Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, August 29, 2013

HIMPUNAN FAKTA- KEGAGALAN SISTEM POLIS MALAYSIA


HIMPUNAN FAKTA- KEGAGALAN SISTEM POLIS MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat 2013

Fakta asas berkenaan PDRM:
  1. PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.
  2. Rakyat tidak bermusuh dengan polis sebaliknya politikus yang sebenarnya mengarahkan sebarang arahan kepada polis walaupun tanpa kerelaan sebenar anggota polis.
  3. Sistem polis adalah sebahagian ciri negara Islam yang ditetapkan oleh syariat Islam. Menepati maqasid syariyyah.
  4. Penghormatan wajar diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan kuasa politik.
5. Polis Malaysia dianggap laksanakan tugas dengan baik1
  1. Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Kerajaan (GTP), indeks jenayah turun 11.1 peratus manakala jenayah jalanan 39.7 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  2. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara paling aman di kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta berada di kedudukan keempat paling selamat di antara negara Asia Pasifik.
  3. Pengiktirafan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 negara paling selamat dan aman di kalangan 153 negara.
  4. Berdasarkan Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2011, Projek Keadilan Sejagat (WJP) pula, Malaysia berada di tangga ke-19 paling selamat di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi.

Fakta-fakta kelemahan untuk diteliti dan dibaiki:
  1. Gagal memastikan keselamatan DSAI dalam tahanan lokap tahun 1998 dahulu.
  2. Campur tangan politik dalam perlaksanaan kerja;
    1. Laporan luar negara, Suruhanjaya Wickersham 1931, campur tangan politik dan institusi polis :
"...no doubt this influence of politics isinevitable in any connection where very large sums of money are to be made by manipulation of administration, and where control of patronage and through it of interference or noninterference with highly profitable activities may be made to yield huge funds for political organizations and as means to political power. In the enforcement of prohibition politics intervened decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of the enforcing organization and in the details of operation." ("...tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa berhubung di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam butir-butir operasi.")2

  1. Malaysia masih lagi mengamal keganasan polis dalam usaha kerajaan menyelesaikan kehendak rakyat walaupun;
    1. Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum.
    2. Pada 16 April 2012, Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti.


  1. Kajian badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research.Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember 2012.

  1. 11 Jun 2013 YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menyatakan hanya satu cara bagi BN memenangi undi penduduk bandar iaitu dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana rakyat mulai takut akan tahap keelamatan yang rendah di bandar.3
    1. Kerajaan tolak IPMC tetapi setuju merombak dan meluaskan kuasa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan pada 2011 untuk memantau penyalahgunaan kuasa 19 agensi penguatkuasaan kerajaan.
    2. Tidak peningkatan semenjak cadangan dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Polis Diraja Malaysia pada tahun 2008.

  1. Kritikan terhadap IPMC oleh kerajaan4.
    1. 20 Julai 2013 Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditolak kerana ia merupakan satu badan yang memberi layanan buruk kepada pihak polis.
    2. IPCMC dianggap tidak adil kepada polis kerana seseorang anggota itu tidak diadili di mahkamah dan tidak boleh membuat rayuan.
    3. Kata Junaidi, IPCMC juga telah melanggar prinsip undang-undang kerana melupuskan kuasa peguam negara dan ketua polis negara.

  1. Isu SOP Polis
    1. Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan semsa BERSIH 3.0 sebagai sebahagian (SOP). Tetapi Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein menyatakan ia adalah SOP.

  1. Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya perhimpunan BERSIH 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini. Lantas, peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun.
    1. Peruntukan Seksyen 20 : memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan, tanpa waran, mana-mana penganjur atau peserta yang enggan atau gagal mematuhi mana-mana sekatan5
      1. Semasa perhimpunan enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah Seksyen 15.
      2. Semasa perhimpunan, ada dalam milikan apaapa senjata.
      3. Merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan selain daripada perhimpunan
keagamaan, pengebumian, perhimpunan berhubung dengan adat dan perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri.
  1. Kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang paling tidak bersih (skala 4.1 tertinggi)6






  1. Polis membiarkan keganasan
    1. 19 April 2012, aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng, polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut. Tiada semangat Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan7.
    2. Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

  1. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
c) Tahun 2006, Polis gagal bertindak terhadap keganasan Samseng-samseng ke atas orang awam dan menangkap mereka walaupun disaksika oleh Polis. Selvadurai dipukul dan samseng menyerang dua buah van perkhidmatan DAP di Kampung Idaman, Klang8.

