Thursday, March 27, 2008

Sukan SRI Al Islah dirasmikan oleh YB Fairuz


Teluk Kumbar Pulau Pinang, 27 Mac 2008


YB Tuan Fairuz Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah dijemput untuk merasmikan Majlis Kejohanan sukan sekolah Rendah Al Islah Pulau Pinang. Majlis sukan sekolah ini julung-julung kali dirasmikan oleh VIP yang terdiri daripada pemimpin kerajaan negeri. Pihak sekolah merasa terharu dan gembira dengan kesudian pihak YB kerana sudi menjengah kaki ke majlis sekolah swasta rangkaian MUSLEH-JIM ini. Di harap hubungan erat antara pihak sekolah dengan kerajaan negeri akan bertambah erat sekaligus memperkasakan sekolah-sekolah alternatif (sekolah pilihan) seperti Al Islah ini.

Saturday, March 22, 2008

Ketua Menteri Pulau Pinang Pada Sambutan Maulidur Rasul

20 Mac 2008, 12 Rabiulawal 1429, Masjid Seberang Jaya

Majlis perarakan Maulidur Rasul telah diadakan bagi peringkat Negeri pulau Pinang di Ekspo Pulau Pinang Seberang Jaya. Majlis yang bermula dengan perhimpunan awal kontijen-kontijen badan kerajaan, NGO dan sebagainya telah menyaksikan suatu perhimpunan ramai yang meriah berbanding tahun-tahun yang lepas.

Sekolah Al Itqan Pulau Pinang telah dipilih untuk menyertai pasukan perarakan Jamaah Islah Malaysia (JIM) walaupun baru tahun pertama ditubuhkan.

Sambutan ini dimerihakan dengan kehadiran pasukan Unit Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang yang semestinya tidak dibenarkan menyertai perarakan ini pada tahun-tahun yang lalu.

Majlis ini selamat dirasmikan oleh Tuan ang terutama Tun dato’ Seri Utama Dr. haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang dipertua Negeri Pulau Pinang dengan ucapan aluan oleh Y.B Mohd Fairus Bin Khairuddin Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Antara yang tidak disangka-sangka ramai ialah kehadiran pula YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang hadir pada saat akhir program. Walaupun tidak memberi ucapan, namun kehadirannya membuktikan sikap perihatinnya terhadap sambutan umat Islam di Pulau Pinang. Tidak seperti tahun-tahun lalu, Ketua Menteri tidak akan hadir ke majlis maulidur rasul kerana ianya hanya sambutan kaum Melayu. Majlis ini menyaksikan juga kehadiran beberapa orang kaum Cina yang hadir untuk melihat kehadiran Ketua Menteri ini ke Majlis Maulidur Rasul pada tahun ini. Tahniah Kerajaan Pulau Pinang.

Tuesday, March 18, 2008

Siapa melacur demokrasi?

Sudah nyata BN tidak belajar untuk kalah. Antara elemen penting DEMOKRASI ialah flaktualiti (naik atau turun) sesuatu kerajaan atau parti adalah perkara biasa. Di Jepun, USA, Britain dan lain-lain negara maju, perubahan kabinet, pemimpin, parti dan kerajaan adalah perkara biasa dan menjadi amalan demokrasi yang tulen. BN telah lama mendoktrin masyarakat Malaysia agar jangan berubah, takut berubah, taksud dan obses hanya pada satu parti. BN dan regimnya adalah diktator, monolitik, uni-power dalam pemerintahan. Pembangkang dianggap menganggu demokrasi. Pembangkang dianggap jijik dan dipinggir terus dari sistem demokrasi. Lantaran itu mereka takut kalah.

Laporan akhbar arus perdana semalam menyebut Parti Gerakan Perak mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.
Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN.

Jelasnya sekali jika mereka kalah, mereka sendiri akan melatah hingga menggadai prinsip yang mereka cipta sendiri.

Politik perkauman adalah senjata lapuk penjajah yang diberi versi baru saban Pilihanraya. Menakutkan rakyat, desperado, mengungkit-ungkit, merosakkan nama peribadi adalah pencak silat mereka. Ayuh rakyat Pulau Pinang tidak akan terpengaruh lagi dengan politik perkauman. Prinsip keagamaan dijaga, keharmonian antara kaum adalah juga saranan Al Quran...bergerak bersama..ke arah Malaysia yang Adil dan Sejahtera.

