Sunday, August 04, 2013

Kerajaan Kedah BN Besar Kepala Tidak Bayar Gaji Rakyat


Kerajaan Kedah BN Besar Kepala Tidak Bayar Gaji Rakyat


Tindakan Kerajaan Kedah yang diterajui Mukhriz menidakkan pembayaran gaji Insaniyah Holding selama 3 bulan adalah tindakan yang cukup biadab. Hal yang menaikkan kemarahan rakyat adalah apabila tiada maklumbalas yang diperoleh setiap kali pihak Insaniyah Holding menghubulngi pejabat Menteri Besar BN tersebut.

Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kezaliman BN ini sebaliknya sekitar 268 yang mengalami  masalah tertunggak gaji selama 3 bulan bermula Mei selerpas gaji mereka dibekukan oleh Kerajaan BN yang mengaku membela rakyat.

Rakyat kian benci apabila kelihatan papantanda gambar Mukhriz mengucapkan “terima Kasih” selepas berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat. Ternyata kemenangan BN amat bernilai bagi pemimpin UMNO untuk mengenyangkan perut sendiri.

Kerajaan Kedah enggan menyelesaikan bayaran gaji tertunggak tersebut yang dianggar sebanyak RM2,000,750 sedangkan boleh pula meluluskan tiket penerbangan bercuti Menteri Besar BN itu ke London. Malah tindakan meneruskan projek Zon Petroleum Yan yang bakal menggadai 1000 kediaman di situ cukup menampilkan jiwa zalim yang elitism yang berkarat dalam dada anak didikan Tun Mahathir ini.

Adakah pegawai Insaniyah Holding milik kerajaan Negeri Kedah ini hanaya berkokok di tepi jalan yang menyebabkan kerajaan BN mendiamkan diri tanpa maklumbalas? Pengawai Operasi Insaniah Holding, Aidi Ahmad menegaskan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan Negeri, Dato' Tajul Urus Mat Zin tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan atau tindakan yang diambil.

Tambah mereka lagi, pada akhir bulan Jun lalu, dua kali surat permohonan dihantar kepada Menteri Besar untuk mengadakan perjumpaan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

Sebekum ini anak kepada mantan perdana Mneteri ini pernah mengungkap istilah pembazairan terhadap projek Kampus Baru Insaniyah di Kuala Ketil yang dibina dengan kos RM 330 juta. Jika rakyat ingin mengungkit pembzairan ayahanda beliau sepanjang memerintah Malaysia lebih dahsyat malah banyak projek yang dibina adalah berlandaskan maksiat kepada Allah walaupun memberi laba kewangan kepada Negara.

Kini Memorandum  kepada Yang diPertuan Agong juga telah diserahkan kepada istana. Institusi DiRaja kini menjadi dahan terakhir untuk rakyat mengadu selepas ‘melayu’ yang cintakan ‘Islam’ kononnya di Kedah memilih UMNO Parti yang tegar memandulkan perkembangan agama sebagai tonggak di negeri Kedah.

Semoga doa rakyat yang dizalimi sepanjang ramadhan ini dimakbul Allah dan kezaliman UMNO Kedah dibayar langsung oleh Allah SWT pemerintah Alam semesta.
Muhammad Nuruddin Bashah


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)