Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Tuesday, July 26, 2016

BOLA SEPAK PADANG MEDAN PEMUDA PAS BERSAMA BELIA

BOLA SEPAK PADANG MEDAN PEMUDA PAS BERSAMA BELIA

SUNGAI PETANI - 24 Julai 2016

Perlawanan bola sepak padang persahabatan telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Sungai Petani antara Kelab Sahabat Hijau Sungai Petani bersama Sungai Emas FC pada ahad lalu.

Perlawanan bermula jam 5 petang dan tamat pada jam 7 petang itu diadakan bersempena pendekatan baru Lajnah Sukan Pemuda PAS untuk mengadakan siri perlawanan bola sepak padang sebagai salah satu method mendekati pemuda.

Saudara Ismail Ibrahim selaku ketua Lajnah  berkata domain pemain bola sepak padang tidak sama dengan futsal malah selama ini pemuda PAS kelihatan hanya aktif dalam permainan fusal sahaja.

Pertandingan ini diadakan di Padang Taman Rhu Tikam Batu dan berlangsung dalam suasana hujan renyai. Sungai Emas FC berjaya menewaskan Kelab Sahabat Hijau yang merupakan Kelab di bawah Lajnah Sukan Pemuda PAS Sungai Prtani dengan keputusan 5-3.

Sunday, July 24, 2016

PAS SUNGAI PETANI ANJUR SAMBUTAN 65 TAHUN PAS SERTA MENGALUKAN MASYARAKAT KE JAMUAN AIDILFITRI

Oleh : Muhannad Nuruddin Bashah

TIKAM BATU- 25 Julai 2016

PAS Sungai petani menjemput rakyat tempatan sekitar Sungai Petani untuk menghadiri dua program bersama rakyat iaitu Sambutan 65 Tahun PAS Peringkat Sungai Petani pada 29 Julai serta jamuan Aidilfitri  pada 30 Julai terbuka untuk semua.

Program dijadualkan  bertempat di Dataran Balai Islam Tikam Batu.

Menurut Ustaz Rosli Darus, selaku Pengara program serta merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Sungai Petani menyatakan dua program ini bertujuan merapatkan PAS bersama rakyat serta memberi penerangan berkenaan persejarahan PAS sejak ditubuhkan 65 tahun yang lalu.

“ PAS kekal relevan dan kekal misi memartabat kebajikan rakyat, berjuang mencelik rakyat berkenaan syariah Islam secara konsisten dan dua program ini bertujuan untuk itu sekaligus menjadikan agenda ukhuwah dan persaudaraan merentasi parti dan latar belakang sebagai semangat utama”, jelas Ustaz Rosli.

Pada 29 Julai sambutan 65 tahun PAS dimulakan pada jam 5 petang dengan persembahan pentas dan forum Sejarah PAS bersama Ustaz Hashim Jasin, Dato’ Yusof Husin @ Pak Chop mantan Senator, serta Ustaz Fadhil Nor Sahani selaku moderator. Pada malamnya pula Forum perdana bersama panel Ustaz Fawwaz Mat Jan, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Badarudin serta Ustaz Shanmugam Shah.

Sambutan Jamuan Aidilfitri pula bermula pada jam 2 petang hingga 5 petangdebgan pelbagai juadah makanan tempatan.antaranya ayam goreng meletop resepi khas PAS Sungai Petani serta Ais Krim Kifayah iaitu ais krim buatan bumiputera Islam Sungai Petani. 


PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)