Sunday, March 27, 2016

400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

400 ANAK MUDA MERIAHKAN KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI- 27 MAC

Pemuda PAS Sungai Petani terus mendekati dan bersama kegiatan anak muda melalui aktiviti futsal dan ini ditunjukkan dengan penerusan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani kelmarin 26 Mac 2016.

Kejohanan yang dihadiri hampir 400 orang peserta dan penyokong berlangsung bermula jam 9 pg hingga 4 ptg bertempat di gelanggang futsal Northen Futsal Sungai Petani.






Saudara Ibrahim Saad selaku pengarah program mewakili Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan rasa terkejut dan bersyukur atas sokongan dan penyertaan diluar jangkaan di kalangan anak muda cawangan PAS.

“ Walaupun hadiah bagi johan piala ini mungkin kurang bernilai di mata masyarakat iaitu hanya RM 250 untuk tempat pertama selain voucer makan, piala pusiangan dan medal, namun penyertaan dari 26 pasukan dari cawangan-cawangan PAS menunjukkan belia dan anak muda masih ingin bersama PAS dan percaya PAS komited bersama mereka dalam hal rekreasi, kesihatan dan budaya positif”, jelas Ibrahim kelmarin.

Tempat pertama dimenangani oleh pasukan dari Lubuk Saga, diikuti pasukan Pantai Prai dan tempat ketiga pasukan Teluk Wang.

Kejohanan ini yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim telah diwakili oleh saudara Izwan Ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.

Kelihatan turut hadir adalah YB Siti Aisyah Abd Ghani yang menyaksikaan anak beliau beraksi bagi pihak pasukan Lubuk Saga dan juga Pengarah Majlis Tindakan DUN PAS Sidam Haji Mohd Isa.

Pasukan yang menang bakal mewakili Sungai Petani ke kejohanan Futsal Pemuda PAS peringkat negeri Kedah akan datang.



Saturday, March 19, 2016

KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah


KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM
Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah
Objektif:
  1. Sebagai bank kebobrokan dan kebejatan korupsi kerajaan BN
  2. Sebagai bahan tambahan dan maklumat berserta rujukan tarikh, sumber untuk kegunaan media para pimpinan, pendakwah, aktivis parti.


Kronologi Derma 2.6 Billion

Rentetan siasatan terhadap aliran wang keuntungan dan modal 1MDB pada 2 Julai 2016 Wall Street Journal telah mengeluar kenyataan berkaitan kewujudan wang RM 2.6 billion dalam akaun PM1. WSJ mengaku memiliki bukti dokumen dan transaksi bahawa USD 700 juta atau RM2.94 bilion di masukkan ke dalam 2 akaun peribadi Najib Abdul Razak di AmBank Islami2c.

Respon kepimpinan Malaysia:
  1. Diam (sekitar 2 hari tiada jawapan daripada pemimpin negara)
  2. Akaun itu tidak wujud3.
  3. 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul4
  4. 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib5
    1. menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
    2. “Tidak betul. Tidak ada pengaliran wang dan Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi.
  5. Ejaan nama Najib Razak oleh Sarawak Report adalah silap6.


  1. PM kata - Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi7.
  2. Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara8
  3. PM kata akan saman WSJ pada hari Selasa9. (Hingga kertas ini disediakan tiada saman dikeluarkan)
  4. Yahudi sedang menyerang Malaysia10.
  5. 10 Julai Ahmad Maslan- Adalah bodoh jika Najib Razak guna duit kerajaan untuk diri sendiri11.
  6. 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti12.
  7. SPRM kata RM2.6 bilion itu adalah Dermabukan duit 1MDB13 (Malaysiakini 3 Ogos 2015)
  8. Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah dan telah berjumpa dengan mereka14. ( NST 7 Disember 2015)
  9. 30 Julai Tun Faisal kata- Najib berhak untuk merahsiakan derma15.
  10. 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar16
  11. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata Pembangkang perlu isytihar Penderma dan keengganan pembangkang telah dijangka17 ( Sinar Harian 9 Ogos 2015)
  12. PM kata - Penderma mahu masukkan RM2.6b ke akaun peribadi18. (Sinar Harian 8 Disember 2015)
  13. Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu19. (banyak blogger UMNO/pemimpin keluar ayat ini cuma disertakan link satu sahaja)
  14. Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.
  15. SPRM kata identiti penderma berkenaan tidak dapat didedahkan20.
    1. Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.
  16. Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
  17. Zahid Hamidi kata- Duit itu guna untuk 3 sebab utama21 (Sinar Harian 22 Ogos 2015)
    1. Pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan ISIS yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
    2. Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
    3. Ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
  18. Aziz Kaprawi jelas - duit itu guna untuk melawan DAP yang dikatakan dapat dana Yahudi22. (Astro Awani, Malaysiakini 23 Ogos 2015)
  19. Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
  20. Red Herring- BERSIH dipersalah juga kerana menerima duit derma23
  21. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kata - jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu24
  22. Zahid Hamidi pada Julai 2015 berkata Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma25, Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang menyumbang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. ( Raja Abdullah yang sudah mangkat pada 23 Januari 2015?)
  23. Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
  24. ada plurals penderma, bukan seorang penderma
  25. Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno.
  26. Mahyudin jelaskan Najib memberitahunya, beliau tidak mahu Umno terjejas sekiranya isu ini menyebabkan parti diheret ke mahkamah kerana sedar saluran wang mungkin salah di sisi undang-undang. PM kata duit itu bukan untuk 1MDB tapi untuk parti26. (Sinar Harian 8 Disember 2015)
  27. Pihak 1MDB kata WSJ mahu jatuhkan Malaysia27 (Malaysiakini 29 Disember 2015)
  28. Kata Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail Ketua Penerangan UMNO Selangor, Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah28.
  29. SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang29. (Malaysiakini 10 Dis 2015)
  30. Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak30. (Malaysiakini 27 Januari 2016)
  31. Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan31 (Malaysiakini 6 Feb 2016)
    1. Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.
  32. RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab32. ( 26 Januari 2016)
  33. Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti33. (Astro awani 26 Januari 2016)
  34. Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar kata PM terima derma tidak perlu cukai-tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi34. (Malaysiakini 16 Feb 2016)


Fakta tambahan

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu?
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
  8. Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.




2 2 Julai lalu, Sarawak Report dan akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati Tanore Finance Corporation melakukan dua pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank berjumlah AS$681 juta pada 21 dan 25 Mac 2013.

HIMPUNAN FAKTA ISU DOMESTIK-ANTARABANGSA FEBRUARI



HIMPUNAN FAKTA ISU DOMESTIK-ANTARABANGSA BULANAN

Bulan : Januari - Februari 2016
Jabatan Strategik DPPN Kedah
Susunan: Muhammad Nuruddin Bashah

Objektif :
  1. Menyusun fakta am berangka bagi 4 skop utama iaitu ekonomi, jenayah-sosial, agama-syariah, marhain.
  2. Mengelak himpunan fakta politik sensasi yang mudah diakses oleh pembaca am.
  3. Untuk kegunaan media statement, hujah untuk para aktivis, pimpinan, YB.
Ekonomi-korupsi

  1. Ekonomi Malaysia -pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2015 sebanyak 5.0 peratus1. (Berita Harian 18 Feb 2016)
    1. Tahun 2014 - 6 peratus2.


  1. Skandal rasuah Malaysia di tangga 33 (Malaysiakini 31 Disember 2015)
    1. Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
    2. Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.
    3. Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.
    4. Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

  1. PM kata GST talian hayat ekonomi Malaysia4 ( Sinar Harian 28 Januari 2016)
    1. Kata GST bantua negara dalam suasana gawat ekonomi.
    2. Najib yang juga Menteri Kewangan kata pihak kastam berjaya mengutip hasil lebih RM51 bilion sejak pelaksanaan GST, berbanding kutipan RM37.2 bilion pada 2014 tanpa GST.
    3. GST bukanlah untuk menyusahkan rakyat, GST (adalah) penyelamat rakyat.
    4. Minyak jatuh kepada sekitar US$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam
(komen: negara apa yang maju hanya dengan talian hayat cukai dalaman?)

  1. PM tidak mengaku negara gawat sebaliknya negara lain pun sama5. (Sinar Harian 28 Januari 2016)
    1. Malaysia bukannya berada dalam kegawatan ekonomi atau pun kemelesetan teknikal.
    2. Bukan Malaysia sahaja yang mengalami cabaran ekonomi, tetapi beberapa negara lain juga.
    3. Ekonomi global dijangka lebih mencabar pada 2016 di mana data IMF menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan lebih perlahan, iaitu daripada 3.6 peratus kepada 3.4 peratus.
(Komen : dalam kenyataan lain kata GST bantau ekonomi gawat, dalam kenyataan lain mengaku negara tidak gawat)

  1. Nazri kata Sektor pelancongan penyumbang utama kepada ekonomi negara6. (Sinar Harian 11 Feb 2016)
    1. Industri pelancongan Malaysia adalah tarikan utama pelancong terutamanya dari Eropah, Jepun, Korea dan China.
    2. Tanpa visa yang diberikan kepada warga China yang mengunjungi Malaysia juga dijangka menarik 8 juta pengunjung dan pendapatan kira-kira RM22 bilion setahun dengan purata seorang pengunjung membelanjakan RM3,500.
(Komen : special treatment selain layanan Panda, untuk China, rentetan MH370)

  1. Ahli Jawatankuasa Kaukus TPP, Datuk Irmohizam Ibrahim mengaku persaingan hebat anak muda akibat TPPA7. (Sinar Hraian 14 Feb 2016)
    1. persiapan generasi muda untuk menghadapi TPP
    2. memerlukan anjakan pemikiran.
    3. penguasaan bahasa Inggeris.
    4. tahap keyakinan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan.
(Komen: Persoalan: Adakah kerajaan sediakan semua ii kepada rakyat sebelum menghadapi bala TPPA?)

