Monday, August 26, 2013

Mesyuarat Agong Pemuda PAS Gopeng- Persiapan Untuk Kemenangan!

25 Ogos 2013- Rapat Setia

Mesyuarat Agong tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng kali ke-17 telah berjalan dengan lancar bermula pada jam 9.00 pagi sehingga tamat dengan perbahasan usul pada jam 2.30 petang.



Selepas nyanyian lagu Amal dan Lagu Tema PAS, Ucapan Aluan oleh Ketua Dewan Pemuda YM Raja Mohd Yusuf yang menamatan temoh tugas beliau diikuti dengan ucapan daripada YM Dr Raja Ahmad Iskandar  Al Hiss Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia yang singgah memberi semangat dan panduan kepada perwakilan dalam keadaan kekangan jadual beliau yang cukup ketat dan padat.

YM Raja Ahmad telah melontar motivasi padu untuk para pemuda terus istiqamah dan konsisten di peringkat akar umbi. Beliau juga menceritakan perkembangan Kelab PAS Luar Negara yang diusahakan oleh Lajnah beliau di peringkat Nsional dan antarabangsa.



Ucapan Perasmian YB Radzi merupakan suntikan tambahan selepas motivasi taujihat daripada YM Raja Ahmad sebelumnya. YB Radzi menekankan unsur penting pemuda berkualiti yang perlu pantas, cakna, rajin dan tidak malas dalam beraktivisme. YB yang juga meruakan mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng menceritakan pengalaman beliau dan sikap beliau yang masih dahagakan panduan, ilmu dan pengetahuan. Malah beliau menekankan kepentingan pendidikan, peningkatan ilmu di kalangan pemuda.

Saff kepimpinan kali ini akan diketuai oleh Ustaz Fairuz yang merupakan mantan Ketua Pemuda Kaw Tambun.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi 
Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat





Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)