Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
433A, Jalan 5/46,
Gasing indah,
46000 Petaling Jaya
Tarikh: 28 March 2008
Kepada
_____________________
Assalamu’alaikum wrt wbt/Salam sejahtera,
Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA: ’.cukuplah 6 tahun ISA zalimi mereka.”
Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) sedang mengadakan kempen diatas untuk membebaskan 20 Tahanan ISA yang yang didakwa sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI). Mereka adalah baki dari 70 Tahanan ISA yang ditahan sejak tahun 2002, dimana yang lain telah dibebaskan secara berperingkat dan terpilih, kesan dari kempen GMI .Kesemua mereka tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Negara ini.
Walaupun kempen ini memfokuskan pada tahanan yang akan cukup tempoh 6 tahun mereka, namun ianya juga diadakan dengan tujuan untuk membebaskan semua, seratus tahanan ISA yang terdiri dari berbagai bangsa dan ugama, yang masih lagi ditahan di Kem Kamunting.
Kempen ini telah bermula sejak awal tahun 2008 ini, dimana fasa pertama bermula dari January dan akan berakhir pada bulan June.Berikut adalah program yang dirancang sepanjang 6 bulan ini yang mana ianya sangat memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia.
Aktiviti:
1) Surat terbuka dari isteri Tahanan ISA
2)Letter Signing Marathon
3)Kempen Poskad / Petisyen-on-line
4)Vigil in Kamunting/ Mogok Lapar
Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman, sudah pun membuktikan ”kuasa rakyat” mereka dalam PRU 12 baru-baru ini dan tidak mustahil, tangan yang sama, dapat membantu membebaskan mereka-mereka yang ditahan tanpa bicara, yang sedang merengkok di Kem Kamunting sana.
Semua rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini diandaikan telah menyuarakan sokongan mereka supaya semua tahanan ISA di bebaskan dan pencabulan hak asasi ini di hentikan dengan segera.
GMI berharap, semua badan-badan bukan kerajaan dan juga parti politik, terutamanya wakil Barisan Rakyat, akan mengambil peranan menguar-uar dan memastikan kempen ini dapat di sampaikan kepada semua lapisan rakyat di Malaysia ini.
Maklumat lengkap dari segi perlaksanaan kempen, akan menyusul sebelum program tersebut dimulakan.
Bebaskan Tahanan ISA, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kamunting.
Yang Benar,
Syed Ibrahim Syed Noh Alhabshi
Pengerusi GMI.
.
Thursday, April 10, 2008
Kempen Bebaskan tahanan ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment