Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, December 25, 2008

Adunan konsep kepimpinan Amanah, Adil dan Berkebajikan

Mengapa Pakatan Rakyat boleh menjalinkan kerja dengan lancar di Perak? Jawab Menteri Besar Ir Nizar Jamaluddin, atas perinsip Al Quran juga. Dalam Al Quran ada beberapa prinsip umum yang boleh digunakan dalam usaha bekerjasama dengan kelompok bukan Islam serta golongan berideologi lain. Al Quran membawa prinsip Amanah, Adil dan Kebajikan. 3 elemen ini terdapat pelbagai dalilnya di dalam AlQuran mahupun khazanah Hadis dan fiqh yang muktabar. Utamakan konsep ini berbanding konsep lain jika kita bekerjasama politik dengan kaum bukan muslim.

Saya meneliti dan mendengar dengan berdebar-debar ceramah Menteri Besar Perak di Stadium Mini Bota Kanan Perak (22 Disember) yang lalu terutama huraian beliau bagaimana DAP boleh bersetuju dengan perlantikannya. Be Somebody (jadi seseorang) serta memiliki kharisma 'memberi' lebih daripada menerima menyebabkan ahli DUN lain akan menerima hujah-hujah dan kepimpinan Islam daripada kita. Majoriti dan kemenangan besar Pilihanraya bukan lagi syarat utama kepada kelestrian kepimpinan Islam, walaupun usaha untuk menjadi majoriti perlu diteruskan.

Beliau menyanyikan lagu sepohon kayu. Beliau mengajak penyokong Pakatan Rakyat bersolat dan menggesa ahli PAS berdakwah dalam hal solat. Beliau telah bercadang mengadakan kempen solat walaupun disekat oleh pihak tertentu.

Sahabat-sahabat saya yang masih menjadi guru di sekolah-sekolah agama persendirian telah lama bercerita bahawa kerajaan Perak telah menaikkan elaun KAFA dan guru sekolah agama rakyat. Malah sekolah persendirian Islam dan Cina diberi tanah yang besar untuk masing-masing usahakan agar mendapat pembiayaan sendiri dengan lebih berdikari. Sebuah sekolah agama yang dibina oleh Ahli Majlis Fatwa negeri telah sekian lama tidak mendapat bantuan walaupun ada kaitannya dengan pihak kerajaan. Kini sekolah berkenaan di Pangkalan Hulu juga menikmati tanah sendiri yang diberi oleh kerajaan. Nyatalah sikap kepimpinan lama yang memberi 30 00 setahun kepada setiap sekolah persndirian Cina di Perak adalah sikap yang berat sebelah dan tidak menggalakkan berdikari. Kini semua kaum mendapat agihan yang sama.

Konsep kebajikan, konsep amanah, konsep adil adalah 3 konsep kepimpinan cara Al Quran. Kepimpinan ini cuba di bawa oleh YAB Ir Nizar di Perak bersama rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Soal Hudud? Ia bukan soal baru. Mana-mana harakah Islamiyyah termasuk PAS akan perjuangan kesemua konsep keadilan Islam. Dalam bidang ekonomi pula, kini ekonomi Islam telah diterima oleh semua bank tempatan. Tidak mustahil suatu hari nanti berkat dakwah berterusan serta kesabaran amilin-amilin Islam, pihak bukan Islam dan pendokong sekularisme boleh menerima Hudud dan undang-undang kehakiman cara Islam walaupun hanya sedikit.

Imamah adalah konsep yang perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam. Imamah adalah paksi kepada penjagaan agama kata Imam Mawardi dalam muqaddimah kitab Ahkam Al Sultaniyyah.

Pendita Bitara
USM Penang




Tuesday, December 16, 2008

Badik kecil..idaman UMNO kini

UMNO berkempen keras mulai sekarang....

Ketua Penerangan Puteri Umno, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata tumpuan menarik pengundi muda bukan hanya setakat berkempen, sebaliknya mereka juga perlu didekati menerusi laman maya.

Blog di internet akan dijadikan medium penting Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menangkis dakyah pembangkang dalam usaha menarik pengundi muda pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Mereka kini ingin juga menggunakan blog sebagai medium. Tdak cukup gergaji mesin, bom nuklear dan mesin gun digunakan, kini mereka tertarik dengan badik kecil milik Pakatan Rakyat untuk berlawan....badik tu adalah blog....

Blog ini dikatakan kononnya akan menjawab permasalahan dan persoalan rakyat terhadap UMNO....

Bukan setahun malah berpuluh tahun UMNO memegang kerajaan dan telah lama bangunan-bangunan UMNO dibina..belum cukupkah ia menjadi peluang rakyat untuk bertemu pemimpin dan YB UMNO?

Semasa kemenangan besar pembangkang pilihanraya lalu, tak pernah ada satu kenyataan terang benderang bahawa blog akan dijadikan strategi untuk mendekati masyarakat....blog bukan laman web...blog dibuat atas kemahuan peribadi...individu...yang bukan atas paksaan atau dengan upahan pihak tertentu...jika tidak ia bukan blog....ia adalah web...

Blog adalah diari seseorang...menulis hati dan otaknya sendiri...bukan ceduk orang punya....

Boleh berjaya kah UMNO Terengganu menggunakan blog sebagai badik sulit menikam Pakatan Rakyat? Saya rasa tidak....

Pendita Bitara
di IPOH Perak....

Wednesday, December 10, 2008

Masih ada yang sanggup Menyokong ISA?

Artikel disiarkan oleh Harakah Isnin 15-18-Disember 2008
Saya rasa terpanggil untuk menulis dan menyelar sekerasnya tindakan beberapa individu dan pertubuhan yang secara terang-terangan menyokong ISA. Sebagai rakyat biasa saya hanya fikirkan menteri, kerajaan dan polis sahaja yang akan mempertahankan ISA, malah kini PEWARIS secara terbuka pula dengan lantangnya berusaha mengiklankan slogan ‘Kekalkan ISA’ dan ‘Yes To ISA’.

ISA adalah suatu akta kejam dan zalim menurut kacamata manusia yang berakal. Hujah Dato Ma’mor Osman iaitu jurucakap kepada PEWARIS ( Permuafakatan Melayu) bahawa ISA adalah suatu akta yang menjaga keselamatan adalah hujah tanpa bukti yang praktikal. Malah beliau mengatakan bahawa dalam tempoh 60 hari tahanan tanpa bicara (soal-siasat) mangsa masih boleh memberi alibi bahawa pertuduhan terhadap mereka tidak benar. Hujah saya pula, adakah semua mangsa tahanan ISA memiliki pengetahuan undang-undang seperti Raja Petra yang berjaya membuktikan Herbes Corpusnya? Adakah semua mampu membayar wang yuran guaman? Malah melalui majority maklumbalas mangsa, mereka menyatakan dalam tempoh 60 hari, mereka langsung tidak mengetahui pertuduhan tepat terhadap mereka. Bagaimana mereka mampu menyatakan alibi yang sahih? Hujah dangkal dato ma’mor lagi adalah, mereka yang takutkan ISA hanyalah si pesalah. Hujah saya lagi, barang sesiapa yang takutkan hudud dan undang-undang Islam, mereka juga si pesalah. Adakah beliau sanggup menerima undang-undang Islam?

PEWARIS mewakili entity dan etnik melayu yang menyokong ISA. Dengan songkok yang dipakaikan kepada belia dan remaja untuk berdemostrasi di hadapan dewan BAR Council 1 disember lalu, mereka telah menampilkan bahawa masih ada anak melayu yang jahil tentang akta zalim ini. Akta ini tidak menangkap mat rempit, perogol bersiri atau pengedar dadah, tetapi akta ini menjadi ancaman kepada yang menegakkan kebenaran. Sedarkah PEWARIS bahawa anak bangsa mereka sendiri iaitu melayu yang paling ramai ditahan di dalam akta ISA ini sejak merdeka. Sungguh simplistik apabila Dato’ Ma’mor berterus terang mengapikan peperangan antara kaum yang bakal dimenangai kaum cina hanya disebabkan PAS telah lama bersama DAP dan PKR menentang ISA. PEWARIS perlu sedar tanpa DAP juga, PAS telah lama menentang ISA. ISA ditentang bukan atas dasar bangsa, tetapi kerana ia mencarik nilai kemanusiaan.

Alangkah malang apabila Dato’ Ma’mor yang juga Setiausaha agong Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyokong ISA atas dasar keselamatan. Seluruh pejuang ‘pengguna’ sedunia menentang apa sahaja akta yang menjadi alat mengekang kebebasan asasi dan fitrah kemanusiaan. Isu ISA adalah isu kepenggunaan! Apatahlagi Kepenggunaan cara Islam seperti mana yang PPIM bawakan. Telah ramai rakyat malaysia sedar tentang produk halal haram melalui kempen PPIM. Kini suara PPIM pula yang mencederakan kepercayaan pengguna Islam negara ini.

Jika benar ada perwakilan PEKIDA dalam Dewan Bar Council yang turut bersama PEWARIS cuba memboikot perjuangan anti ISA, ia amat menyedihkan lagi. PEKIDA yang sinonim dengan ajakan amar ma’ruf nahi mungkar kini bersama menyokong ISA yang jelas besar mungkarnya di bumi Malaysia ini.

Saya amat tertarik dengan kata-kata semangat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkenaan usaha variasi menentang ISA. Kata beliau” jangan senyap dalam menentang hal bercanggah dengan syarak. Buatlah apa sahaja. Hantar surat ke, tulis lagu ke, sajak, kartun dan sebagainya. Yang penting kita kena lawan benda (Akta ISA) yang salah”. Ya, GMI pulau Pinang saban minggu melakukan pelbagai aktiviti menonjolkan simbol anti ISA. Malah seluruh pejuang Islam juga tanpa mengira apa NGO dan Parti politik yang berkesedaran.

Muhammad Nuruddin Bashah
jihadin82@yahoo.com

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)