Perutusan Idul Fitri Syawal 1434H/ 2013M
ADUN Sungai Rapat
Assalamualaikum WBT
Salam Idul Fitri, selamat menghadapi fasa baru insani iaitu
kembali kea lam fitrah yang suci dari noda dan dosa selepas yang yang
bermujahadah dan beristiqamah beribadah sepanjang Ramadhan yang baru sahaja
berlalu.
Saya selaku ADUN Sungai Rapat berasa terpanggil dan
bertanggungjawab untuk memperingati rakyat DUN ini agar tetap bersama
memantapkan iman, memartabatkan syariat dan menghiasi akhlak dengan akhlak
Islamiyyah.
Jika bulan Ramadhan terkenal sebagai bulan jihad dari segi
persejarahannya tidak kurang juga bulan Syawal ini yang juga sinonim dengan
aktiviti jihad, jiwa, perasaan dan jasmani semata-mata bertujuan memartabatkan
Syariat.
Hari ini jutaan manusia islam di Mesir masih berada di
Rabaah, beraya di di sana bergilir-gilir pulang ke rumah untuk bersihkan diri
kemudian kembali ke medan jihad kerana mempertahankan pemerintahan Islam yang
adil.
Apalah sangat iman kita yang hanya menahan lapar dan dahaga
berbanding mereka yang ratusan nyawa dipersembahkan kepada Islam dan Allah
untuk jalan yang dikasihi, jalan Jihad.
Sepotong hadis cukup memberi kesan kepada kita;
Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda ”Siapa
yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan
mereka.” (HR At-Tabrani).
Justeru disamping kita mengambil kesempatan di hari mulia
untuk bermaaf-maafan, bertakbir membesarkan Tuhan Rabbul Jalal, beriltizam
dengan cara hidup sederhana dan bertindak selaku hamba yang bersukur sepanjang
Syawal ini, saya juga menyeru rakyat sekalian unatauk bersama memikirkan
permasalahan ummah saban saat dan waktu.
“Taqabbalullah minna waminkum, taqabbal ya Karim (Semoga
Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik daripada
yang lalu.
Sekali lagi, saya Radzi Zainon mengucapkan selamat hari raya Idulfitri.
Maafkan jika ada salah silap saya, kemaafan dipohon zahir dan batin.
Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat