuan sebenar komuniti setampat.
Bila perancangannya dibuat? Dari mana datangnya
peruntukan? Siapa yg dapat tender ratusan ribu RM....?
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat
No comments:
Post a Comment