Wednesday, April 23, 2008

Penilaian Isu perlu Adil

Penilaian Isu perlu Adil
Salam perjuangan,


Teruskan perjuangan. untuk makluman para aktivis dan pejuang rakyat, saya menyarankan agar kita jangan mudah atau terima bulat-bulat berita dari akhbar mainstream terutama berkaitan laporan kenyataan media para pemimpin Pakatan rakyat, isu berkaitan agama dan isu berkaitan hubunagn antarakaum. Sebaliknya mneyiasat dan membuat sedikit review agar kkita tidak mudah membuat penilaian terhadap para pemimpin alternatif yang dilantik rakyat.

Berkaitan isu pemilihan JKKK oleh pemimpin PAS dan PKR, ia adalah tindakan berasaskan siasah syariyyah yang juga menepati kandungan teori Muqaddiman Ibnu Khaldun dalam menacap kuasa melalui kuasa solidariti sosial. Mana ada kuasa di dunia yang inginkan orang yang tidak dengar cakap sebagai orang bawahan atau kepercayaaan mereka. Tidak ada isu kezaliman memandangkan JKKK semua bukannya hanya bergantung kepada elaun JKK untuk hidup. Ia hanya medan untuk perlaksanaan agenda kerajaan di peringkat akar umbi.

Namun begitu pihak Kerajaan baru jangan terlalu ghairah menggunakan komoditi dan prasarana awam untuk kegunaan parti. Hal ini akan kembali membawa tradisi regim BN sekian lamanya di malaysia. Jika benar kita alternatif sila hindarkan penggunaan harta awam secara berleluasa.

Untuk pengetahuan semua juga, pihak penggerak parti Pakatan rakyat bukan tidur dek kemenangan seperti yang dihebahkan oleh pihak media propagandis. Sebaliknya sibuk membuat reformasi strata di peringkat akar umbi agar agenda keadilan dan kesaksamaan, MUDAH diberikan melalui 'orang-orang' yang dipercayai oleh Pakatan Rakyat. jika ada unsur nepotisme atau berat sebelah berkaitan tender, hak dan sebagainya, barulah ada isu ketidak adilan berlaku. Jika ditelusuri sejarah mana-mana kuasa Islam malahan Iran sekalipun, mereka berjaya dan hebat disebabkan memegang grassroot dan massa yang menyokong mereka. Barulah ada kejayaan tindakan siasah. Inilah hakikat siasah yang jarang dikupas oleh aktivis sosial. hal ini mneyebabkan skeptikal dan tuduhan melulu dihalakan kepada pejuang yang telah lama menderita berjuang menentang kezaliman (ISA, PRU, kronisme, perjuangan agama) dan teguh walaupun kalah atau menang.

Kepada individu yang kelihatan menagguk di air yang keruh, yang hanya memunculkan diri hanya selepas kemenangan, jangan mudah pula untuk kita meyelar mereka kerana inilah seni yang ada dalam Surah An Nasr. Muawwiyah, Ikramah Abu Hisham, Abu Sufyan adalah antara contoh penganut Islam selepas fathul Makkah. Malah mereka pula yang begitu istiqamah membela Islam selepas itu.

Namun begitu Allah tetap mengiktiraf sesiapa sahaja pejuang yang berjuang sekian lama tanpa jemu, yang istiqamah sebelum Hijrah berbanding selepas Hijrah apatah lagi selepas pembukaan Makkah. Begitu juga perjuangan di Malaysia. Namun begitu pun, tiada pemisahan kelas antara pejuang baru dengan pejuang yang lama.

Telitilah isu dengan adil dan penuh keterlibatan demi, mengelakkan gejala pecah belah dikalangan aktivis Islam dan pejuangnya.
Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)