Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Saturday, April 09, 2016

PAS TEGAS BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM

PAS TEGAS BERPERINSIP, ANJAL BERSTRATEGI- IR KHAIRIL NIZAM

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 4 APRIL

“ PAS bersifat fundementalisme dalam mempertahankan perkara usul Parti tetapi dalam masa yang sama juga bersifat anjal dalam perkara strategi siasah yang kini dicemburui lawan dan kawan’, demikian ualasan penting Ir Haji Khairil Nizam Khairudin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani 2 April baru-baru ini.








Semasa menjawab soalan paling ‘hot’ di kalangan aktivis PAS iaitu masa depan PAS bersama Ikatan serta bagaimana mendepani situasi lawan 3 atau empat penjuru kelak, beliau secara tenang dan berhemah menjelaskan betapa kepimpinan yang ada telah memerah minda dan berijtihd sehabis baik berasaskan situasi organisasi dalam dan luar semasa.

“ Pimpinan mungkin tidak mampu meramal masa hadapan namun mampu menjadikan khazanah pengalaman sebagai faktor utama merencana strategi politik yang Insya Allah merupakan sebahagaian episod rangkaian perencanaan Allah. Bukankah ini salah satu episod perencanaan Allah? Kita tidak boleh lari dari episod ini. Siapa yang berani jamin situasi PAS bersama Ikatan adalah situasi tetap (quo) sedangkan ia masih dalam ruang strategi politik. Mungkin suatu hari menjelang pilihanraya ramai lagi pihak akan kembali bersama PAS kerana melihat sendiri PAS melaksanakan kerja, janji dan berkhidmat untuk rakyat”, jelas beliau sebelum menutup ucapan perasmian dengan menekankan kefahaman konsep tahaluf dan taawun dengan baik.

Mesuarat Agung Pemuda Sungai Petani kali-32 bermula sejak 9 pagi sehingga 2 petang tiada pemilihan sebaliknya membahas aktiviti lajnah-lajnah secara terperinci.

Ketua Pemuda PAS Sungai Petani dalam amanatnya kepada para pemuda mengingatkan pemuda agar meneliti daftar pemilih dan setiap cawangan perlu merralisasikan harapan PAS mengecapi 5000 pemilih yang baru sambil menegaskan kefahaman ayat surah Muhammad ayat 7 berkaitan keperluan membantu agama dan dakwah Islam. 5000 undi target itu adalah untuk menawan DUN Pantai Merdeka dalam pilihanraya yang akan datang.

Mesyuarat juga diwarnai dengan pesanan padat daripada tokoh pendakwah Ustaz Sahrir Long Ketua Penerangan PAS Sungai Petani dengan penekanan betapa benarnya janji Alah dan Rasul bahawa gerakan dakwah akan kekal relevan dan mandiri sehingga kiamat.

Ustaz Aizat Zakaria yang mewakili Pemuda PAS Kedah pula memberi 10 pesanan Imam Hassan Al Banna sebagai buah tangan berharga untuk dihadam dan ditekuni di peringkat cawangan. Antara ciri penting yang ditekankan adalah konsep aqidah yang sahih, ibadat yang tekun dan berasaskan ilmu serta konsep amal ijtima’e dalam menyediakan khidmat kepada masyarakat.


Mesyuarat ditamatkan awal untuk meberi laluan kepada hadiri menyertai Himpunan Derita Penoreh di Sik pada waktu petangnya.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)