Council on Foreign Relation menyiarkan melalui
daily news letter menyiarkan kejayaan Korea Utara menunjukkan belangnya hari
ini (12 Disember 2012). Walaupun menerima amaran antarabangsa, Korea Utara berjaya
juga melancarkan roket jarak jauh (Yonhap). Ujian simulasi teknologi peluru berpandu jarak jauh ini melanggar
resolusi 2009 PBB yang mengharamkan Pyongyang daripada ujian peluru berpandu
balistik.
Walaupun alasan Korea Utara bahawa
satelit cuaca telah diletakkan di orbit,
tetapi Amerika Syarikat mengutuk
pelancaran sebagai "sangat provokatif" manakala Jepun dipanggil untuk
mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan (JapanTimes), walaupun sekatan lanjut
sukar kerana China, sekutu utama Korea Utara,
dijangka untuk menentang mereka[1].
Korea Utara telah berjaya
melancarkan roket pada hari Rabu,didakwanya bertujuan meletakkan satelit cuaca ke orbit, telah
dilabelkan oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun sebagai ujian
teknologi yang boleh menyampaikan kepala
peledak nuklear yang mampu mencecah sejauh benua Amerika Syarikat[2].
“Rejim Korea Utara adalah
sememangnya tidak stabil dan disyaki sudah mempunyai sebuah peranti nuklear,
pilihan Barat untuk respons kepada tindakan provokatif Pyongyang itu - yang
peluru berpandu terbaru melintasi Pulau Okinawa sebelum jatuh ke perairan luar di
Filipina masih dingin. Korea Utara mempunyai sejarah yang panjang berkongsi
teknologi nuklear dan peluru berpandu dengan Iran, "tulis Con Coughlin
untuk Telegraph.
Kata Williamson Lucy untuk BBC
pula, pelancaran satelit Korea Utara
sebenarnya untuk menutup program jarak jauh peluru berpandu, direka untuk
membangunkan senjata yang boleh menyerang Amerika Syarikat, jelas Amerika dalam
nada paranoid.
Hanya itu respon Amerika? Washington
dikatakan akan menekan resolusi Majlis
Keselamatan PBB mengutuk Korea Utara yang telah melancarkan roket pada Rabu lepas , demikian
menurut salah seorang pegawai pentadbiran kanan kepada CNN[3].
Bagaimana jika itu tindakan Negara
Islam? Hamas contohnya. Apa tindakan Amerika jika Hamas mencuba roket jarak
dekatnya seperti itu walaupun fakta terkini mendapati jarak roket Hamas telah
meningkat 2 kali ganda daripada 40 km kepada 90 km?
Bagaimana dengan kempen
Amerika terhadap Iraq pada tahun 2003 dahulu sedangkan terbukti tiada langsung bayang
senjata pemusnah massa di bumi Iraq. Malah dikejutkan kini Amerika menyeludup
kira-kira 3000 tenteranya ke Iraq semula sedangkan mereka telah mengeluarkan majoriti
tenteranya pada tahun 2011 yang lalu[4].
Malah Bush sendiri mengaku
bahawa tiada WMD berpangkalan di Iraq[5]!
Dalam video youtube pengakuannya, ramai rakyat Amerika sendiri memaki hamun
tindakan beliau.
Korea Utara penganut ajaran
Komunis. Komunis adalah projek besar Yahudi sedunia untuk mencetus timbang tara
kepada kegiatan kapitalisme mereka, agar dunia leka dalam Perang Dingin.
Sebenarnya tidak wujud perang antara blok melainkan watak-watak yang
dipermainkan oleh pemodal yahudi.
Korea Utara adalah budak
ciptaan yahudi juga tidak hairan Amerika hanya bermain wayang dengannya.
Demikian sejarah mengajar kita
tatkala Hitler membina U-Boat, memecah perjanjian Versaile, menakluki Eropah,
kenapa tidak diketauk sahaja kepala Hitler? Kenapa tidak dimusnahkan
kilang-kilang U-Boat, tropedo dan persenjataan lain milik Jerman, kenapa dibiar
mereka naik dan membuat kajian demi kajian dalam masa tidak sampai 5 tahun?
Hitler jelas boneka ciptaan yahudi.
Saddam, belum sempat menjawab
tuduhan telah diserang. Afghanistan belum terbukti wujudnya Osama telah
dipadang jarak padang terkukur oleh Amerika.
Korea Utara sama seperti
Jerman. Mereka bermain wayang. Sehebat mana pun latihan Korea Utara, Amerika
tidak akan serang, hanya berbicara melalui lidah PBB sahaja. Inilah sandiwara
dunia.
Muhammad Nuruddin Bashah
Siputeh 1.37 pagi 13 Dis 2012
No comments:
Post a Comment