Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Friday, December 21, 2012

Ceramah Kelompok Multimedia di Seri Rahmat berjaya


Seri Rahmat- 20 Disember 2012

Hari ini pihak UPU Kampung Seri rahmat berjaya menganjurkan Ceramah Kelompok Multimedia di salah sebuah rumah penyokong PAS.

Menurut Che Ahmad Osman selaku Ketua UPU, perancangan majlis yang mudah, kos yang rendah serta sasaran penerangan yang kena dengan kehendak pengundi Seri rahmat menyebabkan beliau mengatur program begini. malah menurut beliau, Seri Rahmat akan terus menganjurkan lagi program yang menggunakan slide dan video ini di seluruh UPU beliau.

Ustaz Radzi Zainon selaku tetamu utama malam ini mengupas isu penyelewengan tanah rezab melayu oleh kepimpinan BN-UMNO.  Dengan mengaitkan dengan suasana tempatan di mana krisis tanah di Seri Rahmat seperti ketiadaan padang bola akibat pembangunan yang tidak mengutamakan rakyat serta air paip yang hanya dinikmati penduduk pada tahun 2000, ceramah Ustaz radzi telah berjaya menarik pengundi atas pagar atau yang tidak menyokong PAS untuk keluar daripada rumah walayupun mereka tidak menghampiri kawasan ceramah untuk mendengar maklamat yang disampaikan.

Ceramah bermula pada jam 9.15 malam dengan dimulakan dengan ucapan Ketua Penerangan Kawasan Gopeng Ustaz Omar Nasarfudin dan ditamatkan pada jam 11.00 oleh Ustaz Radzi sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat












Tuesday, December 18, 2012

Buku Biografi Rosmah Mansor- Jom beli


Daripada : http://beritasemasa.com/biografi-rosmah-mansor

Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!

by STAFF BERITA SEMASA on DECEMBER 11, 2012


Biografi Datin Seri Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!
Biografi Rosmah Mansor : Biasanya individu yang sudah mencapai taraf untuk menghasilkan biografi ni adalah kalangan individu-individu yang terlibat lama dalam sesuatu bidang dan pekerjaan yang diceburi selama ini. Mungkin ada sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan Rosmah Mansor mengambil keputusan untuk mengeluarkan biografinya sendiri. 

Pelancaran Biografi Rosman Mansor

Buku Rosmah Mansor Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!KUALA LUMPUR, (Bernama) — Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini. Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin. Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan Januari 2013.
Rosmah Mansor turut menerima kejutan apabila diberi sambutan hari lahir beliau yang jatuh pada semalam.
Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Datin Seri Rosmah Mansor dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.
“Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau,” katanya.
“Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai ‘the giddy group’, mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya,” katanya.
“Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam,” katanya.
Selama ini kami pasti pelayar internet di Malaysia acapkali dihidangkan biografi tidak rasmi Rosmah mansor, pelbagai kisah dan cerita panas yang melibatkan Rosmah Mansor ini. Semuanya boleh didapati secara percuma di Internet. Tetapi mungkin keluaran biografi Rosmah Mansor kali ini lain daripada yang lain. Ini kerana, Rosmah Mansor dikatakan akan menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya selama ini.
Dengan pelaburan RM150, anda berjaya memilki Rosmah Mansor setebal 164 muka surat. Buku Tun Mahathir pun tak sampai RM100. Biografi Syed Mokhtar pun berharga sekitar RM19.90. Harga RM150 sudah lebih kurang harga buku Steve Jobs?  Mungkin biografi Rosmah Mansor setanding atau lebih hebat daripada ketiga-ketiga tokoh ini? Mungkin….
Jangan biografi Rosmah Mansor ini dipenuhi dengan gambar berwarna-warni semata ibarat kami membelek “katalog cincin, rantai dan gelang sudahlah”.

Buku Rosmah Mansor Kemewahan Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!

Harapan Berita Semasa Dalam Biografi Rosmah Mansor?