  1. Menteri Dalam Negeri tampil kelemahan dan perlekeh kemampuan polis.
    1. Ahmad Zahid Hamidi dakwa bahawa pembebasan 2,600 orang penjenayah selepas pemansuhan Ordinan Darurat pada tahun 2011 telah mengakibatkan terbentuk sebuah pasukan penjenayah seramai 260,000 orang berkeliaran di jalanan Malaysia.
    2. jika benar dakwaan Zahid Hamidi bahawa terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan negara, maka usaha menghidupkan semula undang-undang Ordinan Darurat tidak akan membantu polis, malah Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini.
    3. 260,000 orang penjenayah adalah jauh melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 serta pasukan angkatan tentera seramai 124,000 orang9.

  1. Polis bersekongkol jenayah10
    1. Tan Sri Musa Hassan syak cubaan membunuh R Sri Sanjeevan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch), ada kaitan dengan rancangan itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
    2. "Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," ( @TSMusaHassan )
  2. 6 kelemahan utama Polis11
    1. 2003 Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai berkata Imej dan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terjejas sekiranya enam kelemahan utama di kalangan anggotanya tidak diatasi segara, (Perbarisan Diraja Hari Polis ke-196 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.)
    2. Enam kelemahan itu, jelas beliau ialah:
      1. amalan rasuah,
      2. penyalahgunaan kuasa,
      3. layanan sambil lewa,
      4. kurang budi bahasa,
      5. cuai,
      6. melibatkan diri dengan jenayah.

  1. Kegagalan polis tangani jenayah, pelabur lari. Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur asing. Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.
  1. 13 Julai 2013, Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai12.
  2. Polis sibuk dan tidak cukup tangan tangani jenayah kerana sibuk mengganggu kempen, ceramah dan acara anjuran pembangkang. Buang masa menggaji SB untuk mencatat isi ceramah.
  3. Masalah anggota tidak cukup iaitu 102,037 orang pegawai dan anggota.
    1. 30 Juai 2013 Zahid Hamidi berkata Polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota.
    2. Jika di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan.
  1. Kelemahan tangani penyeludupan senjata, jenayah tembak menjadi-jadi ala koboi13.
    1. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar - ketirisan keluar masuk di sempadan membolehkan senjata-senjata api ini diseludup masuk secara haram ke negara ini.
    2. 105km panjang sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini diangap peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram.
    3. Apabila jenayah ini menjadi-jadi satu pasukan siasatan khas baru ditubuhkan oleh PDRM diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai situasi ini.
    4. Oktober 2012- Hishamudin jawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan - bagi tempoh tahun 2010 hingga Ogos 2012, sebanyak 435 kes rampasan senjata api.

  1. Kes-kes kematian dalam lock up polis.
    1. SUARAM, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan 9 daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala 8 kes kematian setakat ini dilaporkan berlaku dalam tempoh 5bulan tahun ini.
    2. Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, “seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa”14.

  1. Rasuah di kalangan Polis
  1. Laporan Global Corruption Barometer (GCB) 201015
  • 1000 responden berumur 16 tahun ke atas melaporkan rakyat mempunyai persepsi bahawa pasukan polis sebagai yang paling dikenali dengan mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  1. Seorang Koperal polis Rostam Omar, 45, - hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru - bersalah memberi rasuah tahun 201216.
  2. Inspektor Suziana Zamli, 33 Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dituduh di Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan wang tunai sejumlah RM 18,000.00. - mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa atas dua pertuduhan menerima Rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 200917.
  3. Oktober 2012 - Penyampai radio Suria FM, Tyzo telah memberi keterangan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - kejadian sorang anggota polis meminta rasuah akibat kesalahan lalu lintas daripadanya18.
  4. Satu posting di sebuah forum dalam talian popular backpackers Taiwan yang menuduh polis Langkawi menuntut dan mengambil rasuah19
  5. Tan Sri Ismail Omar beri kenyataan Ismail 14 Mac 2012 satu peratus dari kira-kira 100,000 anggotanya terlibat dengan jenayah rasuah. Secara matematiknya satu peratus dari 100,000 itu adalah 1,000 anggota polis terlibat dengan rasuah.
  6. Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali menyatakan agak sukar mengheret perasuah besar Polis. "Kes melibatkan pegawai tertinggi biasanya kes berprofil tinggi dan memakan masa dan rumit hingga membabitkan pemindahan wang ke luar negara dan membataskan kuasaSPRM sedia ada.


11.32mlm 27 Ogos 2013
Bertam Kepala Batas


5 Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Wednesday, August 28, 2013

Multaqa Ulama' 914

Multaqa Ulama' 914

Ulama' Haraki Benteng Izzah Islam

1. Saya sangat gembira melihat perkembangan ini. Jelasnya ulama' yang melibatkan diri dengan Gerakan Islam [PAS] ini mestilah aktif dan meletakkan diri mereka sebagai penggerak utama segala aktiviti Amal Islami ke arah mendaulatkan Islam dan menobatkan gerakan perjuangannya. Justeru inilah tanggungjawab dan amanah penting yang digalaskan oleh al Mustafa saw ke atas bahu ummatnya yang berilmu sebagai pewaris mutlak untuk meneruskan perjuangan Islam ini merentas zaman.

2. Amanah ilmu yang sedia terpikul dipundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.

3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.

4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah :

~ Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.

~ Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.

~ Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.

~ Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.

~ Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.

~ Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.

~ Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.

~ Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.

~ Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.

~ Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.

5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS..

6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.

7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.

8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt. ? Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.

9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh - tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.

10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini.

[ Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh - tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti.  


Insyaallah pada 4, 5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor ]

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Merdeka: Perlu Bebas Belenggu Jahiliyah- Radzi Zainon



Merdeka: Perlu Bebas Belenggu Jahiliyah- Radzi Zainon

28 Ogos 2013- Ipoh
oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)

Rakyat yang menyambut Kemerdekaan tanahair daripada penjajahan kuffar adalah suatu sambutan yang syariy serta terpuji, demikian komentar YB Radzi Zainon apabila ditanya pandangan dari aspek agama berkenaan  sambutan Kemerdekaan Malaysia saban tahun menjelang 31 Ogos.



"Namun ia bukan menghalalkan pembaziran meletup bunga api yang ratusan ribu dihabiskan, tidak menghalalkan pergaulan bebas dan seks luar nikah, mabuk atau berjudi pada sambutan tersebut. Malah seolah-olah penjajah meninggalkan pesanan keda kita bekas jajahan untuk terus menyambut pembebbasan yang mereka kurniakan melalui perlakuan budaya Barat, budaya bukan Islam. malah inilah sibghah atau acuan yang sebnarnya menampilkan betapa rakyat kita belumbenar-benar merdeka", tambah Radzi panjang lebar.

Radzi menyatakan konsep hurriyah yang ada dalam Islam dipopularkan oleh ulama' yang berjuang sekitar tahun awal 1900an yang berada dalam cengkaman penjajah, serta keperluan merdeka untuk melaksanakan keseuruhan aspirasi dan maqasid syariah. Inilah kepentingan merdeka menurut Islam.

"Umat Islam khususnya perlu merdekakan diri daripada karat jahiliyah. Jahiliyah adalah kebodohan yang melambangkan kekeringan ilmu di kalangan umat Islam berkenaan agama mereka sendiri. Manakala rakyat Malaysia umumnya perlu merdekakan diri daripada cengkaman kehidupan palsu merosakan seperti budaya boros, zalim, pecah amanah, korupi, membuang masa serta sikap merosakkan badan dengan amalan hidup yang tidak sihat", ulas Radzi lagi.

Radzi menutup sesi temubual dengan mengingatkan para pengundi Sungai Rapat untuk mengambil semangat patriotik secara positif kerana bukti patriotik cintakan negara adalah melepaskan cengkaman negara daripada pemrintah yang zalim, menipu, membazir dan korup. PDRM dan SPRM misalnya perlu dibebaskan daripada cengkaman politik. Inilah petanda kemerdekaan yang sejati.




