Saturday, February 28, 2015

FUTSAL CARA TARIK ANAK MUDA DEKATI DAKWAH DENGAN BERKESAN



Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 28 Feb 2015

Lajnah Sukan dan Kesenian Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 14 pasukan futsal sekitar daerah Sungai Petani hari ini melalui Pertandingan Futsal Jemputan Piala Ketua Pemuda PAS Kedah pusingan kelayakan Sungai Petani.

Perlawanan pusingan saringan ini berlangsung di SMC Futsal Centre Sungai Petani yang melibatkan sekitar 100 orang pemain.

Saudara Saad Ibrahim selaku pengerusi Lajnah Sukan ini berasa berpuas hati dengan kadar penyertaan memandangkan iklan hanya dikeluarkan dalam masa seminggu sahaja.

“Ternyata method bermain bola, sukan dan riadah adalah wadah penting untuk pihak kami Lajnah Sukan mendekati anak muda dan menampikan perjuangan PAS yang syumul merangkumi kerohanian, akhlak dan juga kekuatan jasmani”, jelas beliau apabila ditemubual media.

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara akan mewakili pemuda Sungai Petani untuk pusingan peringkat negeri di Sik pada 7 Mac akan datang.

Sejak Pemuda PAS menjenamakan semula Lajnah Sukan beberapa tahun kebelakangan ini, sukan Futsal menjadi pilihan aktiviti utama dan ia amat berkesan menarik minat anak muda mendekati PAS.









BELIA SEJAHTERA SUNGAI PETANI TERUS TEKAD ASAH KEPIMPINAN ANAK MUDA

BELIA SEJAHTERA SUNGAI PETANI TERUS TEKAD ASAH KEPIMPINAN ANAK MUDA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI- 28 Feb 2015

Bagi para anak muda dan belia di Sungai Petani yang ingin beraksi dalam lapangan kepimpinan dan sukarelawan melalui medium ngo bukan partisan, Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani (BERANI) adaah wadah yang paling sesuai.

Sejajar dengan kehendak ROS, NGO berdaftar ini sekali lagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunanya di Dewan Surau Taman Sejati Sungai Petani pada jam 10 pagi 28 Februari 2015.

Dengan kehadiran belia seramai 20 orang BERANI berjaya menyambung hayat perjuangan untuk memberi ruang remaja dan belia terlibat dalam aktiviti kesukarelaan dan rekreasi yang membina.

“ Pada sesi lalu BERANI telah menghantar dua orang perwakilan untuk bertanding dalam Parlimen Belia iaitu saudara Ibrahim ismail dan saya sendiri Hairul Huzairi bin Mohd Hafhid. Kami juga mngadakan beberapa siri pertandungan Futsal, gotong royong di pondok pengajian islam di Perak, edaran risalah dakwah pada malam merdeka, menganjur Kem Anak Soleh serta majlis makan malam bersama Kelab Motor Negeri Kedah”, jelas Hairul selaku mantan pengerusi yang lalu.

Berdasarkan ucapan Pengerusi baru saudara Ibrahim Ismail, tahun ini BERANI mensasarkan misi untuk terus menyediakan ruang pengasahan bakat kepimpinan belia, menambah aktiviti kesukarelaan, menganjur lebih banyak akiviti dakwah dan pemantapan rohani disaping mengekalkan aktiviti rekreasi yang diminati anak muda.

“ Persiapan kemahiran untuk belia berdayasaing dalam hal kerjaya juga akan difikirkan untuk dianjur pada sesi ini”, tambah Ibrahim sebelum menutup ucapan penangguhannya.



Thursday, February 26, 2015

KENYATAAN MEDIA- PEMUDA PAS KEDAH MENOLAK KEMPEN GST YANG MENGELIRUKAN RAKYAT


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

25 FEBRUARI 2015

PEMUDA PAS KEDAH MENOLAK KEMPEN GST YANG MENGELIRUKAN RAKYAT


Dewan pemuda PAS Kedah melihat kekerapan iklan meperomosi GST di televisyen bersifat mempermain fikiran dan penilaian para rakyat dan pengguna di negara ini kerana ia bersifat kempen yang persuasif tetapi menyembunyikan fakta yang sebenar.