Seperti dijanjikan dalam keluaran biografi Rosmah Mansor yang bakal keluar tidak lama lagi, harapan kami supaya dalam biografi ini bakal terjawab persoalan-persoalan seperti :
  • Pertama diharap Rosmah Mansor ada memberikan jawapan balas kes video perempuan puaka yang dirakam melibatkan ahli keluarga terdekatnya di kampung halamannnya dahulu termasuklah penggunaan bomoh daripada dahulu sehinggalah sekarang ini apabilah sudah “berjaya” menjadi isteri kepada pemimpin no.1 negara, Datuk Seri Najib Razak dan tidak lupa kes buang anaknya sendiri, buang keluarga.
  • Kami sendiri pun terkejut menonton sedutan video di bawah ini. Sedangkan apa yang dipaparkan di media arus perdana yang mana Rosmah Mansor bertindak menubuhkan PERMATA NEGARA yang dilihat cukup prihatin dengan perkembangan kanak-kanak di Malaysia sejak mereka daripada kecil lagi.
  • Jadi, ini pentingnya Rosmah Mansor dapat menjawabnya dalam biografi Rosmah Mansor kali ini. Harap-harap begitulah….
Beg Hermes Birkin Rosmah Gambar Biografi Rosmah Mansor (Harga RM150: 164 M/S). Semua Tohmahan & Fitnah, Bakal Terjawab!
Andaikata tak cukup dimuatkan dalam biografi Rosmah Mansor kali ini, mungkin boleh diterbitkan pula biografi Rosmah Mansor untuk bahagian II. Ini kerana sepanjang beberapa tahun terkahir ini banyak juga dakwaan yang berlegar melibatkan wanita yang menggelarkan diri “First Lady of Malaysia” of Malaysia.
  • Belum masuk lagi jawapan balas melibatkan pendedahan bekas kawan baiknya Deepak dan juga penyiasat persendirian P. BalaSubramaniam yang mana ada kaitannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia pada tahun 2006.
P/S : Harap-harap dengan terkeluarnya biografi Rosmah Mansor ini, dapatlah kiranya menjawab segala persoalan-persoalan yang dahulunya tidak dijawab dengan penuh sempurna oleh Rosmah Mansor sendiri.
PP/S : Tun Hasmah pun tiada biografi. We would love to read Tun Hasmah bio and how she is the backbone for Che Det.

Sunday, December 16, 2012

Dongeng Setinggan Sifar: Kes Setinggan di Ara Payung masih wujud!


DUN Sungai Rapat- Ahad, 9 Disember 2012
PAS Kawasan Batu Gajah telah bertidak proaktif  dengan melancarkan operasi Skuad Basmi Setinggan Batu Gajah kali kedua. Pada sekitar bulan Februari yang lalu, skuad ini telah banyak membantu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat  (PAS) yang diterajui oleh bakal calon PAS Ustaz Radzi Zainon.

Melalui kunjungan mereka ke Kampung Muhibbah Ara Payung kali ini mereka berjaya mengesan dua kes setinggan yang juga belum menerima apa-apa geran daripada kerajaan walaupun YB Hamidah Osman memberi janji akan menyelesaikannya sekitar 2 bulan seleps pendedahan pertama dibuat. baca di sini

Janji ADUN Sungai rapat kian diperbicarakan di peringkat akar umbi masyarakat kerana selepas lawatan pihak ADUN dibuat di beberapa rumah di Telok Pedang dan Ara Payung untuk menunjukkan respon atas pendedahan pihak Skuad Basmi Setinggan Batu gajah, YB Datuk Hamidah belum menunaikan janji untuk menyelesaikan kesemua isu setinggan di sini.

