Merdeka: Perlu Bebas Belenggu Jahiliyah- Radzi Zainon
28 Ogos 2013- Ipoh
oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)
Rakyat yang menyambut Kemerdekaan tanahair daripada penjajahan kuffar adalah suatu sambutan yang syariy serta terpuji, demikian komentar YB Radzi Zainon apabila ditanya pandangan dari aspek agama berkenaan sambutan Kemerdekaan Malaysia saban tahun menjelang 31 Ogos.
"Namun ia bukan menghalalkan pembaziran meletup bunga api yang ratusan ribu dihabiskan, tidak menghalalkan pergaulan bebas dan seks luar nikah, mabuk atau berjudi pada sambutan tersebut. Malah seolah-olah penjajah meninggalkan pesanan keda kita bekas jajahan untuk terus menyambut pembebbasan yang mereka kurniakan melalui perlakuan budaya Barat, budaya bukan Islam. malah inilah sibghah atau acuan yang sebnarnya menampilkan betapa rakyat kita belumbenar-benar merdeka", tambah Radzi panjang lebar.
Radzi menyatakan konsep hurriyah yang ada dalam Islam dipopularkan oleh ulama' yang berjuang sekitar tahun awal 1900an yang berada dalam cengkaman penjajah, serta keperluan merdeka untuk melaksanakan keseuruhan aspirasi dan maqasid syariah. Inilah kepentingan merdeka menurut Islam.
"Umat Islam khususnya perlu merdekakan diri daripada karat jahiliyah. Jahiliyah adalah kebodohan yang melambangkan kekeringan ilmu di kalangan umat Islam berkenaan agama mereka sendiri. Manakala rakyat Malaysia umumnya perlu merdekakan diri daripada cengkaman kehidupan palsu merosakan seperti budaya boros, zalim, pecah amanah, korupi, membuang masa serta sikap merosakkan badan dengan amalan hidup yang tidak sihat", ulas Radzi lagi.
Radzi menutup sesi temubual dengan mengingatkan para pengundi Sungai Rapat untuk mengambil semangat patriotik secara positif kerana bukti patriotik cintakan negara adalah melepaskan cengkaman negara daripada pemrintah yang zalim, menipu, membazir dan korup. PDRM dan SPRM misalnya perlu dibebaskan daripada cengkaman politik. Inilah petanda kemerdekaan yang sejati.