Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Saturday, November 28, 2015

PASTI SUNGAI PETANI PERKASAKAN GURU ANJUR KURSUS TAMRIN KEPIMPINAN

PASTI SUNGAI PETANI PERKASAKAN GURU ANJUR KURSUS TAMRIN KEPIMPINAN

SUNGAI PETANI - 27 NOV 2015

Pihak pengurusan PASTI Sungai Petani menyahut seruan untuk menyediakan saf kepimpinan guru PASTI yang berkualiti dan berilmu dengan menganjurkan Kursus Tamrin Kepimpinan Guru peringkat kawasan Sungai Petani.

Kursus yang dihadiri lebih 60 orang guru dan kakitangan PASTI telah dirasmikan oleh Yang Berbahagian Ustaz Rosli Bin Darus selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Sungai Petani.

Menurut Ustaz Haikal Bin Abd Mutalib, PASTI Kedah kini giat menganjurkan program bina sahsiah, bina ilmu seleras dengan perkembangan masa dan sistem pendidikan negara dan kawasan Sungai Petani tidak ketinggalandalam hal berkenaan.






“ Para guru dihadamkan modul khas Peranan dan Tanggungjawab Guru Pasti dan menggunakan khidmat Al Fadhil Ustaz Sulhi Sharif pakar motovasi wilayah utara yang tidak asing lagi, kami akan terus menyediakan siri latihanyang berteraskan aukhuwah, latihan dalam kumpulan, pemecahan ais minda dan pelbagai ‘tool’ perbengkelan yang mampu menguja para guru berkhidmat dengan lebih efisyen dan tepat dengan misis PASTI”, jelas Ustaz Haikal selepas majlis perasmian.

“ Mereka perlu diasuh dan didik dalam kesibukan mereka mendidik danpengorbanan para guru PASTI serta kejayaan produk kelahiran daripada PASTI sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat kita”, tambah Ustaz Haikal penutup bicara.

Program bermula pada 25 November dan tamat pada keesokan harinya dengan perasmian penutup dan motivasi daripada Ustaz Mohd Fadzli Bin Hashim selaku Yang Dipertua PAS Sungai Petani.

Friday, November 27, 2015

KEM ANAK SOLEH CETUSAN ALMAHUM US AZIZAN TARBIAH MASA CUTI YANG BEKESAN

KEM ANAK SOLEH CETUSAN ALMAHUM US AZIZAN  TARBIAH MASA CUTI  YANG BEKESAN

SUNGAI PETANI- 25 Nov 2015

Seperti kebiasaanya pada musim cuti sekolah, Urusetia Pembangunan Insan PAS negeri Kedah akan menganjurkan kem-kem cuti sekolah khusus untuk pembangunan insan anak-anak remaja di seluruh negeri Kedah sebagai kesinambungan pembangunan insan yang dimulakan oleh Allayarham Ustaz Azizan bin Abd Razak, mantan Menteri Besar Kedah.

Pada tahun ini dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Sg.Petani, Kem Anak Soleh peringkat kawasan Sg.Petani telah berlangsung pada 21 Nov 2015 hingga 24 Nov 2015 untuk peserta lelaki dan akan berlangsung pada 2 Dec 2015 hingga 5 Dec untuk peserta perempuan di Madrasah Al-Hashimiah, Kampung Telok Wang, Sg.Petani.

Selain dari modul-modul memperelokkan ibadah yang diajarkan seperti modul taharah, memperbetulkan solat dan tahsin bacaan dalam solat, modul-modul pendidikan adab dan akhlak juga ditekankan selain dari aktiviti luar kem seperti merentas hutan dan juga ikhtiar hidup.

Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan dimana seramai 80 orang peserta telah menyertai kem ini walaupun pada awalnya dihadkan kepada 50 orang peserta sahaja. Jumlah peserta yang sama juga dijangkakan untuk kem peserta perempuan.

Menurut penasihat program iaitu En. Muhammad Izzwan bin Ismail, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Sg.Petani, selain dari pembangunan akhlak peserta, program ini juga sebagai salah satu dari misi PAS Kedah iaitu kebajikan dalam bentuk pendidikan kerana peserta hanya dikenakan yuran sebanyak RM70.00 untuk program 4 hari 3 malam merangkumi penginapan, modul, makan minum dan aktiviti-aktiviti program.

Majlis perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Ustaz Hj. Fishol bin Hj.Hashim yang juga Mudir Madrasah Al-Hashimiah. Rata-rata ibu-bapa berasa amat gembira dan memberikan respon yang baik terhadap perubahan pada anak-anak selepas mengikuti program dengan menaipkan ucapan terima kasih kepada urusetia dan fasilitator sehari selepas program berlangsung.






Tuesday, November 24, 2015

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

BALING- 23 Nov 2015

Bagi sesetengah masyarakat yang masih ingat di saat hayatnya As Syahid Ustaz Ibrahim Libya, kata-kata keramat beliau agar generasi akan datang mempertahankan insititusi Madrasah islahiyah Memali. Inilah nilai istiqamah yang disemai oleh As Syahid bagi anak-anak muda dan kanak-kanak yang biasa menerima asuhan dan didikan beliau.

Namun era perang Dingin di saat dunia menerima pengaruh global yang membuta tuli menentang komunisme sehingga mengaitkan amalan beragama masyarakat Memali sebagai ganas dan berunsur komunis sehingga mengakibatkan tragedi berdarah Memali pada tahun 1985 dahulu.
Dewan pemuda PAS Kedah sempena meraikan 30 tahun tragedi bersejarah yang utuh terpahat di minda balu, anak dan jiran mangsa telah mengadakan Program Memperingati 30 tahun Syuhada Memali bertempat di Madrasah Islahiah Diuniah Memali Baling pada 19 November pagi hinggalah 20 November malam.

Program diisi dengan Majlis Ihtifal Madrasah Islahiah dan kali ini disambut oleh segenap pemuda Islam negeri Kedah.
Sukan sukeneka pula diadakan pada petang 18 November yang diserikan juga dengan program Sembang Petang bersama Muslimat PAS bersama YB Dato’ Ustazah Aisyah Hj Ghazali dan Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd..

Pada malamnya diadakan ceramah umum oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS, Haji Azmi bin Abd Hamid Presiden MAPIM serta YB ustaz Mohd Azam Abd Samat selaku Ketua Pemuda PAS Kedah mengimbau sejarah perjuangan memartabatkan islam oleh As Syahid Ibrahim Libya yang pernah mengeluarkan idea penubuhan Pusat Islam Malaysia suatu ketika dahulu.

“ Kami cuba mempelbagaikan program agar masyarakat mengenali tradisi kuat beragama masyarakat Memali dan lebih kepada meperomosi semangat istiqamah para pejuang islam di Memali. Konvoi motor anak muda adalah antara program yang pada pandangan kami mampu menggamit hati anak muda agarterpaut hati dengan kampung Memali”, jelas Ustaz Ahmad tarmizi Sulaiman selaku Pengarah Program ini sambil memperomosi Dana Pembinaan Kompleks PAS Baling yang boleh disalurkan melalui Dewan pemuda PAS Kedah.

Selain kuliah Dhuha dan kuliah Maghrib, sambutan ini ditamat dengan acara kemuncak pidato oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang juga meraikan balu dan anak-anak syuhada dengan penyampaian cenderahati khas.

Sambutan ini mencakupi majlis ilmiah kerana disediakan juga pameran sejarah peristiwa Memali, pameran kepedulian ummah - MAPIM, Pameran daripada Muassasah Darul Ulum dan PASTI Negeri Kedah. Malah Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah merasmikan Buku Koleksi Emas Doa dan Amalan Ulama’ Kedah untuk diamalkan oleh para anak muda.

“Kami mendoakan agar ruh para syuhada’ dicucuri rahmat serta semnagat menggemilangkan islam diteruskan oleh anak muda negeri Kedah amnya” tambah Ahmad Tarmizi menutup bicara.







Friday, November 06, 2015

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

SUNGAI PETANI - 6 November 2015

Jabatan Amal akan mengadakan projek amal membaiki rumah di Kampung Sungai Emas Kota Kuala Muda dalam masa terdekat. Justeru Jabatan Amal Sungai Petani masih memerlukan dana sekitar RM 1000 untuk penyediaan bahan-bahan pembinaan rumah kos rendah.

Hal ini rentetan beberapa siri bantuan Jabatan Amal dan Pemuda PAS Sungai Petani di sekitar Kuala Muda awal Ramadhan yang lalu dan didapati beberapa kes ibu tunggal, kes ketua rumah sakit kronik (si bapa) dan penanggung anak OKU yang memerlukan kso yang agak tinggi bagi mereka yang hanya bekerja kampung.



Rumah berkenaan kini separa siap dan masih menunggu dana untuk diseesaikan.

“ Kami memohon dan merayu para dermawan sekitar negeri Kedah untuk membantu menyalurkan bantuan kepada projek ini yang bukan sahaja tamat di sini sebaliknya banyak lagi rumah-rumah dhoif akan kami bantu dengan kepakaran sebahagian besar anggota Jabatan Amal Sungai Petani” ulas Mohd Izzwan ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani merangkap penasihat projek ini.

Pihak dermawan boleh menghubungi :

En Huzairi (Bendahari ) : 013-5083792 atau En Khairul (Ketua Amal) : 012-5976511


Atau salur terus ke Bank Islam Pemuda PAS Sungai Petani : 02020010059108

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)