Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, April 22, 2010

Lawatan PM bukti mahu tunduk terhadap polisi AS

Lawatan PM bukti mahu tunduk terhadap polisi AS

Malaysia sedari awal digambarkan sebagai negara umat Islam yang membangun, produktif, antara yang paling aman serta mengalami pertumbuhan FDI, teknologi dan institusi pendidikan yang tinggi di kalangan negara umat Islam yang lain.

Malah melalui OIC, malaysia menjadi harapan kepada dunia Islam yang ingin sangat menrungkai jauh islamophobia di kalangan barat dan sekutunya, membaiki persepsi luar terhadap dunia Islam, menjadi duta untuk melobi bahawa negara Islam adalah antara blok yang boleh menjadi kuasa penentu ekonomi dunia, kestabilan keselamatan dunia dan sebagainya.

Malaysia yang juga memimpin OIC boleh berperanan dengan berkesan jika kita terus-menerus melobi agar negara lain turut cakna dan aktif bersuara lantang untuk membela umat Islam sedunia. Kini uamt Islam sedunia makin parah masa depannya akibat polisi Amerika yang semakin lama semakin terpesong daripada kempen awal counterterrorist policy mereka.

Melalui lawatan dan pertemuan PM dengan Presiden AS baru –baru ini, rakyat dan umat Islam sedunia mulai ragu peranan Malaysia sebagai duta diplomatik yang boleh menhubung jalinkan hubungan antara blok barat dengan Islam serta membuang prasangka barat terhadap umat Islam da sistem agamanya. Obama yang memiliki agenda tersirat untuk melobi sebanyak mungkin negara – negara terutama dari kalangan dunia ketiga dan negara yang mewakili Islam khususnya demi menyokong dasar washington yang ingin mneyekat hak Iran memperkayakan pengeluaran uraniumnya.

Tidak cukup dengan kuasa PBB, IEA dan sebagainya, AS kini inginkan lidah-lidah umat Islam pula dijadikan ‘wasilah’ dan kini Obama berjaya bertawasul dengan lidah Perdana Menteri kita untuk mengiyakan ‘keganasan’ yang dibuat oleh Iran hanya kerana memproses nuklear.

Malah sebelum malaysia yang cukup kerdil dalam arena nuklear, AS telah berjaya melobi kuasa besar dunia seperti China, Britain, Perancis, Jerman da Russia.

PM sendiri mengakui dalam perbincangan bersama Obama, betapa pelrunya Iran mentaati arahan PBB, NPT dan IEA untuk menghentikan proses nuklearnya walaupun telah ada janji daripada Tehran bahawa nuklear mereka hanya untuk penjanaan elektrik da sumber tenaga tertier semata-mata.

Adakah Perdana Menteri kita tidak sedar bahawa tarian AS yang memalu gendang agar dunia merestui serangan mereka ke atas Iraq pada 2003 hanya atas alasan senjata pemusnah adalah ternyata palsu? Bukankah pegawai penyiasat ke Iraq sendiri mengakui tiada langsung senjata pemusnah di Iraq?

Persoalannya mengapa perlu PM kita menari megikut tarian Islamofobia AS? Kemunculan Obama dalam pentas politik White House dimulakan dengan pelbagai slogan dan retorik untuk membaik pulih hubungan antara AS dan dunia Islam demi meredakan kudis 11 September yang dicipta oleh AS sendiri.

Rasanya Perdana Menteri kita cukup arif betapa negara yang sekian lama menyalahgunakan senjata adalah AS dan sekutunya! Iran tiada rekod holocoust atau genosid etnik dilakukan oleh mereka. Iran tiada rekod silam penyalahgunaan nuklear dengan menghancurkan mana-mana negara.

Sebaliknya AS sarat dengan data dan statistik jenayah perag di Vietnam, Afghanistan, Iraq, usaha mereka membantu Israel membantai Palestin dan pernah diam membungkam melihat Serbia meratah Bosnia pada awal 1990an dahulu. Malaysia pernah menganjurkan ‘jihad’ menentang kezaliman Isral-AS melalui kempen We Want Peace serta kempen Aman malaysia, namun kini membawa masuk syarikat APCO World wide (Yahudi Zionis yang nyata pro dengan kezaliman AS) ke dalam pentadbiran negara.

Dunia Islam telah lama dicengkam oleh Barat dan kini diketuai oleh AS melalui oelbagai perjanjian yang akhirnya merugikan umat Islam. Perjanjian damai di antara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika telah memaksa umat Islam untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walau pun Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada orang Islam, Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT), yang menghalang Iran dari membuat senjata nuklear sedangkan Amerika memberi teknologi nuklear kepada Israel dan India yang tidak menandatangani NPT; Perjanjian AFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Tenggara) yang memberi peluang kepada syarikat asing mengeksport produk mereka tanpa sebarang halangan; dan Perjanjian PerdaganganBebas (Free Trade Agreement, FTA) yang telah dimeterai antara Amerika dan Malaysia serta Malaysia dan Jepun.

NPT adalah umpama paspot besar AS untuk menghalang sebarang kebangkitan teknologi dari blok Islam. Tesis Samuel Hungtington berkenaan potensi besar blok Islam mendominasi dunia barat cukup menjadi paranoid AS sejak zaman Bush dan kini Obama mewarisinya lagi. NPT juga menjadi wazan untuk AS melobi dunia ketiga membenci Iran dan mana-mana negara umat Islam yang ingin bangkit maju. Maju yang direstui oleh AS adalah negara-negara yang hanya sibuk untuk menaikkan kadar FDI, sibuk memperomosi KDNK kepada dunia, sibuk dengan ekonomi berependapatan tinggi dan sebagainya. Malah AS cukup bangga dengan negara-negara yang korup dalam institusi ketenteraannya termasuk korup dalam pembelian senjata dan instrumen perang.

Kini Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear (NPR) menjadi alat baru AS untuk melobi dunia agar setuju dengan wayang mereka memusuhi negara yang ingin juga mmeiliki nuklear. Melalui NPR Pentadbiran Obama ingin memaksa masyarakat global untuk mematuhi perjanjian NPT. Di bawah perjanjian ini, negara-negara yang ada senjata nuklear bersetuju untuk melucutkan senjata nuklear mereka, sementara negara-negara tanpa senjata nuclear pula bersetuju untuk tidak membuat senjata nuklear, dan memberi hak negara lain membina tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Menurut teks Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear, "Amerika Syarikat tidak akan mengguna atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear ke atas negara-negara yang tidak mempunyai senjata nuklear yang menjadi ahli di dalam NPT dan mematuhi syarat-syarat perjanjian pengawalan nuklear tersebut." Namun AS ghairah melaung bahawa negara membangun yang memiliki nuklar berpotensi menjadi ganas. Objektifnya, ganas adalah subjek yang ingin dibincangkan. Bagaimana pula negara yang kononnya baik dan berdisiplin dengan NPT seperti AS tetapi ganas membunuh umat Islam serata dunia? Perdana Menteri kita perlu disedarkan hakikat ini.

Rakyat boleh menilai betapa kunjungan PM ke AS hanya untuk membina imej bukannya menjadi duta umat Islam. Malaysia yang giat mencanangkan dirinya sebagai wakil umat Islam tidak boleh menanggalkan label tersebut walau di mana sahaja lawatan kerja kerajaan serata dunia.

Sampai bila pemerintah negara ini ingin menghanyutkan rakyat dengan kalimah dongeng yang indah tetapi kosong. Umpama India yang memujuk kemiskinan rakyat melalui lambakan filem cinta yang idealis, indah dan mewah. Daripada konsep Isla Hadhari, 1 Malaysia kini pula menyusul Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengitar semula masalah defisit negara kepada bentuk kerugian yang baru.

Jika alasan PM mengunjungi AS untuk melobi negara yang dikatakan memiliki kuasa ekonomi yang kuat, ia adalah salah dan karut. Setakat maklumat tahun daripada Monthly Budget Review yang boleh ditinjau di laman www.cbo.gov, hutang AS sendiri adalah berjumlah $12 trillion (November 2009) iaitu 83% daripada KDNK. Hasil negara pula hanya $2.106 trilion (2009) berbanding perbelanjaan negara sebanyak $3.515 trilion (2009). Malah AS adalah antara negara yang paling tinggi mengalami defesit belanjawan tahunannya serta masih samar cara untuk merawatnya secara jangka panjang melainkan menipu dunia melalui stimulus jangka pendeknya sahaja.

Jika malaysia inginkan rujukan dari aspek kemampanan ekonomi, pertubuhan FDI, pengurusan awam yang kian cemerlang, PM perlu melawat ke negara kuasa baru ekonomi dunia iaitu BRAIC (Brazil, Rusia, India dan China). Sekurang-kurangnya negara-negara tersebut tiada lagi rekos jenayah perang, parasangka buruk terhadap Isla yang sedahsyat AS da sekutunya.