Menurut En Mokhyi bin Mukhlis beralamat  Lot 273 beliau telah menetap di kawasan sekitarnya semenjak 1980-an lagi .
Sekarang beliau menetap di Kg Muhibbah, Ara Payong di mana tanah tersebut tidak mempunyai geran.Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan Taman Bersatu-Kg. Ara Payong.
Rumah beliau sebelum ini terletak di kawasan Taman Bersatu ,apabila pembangunan Taman Bersatu dilaksanakan,beliau telah berpindah pula ke rumah yang beliau menetap sekarang. Keadaan beliau kelihatan diperkotak katik dan tidak menentu. 

Justeru, beliau tidak putus-putus berusaha untuk memohon geran tanah tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya atau dalam ertikata lain,tidak diluluskan permohonan tersebut.
Difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan dari dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap bertarikh 8 Januari 1993.

 Manakala En Ramasamy A/L Kamachi beralamat  Lot 275 merupakan menantu kepada En. Baskar A/L Krishnan yang menetap di Lot 276. Mereka bermustautin selama  hampir 40 tahun.

Adalah difahamkan permohonan telah dibuat setelah beliau berpindah ke tapak rumah beliau sekarang dan  dokumen Pembayaran Permohonan Tanah Kerajaan Mukim Sungai Trap beliau bertarikh 8 Jun 1990.

Pihak Skuad yakin bahawa Pihak ADUN Sg rapat pasti akan hadir ke rumah-rumah berkenaan selepas siri pendedahan ini kerana itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh UMNO Gopeng yang dipimpin oleh Datuk hamidah iaitu hanya responsif kepada setiap kerja amal PAS dan Pakatan rakyat sahaja tanpa idea bernas mempelopori tugasan membantu rakyat.

Mereka telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima bantuan Pakatan Rakyat jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir semula negeri Perak. Malah kelesuan dan kehampaan terserlah di wajah mereka menandakan putusnya harapan mereka terhadap janji manis para pemimpin UMNO yang tidak berjiwa rakyat.

Skuad Basmi setinggan berazam untuk melakukan beberapa siri pembongkaran lagi selepas ini. 

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sungai Rapat.










Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Mokhyi bin Mukhlis 08/01/1993


Borang Permohonan Mokhyi bin Mukhlis


Kedudukan Lot Tanah


Resit Akaun Terima Wang PTD bagi Permohonan Tanah Ramasamy A/L Kamachi 08/05/1990


Borang Permohonan Ramasamy A/L Kamachi




Thursday, December 13, 2012

Korea naik Roket jarak jauh- apa reaksi Amerika?


A man watches a TV screen broadcasting news on North Korea′s rocket launch, at a railway station in Seoul on December 12, 2012. (AFP Photo / Jung Yeon-Je)
A man watches a TV screen broadcasting news on North Korea's rocket launch, at a railway station in Seoul on December 12, 2012. 



Council on Foreign Relation menyiarkan melalui daily news letter menyiarkan kejayaan Korea Utara menunjukkan belangnya hari ini (12 Disember 2012). Walaupun menerima amaran antarabangsa, Korea Utara berjaya juga melancarkan roket jarak jauh (Yonhap). Ujian simulasi  teknologi peluru berpandu jarak jauh ini melanggar resolusi 2009 PBB yang mengharamkan Pyongyang daripada ujian peluru berpandu balistik.

Walaupun alasan Korea Utara bahawa  satelit cuaca telah diletakkan di orbit, tetapi  Amerika Syarikat mengutuk pelancaran sebagai "sangat provokatif" manakala Jepun dipanggil untuk mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan (JapanTimes), walaupun sekatan lanjut sukar kerana  China, sekutu utama Korea Utara, dijangka untuk menentang mereka[1].

Korea Utara telah berjaya melancarkan roket pada hari Rabu,didakwanya bertujuan  meletakkan satelit cuaca ke orbit, telah dilabelkan oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun sebagai ujian teknologi yang  boleh menyampaikan kepala peledak nuklear yang mampu mencecah  sejauh benua Amerika Syarikat[2].

“Rejim Korea Utara adalah sememangnya tidak stabil dan disyaki sudah mempunyai sebuah peranti nuklear, pilihan Barat untuk respons kepada tindakan provokatif Pyongyang itu - yang peluru berpandu terbaru melintasi  Pulau  Okinawa sebelum jatuh ke perairan luar di Filipina masih dingin. Korea Utara mempunyai sejarah yang panjang berkongsi teknologi nuklear dan peluru berpandu dengan Iran, "tulis Con Coughlin untuk Telegraph.

Kata Williamson Lucy untuk BBC pula,  pelancaran satelit Korea Utara sebenarnya untuk menutup program jarak jauh peluru berpandu, direka untuk membangunkan senjata yang boleh menyerang Amerika Syarikat, jelas Amerika dalam nada paranoid.

Hanya itu respon Amerika? Washington dikatakan akan menekan  resolusi Majlis Keselamatan PBB mengutuk Korea Utara yang telah  melancarkan roket pada Rabu lepas , demikian menurut salah seorang pegawai pentadbiran kanan kepada  CNN[3].

Bagaimana jika itu tindakan Negara Islam? Hamas contohnya. Apa tindakan Amerika jika Hamas mencuba roket jarak dekatnya seperti itu walaupun fakta terkini mendapati jarak roket Hamas telah meningkat 2 kali ganda daripada 40 km kepada 90 km?

Bagaimana dengan kempen Amerika terhadap Iraq pada tahun 2003 dahulu sedangkan terbukti tiada langsung bayang senjata pemusnah massa di bumi Iraq. Malah dikejutkan kini Amerika menyeludup kira-kira 3000 tenteranya ke Iraq semula sedangkan mereka telah mengeluarkan majoriti tenteranya pada tahun 2011 yang lalu[4].

Malah Bush sendiri mengaku bahawa tiada WMD  berpangkalan di Iraq[5]! Dalam video youtube pengakuannya, ramai rakyat Amerika sendiri memaki hamun tindakan beliau.

Korea Utara penganut ajaran Komunis. Komunis adalah projek besar Yahudi sedunia untuk mencetus timbang tara kepada kegiatan kapitalisme mereka, agar dunia leka dalam Perang Dingin. Sebenarnya tidak wujud perang antara blok melainkan watak-watak yang dipermainkan oleh pemodal yahudi.

Korea Utara adalah budak ciptaan yahudi juga tidak hairan Amerika hanya bermain wayang dengannya.
Demikian sejarah mengajar kita tatkala Hitler membina U-Boat, memecah perjanjian Versaile, menakluki Eropah, kenapa tidak diketauk sahaja kepala Hitler? Kenapa tidak dimusnahkan kilang-kilang U-Boat, tropedo dan persenjataan lain milik Jerman, kenapa dibiar mereka naik dan membuat kajian demi kajian dalam masa tidak sampai 5 tahun? Hitler jelas boneka ciptaan yahudi.

Saddam, belum sempat menjawab tuduhan telah diserang. Afghanistan belum terbukti wujudnya Osama telah dipadang jarak padang terkukur oleh Amerika.

Korea Utara sama seperti Jerman. Mereka bermain wayang. Sehebat mana pun latihan Korea Utara, Amerika tidak akan serang, hanya berbicara melalui lidah PBB sahaja. Inilah sandiwara dunia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Siputeh 1.37 pagi 13 Dis 2012





A worker (C) of one of Japan′s major newspapers hands out extra editions reporting a rocket launch by North Korea, on a street in downtown Tokyo on December 12, 2012. (AFP Photo / Kazuhiro Nogi)
A worker (C) of one of Japan's major newspapers hands out extra editions reporting a rocket launch by North Korea, on a street in downtown Tokyo on December 12, 2012. (AFP Photo / Kazuhiro Nogi)

Saturday, December 08, 2012

Majlis Sumbangsih PASTi Gopeng- penghargaan kepada Guru PASTI


Sungai Rapat- 6 Disember 2012

Markaz PAS Kawasan Gopeng (ILHAM) menyaksikan sambutan Majlis Sumbangsih dan Hari Ukhuwah PASTI Kawasan Gopeng 2012 yang diadakan khusus untuk menghargai sumbangan para guru PASTI kawasan yang telah berkhidmat sepanjang tahun.

