Komentar dan maklumbalas Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 kita adalah cukup lesu, lembab, lemah dan tidak melambangkan kecaknaan isu sejagat.
Komentar Perdana Menteri kita saat ini cukup ‘darai’ dan pondan jika ingin dibandingkan dengan komentar pemimpin dunia Islam lain. Misalannya komentar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang cukup jelas dan tuntas bahawa Indonesia menyelar tindakan menggunakan kuasa tentera dan keganasan untuk menyuraikan perhimpunan di Mesir. Malah beliau berpandangan tindakan tentera Mesir itu amat bertentangan dengan nilai demokrasi dan kemanusiaan.
Akan tetapi Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu menyeru pihak berkuasa Mesir menjalankan sekatan dengan serta merta bagi menghentikan keganasan yang berlaku di negara itu dan hanya menyatakan bahawa Malaysia ‘terganggu’ dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan sekatan.
"Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Justeru kami menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman," hanya itu yang mampu diucap Najib itu pun hanya melaui ruang tweeter sahaja.
Berbanding dengan parti pembangkang seumpama DAP yang menggesa kerajaan supaya segera memanggil sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan negara itu terhadap rakyatnya. Ya, Malaysia cukup malas, lembab untuk mengadakan sidang parlimen khas atau mengadakan usul mengutuk, menyelar mana-mana kekjaman yang berlaku pada umat Isam luar negara walaupun mengaku bahawa negara ini adaah negara Islam contoh.
Pas pula sekurangnya telah menyeru komuniti antarabangsa supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu.
Koemntar Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid bahawa Perdana Menteri kita mungkin memiliki kebijakan politik apabila mungkin hal konflik ini cuba ditangani Malaysia melalui perbincangan kerajaan dengan kerajaan (government to government atau G to G). Dengan memandang remeh usaha DAP dan PAS mencela rejim tentera mesir, Rosnah seolah-olah mengiktiraf kerajaan sementara tentera yang mengguling kerajaan sah Morsi. G to G berlaku jika Malaysia mengiktiraf penggulingan kerajaan Morsi ang dipilih melalui pilihanraya telus.
Apa yang hanya disibukkan oleh kerajaan kita hanyalah menghebahkan usaha Kementerian Pertahanan untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Mesir dan menghebahkan liputan kedutaan Malaysia di Mesir.
Kita tidak hairan dengan sikap kerajaan Malaysia yang seolah-oleh senada dengan Israel dan Amerika dalam membuat hebahan berita dan kenyataan media berkaitan isu umat Islam dunia.
Suatu ketika pada 19 Jun 2012, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia teah menolak untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing iaitu usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.
Parlimen Malaysia juga pada November 2008 menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin walaupun usul itu dibawa oleh Dato’ Mohd Puad Zarkashi. Ternyata BN bukan ruang untuk membincangkan simpati ummah Islam dan ahli-ahli UMNO-BN yang cakna isu ummah akan tersekat dan mati kutu.
Juga amat memyedihkan apabila pada Jun 2012 pula apabila usul agar Malaysia berpendirian ‘jantan’ dan tegas dalam isu keganasan di Syria telah ditolak mentah-mentah oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan menjaga hubungan diplomatik yang telah wujud di antara kerajaan Malaysia dan Syria selama ini.
Dalam hal ini Najib perlu mengambil tusyen daripada Khairi jamaludin yang mengeluar kenyataan lebih matang membela kerajaan ah Morsi secara terbuka. Manakala Najib, TV3, Utusan Malaysia (walupun kadangkala ada berita Utusan seolah simpati Mangsa Tentera Mesir) seolah mengutuk tindakan melakukan perubahan dan menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini dengan mengatakan perubahan tidak semestinya menjamin kemakmuran sedangkan seluruh dunia mengetahui era 30 tahun Hosni Mubarak penuh dengan segala macam penyelewengan, penindasan tiada pilihanraya yang adil.
Mutakhir ini tirai munafik semakin disingkap oleh Allah. Tirai kepura-puraan Syiah, Iran dan Nusairiyah Syria terhadap Islam serta tirai kepimpinan sekular terhadap isu umat Islam. Kenyataan media para munafik sama sahaja sepertimana kenyataan media Abdullah Bin Ubai apabila mengupas isu pasca Perang Uhud dan Peristiwa Ifik.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng