Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, June 24, 2010

Isu pengganas dan Spekulasi Ulama’ sertai UMNO adalah mainan penghinaan UMNO terhadap Islam

KENYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Isu pengganas dan Spekulasi Ulama’ sertai UMNO adalah mainan penghinaan UMNO terhadap Islam

Pemuda PAS menyokong kenyataan Tun Mahathir bahawa tiada cubaan di peringkat UMNO untuk menarik ulama’ demi menandingi PAS kerana jelas parti tersebut adalah parti yang anti islam dan maruah ulama’ selama ini.

Di sebalik kekalitan emosi umat islam antarabangsa bersimpati dengan gerakan NGO islam membantu gaza, UMNO pula kini ingin mengambil kesempatan menampilkan imej Islamiknya melalui pelbagai spekulasi dan kenyataan berkaitan ulamak. UMNO bukan parti yang memperkasakan institusi Ulama’ sebaliknya UMNO memiliki banyak projek mengembiri dan memandulkan ulama’.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .

Dewan Pemuda PAS Gopeng menolak keras kenyataan Tun mahathir yang menuduh para ulama’ pengasas PAS sebagai golongan oportunitis, kecewa serta hanya bertindak keluar UMNO kerana tiada habuan pangkat dan perlantikan sebagai calon. Kami menasihati Tun agar menamatkan tradisi pembohongan UMNO terhadap sejarah Malaysia.

Jika benar mereka kecewa , mereka sebenarnya kecewa kerana UMNO hanya memilih pemimpin yang pro sekular, mementingkan penerusan sistem jahiliyah British serta gila judi dan arak. Ini kekecewaan yang dituntut oleh Islam. PAS ditubuhkan rentetan daripada Penubuhan Persatuan Ulamak Se Malaya pada 1951 di mana pengerusi penajanya ustaz Hj Ahmad Fuad Hassan telah menggariskan matlamat persatuan ini untuk menyatukan ulamak demi membaiki sistem negara yang rosak.

UMNO tidak layak berbicara isu ulama’. Lihat sahaja selepas kehilangan Dr Burhanuddin Al Helmi di muka bumi, barulah beliau diiktiraf sebagai tokoh negara, sedangkan sepanjang hayatnya belau dituduh sebagai ajen komunis dan anti agama. Dr Burhanuddin walaupun memimpin PKMM yang beraliran nasionalis melayu, tetap menekankan unsur Islam dan kedaulatan islam malah menjadi pencetus kepada penubuhan Hizbul Muslimin. UMNO hanya mengiktiraf ulama’ untuk kepentingan politik mereka sebagaimana mereka ingin meraih simpati Dr Al Qaradhawi dan menunggang Ustaz Firdaus dan Dr Mashitah sebelum ini untuk pilihanraya.

Dewan Pemuda pAS Gopeng juga menyelar sikap talam dua muka UMNO yang sanggup mengapikan kempen menentang pengganas di kampus sehingga menekan kelompok jamaah islam kampus seluruh negara. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh negara akan dikambing hitamkan oleh UMNO. Di peringkat antarabangsa UMNO sibuk membantah tindakan Israel yang dikatakan zalim malah menolak kempen anti pengganas Amerika. Media perdana dan majalah-majalah pro UMNO di Malaysia juga menganggap kempen Islamofobia AS sebagai zalim terhadap umat islam.

Ironinya di dalam negara, mereka merestui kezaliman kempen AS dan israel malah ingin melaga-lagakan ulama’ dengan kempen pengganas. Usaha mengaitkan aliran wahabi sebagai aliran pengganas adalah suatu sikap simplistik dan dangkal.

Kebiadaban UMNO ini hanya menjauhkan kaum bukan Islam terhadp agama islam. Jelas UMNO adalah perosak nama dan masa depan agama di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Thursday, June 17, 2010

Umat Islam diseru tidak terbuai dengan janji Israel dan kuncu-kuncunya.

Kenyataan Media

Umat Islam diseru tidak terbuai dengan janji Israel dan kuncu-kuncunya.

Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.

Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semulajadi Israel.

Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.

Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.

Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat ‘persefahaman Blair-Netanyahu’, hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.

Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.

Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestin dan Konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.

"Ini bukan 'Kapal penyelamat'," kata Netanyahu "Itu adalah kapal kerosakan."

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak k oleh semua pihak serta langkah awal pelobi yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.

Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.

Ini menunjukkan bagaimana eksplosifnya situasi pada saat itu. Semenjak itu, situasi telah menjadi semakin parah, dimana pemerintah Mesir mulai membangun sebuah tembok besi bawah tanah guna memblok terowongan-terowongan dari Gaza melalui nasihat Zionis. Tambahan pula, tanpa perdagangan sah, terutama dengan Israel, ekonomi Gaza telah runtuh. CIA World Factbook mengestimasikan bahwa tingkat pengangguran pada tahun 2009 adalah 40%. 44% dari populasi adalah anak muda berumur 14 ke bawah.

Inilah situasi yang ada di Gaza, dimana seluruh rakyat ditahan di sebuah penjara terbuka.

Pihak NGO seleuruh negara ini, serta di serata dunia diseru untuk memantau pengagihan barang bantuan daripada kapal-kapal yang telah ditawan, serta memastikan konvoi bantuan terus dilakukan melalui jalan laut dan darat yang telah dibuka oleh pihak Mesir. Sikap Mesir juga perlu dicurigai kerana mereka boleh menutup sempadan pada bila-bila masa sahaja atas desakan musyrikin Zionis. Tekanan kepada Mesir juga wajar diteruskan.

MAPPIM akan menganjurkan Konvoi Ramadhan di Gaza pada bulan puasa tahun ini serta akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Mesir konsisten membuka sempada Rafah serta mengabaikan desakan Zionis.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Ketua Media Teras Pengupayaan Melayu

Merangkap Koordinator Sekreteriat MUDA-Teras


Tuesday, June 15, 2010

Idea Sekular Mahathir Mengheret Isu Judi kepada Perkauman

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Idea Sekular Mahathir Mengheret Isu Judi kepada Perkauman

Dewan Pemuda PAS dari peringkat pusat sehingga ke akar umbi berasa cukup terkilan dengan kenyataan dangkal Tu Mahathir berkaitan isu judi yang dianggap sebagai isu politik semata-mata. Jelas Tun Mahathir yang kini ingin mencipta nama di peringkat antarabangsa melalui Global Peace Organisation itu cukup tidak matang mengeluarkan kenyataan berkaitan isu domestic terkini iaitu perlesenan judi.

Pemuda PAS Gopeng menolak kenyataan beliau yang mengaitkan bantahan DAP terhadap judi tidak bermakna DAP menerima syarikat Islam. Bersama dengan PAS menolak judi yang merupakan punca keroskaan sosial tiada kena mengena PAS memaksa DAP menganut Islam. Malah jika DAP dan kaum Cina memiliki kesedaran menolak judi ia adalah suatu yang perlu dibanggakan oleh Tun dan UMNO kerana tujuan umat islam di dunia ini adalah untuk menyedarkan perkara yang baik serta menjunjung nilai sejagat.

Kempen 1Malaysia cukup gagal apabila mentor Najib sendiri tergamak menghina kaum Cina dengan mengaitkan judi sebagai kegemaran dan budaya kaum itu.

Adakah Tun mahathir ingin membuat perbandingan antara penerimaan Islam oleh DAP degan UMNO? Jika UMNO menerima Islam, bagaimana pula serangan Tun selaku Perdana Menteri dahulu terhadap SAR, kalimah islam pada pertubuhan Islam, serangan terhadap hudud serta mengapa Tun sanggup membela anggota Freemason yang membantu UMNO dalam pilihanraya?

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang sudah disokong lebih 40 pertubuhan termasuk dari kalangan bukan Islam adalah petanda yang jelas Tun Mahathir tidak mengikut perkembangan semasa dengan betul.

Undang-undang jelas menyatakan yang semua lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi sahaja di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961. Jelas pakatan rakyat cukup mendokong aspirasi membawa agenda islah dan taghyir ke arah masyarakat yang lebih baik apabila melihat parti seperti DAP mula berusaha memulihkan kesedaran betapa rosaknya judi.

Alasan kebudah-budakan oleh Tun bahawa lesen judi akan mengawal judi daripada dimainkan oleh orang islam dan ianya hanya untuk kaum islam adalah hujah yang dangkal malah Tun seolah-olah tidak mengenal sikap orang melayu. Jika Tun sanggup ke premis judi, orang melayulah yang antara teramai beratur membeli nombor. Bukankah premis tersebut juga berlesen dan di mana kuasa lesen itu untuk meghalang orang melayu memasuki premis?

UMNO hidup melalui pendapatan judi sejak tahun 1951. Dalam keadaan negara yang diramalkan bakal bangkrap akibat gejala boros dan rasuah dalam pemerintahan Malaysia, setiap peristiwa, event, sukan atau apa sahaja akan dimersialkan tanpa mengira halal dan haram kerana pemimpin sudah terdesak.