Baik lakonan artis wanita, pelakon lelaki melayu terkenal sehinggalah sepasang remaja berbangsa Tionghua ia memaparkan kononnya GST adalah percukaian yang akan menurunkan harga barang sekaligus seolah tiada kesan negatif terhadap ekonomi tempatan.

Istilah, cukai kopetetif, efisyen, baik untuk pengeluar, pengilang, peniaga dan pengguna digunakan tanpa penjeladan yang sewajarnya memang cukup mengeliru rakyat.

Pihak kami bersetuju dengan Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abd Rahman, bahawa bagi barang keperluan asas seperti sayur misalnya yang termasuk dalam kategori GST Berkadar Sifar, tiada alasan bagi peniaga menaikkan harga barang kerana GST tidak dikenakan kepada pengguna memandangkan peniaga boleh membuat tuntutan semula cukai tersebut.

Namun peniaga mungkin menaikkan harga barang tertentu dengan alasan mereka menanggung kenaikan kos bagi barangan yang dikecualikan cukai dan mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai.

Bagi barangan yang dikecualikan cukai kenaikan harga mungkin tetap akan berlaku atas banyak faktor.

Menurut FOMCA juga kenaikan bukan sekadar GST, barangan yang dikecualikan GST boleh naik jika harga barag menah impot dinaikkan harga.

Kempen televisyen ini giat dijalankan selepas Perdana menteri mengumumkan sekitar 56 % barangan dan perkhidmatan akan mengalami enurunan harga selepas dilaksana GST.

Pihak kami juga menegaskan GST bukan punca untuk kerajaan membuat duit akibat hutang yang kian meningkat serta pertunbuha ekonomi yang malap. GST seperti yang dikempen melalui klip lakonan dua pelakon lelaki bahawa ia tanggungjawab rakyat untuk meningkatkan ekonomi negara adalah bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Januari 2014 bahawa perlaksanaa GST bukan untuk membayar bebanan hutang negara.

Tahun lalu pada Oktober 2014 Ahli Parlimen Gua Musang menyetakan ketidakwajaran bagi kerajaan Malaysia mengenakan GST jika memang bertujuan mengaut duit rakyat untuk sama-sama memikul hutang negara.

Mendidik rakyat dengan memahamkan mereka bahawa naik turun harga hanya dengan pemboleh ubah GST adalah pendidikan ekonomi rakyat yang tidak sihat. Iklan di televisyen perlu menjlaskan sebab musabab harga barang naik dan turun bukannya memberi janji manis bahawa pnurunan harga selepas GST adalah sesuatu yang pasti berlaku.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri  Kedah




Wednesday, February 25, 2015

SADA NAIK DEPOSIT AIR- RAKYAT KEDAH BANGKIT BANTAH


SADA NAIK DEPOSIT AIR- RAKYAT KEDAH BANGKIT BANTAH
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

KUALA NERANG - 24 Feb 2015

Tindakan Sayarikat Air Kedah (SADA) menaikkan deposit perkhidmatan tanpa warta persekutuan dan sebab munasabah telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna air SADA. Rakyat bersama pimpinan PAS dan Pemuda PAS Kedah telah berhimpun untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka di hadapan pejabat SADA Jalan Semeliang Pekan Kuala Nerang.

“ Depositi naik tanpa sebab munaabah, tiada warta persekutuan sepertimana kenaikan pada tahun 2010 semasa Kedah dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, walaupun deposit naik lihat sahaja perkhidmaan SADA, banyak kawasan di Kuala Nerang tiada bekalan air dan airnya kotor”, jelas Ustaz Nasir Zakaria Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah sambil menunjukkan sampel air keruh yang diperolehi melalui bekalan air paip SADA.

Menurutnya lagi Exco yang mengurus isu air negeri kedah adalah ADUN Kuala Nerang di bawah Parlimen Padang Terap manakala ahli.Parlimennya adalah Timbalan Menteri Air akan tetapi isu air kotor dan ketiadaan bekalan air berlaku di kawasan Padang Terap ini.

