Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Thursday, October 30, 2008

Fiqh Harakiy daripada Ustaz Shamsuri

Dalam sebuah ceramah Ustaz Shamsuri Ahmad (kaset bertajuk Cinta Sejati), beliau menceritakan betapa sumbangan beberapa individu yang bekerja keras di sebalik laman web www.shamsuri.com.

Ustaz Shamsuri mengupas bahawa bekerja untuk Islam dan ummah bukan sekadar dengan jawatan dan nama. Beliau memuji beberapa individu yang secara senyap menfotokopi poster ceramah dan disebarkan di merata tempat untuk mempromosi majlis agama.

Kadang-kadang ada golongan yang hanya pandai bercakap. Memgomel, mengomen, mengkritik dengan mata hati yang jengkel dengan usaha yang kelihatan mengada-ngada, tak berkesan, tak efektif kononnya dan sebagainya (seperti sikap munafik di zaman Rasulullah). Ustaz kata kepada golongan ini

“ yang hang dok komen tu…hang tu buat apa…? “

Senang sahaja kesimpulan ustaz……

Pendita Bitara

Tuesday, October 28, 2008

Tiada Kebenaran Daripada Pihak Majlis Agama

Daripada maklumat tidak rasmi, saya dapati, pihak Majlis Agama Pulau Pinang tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat telekomunikasi menjadikan masjid sebagai sasaran perniagaan mereka. Kami telah mengeluarkan surat kepada Yang Dipertua Majlis dan Pengarah Hal Ehwal Masjid Pulau Pinang agar kenyataan rasmi atau pekeliling terbaru dikeluarkan segera agar tiada mana-mana pihak menggunakan nama Majlis Agama untuk tujuan tertentu. Yang pasti Masjid Terapung Tg Bunga dan Masjid Negeri Pulau Pinang juga menolak pembinaan berkenaan.
Pendita Bitara
10.00 malam USM

Sunday, October 26, 2008

Penilaian Sejarah tanahair...fakta adalah fakta

Hari Ahad 26 Oktober yang lalu, saya berpeluang untuk pergi ke Pameran Kebenaran Sejarah anjuran Persatuan Persahabatan Abad ke21 Malaysia, Persatuan Kawan Karib PP, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, SUARAM Penang di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang.

Program ini cuba membongkar kebenaran sejarah dari satu sudut yang mungkin terbenam akibat keghairahan pemerintah menjadikan sejarah sebagai medium pendidikan politik yang pro pemerintah. Terlalu banyak aspek sejarah perjuangan tempatan terutama melibatkan perjuangan pembebasan tanahair yang perlu diperhati semula secara kontekstual, realiti dan dengan aspirasi kenegaraan yang tinggi, bukan sekadar fakta dan emotif.

Apa yang saya lihat, pameran berkenaan terlalu pro dengan perjuangan komunis terutama penonjolan watak PKM dan PKC (China) sebagai pemusatan perjuangan anti empirelism di rantau ini. Perlu juga saya berikan hujah saya terutama berkaitan peranan sebenar setiap pejuang pembebasan dan sejauhmana ia berkaitan dan bertepatan dengan ciri pembebasan yang penuh jatidiri kenegaraan.

Saya amat bersetuju jika kita menonjolkan semula sejarah perjuangan Rejimen ke-10 askar PKM berbangsa melayu yang memilih jalan militari selepas wadah API, AWAS dan PKMM mereka diharamkan oleh British. Lantaran mereka bukan memperjuangkan ciri perjuangan Islam yang milenerian (keagamaan/pan turki dan timur tengah). Mereka memilih jalan lain yang dirasakan mempercepatkan proses kemerdekaan. Dalam masa yang sama mereka diburu secara melulu oleh British dan sememangnyalah mereka tidak rela bergelar penderhaka rakyat. PKMM yang sememangnya bercirikan sosialis walaupun mungkin diresapi elemen Islam (bawaan Dr Burhanuddin), mereka juga anti aristocrat dan feudalism yang berakar umbi di Malaya. Jadi PKM lah alternatif bagi mereka yang kuat dengan pegangan sosialis selepas PKMM diharamkan.

Kesangsian tetap perlu diperhati semula terhadap benarkah PKM benar-benar berjuang untuk kemerdekaan tanahair atau hanya membawa ideologi proletariat komunis China di Tanah Melayu? Kunjungan Chin Peng ke China pada 1960 cukup menggambarkan kepercayaan dan harapan Mao Tze Tung agar menjayakan revolusi Komunisme di Tanah Melayu (Malaya).

Perjuangan Komunis di Tanah Melayu berslogankan Perang Anti Empirelis. Bukankah kemudiannya lagak Rusia dan China lebih dahsyat daripada empirelis British. Saya tidak pernah menyangkal perjuangan anti empirelis adalah perjuangan bersama rakyat baik apa sahaja agama di Tanah Melayu. Namun begitu kelompok manakah yang benar-benar membawa citra rakyat, jatidiri dan aspirasi kenegaraan yang benar-benar tulen untuk memerdekakan Negara serta membebaskan Negara daripada ideologi barat seperti kapitalis dan komunis?

Lantaran itu perjuangan PKM tidak boleh dinafikan dalam memerangi British. PKM juga berjuang untuk merdeka. Tetapi ke arah mana negara ini dibawa. Ini tetap menjadi persoalan dan mungkin ada jawapannya. Lihat sahaja apabila Chin Peng menolak ajakan Tunku untuk membuang kepercayaan Komunis serta menerima kepercayaan umum Negara. Beliau menolak sekerasnya. Tidak kita sangkal bahawa desakan Tunku untuk melebel PKM sebagai penderhaka dan tidak diampun kesalahan adalah melampau dan memiliki agenda Komenwelth yang serupa iaitu memerangi komunis. Akan tetapi ketegaran Chin Peng dengan ideologi Komunis adalah suatu yang jelas menunjukkan arah perjuangannya untuk mencorakkan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

Walaubagaimana pun keikhlasan dan semangat juang pejuang nasionalis dalam PKM yang benar-benar tulus untuk menjadikan Tanah Melayu bebas secara mutlak daripada influensi penjajahan barat dan timur perlu diiktiraf.

Pendita Bitara
8.20 pagi
Al Itqan 2008
# fakta kekejaman dan kebejatan sistem komunis China tidak perlu dibahaskan lagi kerana semua manusia di dunia ini boleh mengetahui kedahsyatan pemerintahan Komunis di China.

Rumah Allah menjadi pusat Menara Pemancar

Berat atau tidak kes ini, ia telah lebih seminggu berlaku di Balik Pulau. Kini ada sebuah syarikat yang membina menara dan peralatan telekomunikasi mula menjelajah dari masjid ke masjid untuk membina menara telekomunikasi di mana ia akan digunapakai untuk perantaraan syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia seperti talian telefon bimbit.

Kariah yang menjadi tempat saya berusrah telah membantah sekeras-kerasnya tindakan untuk menerima kawasan masjid sebagai lokasi pembinaan menara telekomunikasi atas alasan ia membawa syubhah dan sebagainya. Walaupun alasan syarikat berkenaan adalah untuk membina lampu limpah yang bakal menerangi seluruh kawasan masjid, impak negatif yang bakal diterima selama 15 tahun (mereka ingin menyewa tapak selama 15 tahun) adalah tidak berbaloi.

Hari ini saya dikhabarkan bahawa ada pula sebuah kariah masjid yang bersetuju menerima penyewaan daripada syarikat itu. Malah kariah yang terkenal dengan tradisi mengaji kitab dan tradisi dakwah itu mungkin alpa dengan isu semasa terutama perkara yang melibatkan percaturan kapitalis ini.

Hujah yang amat keras saya berikan kepada beberapa sahabat saya di kariah berkenaan terutama melibatkan isu kesihatan. Bayangkan rakan-rakan kita di Kampung Pegang Baling sedang menderita akibat radiasi yang melampau bahana daripada menara sebegini. Kini menara sedemikian ingin dipasang betul-betul dalam kawasan ibadah umat Islam. Penyakit kanser, mutasi bayi dan sebagainya akan menimpa penduduk Balik Pulau nanti.


