SIRI WACANA PEMIKIRAN ISLAM anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)telah Berjaya diadakan malah ia menepati misi awal penganjurannya iaitu untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang celik dan berilmu melalui pemupukan budaya membaca.
Program wacana ini diadakan dalam bentuk Bedah Buku “ AGAMA dan POLITIK” karangan Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi pada 12 hb Jun 2010 , 9.00 pagi di Tingkat 11 , Perak Tech Trade Center, Jelapang , Ipoh , Perak iaitu pejabat kerja MAPIM.
Pertama kali saya menghadiri majlis bedah buku dan diskusi yang dikkordinasikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid walaupun telah setahun saya memiliki buku bernilai tersebut dalam perpustakaan mini di rumh saya.
Sikap Presiden Teras merangkap Setiausaha Agong MAPIM ini untuk mendidik masyarakat tidak terhenti setakat mengupayakan melayu dan petani, mengasuh dan membimbing gerakan NGO pelarian, malah beliau kini bergiat mendidik para ahli politik baik dari parti mana sekalipun mengenai erti politikyang sebenar menurut agama. Malah pada pandangan beliau bergiat dalam NGO adalah untuk membaiki sistem pentadbiran dan membaikpulih perjalanan politik negara yang kian tidak senonoh.
Kehadiran wakil-wakil parti politk yang pelbagai kelmarin cukup memberi pelaung untuk beliau mengupas betapa eratnya hubungan peribadi muslim dan sistem syariat dengan kenegaraan, pemerintahan serta mekanisme politik.
Sebagai pemimpin NGO, pihak MAPIM , SHURA, TERAS dan sebagainya kerap berada memerhati perjalanan persidangan parlimen malah menegur menteri secara dekat. Mengedar memorandum serta mengadakan kenyataan media di luar Parlimen sejurus selesai sesuatu perbahasan. Pada saya ini satu advokasi dan lobi yang kena dengan saranan agama melalui pentas NGO.
Negara Islam adalah negara sivil tetapi mengamalkan pentadbiran sejajar dengan Al Quran walaupun dalam konteks moden dan kepelbagaian kaum. Negara islam bukan satu albel atau dicanang-canang tanpa ada isi yang realiti.
Saya merasakan Bedah Buku yang kemas dengan nota powerpoint adalah satu cara istiqamah untuk MAPIM mendidik masyarakat dan ahli politik negara ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA Teras
No comments:
Post a Comment