Kami rakyat marhein Padang Terap merayu kepada exco.dan Timbalan menteri tolonglah selesaikan isu ini dulu, dan bukannya bersungguh menaikkan deposit air”, tambahnya lagi.

Walaupun pihak SADA memapar banyak baner menerangkan bahawa rumah ibadat tidak akan menerima kenaikan deposit namun ramai mengakui rumah ibadat turut menerima kenaikan deposit.

Sebelum ini CEO SADA ada mengeluar kenyataan media mnejawab persoalan Ahli parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar berkenaan deposit yang dinaikan disyaki untuk menjelaskan hutang dengan kerajaan pusat. Pihak CEO menyatakan dalam (Sinar Harian 18 Feb 2015) bahawa SADA bukan syarikat buat untung dan pelarasan kadar deposit adalah biasa diambil oleh syarikat-syarikat utiliti di negara ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau juga menyatakan kenaikan ini hanya babit 1.73% daripada pengguna air SADA yang seramai 540,000 pengguna. Manakala kenaikan deposit adalah antara RM50-RM70 untuk setiap pengguna.

Himpunan bermula dengan edaran risalah sekitar pekan sehari kuala Nerang kepada orang ramai yang membeli belah dan juga parapeniaga. Rata rata pengguna air SADA sangat tidak berpuas hati caj baru yg tidak diberitahu sebab munasabah.

Himpunan disertai oleh Ketua Pemuda PAS kedah, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Amiruddin Hamzah, Ydp Pas Padang Terap Ustaz Azam Aziz , Adun Sg Limau Ustaz Azam Bin Abd Samat, Presiden Panglima Sulaiman Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah Ust Idrus Ahmad, Pengarah Mobilisasi Dewan Pemuda Ustaz Fadzil Nor serta penduduk Padang Terap.

Himpunan berakhir dengan ucapan disampaikan oleh pimpinan, wakil pengguna di hadapan pejabat Syarikat Air Darulaman (SADA). Ucapan berkisar menuntut janji BN yang berjanji tidak akan menikkan caj air serta menuntut Exco Air Kedah yg juga ADUN kuala Nerang Datuk.Badrolhisham Hashim serta Timbalan Menteri Air yang juga Ahli Parlimen Padang Terap Dato Seri Mahadzir Khalid menyelesaikan.masalah ini.


Utusan Malaysia pada 14 Oktober 2010 menyiarkan kenyataan Setiausaha UMNO Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad bahawa BN akan menurunkan kadar tarif air jika BN menang pada PRU-13 yang .




lalu



Sunday, February 22, 2015

PEMUDA KEDAH TINJAU PEMBAHAGI JALAN MEMBAHAYAKAN PENGGUNA DI BUKIT TEMBAGA


PEMUDA KEDAH TINJAU PEMBAHAGI JALAN MEMBAHAYAKAN PENGGUNA DI BUKIT TEMBAGA
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Kuala Nerang - 16 Februari 2015

Pembahagi jalan di Simpang lampu isyarat Bukit Tembaga kini telah pecah akibat kerap dilanggar oleh pengguna.

Menurut Ustaz Nasir Zakaria Ketua DPPN Kedah, telah hampir 20 biji kereta telah melanggar pembahagi jalan berkenaan kerana tiada papan tanda atau pemantul cahaya yang sesuai untuk keselamatan pengguna.

Menurut beliau lagi, telah dua kali laporan hal ini disiarkan melalui akhbar harian namun kelihatan tiada tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Pembahagi jalan yang tiada kelengkapan amaran dan keselamatan ini sebenarnya menjadi bantahan penduduk Bukit Larik dan para guru dan pelajar di Kolej Islam Darul Ulum.


Dewan Pemuda PAS Kedah bersamaUstaz Fadhil Nor Sahani Ketua Jabatan Kesenian dan Sukan Pemuda PAS DACS bersama Alternative Riding Club (ARC) akan terus bersuara dalam hal isu sebegini kerana ia amat membahayakan penunggang motosikal terutamanya.