Malah kadar gelombang telekomunikasi di Malaysia melebihi yang disyaratkan oleh WHO iaitu sebanyak 25 v/m sahaja sedangkan Malaysia menggunakan hampir 40 V/M ! malah Amerika Syarikat juga hanya menggunakan hanya 4 V/M sahaja !
Masjid juga bukan tempat perniagaan, mainan kapitalis yang jelas akan membayar sewa kepada masjid dengan wang syubhah, penuh dengan riba dan sebagainya. Masjid di Balik Pulau bukannya muflis sehingga WAJIB menerima pelawaan syarikat-syarikat gergasi sebegini.

Kami belum menerima arahan mufti atau kenyataan Majlis Agama Pulau Pinang lagi berhubung isu ini. Pihak berwajib perlu segera menangani isu ini. Kesucian masjid daripada dijadikan alat mengaut keuntungan perlu diselesaikan oleh pihak Majlis dan Mufti.

Saya telah menghubungi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan akan memberi maklumat yang diperlukan untuk kajian selanjutnya.


Mereka mungkin mengatakan ingin menyewa selama 15 tahun (masa yang cukup untuk menghasilkan kanser), tetapi bolehkah ada jaminan mereka akan mencabut menara selepas tempoh berkenaan? Mungkin masjid pula menjadi mangsa apabila terpaksa membayar pampasan ribuan ringgit untuk selenggaraan membuang menara berkenaan. Adakah mereka dapat menberi jaminan bahawa mereka tidak akan memasang piring gelombang melebihi had mudarat? Ini tidak terjawab. Kepada yang membaca tulisan ini, sila ambil tindakan menyelamatkan Rumah Allah ini.


Pendita Bitara

Kampung Terang

Thursday, October 23, 2008

Jom teliti sejarah dalam perspektif yang bukan konvensional

Pictorial Exhibition of Unknown History
Date:
26 Oct 2008
Time:

Pictorial Exhibition:
10 am -3 pm
Forum:
3 pm -5.30 pm
Venue:
Penang Caring
Society Complex
Organiser:
Persatuan Persahabatan Abad ke21 Malaysia
Persatuan Kawan Karib PP
Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia
SUARAM Penang

Kerajaan tidak akan kaji semula ISA

Perdana Menteri benar-benar telah mengistiharkan bahawa beliau tegar dan tidak akan sesekali membuat reformasi atau pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun menerima pelbagai tekanan dan desakan dalam dan luar negeri berkaitan salah guna akta berkenaan.

Dalam Perasmian Perhimpunan MCA ke-55 baru-baru ini, Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa membuat kajian semula terhadap akta ini seolah-olah melepaskan orang yang benar-benar bersalah.
“ Pembaharuan tidak bermakna, kita semua hendak apa yang ada dalam undang-undang atau apa-apa kesalahan mesti dianggap sebagai tidak salah lagi. Tidak boleh begitu” kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa akta ISA juga mirip kepada beberapa akta keselamatan di Amerika Syarikat dan Britain.

Apa yang kita kesalkan disini adalah dalam suasana penyalahgunaan ISA berlaku, kepincangan kehakiman dan imej polis yang belum dipulihkan sepenuhnya, masih ada beberapa individu yang ingin mengiktiraf beliau sebagai Bapa Demokrasi. Gelaran bapa seolah-olah menjadi kewajipan kepada setiap perdana menteri walaupun mungkin tidak wajar mendapat gelaran.

Rakyat berasa kecewa jika hanya disebabkan permit Harakah dibenarkan kembali 2 kali seminggu, serta Suara Keadilan telah diberikan permit, maka beliau layak dinobatkan sebagai Bapa Demokrasi sedangkan permit-permit akhbar berkenaan adalah ‘hak’ bagi setiap pertubuhan yang memohon. Malah pemberian semula hak bukan bermakna demokrasi di Malaysia telah pulih malah ia jauh mesti melalui proses baikpulih yang cukup besar dan menyeluruh.

Perdana Menteri bukan sekadar dikritik oleh pihak pembangkang dalam kes ISA, malah juga didesak oleh komponen BN yang lain serta oleh menteri undang-undangnya sendiri, Dato’ zaid Ibrahim.
Gabungan Mansuh ISA Pulau Pinang sekali lagi mendesak kerajaan agar serius dan ikhlas dalam membaikpulih system perundangan di Malaysia yang saban lama makin menampakkan imej yang negative di mata antarabangsa.

Pendita Bitara
Pulau Pinang

Tuesday, October 21, 2008

Usrah: pasti menjaga konsistensi perjuangan anda


Baru sahaja selesai menghadiri majlis Usrah PAS Cawangan Simpang Empat Balik Pulau. Kebetulan usrah hari ini kena pada ayat Al Baqarah 129 yang menceritakan maratib al a’mal iaitu siasah, dakwah dan tarbiyyah. Ayat ini juga merupakan ayat utama jidal (debat) antara Imam Syafie dengan golongan engkar sunnah iaitu berkaitan maksud Hikmah yang dikatakan bukan bermaksud hadis.

Setiap kali selesai mengikuti usrah, perasaan dan hati menjadi lebih bersemangat untuk menjalani kegiatan sebagai muslim harakiy (seperti yang selalu diperingatkan oleh naqib kami, Ustaz Zainal).

Antara semangat yang datang adalah untuk terus berjuang dalam GMI, berusaha terus untuk memansuhkan ISA. Dalam GMI Penang memang tiada usrah. Majoriti ahli di dominasi oleh kaum bukan Islam. Jadi usrah kawasan dan cawangan akan menguatkan semangat dan fikrah agar tindakan beriltizam dan berjuang dalam mana-mana platform jelas dan berfokus.

Dulu perjuangan menentang ISA dan memperingati kes Memali banyak dilakukan oleh pemuda PAS dan suasana perjuangan diserapi ruh jihad. Kini jika ingin terus berpencak dalam banyak ruang dan landskap yang pelbagai, usrahlah yang menguatkan kita.

Semasa di kampus, usrah hanya dianggap ruang bertukar ilmu dan tempat belajar ilmu agama dan selok belok dakwah. Kini, keadaan berbeza. Usrah akan menghasilkan muslim harakiy yang kian tebal dengan fikrah dan azam. Individu hizbullah akan lebih bersemangat. Soal masa, gaji tidak mencukupi, anak tidak terjaga, kesihatan, ilmu belum cukup, masalah keluarga, rasa takut dan malas berjuang akan terjawab dan terjaga (atau diatasi) melalui usrah…..

Pendek kata perjuangan kita banyak. Saya suka mengikut banyak pentas dan ruang yang sesuai dengan kemampuan dan kelebihan yang ada. Jadi Usrahlah yang menjaga konsistensi kita untuk terus berjuang…

Nak tahu kelebihan usrah lagi….carilah di bumi anda berpijak….

Pendita Bitara

Monday, October 20, 2008


Baca PUISI di Prangin Mall (Mansuhkan ISA)

Ahad- 19 Oktober 2008- Prangin Mall, Komtar , Penang.

Hidup hari ini agak pantas. Dengan berteman Motorsikal Suzuki RC (modified), saya bergegas dari USM meninggalkan sebentar program Ihtifal Pasti (Pertandingan Nasyid Pasti) untuk ke program Pameran dan Persembahan Operasi Lalang ISA. Program ini anjuran GMI Pulau Pinang dengan kerjasama SUARAM, JIM dan sebagainya.
Dalam perjalanan saya bersolat Zohor di Masjid Jelutong. Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan untuk mengedar Risalah SPAQ edisi Oktober (tajuknya menyanggah golongan anti hadis). Kemudian terus ke Pusat Bandar.

Di sana saya lihat semua peralatan dan pameran giat dijalankan. Pengunjung Komtar dan peminat setia Starbuck kelmarin berpeluang menyaksikan sendiri pameran dan laungan anti ISA yang kali ini dilakukan di tengah medan membeli belah dan pusat pentadbiran Pulau Pinang.
Pada awalnya polis ingin mengambil tindakan mungkin, tetapi mujur Haji Rashid (Pengerusi FORUM NGO-NGO Islam merangkap Pengerusi Sekolah Al Itqan) ada di sana dan beliau menjelaskan bahawa program ini tiada ketegangan malah lebih kepada 'open entertainment show' sahaja.

Sedang saya sibuk mengambil gambar, Haji Rashid meminta pula saya menyanyi lagu menentang ISA. Saya mana reka lagi!! Jadi, saya kata saya nak baca sajak….kebetulan saya terjumpa KECIK, iaitu member seperjuangan di KL dulu. Dia ni antara aktivis Food Not Bomb (FNB) di Briekfield. Rupanya dia di Penang sekejap sahaja. Dia juga meminta saya buat sajak 'on the spot'. kali ini berbeza dengan puisi di KL, kerana kali ini ada band back up saya dengan instrumental music.

