Malaysia wajib hentikan penderaan terhadap pekerja asing.
Amnesty International telah menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan tradisi layanan buruk terhadap pekerja asing yang berhijrah ke malaysia untuk mencari sesuap nasi. Malah menurut AI, terlalu banyak lapora berkaitan rogol, penderaan, budaya paksa rasuah atau peras ugut oleh pihak penguatkuasa dan sebagainya.
Laporan daripada pihak Amnesty tersebut dipandang sepi oleh pihak kerajaan dengan mengambil alasan bahawa kes-kes berkenaan kerap kali berlaku terhadap pendatang secara haram. Kerajaan ragu berhubung laporan Amnesty International mengenai dakwaan penderaan terhadap pekerja-pekerja asing di negara ini, dengan Menteri Sumber Manusia dan Datuk Dr S.Subramaniam berkata laporan itu tidak tepat pula. (http://mstar.com.my)
Malaysia adalah salah satu negara terbesar pengimport tenaga buruh iaitu sebanyak 2.2 juta orang akan tetapi memiliki terlalu banyak rekod eksploitasi tenaga asing dalam pelbagai kes. Sebagai contohnya, pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia and Nepal, kerap dipaksa bekerja dalam situasi bahaya seperti tampat mudah meletup, bertekanan tinggi, kedudukan tinggi, atau kawasan kimia.
Terdapat juga kes-kes penderaan dari segi seksual samaada dalam bentuk verbal atau fizikal.
Ramai pihak mendesak kerajaan untuk mengambil langkah penamat terjadap isu ini terutama terjadap penderaan dala salah laku pihak polis terhadap pekerja asing. Pekerja asing walaupun sering dilihat dari kaca mata merugikan negara melalui pengaliran wang negaraa keluar, kita tidak boleh menafikan bahawa banyak industri di malaysia terpaksa menggunakan buruh asing semata-mata sikap anak tempatan yang memilih dan tidak mahu bekerja. Malah sumbangan modal insan pekerja asing telah menyumbang hampir 20% tenaga kerja negara ini yang juga membina struktur ekonomi negara.
Hari ini media mendedahkan bahawa jumlah pekerja asing di negara kita adalah seramai 1.8 juta orang pada tahun lepas. Malah aliran wang keluar akibat pembayaran gaji kepada warga asing tersebut adalah sehingga RM 12.2 billion ( Bernama 17 Mac 2010).
Trapped: The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia adalah tajuk dokumen yang boleh dimuat turun melalui internet, yang menghuraikan salah laku kerajaan dan penguatkuasa negara asia termasuk malaysia yang menjanjikan kerja yang bagus dalam masa yang sama mengeksploitasi tenaga manusia tersebut.
Kata Michael Bochenek iaitu penulis laporan tersebut, pengabaian hak kemanusiaan tenaga asing banyak disebabkan oleh agen tenaga asing yang zalim da tidak berperi kemanusiaan, sikap majikan dan polis yang korup.
Ramai pekerja asing di Malaysia adalah mangsa perdagangan manusia—mereka diambil bekerja dengan menggunakan tipu muslihat bagi tujuan eksploitasi. Laporan tentang pemerdagangan yang dikaji oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2009 ternyata telah memberi status yang paling rendah kepada Malaysia, iaitu Tahap 3, dan menempatkannya di antara negara yang tidak mematuhi piawai minimum untuk membenteras pemerdagangan manusia dan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian. Perdagangan dilakukan oleh individu agensi pengambilan kerja, tetapi Kerajaan Malaysia telah memudahkan penganiayaan tersebut. Peraturan longer terhadap para agen, undang - undang buruh dan polisi yang boleh menganiaya, dan amalan membenarkan majikan untuk merampas pasport pekerja mempermudahkan pemerdagangan untuk berkembang. (Laporan Trapped: The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia versi Bahasa Melayu)
Jika anda pernah bekerja kilang, anda boleh melihat sendiri bagaimana pekerja ssing seolah dibuli untuk bekerja di kawasan yang sukar, bahaya dan memiliki potensi buruk. Malah agen-agen pekerja asing Malaysia kerap menipu pekerja dengan penipuan tiket kapal terbang, mengambil bayaran terlalu mahal untu urusan tiket dan Visa, mengambil komisyen bulanan yang membebankan dan sebagainya. Anda juga boleh mendapat banyak maklumat sahih berkenan agen yang tetap mengambil komisyen bulanan hampir RM 200 walaupun pekerja asing tersebut bekerja di tempat yang bermasalah ekonomi sehingga hanya mampu mendapat pendapatan RM 500 sebulan.
Lebik malang lagi, kegemaran polis di Malaysia yang suka ‘paw’ atau peras wang terhadap pekerja asing yang lalu lalang bersendirian. Ada pekerja yang kehilanga wang poket dan telefon bimbit keraka dirampaas polis yang kononnya mengadakan pemeriksaan pendatang tanpa izin.
Mereka yang ditangkap akan dihantar ke pusat tahanan imigresen, yang keadaannya amat jauh dari piawaian minimum antarabangsa. Ketiga-tiga pusat tahanan yang ditinjau oleh Amnesty International didapati terlalu sesak - malah, beberapa tahanan melaporkan mereka tidak dapat berbaring untuk tidur tanpa menyentuh orang di sisi mereka. Mereka kekurangan peralatan tidur, peluang mendapatkan air bersih, dan ubat bagi merawat yang sakit. Secara keseluruhannya, tahanan mengadu bahawa mereka sering kelaparan dan makanan yang diberikan kadang-kala busuk atau kurang masak. Tahanan duduk di dalam sel sepanjang hari tanpa sebarang kegiatan, kerap kali menghabiskan hari tanpa dibenarkan keluar untuk menghirup udara segar. Tiada peluang untuk senaman, mengerjakan ibadat, ataupun kegiatan lain. Tidak hairan apabila penyakit menyebar dengan cepat dalam keadaan sedemikian, dan pergaduhan antara tahanan adalah sangat lazim. Di samping itu, Amnesty International diberitahu tentang penderaan yang dilakukan oleh pihak pengawal. Selain itu, tahanan di bawah umur 18 tahun ditahan bersama dengan orang dewasa, dan ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Umumnya, rakyat selalu dimomokkan bahawa pekerja asing membawa masalah sosial kepada kita. Malah mereka sering dikaitkan sebagai PATI yang salah disegi undang-undang. Soal kemanusiaan tidak perlu dialihkan kepada isu PATI. Malah jikaa PATI sekalipun, mereka tetap manusia yang dijamin hak oleh mana-mana undang-undang antarabangsa untuk dijaga. Setidak-todaknya kerajaan malaysia yang merupakan negara OIC pelru sedar membuat baik dan adil kepada manusia itu adalah wajib da ia sah tanpa mengira kaum, PATI, pekerja asing atau bumiputera.
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. ( Al Maidah : 8)
“Mereka... membuka semua pakaian saya kecuali sehelai kain kecil yang menutup kamaluan.... Saya kemudiannya diikat. Saya dipukul sekali dengan amat kuat dengan rotan. Kulit saya terluka dan amat sakit sekali. Ada darah. Saya tak dapat memakai pakaian dengan betul selama lima hari kerana sakit tersebut.” Demikian rintihan Pekerja asing Burma yang telah dirotan di Malaysia kepada pihak Amnesty International.
Amnesty International mengajak kerajaan Malaysian untuk melakukan reformasi undang-undang pekerja dan mengambil serius laporan salah laku penguatkuasa seperti polis dengan melaksanakan kajian khas yang telus dan bebas.
Dalam kes yang lain, layanan penguatkuasa kerajaan terhadap pelarian di negara ini juga terlalu buruk. Malah terlalu banyak maklumat mendedahkan sikap RELA yang menangkap borong kaum pelarian yang ada di negara ini walaupun mereka memiliki kad UNHCR. Malah jika tidak memiliki mana-mana kad jaminan sekalipun, mereka tidak seharusnya dikasari sepanjang berada dalam tahanan sementara.
Amnesty International sendiri mendedahkan bahawa pekerja asing kerap kali menjadi tumpuan kekejaman dan peras ugut sesetengah anggota polis dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). Dari segi undang-undang, anggota polis dibenarkan memeriksa status imigrasi seseorang; RELA mempunyai kuasa yang sama hingga pertengahan 2009. Kedua-dua pihak polis dan RELA kerap kali menyalahgunakan kuasa itu dengan menganggap penangkapan sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan. ( laporan yang sama halaman 5)
Pemerhati Hak Asasi Manusia juga mendapati bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin akan gagal membezakan mangsa-mangsa pedagangan haram, pekerja asing yang telah didera dan pelarian daripada pekerja-pekerja tanpa izin. Mereka akan diusir tanpa diberi bantuan sewajarnya. SUHAKAM telah mendapati bahawa ramai wanita asing yang sedang ditahan di penjara-penjara Malaysia adalah mangsa-mangsa perdagangan haram.
Pengusiran secara besar-besaran yang lalu bukan sahaja telah menyebabkan pekerja-pekerja terkandas di dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tempoh beberapa bulan tetapi juga telah menyebabkan kematian. Dan dengan peluang pekerjaan yang sedikit di negara asal mereka , ramai pekerja asing akan kembali semula ke Malaysia ,“ini sebagaimana yang dinyatakan oleh LaShawn R. Jefferson, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hak-Hak Wanita, Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia” pada tahun 2004. Pengusiran secara besara-besaran hanya akan menjadikan mangsa-mangsa perdagangan haram dan pelarian-pelarian menyembunyikan diri dan ini akan meletakkan diri mereka mendapat risiko eksploitasi yang buruk.
Anggaran terkini oleh UNHCR mengenai pelarian yang berada di Malaysia ialah seramai 28,000 orang. Lebih kurang 10,000 adalah mangsa peperangan daripada Aceh, Indonesia dan 10,000 yang lain adalah orang muslim daripada Rohingnya (Burma). Pemerhati Hak Asasi Manusia mengalu-alukan kebenaran yang diberi oleh Malaysia kepada Rohingya untuk tinggal di negara Malaysia, tetapi masa depan pelarian lain terutamanya dari Aceh yang akan didera kalau dihantar balik ke Indonesia, adalah tidak terjamin. (sumber http://www.hrw.org)
Lihat sahaja tindakan kerajaan pada 2004 yang giat mengoperasi menangkap PATI secara besara-besaran. Akibatnya walaupun misinya adalah mengurangkan bebanan sosial dan panyalahgunaan hak di bumi Malaysia, hak pekerja tanpa izin untuk mendapat gaji penuh sepanjang bekerja secara ‘haram’ di Malaysia pelru dijamin. Dalam masa yang sama, pihak penguatkuasa berleluasa bertinda terhadap mereka atas alasan ia adalah dasar kerajaan untuk menghantar balik PATI ke negara asal walaupu sepanjang proses penghantaran, jaminan kemanusiaan kadang-kala diabaikan.
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan Pemuda PAS Gopeng.
No comments:
Post a Comment