Tuesday, November 24, 2015

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

BALING- 23 Nov 2015

Bagi sesetengah masyarakat yang masih ingat di saat hayatnya As Syahid Ustaz Ibrahim Libya, kata-kata keramat beliau agar generasi akan datang mempertahankan insititusi Madrasah islahiyah Memali. Inilah nilai istiqamah yang disemai oleh As Syahid bagi anak-anak muda dan kanak-kanak yang biasa menerima asuhan dan didikan beliau.

Namun era perang Dingin di saat dunia menerima pengaruh global yang membuta tuli menentang komunisme sehingga mengaitkan amalan beragama masyarakat Memali sebagai ganas dan berunsur komunis sehingga mengakibatkan tragedi berdarah Memali pada tahun 1985 dahulu.
Dewan pemuda PAS Kedah sempena meraikan 30 tahun tragedi bersejarah yang utuh terpahat di minda balu, anak dan jiran mangsa telah mengadakan Program Memperingati 30 tahun Syuhada Memali bertempat di Madrasah Islahiah Diuniah Memali Baling pada 19 November pagi hinggalah 20 November malam.

Program diisi dengan Majlis Ihtifal Madrasah Islahiah dan kali ini disambut oleh segenap pemuda Islam negeri Kedah.
Sukan sukeneka pula diadakan pada petang 18 November yang diserikan juga dengan program Sembang Petang bersama Muslimat PAS bersama YB Dato’ Ustazah Aisyah Hj Ghazali dan Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd..

Pada malamnya diadakan ceramah umum oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS, Haji Azmi bin Abd Hamid Presiden MAPIM serta YB ustaz Mohd Azam Abd Samat selaku Ketua Pemuda PAS Kedah mengimbau sejarah perjuangan memartabatkan islam oleh As Syahid Ibrahim Libya yang pernah mengeluarkan idea penubuhan Pusat Islam Malaysia suatu ketika dahulu.

“ Kami cuba mempelbagaikan program agar masyarakat mengenali tradisi kuat beragama masyarakat Memali dan lebih kepada meperomosi semangat istiqamah para pejuang islam di Memali. Konvoi motor anak muda adalah antara program yang pada pandangan kami mampu menggamit hati anak muda agarterpaut hati dengan kampung Memali”, jelas Ustaz Ahmad tarmizi Sulaiman selaku Pengarah Program ini sambil memperomosi Dana Pembinaan Kompleks PAS Baling yang boleh disalurkan melalui Dewan pemuda PAS Kedah.

Selain kuliah Dhuha dan kuliah Maghrib, sambutan ini ditamat dengan acara kemuncak pidato oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang juga meraikan balu dan anak-anak syuhada dengan penyampaian cenderahati khas.

Sambutan ini mencakupi majlis ilmiah kerana disediakan juga pameran sejarah peristiwa Memali, pameran kepedulian ummah - MAPIM, Pameran daripada Muassasah Darul Ulum dan PASTI Negeri Kedah. Malah Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah merasmikan Buku Koleksi Emas Doa dan Amalan Ulama’ Kedah untuk diamalkan oleh para anak muda.

“Kami mendoakan agar ruh para syuhada’ dicucuri rahmat serta semnagat menggemilangkan islam diteruskan oleh anak muda negeri Kedah amnya” tambah Ahmad Tarmizi menutup bicara.







Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)