Tuesday, April 19, 2016

PASTI TEKANKAN ASPEK JASMANI SELAIN P&P


PASTI TEKANKAN ASPEK JASMANI SELAIN P&P

SUNGAI PETANI- 16 APR 16

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sukan Tahunan PASTI Sungai Petani telah diadakan pada Sabtu lalu yang disertai oleh 30 buah pasukan daripada Pasti cawangan seluruh Sungai Petani.

Antara acara yang menjadi tumpuan kali ini adalah perlawanan bolaepak 7 sebelah serta pertandingan bola jaring.

Ustaz Aminur Shafiq Muhammad Abduh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Kedah telah hadir merasmikan pembukaan temasya.

“ PASTI adalah instiusi pendidikan awal kanak-kanak yang seimbang dunia akhirat serta rohani dan jasmani. Konsep krsimbangan yang dinyatakan oleh Imam Al Ghazali ini ditonjolkan oleh PASTI melalui temasya sukan tahunan yang diadakan. PASTI juga berjaya menghasilkan anak muda yang taat kepada ajaran syariat Islam walaupun bergelar uahawan, profesional, doktor dan sebagainya”, kata Aminur Rasyid semasa perasmian.

Beliau menambah isu baru-baru ini juara perlumbaan motosikal di luar negara Khairul Idham Pawi, yang dikejutkan dengan ketegasan beliau untuk mengelak daripada upacara semburan arak di badannya juga merupaan bekas pelajar PASTI Batu Gajah Perak. Inilah jati diri beragama yang PASTI lahirkan. Islam tidak menghalang kemajuan, kejayaan bersukan dan sebagainya

Pada tahun ini PASTI Nurul Zihab Sungai Emas telah membolot johan bagi pertandingan bola sepak serta bola jaring.

Hadiah disampaikan oleh yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim.







Monday, April 11, 2016

34 ANAK MUDA SERAH BORANG SERTAI PAS DI PEKULA

34 ANAK MUDA SERAH BORANG SERTAI PAS DI PEKULA

SUNGAI PETANI - 11 April

PAS Sungai Petani kini terus melaksanakan aktiviti menarik anak muda agar bersama PAS melalui program santai dan kemasyarakatan yang sesuai dengan jiwa anak muda.

Terbaharu semalam diadakan Program Tayangan Perlwanan Bolapsepak antara Kedah menentang Pulau Pinang di Padang Taman Rhu 1. Program yang bermula dengan solat maghrib berjemaah disusuli dengan aktiviti BBQ.

Ustaz Shahrir Long selaku Ketua Cawangan PAS Pekula memberi sedikit ucapan mengingatkan anak muda agar meninggalkan tabiat buruk jika ada serta kembali memilih cara hidup Islam berasaskan ilmu Islam.

Sebelum acara kemuncak tayangan bola sepak bermula, seramai 34 anak muda sekitar Pekula telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS Sungai Petani Ustaz Ahmad Fazli Hashim. Ustaz Fazli sebagai penutup bicara mengajak para anak muda agar mengenali PAS secara dekat dengan menghadiri program anjuran PAS dan bukan sekadar mengenali melalui media yang sarat dengan maklumat yang mungkin tidak tepat.






Saturday, April 09, 2016

TITI UZUR PANTAI PRAI BAKAL UNDANG MAUT

TITI UZUR PANTAI PRAI BAKAL UNDANG MAUT

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 9 April 2016

Kelmarin Skuad Tinjau Dewan Pemuda PAS Sungai Petani hadir ke Kampung Pantai Prai untuk meninjau serta menghebahkan permasalah titi usur di kampung berkenaan.

Ahmad Safirol Ismail sebagai wakil anak muda Kampung Pantai Prai memaklumkan kepada pihak Pemuda PAS Sungai Petani bahawa titi sepanjang 100 meter itu menghubung Kampung Pantai Prai dan Kampung Terat Batu.









“Titi ini  berusia 25 tahun dibina di atas salur paip air bersih ke Kulim hi Tech serta digunakan oleh lebih 200 motosikal setiap hari. Hal ini kerana ia menjadi laluan pelajar sekolah Pantai Prai  dan Terat Batu serta laluan utama para pekerja antara Kulim/Padang Serai ke Sungai Petani. Jika mahu guna jalan biasa terpaksa jalan  sejauh 18-20 km” jelas beliau sambil memaklumkan bahawa titi itu mrentasi sungai sedalam 10-35 kaki.

Berdasarkan tinjauan kami keadaan kondisi kayu telah reput hampir 70 %. Manakala kayu hanya dipsang skru tanpa nut di bawahnya, serta ada skru yang tertanggal. Terkini terdapat juga penghadang tepi yang patah dan hilang.

“Penduduk kampung yang perihatin mengambil inisiatif menggantikan kayu di beberapa bahagian, dan diganti kayu secara tidak terurus.

Wakil Pemuda PAS Sungai Petani adalah En Izwan Ismail dan Muhammad Nuruddin Bashah yang akan membuat e-aduan kepada pihak MPSPk dan kerajaan negeri serta ADUN yang terbabit.



PAS TEGAS BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM

PAS TEGAS BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 4 APRIL

“ PAS bersifat fundementalisme dalam mempertahankan perkara usul Parti tetapi dalam masa yang sama juga bersifat anjal dalam perkara strategi siasah yang kini dicemburui lawan dan kawan’, demikian ualasan penting Ir Haji Khairil Nizam Khairudin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani 2 April baru-baru ini.








Semasa menjawab soalan paling ‘hot’ di kalangan aktivis PAS iaitu masa depan PAS bersama Ikatan serta bagaimana mendepani situasi lawan 3 atau empat penjuru kelak, beliau secara tenang dan berhemah menjelaskan betapa kepimpinan yang ada telah memerah minda dan berijtihd sehabis baik berasaskan situasi organisasi dalam dan luar semasa.

“ Pimpinan mungkin tidak mampu meramal masa hadapan namun mampu menjadikan khazanah pengalaman sebagai faktor utama merencana strategi politik yang Insya Allah merupakan sebahagaian episod rangkaian perencanaan Allah. Bukankah ini salah satu episod perencanaan Allah? Kita tidak boleh lari dari episod ini. Siapa yang berani jamin situasi PAS bersama Ikatan adalah situasi tetap (quo) sedangkan ia masih dalam ruang strategi politik. Mungkin suatu hari menjelang pilihanraya ramai lagi pihak akan kembali bersama PAS kerana melihat sendiri PAS melaksanakan kerja, janji dan berkhidmat untuk rakyat”, jelas beliau sebelum menutup ucapan perasmian dengan menekankan kefahaman konsep tahaluf dan taawun dengan baik.

Mesuarat Agung Pemuda Sungai Petani kali-32 bermula sejak 9 pagi sehingga 2 petang tiada pemilihan sebaliknya membahas aktiviti lajnah-lajnah secara terperinci.

Ketua Pemuda PAS Sungai Petani dalam amanatnya kepada para pemuda mengingatkan pemuda agar meneliti daftar pemilih dan setiap cawangan perlu merralisasikan harapan PAS mengecapi 5000 pemilih yang baru sambil menegaskan kefahaman ayat surah Muhammad ayat 7 berkaitan keperluan membantu agama dan dakwah Islam. 5000 undi target itu adalah untuk menawan DUN Pantai Merdeka dalam pilihanraya yang akan datang.

Mesyuarat juga diwarnai dengan pesanan padat daripada tokoh pendakwah Ustaz Sahrir Long Ketua Penerangan PAS Sungai Petani dengan penekanan betapa benarnya janji Alah dan Rasul bahawa gerakan dakwah akan kekal relevan dan mandiri sehingga kiamat.

Ustaz Aizat Zakaria yang mewakili Pemuda PAS Kedah pula memberi 10 pesanan Imam Hassan Al Banna sebagai buah tangan berharga untuk dihadam dan ditekuni di peringkat cawangan. Antara ciri penting yang ditekankan adalah konsep aqidah yang sahih, ibadat yang tekun dan berasaskan ilmu serta konsep amal ijtima’e dalam menyediakan khidmat kepada masyarakat.


Mesyuarat ditamatkan awal untuk meberi laluan kepada hadiri menyertai Himpunan Derita Penoreh di Sik pada waktu petangnya.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)