Majlis yang juga bertujuan merapatkan pimpinan PAS Kawasan, ahli PAS Gopeng dengan tenaga kerja PASTI telah berjaya menyuntik semangat dan motivasi kerja yang tinggi di kalangan guru selepas mendengar pesanan, amanat dan taujihat daripada para pimpinan.

Ustaz Abu Bakar Hussin Pesuruhjaya PAS Perak  selaku tetamu pada malam tersebut telah menyatakan betapa pentingnya peranan guru PASTI dalam menyediakan generasi amilin untuk kerja perjuangan Islam akan datang.

Tuan Haji Rahim selaku YDP Pas Kawasan Gopeng juga menyuntik idea kepada para guru untuk kerap menyaksikan video-video youtube berkenaan pendidikan awal kana-kanak untuk mengekstrak idea daripada sistem pendidikan luar yang mungkin boleh diadaptasi ke dalam pentarbiahan PASTI.

Ustaz Radzi Zainon juga tidak lupa memberi perangsang kepada para guru dengan mengibaratkan guru PASTI sebagai Panglima Tanpa Nama iaitu qaidah sulbah (tulang belakang) gerakan Islam yang kurang publisiti tetapi terbukti amal Islami mereka. 

Tidak lupa juga penghargaan daripada Ketua Pemuda PAS Gopeng Y.M Raja Mohd Yusuf dan ungkapan penghargaan daripada Pengerusi PAS Kawasan Saudara Firdaus Hj Fahme.

Semoga majlis sebegini mampu menjulang jasa baik guru PASTI yang telah berkorban melebihi laba dunia yang mereka perolehi dan semoga perjuangan mereka akan menghiasi taman syurga kelak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng


















Monday, December 03, 2012

ADUN Sungai Rapat tidak pernah kunjung rumah rakyat uzur



Radzi Zainon, nama yang tidak asing malah meniti di bibir penduduk Sungai Rapat dan Batu Gajah, telah menyumbangkan masa sehari bersama penduduk kawasan DUN Sungai Rapat pada Ahad 2 Disember 2012 yang lepas.

Seawal jam 8 pagi beliau menamatkan operasi menyantuni rakyat pada waktu asar.

Pada jam 8.30 pagi beliau telah dijemput untuk merasmikan program berkhatan beramai-ramai di UPU Pengkalan Barat. Proses berkhatan pula dijalankan oleh Yang Berbahagia Dr Khairudin Dato' Abd Malik pemilik premis Klinik At Taqwa merangkap Setiausaha Agong Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak. 
Majlis meriah dengan kerjasama 4 anggota bomba yang hadir memancut air kepada semua peserta.









Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat juga mengambil kesempatan mengedar kalnder khas yang bercetak maklumat Pusat Khidmat dan aktiviti PAS Kawasan Gopeng.

Perarakan peserta khatan pada pagi tersebut dihangatkan  dengan iringan para petugas PAS dan paluan kompang daripada Persatuan  Kompang Persatuan Belia Desa Aman. Program sebegini saban  tahun diadakan.

Pusat Khidmat kemudiannya pada jam 10.30 menyertai  program bantuan bumbung rumah warga miskin di Kampung Muhibbah Ara Payungiaitu di  Rumah Mohd Nazir atau dikenali sebagai Saudara Chiki. 

Kerjasama Dewan Pemuda PAS Batu Gajah mencari maklumat dan menyusun strategi bantaun amat dihargai oleh pihak Pusat Khidmat.