“ Jika musim perayaan pelbagai saman dikuatkuasakan baik polis mahupun JPJ namun bagaimana pula tanggungjawab pihak berwajib menyediakan keselamatan dan prasarana yang baik kpada rkyat sesuai dengan cukai dan saman yang kerap dikenakan kerpada rakyat”, tambah Nasir semasa meninjau di tempat kejadian bersama anak muda ARC.




Friday, February 20, 2015

ANALISA ISU KEDAH 7: Kerajaan Kedah jangan ‘bebai’ bayar hutang


ANALISA ISU KEDAH 7: Kerajaan Kedah jangan ‘bebai’ bayar hutang
Lajnah Penerangan DPPN Kedah 2015

  1. Dalam Ucapan Bajet 2015- Datuk Seri Mukhriz mengungkit isu KUIN kerana terpaksa tanggung hutang RM 45 juta setahun selama 15 tahun dan perbelanjaan mengurus RM 12 juta.
  2. Menyatakan kalau boleh dilepaskan KUIN - Rakyat Kedah untng kerana Kedah boleh tumpu kebajikan rakyat (kononnya).
  3. Kerajaan BN sebelum ustaz Azizan buat hutang RM 100 juta bina blok tambahan Wisma Darul Aman - dibayar RM 27 juta setahun oleh Ustaz Azizan.
  4. Sebelum ini NGO BOngkar 403 - telah bongkar kerugian RM 403 juta akibat 11 penyelewengan BN Kedah sebelum ini.
  5. Antara kerugian BN Kedah adaah projek Loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar RM 145 juta.
  6. Kerugian hutang KUIN dapat pulangan - ilmuan, akhlak, modal insan, rakyat soleh.
  7. Kerugian projek loji - kroni untung.



Wednesday, February 18, 2015

Kertas Kerja Legasi Tuan Guru - Mengimbau Saat Enakmen Syariah Kelantan diperkenalkan


Kertas Kerja Legasi Tuan Guru - Mengimbau Saat Enakmen Syariah Kelantan diperkenalkan1.
Muhammad Nuruddin Bashah2
Latar belakang

  1. PAS melalui Perpaduan Ummah bersama S46 telah berjaya menguasai kerajaan Kelantan pada tahun 1990.
  2. Pada awalnya tiada calon MB, selepas dipujuk beberapa kali barulah Ustaz Nik Aziz bersetuju menjadi MB. Berkelayakan Master Perundangan Islam Universiti Al Azhar melayakkan beliau memahami erti Perlembagaan, Enakmen, latar belakang common law, kanun keseksaan dan lain-lain.
  3. Tuan Guru MB dari awal telah sedar bahawa mengazet Enakmen adalah tanggungjawab asas untuk melegitimasikan 100 % undang-undang jenayah syariah, soal jatuh hukum atau laksana hukum ia perkara kedua selepas jatuh hukum. Hal ini menutup hujah golongan yang menganggap jika banjir, kemarau, ekonomi meleset Sahabat sendiri tidak laksana hudud. Sedangkan pada zaman sahabat hudud dan Qisas digazet secara automatik warisan Rasulullah. Ianya sah walaupun ditanggung atau gugur hukuman apabila negara berada dalam kondidi tertentu. Isu pokoknya adalah perlu digazet/dilegitimasi tanpa patuh kepada syariah Allah.

Sikap kerajaan pusat awalnya

  1. Isu Kelantan belum laksanakan manifesto Hudud 1990 dijadikan bahan kempen BN pada Pilihanraya kecil Bukit Payung di Terengganu 1992 - Calon PAS Ustaz Baharudin Mohamad kalah3.

  1. Manifesto PAS 1990:
    1. PAS yakin bahawa sistem perundangan dan kehakiman Islam adalah yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan perlbagai persoalan pemerintahan. Kerajaan negeri akan menjadikan Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

    1. Perkara 3.2 Pindaan Dalam Perlembagaan Negeri juga turut menyebut “beberapa Enakmen akan dipinda ke arah lebih menepati kehendak-kehendak Islam secara menyeluruh.
    2. Rentetan kempen Bukit Payung - UMNO terjerat kerana mencabar Kelantan laksanakan hudud, akibatnya Dr Mahathir terpaksa mengeluar kenyataan ‘back fire’. “ Mereka mahu melaksana hukuman hudud, termasuk potong tangan, potong kepala dan rejam sesiapa yang melakukan jenayah tertentu. Kalau mereka berpendapat bahawa dengan memotong tangan dan kpala baru cukup Islam, itu terserah kepada mereka asal melaksanakan setakat di Kelantan. Saya nak tahu siapa ahli PAS yang nak memotong tangan orang kerana bukan mudah hendak melakukannya” ( Berita Harian 17 April 1992 tajuk Rancagan Kelantan laksana Hukum Hudud: Pusat Tidak halang)
    3. Kemudian Dr Mahathir bagi laluan lagi (mencabar) dan menjadi ‘back fire kedua’. “ Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri, atau mahkamah mereka sendiri” ( Utusan Malaysia 25 April 1992 tajuk Hudud: Kelantan Perlu ada Mahkamah Sendiri)
    4. Ghaffar Baba juga mencabar PAS “ BN tidak sama sekali bawa usul seumpama itu ke Parlimen atau bekerjasama dalam soal tersebut, tetapi dalam masa yang sama tidak menghalangnya. Dalam pembentangan usul itu nanti, PAS kenalah melobi DAP, MCA, MIC, Gerakan untuk mendapat sokongan “ ( Utusan Malaysia tajuk : PAS kena bawa sendiri Usul Pinda Perlembagaan)

Sikap sebenar kerajaan ditampil oleh pimpinan lain
  1. Tun Ghaffar Baba - Hudud hanya 0.01 % daripada ajaran Al Quran.
  2. Dato’ Hussein Ahmad (Ketua Penerangan UMNO 1990an - Enakmen Syariah Kelantan terbukti bukan hukum Al Quran dan Hadis. (Utusan Malaysia 28 April 1992)
  3. Nakhaie Haji Ahmad (Timbalan Ketua Penerangan UMNO) - perlaksanaan hudud di Kelantan mencemar nama baik Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. PAS perlu guna pendekatan bijaksana untuk mendekati non muslim bukan dengan perlaksanaan hudud (WATAN 3 Mei 1992 bertajuk PAS cemar Nama Baik Islam)
  4. Syed Hamid Albar - Hukum Hudud bertentangan dengan Perlembagaan Lord Reid ( Utusan Malaysia 12 April 1992)
  5. Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri) - “ Apakah semua perubahan perundangan Islam akan dapat menyelesaikan masalah ummah?...Syabas kepada Ku Li kerana menyokong usaha itu, tetapi adakah beliau tahu tentang hukum hudud ini?” ( Mingguan Malaysia 26 Mei 1992)
  6. Najib Abd Razak (Ketua Pemuda UMNO/Menteri Pertahanan) - “ Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum Hudud dilaksanakan.” (Berita Harian 21 April 1992)
  7. Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.4” (kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).
  8. Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).
  9. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” (Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992).
  10. Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.” (Dr Mahathir Mohamad: 1994).

Tiada kaum melayu yang menolak hudud ketika itu

  1. Semasa draf dibentang tiada suara non muslim menolak samada BN ataupun pembangkang.
  2. Hari ini terlalu ramai non muslim menentang hudud kerana nas dan hujah menolak hudud yang dikumandangkan oleh pimpinan melayu sendiri.

Ucapan Pembentangan Rang Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993
  1. Tuan Guru nyatakan dalil ini:


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al Maidah : 49)

Dan ini:


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(As Sood : 26)

  1. Tegaskan tuntutan amanah melaksana syariah adalah wajib dan dosa besar jika tidak dilaksanakan.

  1. Enakmen disahkan oleh Jumaah Ulama’Majlis Agama Islamnserta oleh Mufti Kelantan.

  1. Isu menakutkan pelabur sahajakah pelru difikirkan, walaupun pertumhukan ekonomi itu penting bagaimana dengan isu pertumbuhan iman?



Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al Maidah: 44)

  1. Arab Saudi laksana hudud tetap ada pelabur dan pertumbuhan ekonomi juga tinggi.

  1. Persiapan hakim, mahkamah dan penguatkuasa telah disediakan oleh kerajaan Negeri.

  1. Hukum sebat misalnya mudah dilaksana kerana telah lama dilaksana secara Islam di Kelantan melalui Hukum Sebat 1987. Rotan menurut syariah juga telah disediakan di Penjara Pengkalan Chepa.

