Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, November 01, 2009

Pakatan Rakyat, lambang semangat perkongsian nilai

Pakatan rakyat di Perak julung-julung kalinya berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat kali Pertama di Hotel Syuen pada 31 Oktober 2009 (kelmarin)

Antara yang membentangkan kertas kerja adalah Menteri Besar Perak yang sah YAB Dato' Seri Ir Nizar, YB Nge Kor Ham, wakil Menteri Besar Selangor, YAB Lim Guan Eng serta diserikan lagi dengan kata-kata nasihat penutup oleh YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Tuan Guru hadir atas jemputan dari YB Nge Kor Ham sendiri. Benar karismatik Tuan Guru amat mempengaruhi sanubari ribuan penyokong kaum bukan Melayu Pakatan Rakyat. Sikap Tuan Guru yang optimis dan bertegas dalam soal tahalluf Siasiy mencerminkan sikap sebenar pendakwah yang bervisi luar biasa.

Saya tersenyum kesian dengan sikap sesetengah orang melayu Islam yang mengadu pendakwah, menyerang PAS kerana bersama Cina DAP dan PKR. Saya kasihan kerana mereka tidak sempat mentelaah Sirah Rasulullah hingga khatam di mana Nabi adalah penghubung antara kaum yang paling efektif di zamannya. nabi berdakwah terhadap kaum bukan Islam. Di Malaysia pendakwah segar dan selesa bercakap soal Islam berdegar-degar di kalangan orang Islam sahaja.

Tuan Guru kelmarin secara tenang dan jelas bercerita perihal piawaian hidup manusia yang sebenarnya bertuhan.saya cukup kagum dan bersyukur...kerana PAS berada di dalam PR, Dakwah seperti Tuan Guru sampai kepada kaum bukan Islam. Mereka mendengar penjelasan Tuan Guru berkenaan hakikat Ruh dan jasad manusia, manusia dicipta oleh yang Maha Perkasa, manusia dihitung kerana pahala bukannya wang ringgit yang dibawa ke kubur kelak. Tuan Guru menceritakan sebelum adanya manusia dunia telah ada dicipta Tuhan dan bukannya manusia mengurus dunia. Jika kereta kita ada grant, dunia ini gerannya Tuhan.

Bagaimana penjelasan ilmu Tuan Guru yang menuntut di Mesir dan India ini boleh disiar rayakan kepada kaum bukan Islam jika Tuan guru hanya berpesatuan dan berparti sesama melayu?

Tuan Guru menasihatkan PR agar senantiasa ingat kezaliman dan penyelewengan UMNO adalah matlamat utama untuk ditumabngkan dan bukannya berbahas isu perbezaan.

Jika ada sesetngah pihak menyalahkan PAS bakal melacurkan agama kerana bersama PR, saya yakin dakwaan mereka dakwaan jahil.

Sebelum PAS bersama PR, UMNO telah lama menentang Hudud, menghina Islam dan Mahkamahnya, membenarkan gerakan SIS hidup. SIS bukan hidup di zaman PR memerintah negara! Jika ada kemerosotan beragama selepas PR memerrintah, itu isu akan datang. yang sekarangnya, kezaliman UNO dan BN telah lebih 50 tahun kekal! Maka menumbangkan UMNO adalah matlamat paling utama hari ini dan bukannya menyisihkan diri menjaga kaum sendiri sahaja.

UMNO lah punca agama Islam disalah tanggap oleh kaum bukan Islam. Ahli DAP tidak kenal Islam kerana mengenal PAS dan Islam melalui persepsi UMNO. Wajib bagi PAS menerangkan apa itu Islam dan perjuangan PAS kepada ahli DAP dan PKR....

Saya berasa gembira kerana kouta 3 orang bagi Lajnah Perpaduan nasional Perak diisi juga oleh saya. Jika di kampus tahalluf siasiy diajar dalam tamrin melalui teoretikal yang mungkin tidak difahami, kini bila berada dalam lapangan sebenar, latihan tahalluf siasiy perlu dilath melalui tamrin sebenar seperti Konvensyen sebegini. Konvensyen sebegini perlu direbut oleh mahasisaw Islam yang pernah dididik di kampus kerana inilah kesinambungan tamrin anda.