Haji Rashid telah bercakap di khalayak ramai, mengungkap ayat suci Al-Quran surah Al-Imran 104... tentang amar maaruf nahi mungkar... juga mengajak jemaah yang bersolat Zohor di Masjid/Surau Perangin Mall ke kempen GMI di situ. Malaysia Kini dan Berita Keadilan ada menemubual beliau selepas ucapannya.

Kriss Khaira (aktivis GMI) meminta Band yang membuat persembahan lagu-lagu rakyat di situ untuk memainkan lagu 'instrumental slow' untuk mengiringi puisi yang akan saya bawakan. Dalam masa 5 minit siaplah puisi. 8 minit kemudian saya siap mendeklamasikan puisi itu dengan penuh emosi. Dari Prangin Mall, saya terus ke jamuan rumah terbuka anak murid saya di Jalan Gertak Sanggul (rumah Syuhada dan Izzati- adik beradik).

Selepas mandi, saya bergegas pula ke Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPPPP) di Gelugor untuk memberi ceramah berkaitan Isu "Nabi Melayu".

Pendita Bitara
Guru SMI Al Itqan P.P

Sunday, October 19, 2008

Pertandingan Nasyid PASTI Zon Pulau


Ahad- 19 Oktober 2008, Pulau Pinang
Jawatankuasa PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Pulau Pinang berjaya menganjurkan Pertandingan Nasyid Pasti Zon Pulau , Pulau Pinang. Program meriah ini diadakan di Bagunan HBP, USM bertempat di lokasi Dewan E48A, E48B.

Program ini adalah usahasama Jawatankuasa Pasti negeri, Jawatankuasa Pasti Kawasan-kawasan, guru-guru dan ajk Pasti cawangan, Dewan Pemuda Pulau pinang serta Unit Amal Pulau Pinang. Gemblengan tenaga para jundullah dan mujahidah ini menyaksikan bagaimana sistem pentarbiahan PAS sebenarnya bermula sedari kecil lagi malah PAS serius dalam pemupukan fardul muslim sejak kecil lagi.

Antara pertandingan lain selain nasyid yang diadakan adalah, pertandingan pidato, bercerita, sajak, hafazan dan Azan. Penyertaan pula amat ramai dan bersepadu meliputi Pasti Kg Perlis, Pasti Nuril Ain Sg Burung, Pasti An Nur Pmtg Pasir, Pasti Darussalam Sg Rusa, Pasti Ummu Aiman Kongsi, Pasti Al Huda Sg Batu, Pasti Nurul Hidayah Teluk Kumbar, Pasti Ababil Pmtg Damar Laut, Pasti Al Hijrah Bayan Lepas, Pasti Al Hidayah Sg Ara, Pasti Az Zuhdiyah 2 Pantai Jerjak, Pasti Al Hidayah Tg Bungah dan lain-lain.

Program ilmiah ini bermula pada jam 8 pagi dan para pelajar setia hingga pukul 3 petang. Cikgu Rahim iaitu Timbalan Pengarah Pasti Pulau Pinang telah merasmikan majlis penutup pertandingan. Apa yang amat membanggakan adalah kualiti dan tahap pencapaian para pelajar sedari usia 5 hingga 6 tahun yang petah berhujah, berpidato lengkap dengan petikan dalil dan doa, hafazan ayat-ayat suci Al Quran serta mahir pula mengawal intonasi suara dan gaya semasa bersajak. Nyatalah mereka layak untuk menjadi penerus mata rantai pendakwah di muka bumi ini melalui pentarbiahan dan bakat yang mereka miliki.

Moga Pasti terus mara dan maju.

Pendita Bitara












Saturday, October 18, 2008

Malam Terakhir Candle Light Vigil Pulau Pinang

Candle Light Vigil terakhir semalam ( 17 Oktober 2008) berjalan dengan lancar. Ramai yang berucap dan kali ini kelihatan sedikit keseimbangan komposisi kaum di kalangan hadirin. Walaupun hujan, kelihatan ramai yang tidak mahu berganjak malah membuka payung untuk melindungi rakan-rakan lain yang lupa membawa payung.

Lagu-lagu anti ISA yang berkumandang juga menarik perhatian semua. Mungkin SB-SB juga terbuai apabila mendengarnya.

Saya juga diminta berucap mewakili kaum Melayu, umat Islam serta JIM Pulau Pinang. Saya masih menegaskan betapa perlunya gemblengan tenaga semua kaum untuk bersatu secara progresif dan konsisten demi mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Pendita Bitara
IMG_2816.JPG

IMG_2817.JPG

Friday, October 17, 2008

Individu Hizbullah membentuk Hizbullah

Bagaimana Pergerakan Cara Harakiyyah Islamiyyah bermula? Adakah sama pergerakan agama atau gerakan dakwah islamiyyah biasa dengan gerak kerja harakiy cara yang ditinggal dalam Al-Quran? Mabda' asasiy bagi sesuatu kelompok dakwah akan menentukan taraf mereka mencapai 'Hizbullah' (gerak kerja Harakah Islamiyyah) atau tidak.

Lihat kata-kata Said Hawwa' dalam 'Pelajaran amal Islami'

"Bila mana lahirnya seorang lelaki yang telah menepati pada dirinya kecintaan kepada Allah, ia bersikap lemah lembut kepada orang Mu’min,
tegas kepada orang kafir, ia berjihad serta menyerahkan keta’atannya kepada
Allah, RasülNya. dan orang Mu’min; maka di ketika itu wujudlah suatu
individu dari Hizbullah. Dan sekiranya terdapat individu-individu seumpama ini tetapi mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, dan justeru itu tidak berhubung di antara mereka dan tidak bekerjasama dalam rangka usaha mencapai suatu matlamat yang sama, maka tinggallah
persoalan ini di dalam bentuknya yang asal tadi iaitu adanya individuindividu
daripada HizbuLlah di sana sini.
Tetapi apabila individu-individu ini bercantum menjadi satu saff dengan memenuhi syarat-syarat yang di atas, dan mereka melancarkan tindak — kerja melalui syura’ dalam usaha untuk mencapai matlamat bersama, maka ketika ini barulah wujudnya HizbuLlãh".

Thursday, October 16, 2008

Operasi Lalang (jom ajak kengkawan)






Ziarah Ustaz Dr. Mujahid

Tadi dalam pukul 9.30 saya berkesempatan menziarahi Dr Mujahid Yusuf di Blok A Tingkat 4 Bilik 1 Hospital Besar P.P.

Beliau stabil dan agak sihat selepas 6 hari berehat. Saraf beliau yang dijangkiti virus mulai stabil dan memerlukan 2 hingga 3 minggu berehat. Latihan fisioterapi berterusan mungkin diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Apapun beliau masih menggunakan runag berjumpa saya berdiskusi isu melayu dan PAS. Tadi nampaknya beliau membaca buku Kassim Ahmad 'mencari jalang pulang' (buku sesat) dan cuba mengenalpasti idea Kassim Ahmad.

Sempat lagi beliau pesan agar saya carikan buku Agenda Melayu oleh Dr Syed Hussain Ali dan nasionalisme Melayu karangan Rustam A. Sani.

Moga Ustaz kembali sihat.

Muhammad Nuruddin

Tuesday, October 07, 2008

Mahukah daging korban anda ditinkan?

Semalam saya berkunjung ke sebuah rumah kakitangan sekolah (tempat saya bekerja) untuk menziarahi keluarganya sempena hari raya. Walaupun kami berdua tinggal di kawasan yang sama-Balik Pulau, saya hanya pergi ke rumahnya sekali sekala dan tidak pernah berkesempatan melihat sendiri ke dalam rumahnya.

Beliau adalah antara keluarga yang layak menerima zakat tetapi terpinggir dari senarai penerima bantuan kebajikan masyarakat. Buktinya, beliau belum pernah menerima sebarang bantuan walaupun berhadapan dengan kesempitan hidup dan perbelanjaan harian. Gaji yang sekadar RM 700 ++ tidak cukup untuk menampung belanja makan dan pendidikan 6 orang anak. Ketiadaan kenderaan yang sempurna juga menyukarkan sedikit urusan perjalanannya yang perlu berulang alik ke Teluk Kumbar saban hari.

Saya mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan bulanan iaitu beras dan milo (2 makanan ruji keluarga dia katanya). Mungkin wang ringgit yang sekadar RM 50 – RM 100 tidak akan bermakna bagi sesetengah orang. Tetapi bagi keluarga ini, jika ia ditukar kepada beras dan barang dapur, ia bagaikan nyawa buat mereka.

Tentang misi kebajikan juga, saya ada berjumpa dengan Ketua Unit Amal Balik Pulau iaitu saudara Roslan Mat Atan untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Unit Amal dengan Muslim Aid di Kuala Lumpur. Kami di sini berminat untuk membuat kerjasama untuk mengedarkan daging korban dalam tin yang diagihkan oleh Muslim Aid di Balik Pulau bersama-sama bahan bantuan lain dari kami seperti beras dan barang dapur.

Tegasnya, Muslim Aid memerlukan pengorban iaitu individu yang berkemampuan serta suka menginfaq harta di jalan Allah. Korban yang disalurkan melalui Muslim Aid berlainan sekali. Dengan hanya bayaran RM 350, kita akan diberi seekor kambing atau bahagian lembu. Korban ini akan dilaksanakan melalui amanah kita kepada Muslim Aid dan kos bayaran tadi akan digunakan untuk menyembelih, memasak daging dan ditinkan. Tin tersebut tahan selama 2-3 tahun dan mampu diagih juga ke luar negara untuk misi perang dan kebajikan antarabangsa.

Saya terfikir, betapa nutrisi dan zat makanan amat penting untuk kehidupan, bukan sekadar nasi dan tepung sebagai penyambung nyawa. Alangkah mulianya jika kita mampu berikan zat dan vitamin dari setin daging korban kepada sebuah keluarga yang kurang mampu.

Di KL dulu saya tertarik dengan cara 'Food Not Bomb' mengedarkan makanan vegeterian kepada pengemis dan orang yang lapar. Mereka memilih sayur kerana sesuai untuk semua agama dan kaum. Diharapkan dengan sumbangan sayur yang pelbagai, sekali dalam seminggu ini, mereka mendapat antibodi yang cukup untuk meneruskan hidup bagi minggu yang seterusnya.

Saya berharap dan menyeru agar lebih ramai menjalankan ibadat korban melalui Muslim Aid. Anda boleh menghubungi saya di 017-6291368 ( jihadin82@yahoo.com) atau Muhammad ( 012 3377195) muhammad@muslimaidasia.com. Daging yang ditinkan boleh disalurkan sepanjang tahun berbanding pengedaran daging mentah yang terhad dalam masa yang singkat.

Melalui kerjasama dengan Unit Amal, daging korban tersebut akan tepat sampai ke sasaran, Insya Allah. Mereka benar-benar bekerja untuk Allah. Buatlah keputusan yang bijak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Anggota Unit Amal Balik Pulau
Aktivis Muslim Aid

Saturday, October 04, 2008

Visit to PM's house tomorrow cancelled!

Halo friends,
Visit to PM's house tomorrow cancelled!

We just received a message from Hindraf that the visit to PM's Open House in Kepala Batas tomorrow has been cancelled for `security' reason. So anyone who planned to go along please take note. You can still go-but at your own risk. It may not speak well of our country but this is a time where going to a Hai Raya Open House carry risk!

Look out for other activities to free the ISA detainees.
Ong BK

Unit Amal masih bertugas dan akan berada di Hospital Negeri

Raya kedua kami masih menyelesaikan masalah di dua buah rumah. berterusan hingga raya ke-3. unit Amal kena bersedia pula untuk Kenduri Rumah Terbuka PAS Kawasan Balik Pulau ahad ini. Tengahari ahad, Unit Amal akan berada di Hospital Negeri untuk bantuan dan sumbangan di wad kanak-kanak.

Pendita Bitara.

Thursday, October 02, 2008

Misi Kemanusiaan Banjir Balik Pulau (Bahagian 3)




Rumah ni musnah habis perabut dia....

Disebabkan lantai rendah, tiada pula lubang alirkan air, kami kena timba keluar air guna tupperware dan baldi kecil serta penyodok sampah. Idea kreatif.

Pembalakan halal !!








