Thursday, August 29, 2013

HIMPUNAN FAKTA- KEGAGALAN SISTEM POLIS MALAYSIA


HIMPUNAN FAKTA- KEGAGALAN SISTEM POLIS MALAYSIA
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat 2013

Fakta asas berkenaan PDRM:
  1. PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.
  2. Rakyat tidak bermusuh dengan polis sebaliknya politikus yang sebenarnya mengarahkan sebarang arahan kepada polis walaupun tanpa kerelaan sebenar anggota polis.
  3. Sistem polis adalah sebahagian ciri negara Islam yang ditetapkan oleh syariat Islam. Menepati maqasid syariyyah.
  4. Penghormatan wajar diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan kuasa politik.
5. Polis Malaysia dianggap laksanakan tugas dengan baik1
  1. Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Kerajaan (GTP), indeks jenayah turun 11.1 peratus manakala jenayah jalanan 39.7 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  2. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara paling aman di kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta berada di kedudukan keempat paling selamat di antara negara Asia Pasifik.
  3. Pengiktirafan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 negara paling selamat dan aman di kalangan 153 negara.
  4. Berdasarkan Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2011, Projek Keadilan Sejagat (WJP) pula, Malaysia berada di tangga ke-19 paling selamat di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi.

Fakta-fakta kelemahan untuk diteliti dan dibaiki:
  1. Gagal memastikan keselamatan DSAI dalam tahanan lokap tahun 1998 dahulu.
  2. Campur tangan politik dalam perlaksanaan kerja;
    1. Laporan luar negara, Suruhanjaya Wickersham 1931, campur tangan politik dan institusi polis :
"...no doubt this influence of politics isinevitable in any connection where very large sums of money are to be made by manipulation of administration, and where control of patronage and through it of interference or noninterference with highly profitable activities may be made to yield huge funds for political organizations and as means to political power. In the enforcement of prohibition politics intervened decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of the enforcing organization and in the details of operation." ("...tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa berhubung di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam butir-butir operasi.")2

  1. Malaysia masih lagi mengamal keganasan polis dalam usaha kerajaan menyelesaikan kehendak rakyat walaupun;
    1. Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum.
    2. Pada 16 April 2012, Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti.


  1. Kajian badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research.Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember 2012.

  1. 11 Jun 2013 YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menyatakan hanya satu cara bagi BN memenangi undi penduduk bandar iaitu dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana rakyat mulai takut akan tahap keelamatan yang rendah di bandar.3
    1. Kerajaan tolak IPMC tetapi setuju merombak dan meluaskan kuasa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan pada 2011 untuk memantau penyalahgunaan kuasa 19 agensi penguatkuasaan kerajaan.
    2. Tidak peningkatan semenjak cadangan dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Polis Diraja Malaysia pada tahun 2008.

  1. Kritikan terhadap IPMC oleh kerajaan4.
    1. 20 Julai 2013 Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditolak kerana ia merupakan satu badan yang memberi layanan buruk kepada pihak polis.
    2. IPCMC dianggap tidak adil kepada polis kerana seseorang anggota itu tidak diadili di mahkamah dan tidak boleh membuat rayuan.
    3. Kata Junaidi, IPCMC juga telah melanggar prinsip undang-undang kerana melupuskan kuasa peguam negara dan ketua polis negara.

  1. Isu SOP Polis
    1. Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan semsa BERSIH 3.0 sebagai sebahagian (SOP). Tetapi Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein menyatakan ia adalah SOP.

  1. Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya perhimpunan BERSIH 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini. Lantas, peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun.
    1. Peruntukan Seksyen 20 : memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan, tanpa waran, mana-mana penganjur atau peserta yang enggan atau gagal mematuhi mana-mana sekatan5
      1. Semasa perhimpunan enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah Seksyen 15.
      2. Semasa perhimpunan, ada dalam milikan apaapa senjata.
      3. Merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan selain daripada perhimpunan
keagamaan, pengebumian, perhimpunan berhubung dengan adat dan perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri.
  1. Kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang paling tidak bersih (skala 4.1 tertinggi)6






  1. Polis membiarkan keganasan
    1. 19 April 2012, aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng, polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut. Tiada semangat Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan7.
    2. Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

  1. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
c) Tahun 2006, Polis gagal bertindak terhadap keganasan Samseng-samseng ke atas orang awam dan menangkap mereka walaupun disaksika oleh Polis. Selvadurai dipukul dan samseng menyerang dua buah van perkhidmatan DAP di Kampung Idaman, Klang8.

  1. Menteri Dalam Negeri tampil kelemahan dan perlekeh kemampuan polis.
    1. Ahmad Zahid Hamidi dakwa bahawa pembebasan 2,600 orang penjenayah selepas pemansuhan Ordinan Darurat pada tahun 2011 telah mengakibatkan terbentuk sebuah pasukan penjenayah seramai 260,000 orang berkeliaran di jalanan Malaysia.
    2. jika benar dakwaan Zahid Hamidi bahawa terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan negara, maka usaha menghidupkan semula undang-undang Ordinan Darurat tidak akan membantu polis, malah Angkatan Tentera Malaysia bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini.
    3. 260,000 orang penjenayah adalah jauh melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 serta pasukan angkatan tentera seramai 124,000 orang9.

  1. Polis bersekongkol jenayah10
    1. Tan Sri Musa Hassan syak cubaan membunuh R Sri Sanjeevan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch), ada kaitan dengan rancangan itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
    2. "Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," ( @TSMusaHassan )
  2. 6 kelemahan utama Polis11
    1. 2003 Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai berkata Imej dan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terjejas sekiranya enam kelemahan utama di kalangan anggotanya tidak diatasi segara, (Perbarisan Diraja Hari Polis ke-196 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.)
    2. Enam kelemahan itu, jelas beliau ialah:
      1. amalan rasuah,
      2. penyalahgunaan kuasa,
      3. layanan sambil lewa,
      4. kurang budi bahasa,
      5. cuai,
      6. melibatkan diri dengan jenayah.

  1. Kegagalan polis tangani jenayah, pelabur lari. Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur asing. Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.
  1. 13 Julai 2013, Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai12.
  2. Polis sibuk dan tidak cukup tangan tangani jenayah kerana sibuk mengganggu kempen, ceramah dan acara anjuran pembangkang. Buang masa menggaji SB untuk mencatat isi ceramah.
  3. Masalah anggota tidak cukup iaitu 102,037 orang pegawai dan anggota.
    1. 30 Juai 2013 Zahid Hamidi berkata Polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota.
    2. Jika di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan.
  1. Kelemahan tangani penyeludupan senjata, jenayah tembak menjadi-jadi ala koboi13.
    1. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar - ketirisan keluar masuk di sempadan membolehkan senjata-senjata api ini diseludup masuk secara haram ke negara ini.
    2. 105km panjang sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini diangap peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram.
    3. Apabila jenayah ini menjadi-jadi satu pasukan siasatan khas baru ditubuhkan oleh PDRM diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat mengenai situasi ini.
    4. Oktober 2012- Hishamudin jawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan - bagi tempoh tahun 2010 hingga Ogos 2012, sebanyak 435 kes rampasan senjata api.

  1. Kes-kes kematian dalam lock up polis.
    1. SUARAM, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan 9 daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala 8 kes kematian setakat ini dilaporkan berlaku dalam tempoh 5bulan tahun ini.
    2. Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, “seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa”14.

  1. Rasuah di kalangan Polis
  1. Laporan Global Corruption Barometer (GCB) 201015
  • 1000 responden berumur 16 tahun ke atas melaporkan rakyat mempunyai persepsi bahawa pasukan polis sebagai yang paling dikenali dengan mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  1. Seorang Koperal polis Rostam Omar, 45, - hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru - bersalah memberi rasuah tahun 201216.
  2. Inspektor Suziana Zamli, 33 Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dituduh di Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan wang tunai sejumlah RM 18,000.00. - mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa atas dua pertuduhan menerima Rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 200917.
  3. Oktober 2012 - Penyampai radio Suria FM, Tyzo telah memberi keterangan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - kejadian sorang anggota polis meminta rasuah akibat kesalahan lalu lintas daripadanya18.
  4. Satu posting di sebuah forum dalam talian popular backpackers Taiwan yang menuduh polis Langkawi menuntut dan mengambil rasuah19
  5. Tan Sri Ismail Omar beri kenyataan Ismail 14 Mac 2012 satu peratus dari kira-kira 100,000 anggotanya terlibat dengan jenayah rasuah. Secara matematiknya satu peratus dari 100,000 itu adalah 1,000 anggota polis terlibat dengan rasuah.
  6. Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali menyatakan agak sukar mengheret perasuah besar Polis. "Kes melibatkan pegawai tertinggi biasanya kes berprofil tinggi dan memakan masa dan rumit hingga membabitkan pemindahan wang ke luar negara dan membataskan kuasaSPRM sedia ada.


11.32mlm 27 Ogos 2013
Bertam Kepala Batas


5 Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)