Kerajaan Pulau Pinang, isytiharkan harta !!


Gerak mahu anggota Kerajaan Pulau Pinang istihar harta

PULAU PINANG, 18 Mac (Hrkh) - Kerajaan baru Pulau Pinang pimpinan DAP wajar mengistiharkan harta sebagai syarat awal membuktikan kerajaan pilihan rakyat bebas daripada semua kes rasuah dan sebagainya, kata Penyelaras Gerakan Demokrasi dan Anti Kurapsi (Gerak) Pulau Pinang, Aminah Abdullah. -->-->
Jelasnya, pengistiharan harta merupakan jalan terbaik bagi menambah kepercayaan rakyat kerana selama ini rakyat dibohongi oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononya pemimpin BN bersih dari seberang skandal membabitkan kemewahan.
Walhal, kepimpinan BN mempunyai harta benda dan kekayaan di luar negara serta rumah mewah di luar pengetahuan rakyat sejagat.
"Tidak salah kepimpinan kerajaan baru mengistiharkan harta masing-masing kerana ia boleh membantu menambah keyakinan rakyat sekaligus meningkatkan keharmonian antara pemimpin dan rakyat yang selama ini terabai," tegasnya ketika dihubungi.
Kerajaan yang telus jelas beliau, amat ditunggu oleh rakyat sekarang kerana selama ini mereka asyik dijanjikan hidup dalam sejahtera, aman dan makmur walhal kerajaan sendiri ketirisan dalam banyak hal terutamanya membabitkan projek pembangunan.
Ada setengah pembangunan berat sebelah dari segi kedudukan kaum, terlalu mahal dan paling getir sampai kini terbengkalai.
Bila disiasat ada sahaja masalah yang timbul seperti penyelewengan, tidak mengikut saluran pembangunan yang betul dan rasuah.
Kejadian seumpama ini membuatkan rakyat tidak yakin untuk membantu kerajaan.
"Kita khuatir pembangunan yang berat sebelah akan meletakan kerajaan tidak seimbang yang akhirnya jatuh kembali, " ujar beliau.
Kerajaan yang baru dibentuk juga jangan sekali-kali mengulangi kesalahan kerajaan lalu kerana membiarkan rasuah begitu bermaharajalela sehingga menular menerusi bawah meja atau cara terkini menerusi akaun individu.
Fenomena ini katanya, pasti akan menduga kestabilan politik kepimpinan kerajaan negeri yang baru, jadi untuk menghalang kejadian buruk itu mereka kena laksanakan tugasan dengan amanah dan bersungguh. - mr

Saturday, March 15, 2008

Berhenti bercakap tentang DEB!!

14 Mac 2008, Komtar- Mereka yang berdemostrasi seperti beruk-beruk ditepi jalan (kenyataan Amirul Mukminin Islam Hadhari semasa mengulas Demostrasi BERSIH 100 000 orang)

Kini sumpahan beruk pula terkena pada orang-orang Islam Hadhari ini. Allah berhak mengangkat sesiapa yang dikehendaki, menurunkan sesiapa yang dikehendaki, menghina atau memuliakan sesiapa sahaja. Sikap anti demokrasi, penindasan hak bersuara oleh UMNO telah memakan diri mereka sendiri.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin; ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya; Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibni Hajar; Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta para pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, Wanita UMNO dan Puteri UMNO.

Mereka ingin bercakap soal DEB? Merekalah yang melacur dasar baik itu ! Perjuangkan Bumiputera atau UMNOPutera? Kekayaan diagih adil tanpa diskriminasi atau diberi kepada kroni semata-mata? Yang berkeja dalam jentera BN, yang mengampu pimpinan BN. Kawasan yang diwakili oleh BA? Di anak tirikan. Royati Petroleum dinafikan apabila Terengganu diperintah PAS. Kawasan Lim Kit Siang di Ipoh Timur dihentikan projek berjuta ringgit untuk penghalang banjir apabila sahaja En. Lim menang pada tahun 2004. Inikah keadilan sosial? UMNO tidak berhak bercakap soal DEB lagi.

Media BN seperti Utusan dan Berita Harian hanya berprovokasi. Hakikatnya UMNO lah yang meminggirkan Melayu kebanyakan. DAP belum ada rekod meminggirkan Melayu.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang hanya menyuarakan beberapa peruntukan DEB perlu diubah kerana berasaskan kronisme. DAP adalah parti sosialisme demokratisme yang amat menentang diskriminasi dan kronisme. Berbeza dengan BN yang dibina atas dasar perkauman, bodek membodek dan perlacuran ideologi kebangsaan kepada ideologi chauvinisme yang amat sempit. Selepas kekayaan akibat komisyen membeli keperluan negara (pesawat/kapal selam), selepas projek mega hanya berasaskan tender tertutup dan tidak adil, kini Pak Lah ingin memberi amaran kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang? UMNO Pulau Pinang, berhenti berhujah tentang DEB !!

KEJATUHAN POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA?


KEPUTUSAN PRU KE-12 PETANDA KEJATUHAN POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA?

Politik ‘komunalisme’ atau lebih dikenali ramai sebagai politik perkauman adalah satu langkah yang digunapakai oleh mana-mana penjajah sekitar pasca revolusi Perindustrian Eropah (abad ke 19) Politik yang berasaskan pecah dan perintah ini akan mengelakkan masyarakat setempat bersatu padu untuk menentang penjajah.

Lihat sahaja bagaimana BN mewarisi politik sebegini lantaran kemerdekaan hanya akan diberi jika semua kaum bersetuju menjaga kumpulan kaumnya sahaja. Bangsa selain Melayu yang hanya dianggap sebagai perkakas mereka (penjajah) untuk menjajah melayu telah digalakkan berpolitik secara perkauman walaupun tidak secara melampau. Sebelumnya masyarakat Cina telah mengadakan hubungan yang terlalu erat dengan kerajaan China seperti dr Sun yat Sen dan sistem pendidikan yang mirip kepada sistem China yang bercanggah dengan sistem Barat(kapitalis). Jadi, British hanya menggalakkan budaya bangsa setempat iaitu Cina Tanah Melayu, India Tanah Melayu dan Melayu Semenanjung. Orang Cina tidak berkiblatkan China. Orang Melayu tidak ada rangkaian nusantara sebaliknya bersifat kedaerahan. Inilah kejayaan British.

Penjajah berjaya mengelakkan kesatuan antara Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera minoriti yang lain.

Politik ini amat dimusuhi oleh PKMM, PAS dan sebagainya. Politik ini tiada ideologi yang bernas sebaliknya hanya bersentimen semata-mata. Politik ini mudah dirasuki kronisme dan nepotisme seperti yang berlaku kini.

Lihat sahaja bagaimana calon MCA, MIC dan Gerakan yang berteraskan perkauman telah kalah sebegitu ramai sehinggakan dijangka tiada wakil MCA dalam Kabinet PM tahun ini.

Dua hari sebelum penamaan calon, Datuk Seri S. Samy Vellu dengan bangga mendakwa Sungai Siput sebagai kawasan “kubu singa” yang tidak boleh dicabar dengan mudah. Beliau juga pernah mengatakan bahawa pencabar tradisinya boleh menentang beliau sepanjang hayat tetapi tidak boleh menang.

Sehingga kelmarin Samy Vellu penuh yakin yang beliau akan menang mudah di kubu kuatnya itu. Nasib tidak menyebelahi Samy Vellu pada hari beliau sepatutnya menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-72.

Kegembiraan berganda yang diharapkan itu tidak menjadi.

Hari ini, Samy Vellu yang dilihat sebagai pemimpin lantang, kehilangan kerusinya yang dipertahankan sejak ia dimenangi pada pilihan raya umum tahun 1974. Samy Vellu, Presiden MIC yang bertanding di kawasan Sungai Siput sejak 1974 tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. D. Jeyakumar dalam persaingan tiga penjuru.

Kecundang bersama Samy Vellu ialah Timbalannya, Datuk G. Palanivel di tangan Datuk Dr. Zainal Ahmad Ahmad yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Palanivel, bekas wartawan, pertama kali diturunkan pada pilihan raya umum 1995.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mengakui semakin hilang identiti asal mereka sebagai parti pelbagai kaum dan kini majoriti rakyat hanya melihat Gerakan sebagai satu lagi parti kaum cina selain MCA.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe dalam satu temubual dengan mStar Online. Lian Hoe mengakui amat sikit iaitu kurang dari 10 % ahli Gerakan terdiri dari orang Melayu itupun setelah parti tersebut berusaha bersungguh sungguh.