Tuesday, August 27, 2013

PAS Berjaya Sebagai Ustaz Gerakan Islam Antarabangsa- Raja Iskandar Al Hiss

PAS Berjaya Sebagai  Ustaz Gerakan Islam Antarabangsa- Raja Iskandar Al Hiss

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat

27 Ogos 2013- Rapat Setia
Perwakilan dan Pemerhati dalam Mesyuarat Agong DPPK Gopeng teruja apabila mendengar ucapan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia bahawa PAS adalah gerakan Islam yang menjadi rujukan gerakan Islam dunia.



Antara sumbangan besar PAS yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak adalah sentiasa memberi idea dan sumbangsaran berguna kepada gerakan Islam sedunia termasuk gerakan yang berjuang di bumi bergolak seperti HAMAS da Ikhwanul Muslimin.

Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang yang amat disegani di kalangan gerakan peringkat antarabangsa kerana beliau merupaan keder gerakan Islam antarabangsa suatu ketika dahulu. Beliau sering dijemput untuk mewakili gerakan Islam Malaysia dalam banyak persidangan penting, jelas YM Raja Ahmad Iskandar Al Hiss kepada Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat.

Suatu ketika semasa saya dan Ketua Pemuda berada di luar negara dan PAS diminta mewakili Asia Tenggara memberi ucapan, ramai perwakilan teruja dan terkejut dengan pendedahan Ketua Pemuda Pas Malaysia bahawa PAS erjaya meletak dan memberi ruang ahli bersekutu kepada lebih 20 000 orang kaum bukan Islam sebagai penyokong PAS. Malah mereka juga bersedia menobatkan syariat Islam jika menang dalam pilihanraya umum. hal inilah yang sebenarnya keunikan PAS dalam dasar tawazun dan dakwah bil hal, PAS mengorak langkah jauh walaupun pada awalnya ia kurang disenangi oleh ahli PAS sendiri, jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak dan Yang Di Pertua PAS Kuala Kangsar.

Menurut beliau, ada beberapa Gerakan Islam luar negara  hadir ke Pejabat Perhubungan PAS untuk menekuni dan mempelajari selok belok pilihanraya daripada kepimpinan PAS malah ada yang berjaya melaksanakannya lebih baik daripada kejayaan PAS di Malaysia kerana negara berkenaan telah mengamalkan demokrasi dengan baik dan sempurna. Inilah kejayaan PAS sebagai 'al Ustaz' atau guru kepada gerakan Islam antarabangsa dan ia adalah gagasan Imam Al Banna sejak era 1930an lagi.

Dengan memahami konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan semangat untuk gerkan Islam antarabangsa untuk  bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. 


ADUN Sungai Rapat Sokong Penuh Titah Tuanku berkenaan isu agama



ADUN Sungai Rapat Sokong Penuh Titah Tuanku berkenaan isu agama

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)

27 Ogos 2013- Ipoh
“Isi bernas dan saya selaku ADUN Sungai Rapat menyokong padu saranan dan pesanan daripada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah”, komen pantas Radzi apabila ditanya berkenaan titah Tuanku.

Raja Nazrin telah merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 semalam.



Antara ungkapan pening Raja Nazrin berkaitan isu agama adalah Raja Nazrin berpesan agar semua pihak bersikap teliti dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap perkara-perkara yang menyentuh isu agama. Malah disebabkan  negara ini terdiri dari pelbagai kalangan penganut agama dan disebabkan itu, amatlah penting diamalkan sifat teliti dan sikap berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dan memberi reaksi terhadap perkara-perkara yang menyentuh agama.

“Saya amat bersetuju agar kita tidak mengeluarkan kenyataan provokatif atau ungkapan yang tidak rasional. Hal ini pernah dilakukan oleh ADUN Sungai Rapat sebelum ini dan saya akan memastikan ia tidak berulang kali lagi selepas PAS berjaya menduduki kerusi DUN Sungai Rapat dalam PRU-13 lalu,” jelas Radzi Zainon yang hadir dengan ditemani oleh isteri beliau.

Keadaan itu ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berbuat adil (memberikan sebahagian hartamu) kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berlaku adil." (Surah Al-Mumtahanah ayat 8).

Islam turut memberikan ruang yang aktif dalam menghormati dan menghargai prinsip hidup dan keyakinan orang lain. Aktif dan sentiasa bersedia untuk mencari titik persamaan antara bermacam-macam perbezaan. Bahkan Islam bersedia bersatu dalam perbezaan tersebut.

Radzi juga menjelaskan jika kerajaan pimpinan Perdana Menteri hari ini menggagaskan Wawasan 1 Malaysia yang juga memasukkan unsur toleransi beragama dan menjaga keharmonian antara agama dan kaum, begitu juga wawasan yang dibawaoleh Islam yang didokongi oleh PAS dalam perjuangannya iaitu berusaha mengikis ketegangan dan ketidak selesaan kaum melalui agenda bersama, mencari ‘titik homofili’ dalam isu-isu sejagat, keadilan dan kemakmuran sekalian rakyat Malaysia.

Suatu ketika semangat perkongsian kemakmuran telah terpamer melalui Perlembagaan Negara Madinah oleh junjungan besar kita Muhammad Rasulullah SAW. Melalui 12 fasal dalam Piagam Madinah yang mengatur kehidupan bersama dengan umat Yahudi iaitu fasal 24 dan 25 serta fasal 27 hingga 35. Piagam tersebut dikembangkan lagi dengan peraturan hidup bersama dengan umat Nasrani iaitu fasal 25 hingga 35. Hal toleransi dan persefahaman diterapkan malah diamal dengan amanah oleh Baginda.

Radzi juga bersetuju dengan saranan  Raja Nazrin agar semua  isu agama perlu dibincangkan dalam suasana musyawwarah berlandaskan sifat keilmuan untuk membolehkan tercapainya titik persefahaman dan titik pertemuan.

Beliau menyatakan pentingnya rakyat dan pemimpin umat Islam mempelajari asas syariah dan ilmu islam sebelum mahu berbahas berkenaan isu kontroversi berkenaan agama Islam.

“Kenyataan akhbar dan media yang provokatif, mencela mana-mana agama dan kaum, menuduh mana-mana kaum sebagai ekstrimis, membuat demostrasi provokasi menghina agama-agama selain Islam juga perlu dikikis daripada amalan rakyat mahupun pemimpin di negara kita. Dalam menjunjung semangat keharmonian ini, semua pihak perlu fham, akur, laksanakan tekad da jangan hanya beretorik sehingga natijahnya terus mencalar wawasan murni seperti mana yang digagas oleh Raja Nazrin”, tambah Radzi selepas ditanya berkenaan tindakan menghina agama mutakhir ini.

Radzi juga menyatakan rasa kesal dan sedih melihat agama Islam dihina dan dipermainkan oleh ramaipihak baik oleh kaum islam mahupun bukan Islam. Lebih malang apabila orang Islam sendiri menghina sistem Islam atau perundangan Islam berbanding dengan kaum bukan Islam yang mungkin masih belum kenal erti Islam. Radzi berjanji akan berjuang untuk memahamkan kaum bukan Islam dan kepada kaum Islam yang belum faham erti sebenar Islam kerana amanah yang diberikan kepada beliau adalah untuk memimpin masyarakat ke arah kesejaheraan.







Monday, August 26, 2013

Berhari Raya di Pakaq dan Hajjar


Sebentar tadi sekitar jam 8.00 malam kami berhari raya merangkap berkunjung ke rumah Zainul Faqar yang saya panggil Pakaq sejak zaman kami sekolah dahulu. 

Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Agong Pemuda Gopeng siang tadi...

Sambil makan, sembang, asah sama dielektika dan wacana dalam sereberum dan serebelum. Dulu di UM kerap juga kami bertukar pandangan dan dia seorang yang laju menganalisa fakta dan situasi....

sambil-sambil kami boleh jumpa Hajjar isteri beliau yang kian pulih daripada sakit Kanser Limfa....

Jam 10.00 malam bersurai..Pakaq nak menulis di Kedai Kopi...saya nak menulis di rumah...kerja menulis dan menganalisa ni perlu ada disiplin masa dan azam...kalau lepas meeting melepak kosong di kedai kopi..analisa buih teh tarik saja lah yang dapat....

Muhammad Nuruddin Bashah  


PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)