  1. Undang-undang hudud pernah dilaksana di muka bumi Melayu tetapi disekularkan oleh penjajah.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al Maidah : 50)

  1. Undang-undang hudud adalah undang-undang paling sukar dilaksanakan kerana memerlukan syarat yang ketat. Ia tidaksewenangnya menghukum (seperti yang difahami oleh Dr Mahathir pada tahun berkenaan). Takzir adalah solusi apabila hudud tidak layak dikenakan.

Hujah Dr Mahathir yang mudah disangkal (Ucapan di Nilam Puri 1992)
  1. Hukum Hudud Kelantan adalah Hudud PAS
Jawapannya :
  1. Adakah undang-undang sivil adalah undang-undang UMNO?
  2. Angkatan Perpaduan Ummah terdiri daripada PAS, S46, Hamim, Berjasa dan semua setuju untuk laksana Hudud.
  3. Jika ada kekuarangan dari aspek teknikal bahasa undang-undang- jika ikhlas boleh sahaj ditegur dan dibahas sehingga lumat agar undang-undang ini praktikal dengan suasana pendakwaan, kepolisan dan penguatkuasa semasa Malaysia bukannya ditolak mentah-mentah.

  1. Undang -undang hudud di Kelantan tidak menjamin keadilan
Jawapannya :
  1. Banyak lagi hukum Islam yang nampak tiada logik pada akal seperti keliling kaabah dll.
  2. Keadilan Islam adalah menurut manhaj Rabbani bukan akal manusia.
  3. Prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
  4. Islam menjunjung tinggi konsep bahawa ‘pada asalnya seseorang itu tidak bersalah’ (al-aslu bara’ah al-zimmah). Tahanan tanpa bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau dengan apa alasan sekali pun. Jika seseorang itu dikatakan melakukan jenayah, maka perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa di hadapan hakim di mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti bahawa tertuduh itu melakukan jenayah, maka tertuduh itu perlu dilepaskan dan dia bebas dari tuduhan itu. Dalam undang-undang jenayah sivi, terdapat peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa bicara yang disebut sebagai tahanan pencegahan atau preventive detention. Contohnya Akta Keselamatan Dalam Negeri membenarkan seseorang yang disyakki menjejaskan keselamatan awam ditahan selama 60 hari tanpa bicara untuk siasatan. Seseorang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri boleh menjejaskan keselamatan awam pula boleh ditahan selama dua tahun. Mereka boleh ditahan tanpa dibicara di mana-mana tribunal atau mahkamah.






Kempen Islamisasi UMNO Kelantan
  1. Dalam Pilihanraya Kecil Kelantan DUN Lundang Mac 1994, UMNO telah menggunakan slogan Perisytiharaan 14 Syawal 1414 yang bertema “Menegakkan Islam Secara Bijaksana”.
  2. Tuan Guru counterback slogan itu dengan kempen “Tak Dok Sebab Demo Nak Lawe Kawe” dengan fakta-fakta kempen seperti dalam nukilan di bawah.

Nukilan ini disiar dalam Majalah Khas Krisis Hudud yang diterbit pada tahun 1992 yang disunting oleh Tarmizi Mohd Jam (kini dato')


Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Hudud telah kawe bente
Dale dewa
Wakil demo sokong
Sekali dengan kawe


Pembangune pun sudoh
Kawe laksanoke
Hue demo kube 700 juta
Sudah kawe kambuhke


Judi arak, konsert rock
Kelab male hak zame demo
Kwe telah halang
Anak-anak demo hok kerja
dengan kerajaae
Kawe tok buwan


Puak puak curi baak
sudah lama kawe ambil tindakke
Bakul tapai, sayur, ike
Kawe tak bui tendang


kakitange kerajaae kawe bui
pehe Islam
Tak dak sebab demo nak lawe kawe
Di mana silap tolong demo tunjuk ke