Pemimpin parti itu tidak harus menyalahkan media mahupun rakyat kerana mempunyai persepsi tersebut. Malah parti itu harus muhasabah dengan melihat kembali kedudukan mereka yang duduk dalam lubuk politik perkauman,Barisan Nasional(BN). Malah tindakan Gerakan untuk kononnya berunding dengan MCA ke arah penggabungan pada satu ketika semata mata kerana ingin menyelamatkan sokongan kaum Cina kepada BN menguatkan sangkaan bahawa Gerakan kini tidak lebih sebagai alat politik perkauman yang mewakili satu kaum.

Gerakan yang merupakan sebuah parti berbilang kaum diasaskan bersama oleh Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alattas, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan bekas pemimpin Parti Buruh V. Veerapan pada 1968.

Di bawah pimpinan Syed Hussein, Gerakan berjaya memenangi beberapa kerusi penting di beberapa negeri di utara Semenanjung, terutama di Pulau Pinang, dalam pilihan raya umum 1969. Parti itu bagaim

anapun menyertai BN pada 1972 dan semenjak itu Gerakan hilang identiti sebagai parti perbagai kaum yang memperjuangkan konsep bangsa Malaysia.

Gerakan sebagai sebuah parti yang bermula dengan ideologi dan matlamat perjuangan yang jelas dan kuat malangnya tenggelam dengan semangat politik perkauman sempit seleps menyertai BN. Jelas penggabungan dalam BN adalah warisan pentadbiran penjajah iaitu pecah dan perintah berasaskan kaum. Semenjak dijajah rakyat di bumi ini dipecah - pecahkan berdasarkan kaum kerana dengan itu rakyat akan melemah dan sebarang usaha menyatukan rakyat akan digelar tindakan subversif yang membahayakan dan perlu ditentang. Penjajah amat lega walaupun terpaksa meninggalkan bumi ini kerana semangat anti penjajah yang semakin tinggi tetapi cara pentadbiran mereka (pecah dan perintah) dapat diwariskan dan diteruskan.

Dasar pecah perintah warisan penjajah inilah merupakan penghalang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju yang kuat. Masalah perkauman ini menjadi lebih parah apabila ia menjadi bom masa yang dipergunakan parti - parti perkauman untuk mengukuhkan pengaruh setiap kali menjelang pilihan raya.

UMNO contohnya parti yang amat tinggi semangat perkaumannya hanya memikirkan untuk mengumpulkan sokongan Melayu, untuk itu mereka sanggup menggunakan apa jua cara termasuk membangkitkan semangat anti kaum lain. Begitu juga gabungan parti lain dalam BN. Malah parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak lebih parah dengan mewujudkan semangat anti semenanjung. Malangnya semangat perkauman ini diwujudkan hanya untuk mengembeling sokongan bukan untuk memajukan bangsa tersebut.

Ramai penganalisa berpendapat bahawa, GERAKAN perlu kembali menjadi parti berideologi rakyat serta keluar daripada Barisan Nasional demi survival parti berkenaan.


Bagi PAS, kemenangan kerusi bukan menentukan kekuatan parti. Parti yang kuat adalah parti yang memiliki pemimpin berkarisma, ahli yang sanggup bekorban dan cawangan yang meluas seluruh negara. Parti yang kuat tidak memerlukan dana luar untuk kekukuhan partinya. Parti PAS memiliki ideologi yang kuat iaitu Islam dan Wahyu sebagai perlembagaan tertinggi. Inilah beza antara PAS dengan parti-parti yang lain.

Jangan Percaya Fitnah BN terhadap Kerajaan Pulau Pinang !!


Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.
Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.


"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.

Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.

"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.
"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar," katanya.

Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.
"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya.

Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri ini.

Friday, March 14, 2008

Projek TAWAN Bayan Lepas


PAS Balik Pulau BERAZAM untuk menawan DUN Bayan Lepas N-38 pada Pilihanraya ke-13 nanti. Usaha keras perlu bermula SEKARANG !! Perhimpunan petugas MTD Bayan Lepas telah membuat beberapa resolusi untuk pemerkasaan PAS dan menarik ramai sokongan sekaligus meneruskan kelangsungan dakwah PAS.

  1. Penubuhan cawangan yang lebih banyak terutama di kawasan taman-taman perumahan baru. Kempen keahlian diperbesarkan. Rumah Ku Rumah PAS. Memastikan anggota keluarga menyokong dakwah PAS.
  2. Kelab Penyokong PAS. Pemerkasaan kelab ini perlu kerana ramai golongan Cina yang mengisi borang keahlian Kelab ini yang diurusselia oleh Ustaz Mujahid Rawa. 70% Pengundi di Unit Peti Undi Sg Ara adalah kaum Cina dan India dan PAS menang di semua saluran !! ( warga emas juga menyokong PAS/kalih)
  3. Kelab Belia seperti Kelab Bola, Team kenduri kahwin dan sebagainya. Setiap UPU kena wujudkan kelab ini. Aktiviti rehlah dan lawatan akan diperbanyakkan lagi.
  4. Team kemasyarakatan seperti khairat kematian, team urus mayat dan sebagainya disamping pemerkasaan Nisa' dan Unit Amal PAS Kawasan Balik Pulau.
  5. Kumpulan Dana MTD. Infaq bulanan diperlukan kerana PAS akan terus memiliki Pejabat MTD yang aktif dan berfungsi selain markaz tarbiyyah PAS Kawasan dan bilik Pejabat Dewan Pemuda.
Jamuan dan kenduri akan diadakan seperti tahun-tahun yang lepas. Walaupun saban PRU PAS 'kalah' tetapi kami tetap meraikan kemenangan JIHAD dan PENGORBANAN ahli kami. Inilah realiti perjuangan PAS.

Thursday, March 13, 2008

Lim Kit Siang tidak bermaksud menghina Istana


En. Lim Kit Siang telah memohon maaf di atas Keputusan Istana Perak dengan keputusan melantik Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Sebagai Pengerusi DAP di mana kondisi DAP yang tidak menyertai BA, menyebabkan DAP mengeluarkan statement yang hanya mewakili pendapat parti mereka ketika itu. Beliau tidak bermaksud untuk menafikan keputusan istana. Di harap rakyat tidak terpengaruh dengan agenda BN untuk melaga-lagakan antara kita Barisan Alternatif. Sebarang masalah, ada jalan keluar selagi kita berada di landasan yang BENAR.


My three-paragraph statement at 7pm last night (Wednesday) that the DAP Central Executive Committee emergency meeting on 9th March had not give approval for a PAS Mentri Besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak Regent whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused.
The statement (was) on the party position at the time.
There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement.
Announcements of the latest position will be made.
Lim Kit Siang

Wednesday, March 12, 2008

Benci BN Bukan Sokong BA?


Benci BN Bukan sokong BA?

Sindrom kalih undi yang dikenali sebagai ‘pendulum swing’ dalam PRU ke-12 kali ini cukup memeranjatkan baik pihak BN mahpun jentera BA yang bertungkus lumus juga. Ia begitu jauh dari jangkauan semua pihak. Silent supporter bukan sahaja dikalangan pelbagai kaum tetapi juga pihak pekerja perkhidmatan awam serta pihak keselamatan negara. Undi protes ini walaupun dilihat sebagai tuah datang bergolek kepada penyokong BA, namun beitu analisa yang adil demi tindakan susulan yang jitu perlu jugaa diberi perhatian.

Menurut Tun Dr. Mahathir, berdasarkan pengamatan peribadinya, golongan muda terutamanya terasa tertekan dengan dasar-dasar awam kerajaan, tiada bonus bagi pekerja awam, WPI yang membazir, projek koridor yang tiada manfaat kepada masyarakat serta kos sara hidup yany meningkat menyebabkan undi ‘swing’ berlaku.

Menurutnya lagi UMNO dan BN kelihatannya diperintah oleh sekelompok keluarga dan kronisme kelihatan terlalu ketara walaupun sememangnya kita mengetahui amalan kronisme adalah amalan resmi Bn da komponennya.

Rakyat jelak hinggakan lupa segala jasa pembangunan kerajaan BN kepada mereka, mereka cukup tertekan disamping karismatik Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apakah yang perlu BA lakukan untuk menerima hepotesis sebegini?

Perkara maha penting ialah BA perlu menggunakan cara akulturasi untuk menerapkan budaya dan norma baru menggunakan kuasa mereka. Budaya akibat dilanda tsunami BA perlu dirasai seperti taraf hidup yang selesa, keharmonian kaum, tahap pendidikan, kebajikan yang terjaga dan marhain yang terbela di segenap strata masyarakat.

Mereka perlu teguhkan imej kebajikan, sosialistik, keadilan dan kemakmuran bersama melalui program akar umbi yang berkesan. Sebagai contoh

  • Pusat perkhidmatan YB BA perlu dibina diseluruh kawasan yang dimenangi dan adakan SU tetap untuk kerja-kerja selenggaran masyarakat yang diwakilinya disamping sibuk dengan agenda nasional di KL.
  • JKK dan penguasaan masjid perlu dilakukan secara halus dan saksama. Masjid perlu diimarahkan semula dengan kulaih dan ceramah yang bermanfaat. Pengajian kitab-kitab diperluaskan. Masjid sebagai sumber ilmu dan perpaduan umat dijalankan secara meluas tanpa diskriminasi. Penceramah yang digam bolehlah dijemput kembali.
  • Lawatan kerap setiap bulan ke kawasan yang diwakili perlu dilakukan disamping menunaikan jaji-janji kepada rakyat dan bukannay janji-janji kepada kroni seperti rekod lama BN.
  • Jangan menggunakan apparatus kerajaan sebagai alat dan komoditi parti mereka. BA perlu adil dan menjadikan harta kerajaan sebagai harta kerajaan bukan hak milik BA.

Jika disiplin ini dilaksanakan meluas, insya Allah penacapan imej baik dan nama yang baik akan terlaksana secara perlahan-lahan. Ianya boleh menghilangkan trauma rakyat kepada BA (akibat dakyah BN selama ini) serta menghilangkan rasa kebergantungan rakyat kepada BN yang dianggap segaala-galanya terutama oleh masyarakat Pulau Pinang.


Adalah penting bagi BA agar masyarakat yakin dengan ideologi dan matlamat BA labih daripada sekadar memberi undi tanda marah kepada BN semata-mata. Jangan BA sekadar menjadi menangguk di air yang keruh. BA perlu diterima secara mutlak oleh rakyat !!

Tiada rusuhan apabila Barisan Alternatif menang besar

Tiada rusuhan apabila Barisan Alternatif menang besar

Penerapan ‘culture of fear’ kepada rakyat memang menjadi lumrah dalam kempen BN dan koponennya. Jentera KEMAS, Putri dan sebaginya digunakan untuk menakutkan rakyat dan cetuskan suasana kebimbangan yang melampau dikalangan rakyat. Kami PAS Balik Pulau tidak bersetuju langsung dengan selogan ‘ aman, makmur dan selamat’ yang digunapakai dalam manifesto BN baru-baru ini. Merekalah punca rasa gelisah dan pecah belah di kalangan masyarakat antara kaum.

Dahulu mereka menakutkan rakyat Cina dengan katanya jika Pas memrintah Kelantan, kemaluan lelaki cina akan dipotong. Cina akan dihalang makan babi dan meminum arak. Ironinya tiada pun perkara begitu berlaku.

Dalam kempen BTN dan PLKN, sering kedengaran penceramah ‘penghasut’ BN yang dijemput khas untuk membedah statistik kerusi pilihanraya tahun 1969 yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Mereka mengungkit sikap DAP yang berarak di seluruh negara terutama di KL sehingga mencetuskan rusuhan kaum.


Hari ini tanggal tarikh 9 hb Mac 2008 hingga hari tulisan ini ditulis 12 Mac, adakah terdengar sebarang huru-hara? Sebarang pembunuhan? Sebarang rusuhan yang dilakukan oleh pengikut BA?

Perlu diingat, rusuhan antar kaum yang ebrlaku pada 13 Mei 1969 dahulu adaah akibat ketidakseimbangan ekonomi dan taraf hidup antara kaum. Dendam dan kesumat antara kaum teserlah walaupun tersorok sebelumnya. Tetapi hari ini tiada perbezaan besar antara taraf sosial interkaum kerana tekanan ekonomi akibat minyak dan barang naik dirasai oleh semua kaum !!

Tiada istilah jika DAP pegang Pulau Pinang akan berlaku rusuhan dan ‘abolish’ kaum. Selagi pemimpin BA berpegang dengan janji dan dasar perjuangan untuk membina negara yang adil, segala malapetaka itu dapat dihindarkan walaupun para pemimpin BA pernah menerima segala siksaan dan ketidakadilan yang begitu lama sebelum dan selepas merdeka.

Sunday, March 09, 2008

SPR..buat onar lagi...

SPR buat onar lagi !!!

Selepas beberapa jam menunggu untuk proses pengiraan semula, Jentera PKR dan PAS hanya menerima layanan SPR pada pukul 12 tengahari ( 9 Mac 2008, menunggu daripada pukul 12 malam 8 Mac).

Keputusan yang diberi ialah, pengiraan Undi tidak sah lagi melainkan dibicara di dalam mahkamah. Pihak PKR bersetuju dan caranya ialah semua peti-peti undi di DUN (N-38,39,40) akan disimpan dalam lokap dan disimpan dalam peti besar. Para polis telah membawa beberapa buah peti besar untuk diteliti nilai keselamatannya oleh kami.

Secara tidak sengaja seorang wanita PKR tertendang bahagian bawah (tapak) peti besar itu dan ianya mudah pecah. Suasana terus riuh dengan sorakan jentera kerana penipuan yang cuba dilakukan oleh SPR. Ramai terus menyerbu SPR dan polis menyatakan bahawa ianya tidak adil dan mahukan peti besar yang lebih kuat. Kemarahan memnuncak. Polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana Pulau Pinang BARISAN ALTERNATIF yang memerintah !!!! Jika dahulu pasti penyokong BA dihalau dan dipukul, tetapi kini mereka berfikir dua kali !! Hendk masuk ke dewan Kompleks itupun mereka hormat jika memakai tag Polling Agent and Counting Agent milik PAS atau PKR. Inilah hakikat kuasa apabila polis dilatih untuk menjadi alat kerajaan secara rakus.

Unit AMAL PAS terus menyediakan hardware yang berkaitan serta terus membaiki peti-peti besar berkenaan dan ditambah dengan adjustment untuk teguhkan rangka peti berkenaan.

Syabas rakyat balik Pulau !!!






Kanan: Saudara Sazali PAS Balik Pulau memberi penerangan kepada penyokong tentang sikap SPR dan menegaskan BA akan memerintah secara AMAN di Pulau Pinang !!

Kira semula Undi Balik Pulau



9 Mac 2008 – Kompleks Sukan Balik Pulau

Suasana kelihatan hening selepas beberapa jam dewan kompleks ini gemuruh dengan gegak gempita suara rakyat Balik Pulau yang inginkan pengiraan undi semua untuk 3 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( DUN Teluk bahang, DUN Pulau Betong dan DUN Bayan Lepas). Keraguan yang muncul sejak kemunculan undi pos dan keraguan di beberapa saluran disamping kemenangan BN di 3 Dun ini yang hanya mencapai 4 % menyebabkan proses bantahan ini sah mengikut undang-undang.

Selepas beberapa jam menanti sejak pukul 9 malam, SPR didesak untuk mengisytiharkan keputusan secepat mungkin dengan bantahan. Setelah didesak, SPR hanya mengisytiharkan kemenangan kerusi Parlimen P-53 Balik Pulau disandang oleh Saudara Yusmadi Yusuf daripada PKR, serta kekalahan di 3 DUN berkenaan secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan bantahan yang dilakukan.

Dr. Mansur (Mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang)yang juga merupakan calon N-39 Pulau Betong, telah mendesak Pegawai Pengurus Pilihanraya Balik Pulau En. Hassan Saad untuk mengisytihar semula keputusan selepas diadakan pengiraan semula.

Sejak semalam, tiada seorang penyokong, wakil calon mahupun calon-calon BN yang muncul kerana sedar akan kekalahan mereka.

Kini keheningan di seluruh dewan, lantaran seluruh jentera Barisan Alternatif sabar menanti kehadiran SPR untuk masuk ke pentas pertarungan semula. Petugas PAS dan PKR sabar menanti sejak pukul 9 malam tadi hingga kini jam 12 tengahari. Tahniah. Lawan tetap lawan !!!!