Pemuda PAS Gopeng memberi amaran kepada penyokong judi beraga Islam di Malaysia bahawa umat Islam seluruhnya tidak akan selamat sekiranya tergamak ingin terus menambah suntikan wang haram ke dalam pembangunan fiskal negara.

Kenyataan Tun yang ingin memisahkan isu Judi dengan agama dan mengekalkan pemikiran sekular benar-benar menuntut untuk Tun bertaubat di penghujung usia kini.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Sunday, June 13, 2010

Sekilas di majlis wacana Pemikiran Islam anjuran MAPIM

Sekilas di majlis wacana Pemikiran Islam anjuran MAPIM
SIRI WACANA PEMIKIRAN ISLAM anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)telah Berjaya diadakan malah ia menepati misi awal penganjurannya iaitu untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang celik dan berilmu melalui pemupukan budaya membaca.
Program wacana ini diadakan dalam bentuk Bedah Buku “ AGAMA dan POLITIK” karangan Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi pada 12 hb Jun 2010 , 9.00 pagi di Tingkat 11 , Perak Tech Trade Center, Jelapang , Ipoh , Perak iaitu pejabat kerja MAPIM.
Pertama kali saya menghadiri majlis bedah buku dan diskusi yang dikkordinasikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid walaupun telah setahun saya memiliki buku bernilai tersebut dalam perpustakaan mini di rumh saya.
Sikap Presiden Teras merangkap Setiausaha Agong MAPIM ini untuk mendidik masyarakat tidak terhenti setakat mengupayakan melayu dan petani, mengasuh dan membimbing gerakan NGO pelarian, malah beliau kini bergiat mendidik para ahli politik baik dari parti mana sekalipun mengenai erti politikyang sebenar menurut agama. Malah pada pandangan beliau bergiat dalam NGO adalah untuk membaiki sistem pentadbiran dan membaikpulih perjalanan politik negara yang kian tidak senonoh.
Kehadiran wakil-wakil parti politk yang pelbagai kelmarin cukup memberi pelaung untuk beliau mengupas betapa eratnya hubungan peribadi muslim dan sistem syariat dengan kenegaraan, pemerintahan serta mekanisme politik.
Sebagai pemimpin NGO, pihak MAPIM , SHURA, TERAS dan sebagainya kerap berada memerhati perjalanan persidangan parlimen malah menegur menteri secara dekat. Mengedar memorandum serta mengadakan kenyataan media di luar Parlimen sejurus selesai sesuatu perbahasan. Pada saya ini satu advokasi dan lobi yang kena dengan saranan agama melalui pentas NGO.
Negara Islam adalah negara sivil tetapi mengamalkan pentadbiran sejajar dengan Al Quran walaupun dalam konteks moden dan kepelbagaian kaum. Negara islam bukan satu albel atau dicanang-canang tanpa ada isi yang realiti.
Saya merasakan Bedah Buku yang kemas dengan nota powerpoint adalah satu cara istiqamah untuk MAPIM mendidik masyarakat dan ahli politik negara ini.


Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA Teras

Sunday, June 06, 2010

Operasi edaran risalah anti Judi di Parlimen Gopeng

Hari ini 6 Jun, Dewan pemuda PAS Gopeng dengan kerjasama pihak Cawangan Kg pengkalan Gate Tambahan telah berjaya mengadakan siri dakwah anti Judi dengan mengedar risalah dari rumah ke rumah.

Bagi saya ini kerja besar yang pelru diteruskan kerana sejak di kampus saya amat optimis dengan metod dan perlaksanaan edaran makalah dan risalah untuk menjelaskan isu-isu.

Memandangkan sikap kerajaan kita yang amat yakin dan beriman dengan hasil cukai judi yang mereka impikan untuk membaik pulih defesit negara, maka kerja buat bagi Pemuda PAS semakin banyak malah perlu diteruskan.

Saya bawa isteri saya dari Kamunting untuk turut serta memberi risalah. Dia adalah satu-satunya peserta muslimat dalam operasi tadi.








Saya dan isteri sempat singgah menghadiri majlis walimah sahabat kami Saudara Izzat Anwari dengan pasangannya juga sahabat kami iaitu Saudari Fatin Safiah. Kenduri itu diadakan di kediaman orang tua pengantin perempuan di Taman Maju Rapat Ipoh.

Mereka adalah pasangan yang giat dengan perjuangan islam dan kemasyarakatan melalui wadah NGO dan sebagainya. Moga mereka terus istiqamah selepas menjalani kehidupan berkeluarga. Amin....

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)