Dalam hal melobi negara luar untuk memperkukuhkan negara, PM perlu sedar bahawa kemampanan hubungan seranta bukan sekadar boleh ditangani melalui lawatan dan diskusi bertema sahaja tanpa ada agenda jauh yang berperinsip. Dialog peradaban yang bersungguh untuk meruntuhkan Islamofobia barat dan AS perlu dijalankan dan bukannya mengangguk terhadap persepsi negatif AS terhadap umat Islam.

Anwar Ibrahim pernah menyatakan,

Dialog pelru berterusan dan berlandaskan kejujuran serta kesungguhan untuk memahami satu sama lain. Setiap pihak mesti keluar daripada tempurung pemikiran melampaui sempadan kebudayaan masing-masing. Persengketaan lama perlu dilupakan seperti yang diungkap oleh T.S Eliot, we must not revive old factions, restore old policies or follow an antique drum” (Gelombang Kebangkitan Asia)

AS perlu disedarkan betapa dasar zalim mereka tidak akan membantu defisit nilai, sosial dan ekonomi mereka kini. Tanpa sokongan blok Islam dan Asia, AS akan runtuh menyembah bumi seperti mana kuasa hegemoni sebelumnya. Peranan pemimpin seperti PM Malaysia adalah terletak dalam konteks sebegini dan bukannya menambahkan keangkuhan AS terhadap umat lemah serata dunia.

PM kita berkata sentimen dan sikap AS terhadap Malaysia telah berubah bukan sahaja oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga menjangkau ke Capitol Hill dalam kalangan senator dan ahli Kongres serta sektor swasta. Selain imej Islam yang dipandang rendah oleh AS, kezaliman, penyalahgunaan mahkamah, salah laku pemimpin, dan rasuah juga memberi imej negatif terhadap Malaysia jika kita teliti sekian banyak kajian dan dokumentasi pemerhati bebas.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS Perak

Thursday, April 15, 2010

Ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Gopeng

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam ke atas penghulu anbiya’ dan kaum muslimin..

………………………

Yang dihormati saudara pengerusi majlis, Muhammad Nuruddin bin Bashah

Yang dikasihi ayahanda Al-Fadhil Ustaz Hj. Abu Bakar bin Husin, Pesuruhjaya PAS Perak

Yang dimuliakan Al-Fadhil Ustaz Faisol

Yang dimuliakan Tn. Hj. Abd Rahim bin Md Arif, YDP PAS kawasan Gopeng, merangkap Bendahari PAS Perak

Saf kepimpinan DPP kawasan Gopeng

Pimpinan AMK Cabang Gopeng, saudara Ramihadi bin Ros

Ketua Dewan Muslimat, Pn Nor Kamariah

Seluruh ahli Pemuda sidang muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Bersyukur pada Allah dengan izinNya dapat kita sama-sama hadir pada pagi ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung DPPK Gopeng bagi kali ke-14.

Mesyuarat ini amat penting bagi kita untuk mengukur beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan diperhalusi bagi sama-sama kita mengambil satu langkah yang lebih proaktif bagi mendukung perjuangan suci ini.

Sepenggal telah berlalu, DPPK Gopeng telah berusaha menjayakan beberapa aktiviti dan pendekatan bagi kemajuan seluruh Ummah di dalam rangka yang telah dipertanggungjawabkan. Namun sehingga kini DPPK Gopeng masih belum boleh menarik nafas lega kerana didapati banyak aspek yang masih ketinggalan.

Justeru itu, atas kesedaran ini, pihak DPPK Gopeng mengambil tema pada mesyuarat ini iaitu ‘Memperkasakan Pemuda’ sebagai satu lonjakan ataupun kata semangat untuk terus menyusun saf pejuang yang bakal menggegarkan arena perjuangan ini.

Kami sedar Pemuda yang berkualiti amat diperlukan bagi menjadi tenaga penggerak demi menuntut kemenangan yang dijanjikan Allah.

Tanpa usaha memantapkan seluruh pemuda yang menjadi sayap parti, maka akan berlakulah kepincangan dalam menuju kemenangan yang dijanjikan itu. Oleh itu, bagi penggal yang masih berbaki ini, gerak kerja akan lebih tertumpu untuk meneruskan program memperkasakan pemuda. Di samping itu, aktiviti untuk menerjah kejayaan merampas DUN Sg Rapat tetap menjadi agenda utama. Beban yang digalas pemuda amatlah berat sekali, maka amatlah rugi bagi pemuda yang tidak mahu bersama memikul amanah ini kerana kemanisan kejayaan pasti tidak dapat dirasai sama seperti pemuda yang turun berjuang ke jalan ini.

Sidang mesyuarat yang dihormati sekalian,

Demi mencapai hasrat ‘Memperkasakan Pemuda‘ ini pelbagai pihak mesti sanggup bersama-sama berkongsi idea dan pendapat. Ia bukan hanya dibiarkan digalas oleh AJK DPP sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab semua. Kami barisan AJK hanyalah memikul amanah yang telah diberi untuk menyusun beberapa strategi, namum ahli di semua peringkat tidak lepas untuk menjayakan semua yang telah dirancang.

Tidak adil meninggalkan seluruh AJK DPP sahaka yang mendayung perjuangan ini, sedangkan pemuda di peringkat cawangan hanya bertindak sebagai penonton sahaja.

Marilah kita bersama-sama memuhasabahkan diri masing-masing, mengoreksi diri, adakah berbaloi penglibatan kita selama ini.

Tuan-tuan yang dihormati,

Saya ingin berkongsi satu pepatah Cina, yang berbunyi,

Jikalau kamu merancang untuk satu tahun, maka tanamlah gandum,

Jikalau kamu merancang untuk 10 tahun, maka tanamlah pokok,

Jikalau kamu merancang untuk 1000 tahun, maka tanamlah manusia.

Maksudnya ialah kita mesti berusaha melahirkan pendokong yang berkualiti sebagai satu usaha untuk menjamin kemenangan yang diperolehi terus kekal. Usaha ini pula haruslah benar-benar teliti. Jika dipandang pepatah ini ada persamaannya dengan sirah Rasulullah SAW. Baginda benar-benar teliti menyusun pendokong sehingga akhirnya Islam telah berjaya menguasai dunia ini. Lihatlah apa yang berlaku sekarang, seorang demi seorang dahulunya rakan kita kini telah lari akibat sikap tamak haloba. Silapnya mungkin kerana kita tidak benar-benar merancang untuk memilih yang terbaik.

Pelan strategic telah siap dibina untuk mengambil satu tindakan perlaksanaan. Harapannya, semoga selepas kita bermesyuarat ini, kita membina keyakinan baru untuk sama-sama memajukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng dan kemajuan Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya. Seterusnya kita terus istiqamah mendepani perjuangan ini kerana jalannya masih panjang.

Saya ingin berkongsi satu lagi kata-kata perangsang yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya, berbunyi

‘You can’t win unless you know how to lose’- Kareem Abdul Jabbar

Iaitu kita tidak akan berjaya kecuali jika kita tahu bagaimana kita akan kalah. Maksudnya di sini ialah tanpa usaha sudah pasti kita tidak akan berjaya kerana pokok kejayaan adalah usaha yang berterusan.

Analoginya begini, saya ingin menduduki peperiksaan, saya tahu kalau saya tidak baca buku, saya akan gagal. Oleh itu, untuk berjaya saya mesti membaca buku.

Para hadirin yang dihirmati sekalian,

Tidak lupa juga akan rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat (dari Parti Keadilan Rakyat). Terima kasih atas sikap saling bantu membantu dalam beberapa siri gerakan yang telah dijalankan. Semoga persefahaman ini akan tetap terpelihara dan dihindarkan dari sikap buruk sangka. Kita mesti sedar untuk menghapuskan musuh durjana, persefahaman dalam rakan seperjuangan amatlah penting sekali. Jangan sesekali merendahkan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat ini. Kita umpama aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.

Akhir sekali dengan peluang yang diberikan ini, penuhilah masa mesyuarat agung ini untuk kita sama-sama memuhasabah diri. Juga jangan lupa, muda kita hanyalah sekali, amat rugi masa muda ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa ada rasa sama-sama mendayung perjuangan suci ini kerana perjuangan ini adalah satu jihad. Berazamlah kita untuk terus istiqamah berada di dalamnya.

Sekian, terima kasih.

Takbir (Allahuakbar!)

26 Rabiul Akhir 1431H/11 April 2010

Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Agong..adalah kemuncak agenda syura gerakan Islam




Kelmarin 11 April 2010 telah berlangsung Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Gopeng bagi kali ke-14.
majlis tersebut selamat dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Bin Hussein serta diserikan juga dengan taujihat daripada Ustaz Faisol Exco Dewan Pemuda PAS .

Rasa terharu juga kerana sejak berhijrah ke kamunting, saya kurang boleh menumpukan perhatian kerja untuk Lajnah Penerangan Pemuda. Namun begitu menyedari kekangan masa saya yang bekerja 6 hari seminggu dan tinggal jauh untuk berulang alik, Pemuda masih meminta sya mempengerusiakan perasmian Mesyuarat Agong. Mungkin itulah agihan tugas , takaful mengikut kemampuan petugas dan kemahirannya. Inilah penerangan aspek harakah Islamiyyah yang ada dalam ketumbukan pemuda Gopeng.

Seperti seruan Ketua Pemuda.....Perkasakan Pemuda!!!!

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
AJK Dewan Pemuda PAS Gopeng


Tuan Haji Fahmi, penerima Anugerah Sayang PASTI pada mesyuarat Agong kali ini. Sebelahnya adalah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussein.



Sunday, April 11, 2010

Menilai Kehancuran Demokrasi di Malaysia

Disiar dalam Harakah 30 April 2010

Menilai Kehancuran Demokrasi di Malaysia

Hancur dan leburnya demokrasi di bumi Malaysia ini bukan sekadar menjadi cemuhan dan loyaan rakyat tempatan, malah terpaksa menerima teguran daripada ulama’ tersohor seperti Al qaradhawi. Malah ahli parlimen Australia juga terasa obligasi mereka untuk menegur kebejatan demokrasi akibat sindrom diktator yang menguasai pentadbiran seluruh negara ini.

Jika dahulu Amaluddin Darus pernah mendokumentasikan kegagalan demokrasi diamalkan menurut prinsip asalnya dalam bukunya bertajuk Demokrasi atau Diktator. Kupasan beliau cukup bernas yang memberi gambaran kepada kita betapa negara asal demokrasi seperti Eropah juga gagal melaksanakan prinsip demokrasi apabila berkuasa. Demokrasi seolah-olah hanya impian kaum bawahan yang tertekan atau tertindas, ia hanya menjadi teori indah kaum tertindas kononnya jika mereka berjaya berkuasa mereka akan mengubah dunia agar menajdi lebih adil.

Namun piawaian untuk keberkesanan demokrasi hanya berlaku sekiranya kehendak majoriti rakyat yang inginkan perubahan merealisasikan tekad dan usaha mereka melalui menyokong satu dasar politik yang akan membawa kemakmuran. Sekiranya kebangkitan dan kesedaran rakyat tidak menyeluruh, ia hanya akan menjadi politik minoriti yang menguasai majoriti. Apakah maksudnya minoriti menguasai majoriti?

Jika meneliti tulisan Datuk Dr Hassan Ahmad bertajuk Kegagalan Demokrasi yang disiarkan oleh Dewan Masyarakat Mac 2010, beliau ada memberi satu kupasan bermakna untuk kita hayati kegagalan demokrasi akibat kerakusan para pemerintah.

Kata beliau, demokrasi yang asalnya bermaksud pemerintahan oleh rakyat, telah bertukar menjadi pemerintahan diktator majoriti. Pada ‘ghalib’nya mana-mana parti yang dimenangi selepas mendapat sokongan majoriti akan membuat dasar dan menguasai kerajaan negara. Namun sesetengah negara, golongan peniaga dan kapitalis menggunakan wang dan pengaruh sebagai alat untuk mempengaruhi dasar negara atau mempengaruhi pemerintah agar tunduk dengan polisi tertentu.

Lebih malang apabila kelompok keluarga kepada si pemerintah mulai naik daun, meragut semua projek mega, rasuah dan nepotisme melampau dalam pengagihan kekayaaan negara, ‘membubu’ keuntungan koperat atas nama keluarga pemerintah dan sebagainya.

Ini antara pengaruh yang mengubah dasar dan polisi yang awalnya dibina oleh kerajaan yang disokong oleh amjoriti rakyat. Selepas penguasaan faktor luar tersebut terhadap pemerintah (kaum keluarga, kapitalis, peniaga) maka bermulalah pula proses indoktrinisasi kepada rakyat agar hanya taksub dan obses kepada pemerintah tersebut. Majoriti dirayu agar percaya hanya satu parti tersebut sahaja mampu memberi syurga dan nyawa kepada rakyat. Contohnya, hanya parti tertentu sahaja pandai membuat jalan tar di kampung-kampung, parti lain tidak tahu buat. Gejala ini adalah gejala ‘bebalisme’ atau proses memperbodohkan rakyat demi masa depan parti dan pemerintah diktator tersebut.

Kenyataan menarik Dr Hassan Ahmad lagi ialah, seringkali demokrasi dihiasi dengan ketidak adilan terhadap rakyat yang mengundi pembangkang. Menurut tradisi kerajaan yang dilantik oleh parti yang mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihanraya, dasarnya tidak memihak kepada parti politik lawan. Hal ini beerti rakyat atau kawasan yang pengundinya memilih parti lawan seringkali tidak mendapat layanan yang sama dengan layanan yang diberikan kepada kawasan pengundi pemerintah. Walaupun Dr Hassan memberi gambaran umum, jelasnya beliau telah menghurai senario sebenar negara ini di dalam majalah ilmiah tertua di Malaysia. Rampasan royalti Terengganu pada tahun 1999-2000 serta Kelantan pada tahun lalu menggambarkan betapa dasar politik ‘balas dendam’ menjadi amalan BN selama ini malah sejak zaman Perikatan.

Kata Dr Hassan kesalahan kerajaan yang menyalahgunakan hak mengundi rakyat ini terbahagi kepada dua iaitu kesalahan terhadap konsep demokrasi yang berasaskan kepentingan rakyat dan negara serta melanggar etika konsep ketua negara merentas kepentingan parti politik yang menang. Lantaran itu saya juga berpendapat tidak mengira parti pro pemerintah atau pembangkang, kedua ahli parlimen atau ADUN wajib menjaga kepentingan rakyat yang mengundi mereka melebihi urusan parti yang kadangkala dijulang-julang sehinga menerbitkan rasa jelek di kalangan pengundi mereka sendiri. Dalam Islam, undi yang diperolehi daripada rakyat adalah baiah atau perjanjian terhadap kepimpinan Islam dan wajib untuk pemimpin tersebut menjaga amanah ‘Baiah’ rakyatnya.

Politik demokrasi adalah idaman rakyat di Eropah selepas melancarkan beberapa Revolusi seperti Revolusi Perancis (1789-1799), Revolusi Inggeris ( dan revolusi Amerika (1775 hingga 1784). Demokrasi adalah doa kaum poertengahan dan borjois untuk melihat negara mereka bebas dari perhambaan sesama manusia kepada negara milik bersama walaupun akan ada segelintir sahaja manusia yang memegang polisi negara.

Demokrasi dikehendaki di Perancis. Antara sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Perancis adalah seperti disebabkan Pengaruh para pemikir Enlightment, Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI dan Pengaruh Revolusi Amerika. Demokrasi liberal diperjuang oleh kelompok sekularis yang ingin jauh daripada lingkaran agama Kristian. Pengaruh para pemikir Enlightment merupakan antara penyumbang besar belakunya Revolusi ini. Mereka memperjuangkan hak semula jadi manusia sebagai prinsip utama pemikiran mereka. Kebanyakan pemikir Enlightment Perancis seperti Jean Jacques Rousseau, Montesquieu, Voltaire, dan Denis Diedrot amat dipengaruhi oleh falsafah John Locke.

Demokrasi adalah relevan di Malaysia sebagai satu pentas untuk setiap kaum, kelompok insan, persatuan atau parti dipilih menjadi pemimpin dan mengurus polisi negara. Kerencaman sosial dan komposisi kaum di negara kita menyebabkan politik melalui jalan pilihanraya relevan seperti mana pandangan Imam Mawardi terhadap pilihanraya di Basrah dan Baghdad dahulu.

Namun begitu bagaimana pula keadaan golongan yang muak dan jelak dengan kediktatoran akibat demokrasi? Golongan yang memusuhi jalan politik demokrasi terbahagi kepada dua iaitu pertamanya golongan yang ingin melaksanakan hukum Islam secara segera dan idealis tanpa kompromi terhadap sebarang advokasi atau keanjalan sistem. Mereka kesal demokrasi tidak berjaya menyelesaikan masalah sosial dan kelambatan sistem itu menjulang ajaran Islam. Bagi mereka disebabkan sistem itu berasal dari barat, maka ia adalah jahiliyyah dan sesat.

Golongan kedua adalah golongan rakyat yang muak dengan politik majoriti yang tidak membawa aspirasi rakyat. Malah menurut Dr Hassan Ahmad dalam makalah yang sama, masalah negara da rakyat tidak boleh diselesaikan dengan hanya berslogan atau beretorik semata-mata. Umpama malaysia yang mengalami tsunami Islam Hadhari untuk mengkosmetikkan politik pemerintah yang jauh dari ruh Islam. Retorik terkini adalah 1 Malaysia yang menutup unsur perkauman dan kepuakan nepotisme yang diamalkan oleh pemerintah. Pada pandangan Dr Hassan, orang yang melaksanakan pemerintahan perlulah berilmu, jujur, amanah, bermoral tinggi malah perlu menyelesaikan setiap persoalan rakyat bermula dari parlimen lagi kerana itulah tempat yang diperuntukkan.

Demokrasi juga hancur luluh kerana ideologi manusia yang menciptanya telah meletakkan konsep pemerintahan melebihi konsep kepimpinan.

Manusia seperti Mechiavelli, Hobbes, Karl Marx dan sebagainya banyak meletakkan kaedah memerintah, teknik mengurus melebihi piawaian siapa yang layak memerintah. Ironinya kaum Melayu patut berbangga kerana banyak kitab-kitab jawi lama seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai, Muniatul Musolli (ada bab mengenai Raja yang adil) serta beberapa kitab karangan Raja Ali Haji telah mengenengahkan konsep pemilihan raja yang adil. Dunia melayu yang telah melarut masuk fiqh siasah daripada kitab-kitab karangan ulama’ arab telah menerima pemerintahan raja yang dinasihati oleh ahli halli wal aqdi yang terdiri dari kalangan Mufti da alim ulama’ termasuk ulama’ ilmu keduniaan. Namun sejauh mana tradisi itu sampai kepada kaum melayu hari ini?

Demokrasi perlu dipugar agar menuruti kehendak rakyat selagi mana ia berasaskan keadilan. Bagi kaum Islam, demokrasi perlu dibersihkan dari sebarang kecacatan noda dosa yang dipacu di atas pentas matlamat menghalalkan cara.

Cikgu Azmi Presiden Teras pengupayaan Melayu ada menulis menasihati kerajaan,

Amalan politik pemerintah yang mendiskriminasikan saingan politik perlu dihentikan segera. Menggunakan kuasa politik untuk mempengaruhi urusan pentadbiran perlu dihentikan. Memangsakan rakyat hanya kerana tidak menyokong parti kerajaan adalah perbuatan salah. Menganiaya penjawat kerajaan dan diambil tindakan disiplin secara tidaka dil hanya kerana mahu semua kakitangan kerajaan menyokong parti kerajaan adalah salah dan zalim. Mengenepikan wakil rakyat yang sah dilantik oleh rakyat walaupun dari parti pembangkang adalah zalim….” ( dalam buku 50 Cara Selamatkan Malaysia, 2008.TERAS)

Menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi pula, demokrasi adalah wadah yang mudah diterima pakai oleh semua kaum dan agama. Pilihanraya dan pengundian untuk mengetahui majoriti secara keseluruhan boleh dikatakan sudah benar. Walaupun tetap memiliki kelemahan, sistem ini jauh lebih baik daripada kaedah sistem politik lain. Apa yang perlu dijaga adalah pengawalan sistem ini daripada gangguan tangan penipu, pembohong dan hipokrit yang bertopengkan ingin berkhidmat untuk rakyat.

Demokrasi bukan memberi wewenang membabi buta kepada rakyat sehingga mengenepikan kuasa perundangan Allah. Maksud kuasa rakyat ialah ‘kuasa ini menolak kuasa mutlak yang dipelopori oleh diktator’. Kuasa rakyat memilih pemimpin bukannya mencipta perundangan sehingga mengenepikan hukum Islam. Inilah pandangan Al Qaradhawi dalam bukunya Agama dan Politik ( 2009).

Jelas, merefomasikan demokrasi hanya berjaya selepas tangan-tangan yang menconteng kepada wajah demokrasi dihukum dalam sebarang pilihanraya. Ini kerja berat dan fokus utama bagi setiap pejuang kebenaran.

Muhammad Nuruddin Bashah

Pemuda PAS Gopeng Perak

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)