Sekilas Pandang mood Pengundi N-38 ( Bayan Lepas)

Sekilas Pandang mood Pengundi N-38 ( Bayan Lepas)


Secara umumnya situasi pilihanraya di DUN Bayan Lepas juga menerima spectrum perubaha yang selaras dengan perubahan mood pengundi nasional. Perubahan yang selaras dengan kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “ politik Malaysia tidak akan selamanya sama”, melihat undi protes dan perubahan sokongan rakyat daripada memilih calon tradisi iaitu BN kepada memilih PAS sebagai calon alternatif mereka.

Menurut saudara Rashdan mohd Nor, wakil calon kepada Cikgu Asnah yang bertanding di N-38, mood pengundi di beberapa UPU ( unit peti undi) atau lokaliti pengundian telah membuat ‘undi swing’ sebagai tanda protes mereka. Menurut beliau sifir lama percaturan Cina juga masih berlaku dimana masyarakat Cina lebih suka memberi undi DUN kepada kerajaan, manakala undi Parlimen kepada pembangkang terutamanya DAP. Lantaran itu kita melihat laluan agak selesa kepada saudara Yusmadi (P-53) untuk memenangi kerusi parlimen Balik Pulau. Kebangkitan masyarakat Cina dan India untuk membuat perubahan juga merupakan faktor penentu lantaran komposisi kaum ddi negeri ini yang agak rencam. Masyarakat India amat terkesan dengan isu Hindraf dan bosan dengan janji –janji pemimpin MIC tempatan. Penindasan dan kemunculan isu-isu ras yang dilaga-lagakan oleh BN menyebabkan masyarakat Cina yang yakin dnegan kepimpinan Anwar Ibrahim sanggup memberi sokongan undi ‘swing’ mereka.

Bayan Lepas masih menerima masalah yang besar dikalangan pengundi kampung Seronok dan Binjai kerana pengikut setia Syed Amiruddin N-38 masih ‘kental’ dengan tradisi UMNO mereka. Namun begitu, kebanjiran bendera PAS dan PKR di kampung ini, pemasangan bendera dengan menggunakan Bas Kilang di sepajang Bilik Gerakan BN, operasi gempur kempen oleh Muslimat PAS telah memberi petanda bahawa masyarakat di situ mula membuka pintu untuk ‘warna lain’. Peningkatan undi daripada mereka juga memberi isyarat bahawa Kg Seronok dan Kampung Binjai mulai menerima dakwah PAS dan boleh memahami bahawa Islam boleh memerintah.

Menurut salah seorang koordinator Media Majlis Tindakan DUN Bayan Lepas, beliau optimis bahawa media maklumat penerangan dan kempen yang dilakukan sepanjang proses pilihanraya bagi DUN Bayan Lepas dan Balik Pulau umumnya adalah punca peningkatan sokongan. Maklumat yang sahih, pantas, menyyeluruh dan efektif amat memainkan peranan untuk menimbulkan kesedaran rakyat tempatan. Antara kaedah yang digunapakai ialah pengedaran CD pengakuan Tun Dr Mahathir, CD Ceramah Manifesto Anwar Ibrahim, bahan-bahan isu tempatan dan nasional, SMS isu tempatan, SMS pengenalan calon, serta media elektronik yang lain. Kami para jentera PRU juga berasa amat puas hati dengan sebaran maklumat yang didapati walaupun masih gagal menawan 3 kerusi DUN.

Menurut Saudara Rashdan juga, Peti Undi Sungai Ara mempunyai masadepan yang cerah memandangkan undi swing banyak bermula daripada kawasan Cina di Bayan Baru dan merebak hingga ke Sg ara yang berada di bawah DUN Bayan Lepas. Beliau berpendapat masyarakat Cina juga terkejut kerana sifir awal mereka iaitu DUN untuk BN dan Parlimen untuk Pembangkang ternyata berlawanan. Saudara Rashdan bertekad untuk terus beriltizam untuk memahamkan masyarakat Cina dan India tentang apa itu Islam melalui mengenali apa itu PAS. Hanya bermula dengan isu Hindraf, maasyarakat India mula menerima simpati para penyokong PAS dan akhirnya mereka sanggup mempamer simbol dan tulisan slogan PAS walaupun tidak memahami tulisan jawi. Saudara Rashdan juga tidak menolak bahawa melalui Kelab Penyokong PAS lah masyarakat non-muslim boleh dijalinkan untuk membantu ceramah kelompok di seluruh DUN Bayan Lepas.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)