  1. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu, Ahmad Izani Ab Ghani1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh dibimbangi akan memberi kesan kepada ekonomi negara8. (Sinar Harian 15 Feb 2016)
    1. pengaliran wang keluar.
    2. Mungkin perlu had penghantaran wang pulang ke negara masing-masing.
(komen: tetapi mustahil)

  1. Kerajaan gembira apabila sejak penstrukturan semula Bajet 2016, Fitch rating memberi komen Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) A- untuk mata wang tempatan dan A untuk matawang asing9. ( Berita Harian 25 Feb 2016)
    1. Anuar Musa berkata - ekonomi negara tidak gawat.
( Komen: satu aspek melabel baik pada ekonomi tidak menggambarkan suasana iklim sebenar ekonomi sesebuah negara, Golongan marhaen,orang kampung tidak tahu dan ambil peduli tentang penarafan "Fitch" . Ini bukan kejayaan yang boleh menandakan kejayaan Najib kerana rakyat melihat prestasi kemampuan ekonomi realiti rakyat)

Jenayah-sosial

  1. Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain berkata 1.5 juta pekerja Bangladesh berkemungkinan memberi kesan besar daripada aspek budaya10. (Sinar Harian 14 Feb 2016)
    1. Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani,
    2. soal keselamatan, jenayah.

  1. Pengarah Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid kata Peningkatan jumlah wanita yang terbabit dalam penagihan dadah11 ( Berita Harian 17 Feb 2016)
    1. Meningkat 1-4 %
    2. 2 tahun mutakhir ini.

  1. Persatuan Anti Dadah dan Aids Malaysia (PADM) kesan kanak-kanak terbabit dalam kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah12 (Berita Harian 16 Feb 2016)
    1. Sekitar umur 10 tahun
    2. Jumlah dikesan sekitar 10 orang kanak-kanak satu Malaysia

Agama-syariah

  1. Dewan Ulamak PAS menganggap isu pakaian menyerupai dewa melibatkan ADUN Paya Jaras Khairuddin Othman sebagai satu salah faham13. (Malaysiakini 9 Feb 2016)
    1. Dewan Ulamak PAS pusat merasakan ia berlaku bukanlah dengan tujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersenda syariat Islam. Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya pada kenyataan media hari ini.


  1. Restoren dengan tanda no pork mengelirukan umat Islam dan JAKIM tiada kuasa 14(Berita Harian 18 Feb 2016)
    1. KPDNKK yang layak mengambil tindakan lesen premis yang mengeliru umat Islam.
    2. Satu bentuk baru pengeliruan produk halal.

Marhain


  1. Setiausaha Agung, N Gopal Kishnam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kesal nasib pekerja tempatan isu 1.5 juta Bangladesh15. (Sinar Harian 15 Feb 2016)
    1. Wajar sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir.
    2. Sektor gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang.
    3. Ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup.
    4. Rakyat Malaysia yang banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura. Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am.

  1. Penoreh makin sengsara16 (Sinar Harian 2 Januari 2016)
    1. Thailand, negara dihimpit masalah politik berupaya meletakkan paras harga getah yang selesa untuk rakyatnya.
    2. Harga getah jenis getah skrap (Cup Lump) untuk sekilogram di Thailand dilaporkan mencecah melebihi RM4 untuk mata wang negara ini.
    3. Harga lebih RM4 di Thailand tersebut adalah bagi kandungan getah kering (DRC) yang mengandungi 100 peratus manakala di Malaysia harga RM2.20 adalah bagi DRC untuk 50 peratus.

  1. Kerajaan perlu serius tangani harga getah17 (Sinar Harian 8 Februari 2016)
    1. 100 ahli Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) berkumpul di Pekan Weng.
    2. Harga ikan temenung jenis biasa sahaja hari ini sudah cecah RM9 hingga RM10 sedangkan harga getah masih RM1.60. Bagi penoreh yang ambil upah, mereka hanya dapat 80 sen sebagai pendapatan bersih kerana keuntungan perlu dibahagi dua.

  1. Kata RAPAT gaji adalah punca pekerja tepatan tidak berminat kerja di pelbagai sektor yang bergaji rendah18. ( malaysiakini 17 Februari 2016)
    1. Jurucakap Pertubuhan RAPAT Malaysia (RAPAT) S Bharathidasan - kerajaan perlu menilai semula gaji yang diberikan kepada warga tempatan supaya mencukupi bagi menampung kos sara hidup di negara ini.
    2. Jangan gelar anak tempatan malas.

2 PM mengaku katanya ekonomi Malaysia mempunyai asas kukuh walaupun dalam suasana global yang tidak menentu,Katanya kerajaan
  1. meneruskan dasar fiskal berhemat,
  2. mengekalkan nisbah hutang negara di bawah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
  3. berjimat dalam perbelanjaan
  4. dan mengekalkan lebihan akaun semasa

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125597
9 Berita Harian 25 Feb 2016

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)