Makan di rumah Abg Din, ketupat nasik dia.....huuuiih...power!

Di samping membantu mangsa memindah barang serta membersih balik rumah mereka, kami juga mengajar keluaraga cara mengelak banjir serta cara membersih rumah dengan efisien dengan hanya menggunakan peralatan rumah. Kadang2 idea tak ada, jadi kita anggap susah nak urus rumah banjir. Rata-rata mangsa bersetuju, bahawa bantuan wang dan makanan sahaja bukanlah senilai dengan bantuan membersih rumah hingga seperti sediakala. Malah ada anggota ni hobi dia mop lantai pakai detergen sampai wangi rumah yang kami bantu.....
Kami meninggalkan no phone dan alamat UA, jika sebarang banjir atau musibah, just cal Ketua UA Balik Pulau. Percuma. Jika kawan atau jiran ditimpa musibah, juga hubungi UA. Moga kebajikan akan diganjarkan di akhirat kelak. Beramal Kerana Allah. (al Amalulillah)

Misi Kemanusiaan Banjir Balik Pulau (Bahagian 2)


Tengah buat parit, memudahkan air keluar dari rumah.

Khairi anggota Unit Amal walad sekolah rendah. Baru join.





Pakai mesin potong pokok kena petir.


Bergambar di sebuah rumah di Air Putih Balik Pulau. Kopi o dia hidang...perrhhh....kaw !!!


Misi Kemanusiaan Banjir Balik Pulau(Bahagian 1)

Semalam 1 Syawal bersamaan 1 Oktober 2008, Skuad Unit Amal Balik Pulau bersama sebuah Storm dan sebuah lori Amal, menjelajah seluruh Balik Pulau mencari serta membantu mangsa-mangsa banjir.







Selepas sahaja menunaikan solat sunat aidilfitri, Ketua Unit Amal balik Pulau, saudara Roslan mengarahkan pemuda-pemuda PAS serta anggota UA berkumpul di Pejabar Pemuda sekaligus membahagikan tugasan dan menyiapkan peralatan. Kali ini bertuah kerana angora UA yang berpengalaman di Acheh dan Afghanistan turut hadir membantu berkongsi kepakaran.

Menyaksikan kesusahan dan kerosakan harta benda dan persiapan raya, cukup ,menginsafkan kami sekalaigus mematikan terus nafsu ghairah ingin bersuka ria serta berjalan-jalan seperti rutin saban tahun.






Alhamdulillah, ada ahli PAS yang menyumbang makanan serta ada keluarga mangsa yang bersedia menjamu kami walaupun kehadiran kami adalah tidak berbayar. Setiausaha Pemuda Balik Pulau saudara Fahmi sempat juga menjelaskan misi kebajikan PAS melalui Unit Amal ini serta pentingkan Islam disebar luas dibumi Pulau Pinang ini kepada keluarga mangsa.

Ada satu keluarga yang bertanya kepada saya kenapa kerajaan tidak hantar warga asing untuk buat kerja bantuan di hari raya ini. Saya jelaskan bahawa ini bukan misi kerajaan pusat mahupun negeri. Ini kerje Parti Islam. Kami jelaskan juga pada raya haji tahun lepas, kami berada di Johor selama seminggu membantu mangsa di sana secara sukarela.

Pada kami, raya kali ini cukup bermakna sekali….































Jadi pasar malam. dapur mereka rosak serta penuh digenangi air. Mereka memasak beramai-ramai di tepi jalan hadapan rumah. ini Mangsa di Kuala Jalan Bahru. Ladang sawit berhadapan Pejabat Parlimen Balik Pulau.

Pendita Bitara
1 Syawal.


Tentera Merah PAS Balik Pulau, bersedia

Di Bulan Syawal....perjuangan perlu diteruskan......kami Pemuda PAS Balik Pulau atas tiket Unit Amal balik Pulau, diminta menantikan panggilan kecemasan untuk membantu mangsa banjir....semangat harakiyyah Islamiyyah membakar dada -dada pemuda di sini....menanti dan terus bersedia......tentera Merah jamaah PAS berkhidmat untuk ummah dan masyarakat.

Taqabbalallah Minni Wa Minkum, Salam I'dul Fitr dari kami Unit Amal Balik Pulau untuk seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan.

Pendita Bitara

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)