Kawe berjale
Membangunkan Bersama Islam
Bak po gak demo nak berjihad bunuh kawe
Demo ni sungguh la orang tak reti Quran


Tak dok sebab demo nak lawe kawe.
1 Kebanyakan isi kertas ini diekstark daripada majalah khas Krisis Hudud di Kelantan yan disunting oleh Tarmizi Mohd Jam pada tahun 1994. (ISBN 983-9898-05-1)
2 Penulis adalah Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah, Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara dan merupakan penulis bebas. Boleh dihubungi melalui : 017-6291368/ jihadin82@gmail.com
3 Baharuddin menjadi ADUN untuk tempoh 1 tahun 5 bulan kerana terlibat dengan petisyen pilihan raya yang membawa kepada pilihan raya kecil pada 21.04.1992. Beliau kalah dalam PRK dengan 389 undi kepada calon BN, yang ditewaskannya dengan 17 undi dalam PRU 1990.

4 Istilah primitif ini kemudiannya diulang guna oleh Sister In Islam dimana anak kepada Dr Mahathir adalah tulang beakangnya. 

Monday, February 16, 2015

TABUNG DANA BINA RUMAH MANGSA BANJIR KELANTAN; PAS KEDAH CAPAI SASARAN

TABUNG DANA BINA RUMAH MANGSA BANJIR KELANTAN; PAS KEDAH CAPAI SASARAN

SUNGAI PETANI - 15 Feb 2015

Perlancaran Tabung Pembangunan Pasca Banjir Kelantan anjuran PAS Negeri Kedah telah berjaya dianjurkan di Taman Sejati Sungai Petani malam ini dengan dirasmikan oleh YB Dato’ Amirudin Hamzah selaku Timbalan Pesuruhjaya 1.

Program yang bermula pada 9 malam ini bertujuan mensasarkan pembinaan rumah sebanyak 20 buah rumah di Kelantan dengan kos sekitar RM 40 ribu sebuah.

Jumlah dana setakat yang diperolehi sehingga kini adalah melebihi RM 150 000 semasa ia diumumkan oleh Saudara Muhammad Sanusi Md Nor dan PAS Kedah ingin terus berusaha mengumpul sehingga RM 600 000 demi merealisasikan impian rakyat Kelantan yang menginginkan hak asasi paling penting iaitu tempat tinggal yang telah musnah.

YB. Ustaz Abd latif Abd Rahman, Timbalan Speaker DUN Kelantan dalam ucapan penerangannya memaklumkan sekitar 25 buah rumah telah hilang atau musnah terus, 1 surau dan sebuah masjid telah hilang kesemua dindingnya.

“Air naik dengan amat mendadak dan ia melebihi jangkauan semua rakyat Kelantan yang berpengalaman menghadapi banjir, kali ini ia terlalu dahsyat dan operasi menyelamat cukup getir” kata YB Ustaz Latif sambil menyatakan terima kasih beliau kepada beberapa kumpulan NGO yang banyak membina rumah pasang siap di Kelantan.

YB Dato’Amirudin semasa ucapan perasmian menyatakan bahawa PAS kedah akan membina rumah di Kelantan tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Ia adalah suatu amal yang merealisasikan matlamat sebenar PAS berjuang untuk kesemua bangsa dan agama teruatama dalam hal ‘khairat’ atau kebajikan.

Tuan Haji Muhammad Sobri Bin Haji Osman selaku bendahari Tabung Pasca Banjir pula sempat merakamkan penghargaan atas usaha gigih pada petugas PAS di kawasan-kawasan. Bukan mudah sebuah jentera parti yang tidak mengharapkan dana kerajaan untuk mengumpul sejumlah besar wang untuk saudara di negeri lain. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Merbok yang berjaya menyumbang sebanyak RM 28 000 dan menjadi penyumbang terbanyak dalam majlis malam ini serta mengumumkan akuan Maybank 552170001133 iaitu akaun Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK sebagai saluran dana.
 
Majlis ini diserikan dengan Perlancaran kempen Tambah Ahli Unit Amal Kedah dengan dirasmikan oleh Ustaz Nasir Zakaria selaku Ketua Pemuda PAS Kedah. Unit Amal Sungai Petani kini telah berjaya mengumpul keahlian baru mencecah 100 orang ahli.

