Tuesday, April 06, 2010

Program Islam kaffah di Kamunting

Islam Kaffah di Kamunting

Kesempatan saya untuk bersama rombongan JAMAIY Perak dalam siri ceramah dan penerangan isu Pastin dan gejala sosial tidak saya lepaskan memandangkan mereka telah berjaya menembusi ‘pasaran’ baru iaitu sekolah sebagai sasaran dakwah.

Kali ini lokasi penerangan JAMAIY adalah di Maahad Al Khair Lil Banat Kamunting (Kg Jana). Insya Allah dalam siri akan datang saya tidak akan melepaskan pelung bersama mereka kerana pecutan dakwah JAMAIY dalam pelbagai isu sosial dan kebejatan yahudi semakin meluas dan berkesan.

Menarik apabila ada persembahan teater Menentang Keganasan Zionis oleh para pelajar perempuan sekolah ini. Semangat srikandi untuk membela Islam jelas terpampar.

Bermula selepas solat Isyak di surau sekolah yang dibina sejak tahun 1960an itu, Ustaz Zul (Timbalan Pengerusi Jamaiy) memulakan sesi dengan memberi dalil dan menerangkan dari aspek akidah dan syariat di mana isu Palestin diletakkan da ini merupakan permulaan aspek fiqh keutamaan di jalankan.

Selepas persembahan maltimedia Palestin, giliran Saudara Ra’ai Yusuf daripada aktivis Jamaiy dari Manjung pula mengambil bahagian melalui slot Selamatkan Zuriat Kita. Walapun menggunakan slide TERAS yang disediakan oleh Cikgu Azmi, beliau berjaya membawa analogi, contoh realiti berdasarkan pengalaman dan aplikasi dakwah beliau sendiri!

Saya tertarik apabila beliau berkempen agar setiap qariah mengumpul wang untuk membina keranda mayat seberapa banyak yang mampu untuk menampung kematian saudara seagama yang ‘tidak mampu’ untuk mati! Ini kerana kematian telah menjadi bisnes di kebanyakan tempat.

Beliau ada menyorot pandangan umum berkenaan persiapan Yahudi terhadap Al Malhamah Al Kubra (Peperangan besar Muslim-Yahudi) yang diramalkan oleh semua kitab samawi. Malah ada tidakan yahudi mengumpul sarang labah-labah di Gua Thur semata-mata untuk dijadikan pakaian kalis peluru kerana mengambil sunnah Rasulullah dahulu.

Persiapan terhadap sebarang kemungkin juga perlu dilakukan. Lantaran penggunaan bom berangkai oleh Singapura, Israel dan AS, kebanykan tujuan mereka adalah merosakkan kemampuan sosial rakyat, menyebabkan Saudara Ra’ai berjuang untuk membina beberapa perigi air untuk dijadikan sumber air minum sekiranya Perang berlaku. Malah beliau menggesa pihak qariah atau sekolah agama untuk mengadakan perigi sendiri untuk kegunaan masyarakat. Pengalaman beliau menziarahi Palestin Gaza menyebabkan beliau cukup sensatif memerhatikan kaedah optimum memanjangkan hayat umat Islam sekiranya diserang yahudi laknatullah.

Jamaiy Perak sedang merangka untuk menyertai bantuan kemanusiaan melalui jalan laut menggunakan 20 buah kapal pada bulan April ini. Rombongan ini diketua sendiri oleh Erdogan Perdana Menteri Turki yang jelas membenci kebiadaban yahudi zionis. Semoga bantuan ini dipelihara oleh Allah SWT kerana itulah jaminanNya kepada hamba yang bertawakal.

Sesi Selamatkan Zuriat Kita juga memberi keinsafan kepada pelajar sekolah ini melalui paparan gejala dan bencana sosial yang menimpa anak muda Malaysia. Malah metod serangan sosial oleh Yahudi melalui beberapa industri dijelaskan dengan baik iaitu industri iklan, sukan, dadah, majalah, komik dan hiburan. Perang Candu di China dahulu menginsafkan kita betapa pihak penjajah barat mencipta racun untuk dijual semula di tanah jajahan mereka. Kini penjajah dunia pula berlagak sebagai hero dunia melalui Interpol dan sebagainya konon untuk menghapuskan pengedaran dadah!

Semoga team Jamaiy diberikan kesihatan dan kemurahan rezeki untuk terus menyebarkan kesedaran dan keinsafan masyarakat melalui program turun sendiri bertemu dengan komuniti umat sebegini.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Media JAMAIY Perak.





No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)