Konvensyen juga mengupas berkaitan statistik pembaziran UMNO sepanjang 51 tahun mentadbir perak dengan jumlah penjimatan yang berjaya dilakukan oleh PR. Insya Allah akan saya kupas satu persatu kelak statistik berkenaan sebagai bukti perjuangan PAS bersama PR adalah menepati fiqh al awlawiyyat pada saat ini menumbangkan kezaliman yang lebih besar.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha LPN Perak.





Thursday, December 25, 2008

Adunan konsep kepimpinan Amanah, Adil dan Berkebajikan

Mengapa Pakatan Rakyat boleh menjalinkan kerja dengan lancar di Perak? Jawab Menteri Besar Ir Nizar Jamaluddin, atas perinsip Al Quran juga. Dalam Al Quran ada beberapa prinsip umum yang boleh digunakan dalam usaha bekerjasama dengan kelompok bukan Islam serta golongan berideologi lain. Al Quran membawa prinsip Amanah, Adil dan Kebajikan. 3 elemen ini terdapat pelbagai dalilnya di dalam AlQuran mahupun khazanah Hadis dan fiqh yang muktabar. Utamakan konsep ini berbanding konsep lain jika kita bekerjasama politik dengan kaum bukan muslim.

Saya meneliti dan mendengar dengan berdebar-debar ceramah Menteri Besar Perak di Stadium Mini Bota Kanan Perak (22 Disember) yang lalu terutama huraian beliau bagaimana DAP boleh bersetuju dengan perlantikannya. Be Somebody (jadi seseorang) serta memiliki kharisma 'memberi' lebih daripada menerima menyebabkan ahli DUN lain akan menerima hujah-hujah dan kepimpinan Islam daripada kita. Majoriti dan kemenangan besar Pilihanraya bukan lagi syarat utama kepada kelestrian kepimpinan Islam, walaupun usaha untuk menjadi majoriti perlu diteruskan.

Beliau menyanyikan lagu sepohon kayu. Beliau mengajak penyokong Pakatan Rakyat bersolat dan menggesa ahli PAS berdakwah dalam hal solat. Beliau telah bercadang mengadakan kempen solat walaupun disekat oleh pihak tertentu.

Sahabat-sahabat saya yang masih menjadi guru di sekolah-sekolah agama persendirian telah lama bercerita bahawa kerajaan Perak telah menaikkan elaun KAFA dan guru sekolah agama rakyat. Malah sekolah persendirian Islam dan Cina diberi tanah yang besar untuk masing-masing usahakan agar mendapat pembiayaan sendiri dengan lebih berdikari. Sebuah sekolah agama yang dibina oleh Ahli Majlis Fatwa negeri telah sekian lama tidak mendapat bantuan walaupun ada kaitannya dengan pihak kerajaan. Kini sekolah berkenaan di Pangkalan Hulu juga menikmati tanah sendiri yang diberi oleh kerajaan. Nyatalah sikap kepimpinan lama yang memberi 30 00 setahun kepada setiap sekolah persndirian Cina di Perak adalah sikap yang berat sebelah dan tidak menggalakkan berdikari. Kini semua kaum mendapat agihan yang sama.

Konsep kebajikan, konsep amanah, konsep adil adalah 3 konsep kepimpinan cara Al Quran. Kepimpinan ini cuba di bawa oleh YAB Ir Nizar di Perak bersama rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Soal Hudud? Ia bukan soal baru. Mana-mana harakah Islamiyyah termasuk PAS akan perjuangan kesemua konsep keadilan Islam. Dalam bidang ekonomi pula, kini ekonomi Islam telah diterima oleh semua bank tempatan. Tidak mustahil suatu hari nanti berkat dakwah berterusan serta kesabaran amilin-amilin Islam, pihak bukan Islam dan pendokong sekularisme boleh menerima Hudud dan undang-undang kehakiman cara Islam walaupun hanya sedikit.

Imamah adalah konsep yang perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam. Imamah adalah paksi kepada penjagaan agama kata Imam Mawardi dalam muqaddimah kitab Ahkam Al Sultaniyyah.

Pendita Bitara
USM Penang




Wednesday, April 23, 2008

Penilaian Isu perlu Adil

Penilaian Isu perlu Adil
Salam perjuangan,


Teruskan perjuangan. untuk makluman para aktivis dan pejuang rakyat, saya menyarankan agar kita jangan mudah atau terima bulat-bulat berita dari akhbar mainstream terutama berkaitan laporan kenyataan media para pemimpin Pakatan rakyat, isu berkaitan agama dan isu berkaitan hubunagn antarakaum. Sebaliknya mneyiasat dan membuat sedikit review agar kkita tidak mudah membuat penilaian terhadap para pemimpin alternatif yang dilantik rakyat.

Berkaitan isu pemilihan JKKK oleh pemimpin PAS dan PKR, ia adalah tindakan berasaskan siasah syariyyah yang juga menepati kandungan teori Muqaddiman Ibnu Khaldun dalam menacap kuasa melalui kuasa solidariti sosial. Mana ada kuasa di dunia yang inginkan orang yang tidak dengar cakap sebagai orang bawahan atau kepercayaaan mereka. Tidak ada isu kezaliman memandangkan JKKK semua bukannya hanya bergantung kepada elaun JKK untuk hidup. Ia hanya medan untuk perlaksanaan agenda kerajaan di peringkat akar umbi.

Namun begitu pihak Kerajaan baru jangan terlalu ghairah menggunakan komoditi dan prasarana awam untuk kegunaan parti. Hal ini akan kembali membawa tradisi regim BN sekian lamanya di malaysia. Jika benar kita alternatif sila hindarkan penggunaan harta awam secara berleluasa.

Untuk pengetahuan semua juga, pihak penggerak parti Pakatan rakyat bukan tidur dek kemenangan seperti yang dihebahkan oleh pihak media propagandis. Sebaliknya sibuk membuat reformasi strata di peringkat akar umbi agar agenda keadilan dan kesaksamaan, MUDAH diberikan melalui 'orang-orang' yang dipercayai oleh Pakatan Rakyat. jika ada unsur nepotisme atau berat sebelah berkaitan tender, hak dan sebagainya, barulah ada isu ketidak adilan berlaku. Jika ditelusuri sejarah mana-mana kuasa Islam malahan Iran sekalipun, mereka berjaya dan hebat disebabkan memegang grassroot dan massa yang menyokong mereka. Barulah ada kejayaan tindakan siasah. Inilah hakikat siasah yang jarang dikupas oleh aktivis sosial. hal ini mneyebabkan skeptikal dan tuduhan melulu dihalakan kepada pejuang yang telah lama menderita berjuang menentang kezaliman (ISA, PRU, kronisme, perjuangan agama) dan teguh walaupun kalah atau menang.

Kepada individu yang kelihatan menagguk di air yang keruh, yang hanya memunculkan diri hanya selepas kemenangan, jangan mudah pula untuk kita meyelar mereka kerana inilah seni yang ada dalam Surah An Nasr. Muawwiyah, Ikramah Abu Hisham, Abu Sufyan adalah antara contoh penganut Islam selepas fathul Makkah. Malah mereka pula yang begitu istiqamah membela Islam selepas itu.

Namun begitu Allah tetap mengiktiraf sesiapa sahaja pejuang yang berjuang sekian lama tanpa jemu, yang istiqamah sebelum Hijrah berbanding selepas Hijrah apatah lagi selepas pembukaan Makkah. Begitu juga perjuangan di Malaysia. Namun begitu pun, tiada pemisahan kelas antara pejuang baru dengan pejuang yang lama.

Telitilah isu dengan adil dan penuh keterlibatan demi, mengelakkan gejala pecah belah dikalangan aktivis Islam dan pejuangnya.
Muhammad Nuruddin Bashah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)