Beliau telah memohon bantuan sejak tahun 1990an lagi tetapi tiada layanan sewajarnya. Zink rumah beliau  telah lama reput dan  terseksa sepanjang musim hujan. 

Dengan kos sebanyak RM 1000 proses  penukaran zink baru menjadi kenyataan dan beliau amat bersyukur dengan bantuan ihsan Pusat Khidmat yang diselia oleh Ustaz radzi Zainon. 

Bantuan ini adalah hasil kerjasama Pusat Khidmat dan PAS Batu Gajah. Yang menjadi tanda tanya rakyat mengapa hal sebegini tidak mendapat langsung perhatian daripada pihak ADUN Sg Rapat datuk hamidah Osman? Malah menurut saudara Chiki tiada bantuan daripada pihak ADUN singgah ke rumah beliau.

Kini saudara Chiki telah menaikkan bendera PAS di rumahnya. 

Aktiviti Ustaz radzi diteruskan pada 11.45 dengan menghadiri kenduri aqiqah di rumah En Adnan Razali Taman Desa Perlancongan. 

Pada 12.15 tengahari pula beliau dan rombongan  menghadiri majlis pertunangan anak ahli jemaah surau En Rahim di Taman desa Perlancongan juga dan diteruskan agenda pada jam 1.30 tengahari dengan menghadiri majlis khatan anak ustaz Azman di Taman Pulai Jaya. 

Program sehari Pusat Khidmat tamat dengan program santai kedai kopi di Mogopleks bermula jam 3.15 hingga asar.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
MEDIA Sg Rapat







Thursday, November 29, 2012

Santuni masyarakat Tionghua bersama Richard Wong








Lajnah Penerangan PAS Kawasan Gopeng telah berjaya menganjurkan majlis ramah mesra bersama kaum tionghua hasil kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak yang diwakili oleh Saudara Richard Wong.

Program edaran risalah dan santuni rakyat ini mendapat sambutan baik daripada UPU Taman Taufik selaku tuan rumah serta sambutan masyarakat tionghua yang hangat menyuntik semnagat kepada petugas PAS untuk meneruskan aktiviti sebegini.

Rata-rata kaum bukan melayu telah celik politik, malah ada seorang wanita tionghua yang berusia emas menunding jari pada gambar Shahrizat pada akhbar cina dengan mengatakan beliau perompak wang rakyat. malah kalimah-kalimah perkauman yang diungkap sepanjang Persidangan UMNO baru-baru ini amat memberi kesan kepada mereka.

Menurut Richard yang juga timbalan Pengerusi DHPP Perak merangkap Pengerusi DHPP Pasir Salak, kaum Cina telah faham politik dan memilih pembangkang. Isunya kita sebagai PAS wajib menerangkan pula apa itu PAS pada mereka. Mereka pelru kenal PAS dan Islam. Inilah antara pesanan Richard sebelum menyelesaikan tugasannya mengetuai program tersebut.

Di sebuah kedai makan, ada seorang lelaki berbangsa Tionghua agak emosi apabila menceritakan ketidak puas hatiannya terhadap PAS hanya dalam satu isu iaitu isu salon, sedangkan beliau menerima kesemua aspek perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Isu yang kini hangat bermula apabila seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Di sini memerlukan kekerapan pihak PAS menilai pandangan kaum bukan Islam terhadap isu yang melibatkan sensitiviti mereka dan memerlukan kita berfikir kaedah terbaik menyelesaikan sebarang polemik atau kontroversi.

Antara yang terlibat pada petang tadi adalah Ketua UPU Taman Taufik iaitu Imam Zul, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng dan ajk UPU Taman Taufik.

Aktiviti yang bermula pada jam 6.30 petang itu tamat tepat semasa azan maghrib dengan menyelesaikan edaran 100 risalah DHPP tulisan cina.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat






Tuesday, November 27, 2012

Malam Gema Wahyu; PAS dan Hiburan Islam

24 November 2012- Sungai Rapat

Malam Kesenian Islam yang diberi label sebagai Malam Gema Wahyu telah dianjurkan di Taman lapangan Jaya Ipoh pada 24 November 2012 yang lalu.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng ini menampilkan kelainan dalam mesej mendekatkan hadirin terhadap Al Quran iaitu menggunakan metod hiburan kesenian Islam.

Walaupun pada asalnya program dijadualkan berlangsung di padang Taman Lapangan Jaya ia terpaksa diubah ke kawasan kedai kopi berdekatan (hasil kerjasama tuan kedai) selepas jhujan lebat melanda pada malam berkenaan. namun ia bukan penghalang untuk mengencatkan perjalanan program ini.

Program dimulakan dengan persembahan Nasyid daripada padangan duet Anoi dan Nazrin (Ketua Amal Kawasan Gopeng) sebagai persembahan pembuka tirai. Majlis diteruskan dengan persembahan saudara Nuruddin dan Firdaus menggunakan genre nasyid easy listening dengan diiringi petikan gitar.

Persembahan dimeriahkan dengan nyanyian nasyid oleh Kumpulan Nasyid PASTI Al Ehsan Rapat Setia.

Imam Huri Alias menghangatkan lagi persembahan dengan nyanyian 2 lagu ciptaan sendiri serta diiringi petikan gitar yang cukup mempersona para hadirin. Imam Huri yag turut menceritakan pengalaman hidupnya mencari hidayah juga menyelitkan huraian mesej pada lirik-lirik lagunya yang indah itu.

Ustaz Radzi Kamarul Hailan telah menyampaikan cerama ala narator sajak denga  diiringi engan bacaan ayat suci Al Quran yang cukup sedap. Mesej-mesej Al Quran yang cuba disampaikan oleh beliau disempurnakan pula dengan ceramah ringkas Ustaz Radzi Zainon selaku penasihat program dan penganjur bersama.

Dengan kehadiran hadirin seramai 150  orang berjaya mengutip dana untuk pilihanraya dan dana Rohingya sebanyak RM 600.

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA SUNGAI RAPAT
http://youtu.be/Jo6N-zt-akQ




















Hamidah gelabah risalah kita


http://www.youtube.com/watch?v=LfM-XyPkojc&feature=player_embedded




Satu lagi risalah kelirukan rakyat telah diedarkan oleh DS Nizar Jamaluddin dan rakan-rakannya termasuk Lee Boon Chye dan calon Pas Sungai Rapat Radhi Zainon.

Dalam risalah tersebut, mereka berjanji akan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, hapus PTPTN, Turun Harga Barang(tidak diberitahu apa barang yang turun, Gaji Polis naik 15%(ambil hati setelah menggelar Polis sebagai anjing), Gaji Guru Naik(BN dah buat pun), Gaji Minima RM1,100 (BN buat gaji minima RM900 pun sukar diterima oleh pihak swasta inikan RM1,100).

"Kita semua tahu sekrang Ibu Tunggal di negeri Selangor mengamuk sakan apabila pakatan rakyat yang menjanjikan elaun untuk Ibu Tunggal sehingga artikel ini ditulis, satu sen pun belum dilunaskan oleh kerajaan pakatan rakyat.

Dulu masa Kerajaan BN membentangkan Bajet 2013 yang memasukkan banyak faedah untuk rakyat, pemimpin pakatan rakyat naik histeria tuduh negara akan bangkrap tapi bagaimana pula dengan janji yang bakal dibuat oleh Pakatan Rakyat", jelas YB Dato Hamidah.

Jadi jelas janji pakatan rakyat hanya untuk mengelirukan rakyat dan janji-janji yang dibuat oleh mereka merupakan janji penipu dan rakyat patut sedar dengan permainan mereka, kata YB Dato Hamidah Osman ketika ditemui di pasar Desa Pakatan semasa membuat tinjauan mesra.

 

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)