Majlis ini disiarkan secara langsung melalui radio internet ubah.fm yang dikendaikan oleh DJ Fiq yang terkenal serata negeri Kedah.

















Sunday, February 15, 2015

Nukilan Hati Tok Guru - Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Nukilan ini disiar dalam Majalah Khas Krisis Hudud yang diterbit pada tahun 1992 yang disunting oleh Tarmizi Mohd Jam (kini dato')

Tak Dak Sebab Demo Nak Lawe Kawe

Hudud telah kawe bente
Dale dewa
Wakil demo sokong
Sekali dengan kawe

Pembangune pun sudoh
Kawe laksanoke
Hue demo kube 700 juta 
Sudah kawe kambuhke

Judi arak, konsert rock 
Kelab male hak zame demo
Kwe telah halang
Anak-anak demo hok kerja
dengan kerajaae
Kawe tok buwan

Puak puak curi baak 
sudah lama kawe ambil tindakke
Bakul tapai, sayur, ike
Kawe tak bui tendang

kakitange kerajaae kawe bui
pehe Islam
Tak dak sebab demo nak lawe kawe
Di mana silap tolong demo tunjuk ke

Kawe berjale
Membangunkan Bersama Islam
Bak po gak demo nak berjihad bunuh kawe
Demo ni sungguh la orang tak reti Quran

Tak dok sebab demo nak lawe kawe.





KENYATAAN MEDIA- ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN DAKWAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

14 FEB 20105

ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN DAKWAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ

Dewan Pemuda PAS Kedah masih merasai kehilangan ulama’ besar yang juga merupakan murabbi merentas kaum dan sempadan politik Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah kembali menemui penciptanya pada jam 9.40 malam 12 Feb yang lalu.

Ruh beliau yang dijemput pada malam Jumaat amat mengharukan pemuda PAS Kedah kerana sememangnya husnul khatimah adalah yang didambakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am kami ini.

Allayarham Tuan Guru sebenarnya adalah ikon dan tokoh besar dalam PAS dalam memberi sentuhan dakwah yang signifikan kepada segmen remaja, anak muda dan belia sejak beliau kembali ke tanahair selepas merantau panjang mencari ilmu di bumi India dan Mesir.

Tuan Guru walaupun sejak zaman belianya lebih gemar berwatakan ulama’, zuhud dan berpakaian sunnah, namun ia bukan halangan untuk Allayarham membuka pintu dakwah kepada golongan remaja dan belia.

Suatu ketika Allahyarham telah pencetus suatu fenomena baru dalam landskap politik Islam apabila beliau mengundang penyanyi AF terkenal ketika itu Mawi untuk membuat konsert lagu dakwah di Stadiuam Kota Bahru. Walaupun ada pihak yang menolak hiburan dan muzik dalam dakwah, kelihatannya tindakan mantan Menteri besar kelantan itu telah membuka dimensi baru dalam dakwah melalui seni.


Sehingga kini PAS terus mendekati para artis, budayawan, karyawan seni dan belia melalui pendekatan seni dan budaya. Rata-rata para artis yang berhijrah untuk menerima syariat, menutup aurat mereka pasti berkunjung ke Kelantan menemui beliau seolah-olah ada ‘chemistry’ antara beliau dengan perubahan sikap dan gaya hidup para artis berkenaan.

Sesungguhnya anak muda dan belia serata tanahair masih mengenang sentuhan dakwah beliau dan rasa sebak dan sedih masih menyelubungi hati nurani.



Tidak sedikit anak muda yang berubah hanya dengan mengikuti kuliah mingguan beliau di Pulau Melaka malah beliau menganggap sesibuk mana dalam berpolitik, mengajar dan mendidik adalah kerja terbaik dan ia adalah amalan para Nabi.

Dewan Pemuda PAS Kedah mendoakan rakyat Malaysia untuk kekal bersama perjuangan Islam dan dakwah kerana pesanan Allayarham murabbi ummah ini adalah agar kita semua meneruskan perjuangan dakwah dan jihad mempertahan syariah di muka bumi Malaysia ini.

Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)