Tuesday, December 29, 2009

Gambar kenduri


Takat ni la nak buh gambar pun...apa pun syukur semua selamat. Moga Allah berkati semua yang berlaku ini. Blog baru berkenaan keluarga saya akan diterbitkan. Insya Allah

Sunday, December 27, 2009

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. -TAKBERNAMA

http://biaqpila.blogspot.com

Negara dalam Bahaya Implikasi Amalan Rasuah

Negara dalam Bahaya
Implikasi Amalan Rasuah

1. Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .

2. Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .


5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar
S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya .

Friday, December 25, 2009

Sejauh mana Barisan Nasional menghargai ulama’ ?

Sejauh mana Barisan Nasional menghargai ulama’ ?

Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 Hijriah Malaysia diberikan kepada Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi. Pertemuan 20 minit Dr Yusuf dengan Perdana Menteri dihebahkan sebagai tanda aras bahawa BN adalah parti yang menghargai sumbangan besar para alim ulama’.

Saya berpendapat Pengerusi Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia itu sedar dan peka dengan nasib malang alim ulama’ di Malaysia. Walaupun pada akal dangkal kita menganggap bagaimana Dr Yusuf Al Qaradhawi mampu mendapat maklumat tempatan daripada blog berbahasa melayu di Malaysia, namun sebagai ulama’ antarabangsa, akses maklumat beliau merentasi negara dan bahasa.

Pada saya pemberian buku Fiqh Jihad oleh Al Qaradhawi kepada Najib adalah satu nasihat terbuka kepada beliau. UMNO selaku parti sekular telah lama memanipulasikan aspek jihad sehingga ia sinonim dengan semangat keganasan, bersalah atau pelampau. Inilah label terhadap PAS dan ulama’nya yang diberi oleh UMNO sejak awal lagi.

Dr Yusuf juga pasti sedar betapa institusi fatwa di Malaysia hanya dijadikan mainan tanpa diberi perhatian penataran legitimasinya. Fatwa diperlekeh dan ulama yang lantang menegur kemungkaran akan dipecah, digam dan dihambat seperti ayam daripada aktiviti dakwah mereka.

Walaupun dinyatakan Ulama besar ini ada menasihati kerajaan Malaysia agar mengekalkan kefahaman Islam yang baik di kalangan rakyat, hakikatnya UMNO pelru malu dengan diri sendiri apabila menerbitkan ajara sesat Islam Hadhari sebelum ini.

UMNO menunggang ulama’ untuk kepentingan mereka. Lihat sahaja bagaimana Buku Hadharah Islamiyyah (Tamadun Islam) yang dikarang oleh Dr ramadhan Al Buti begitu mudah diterjemah kepada Islam Hadhari (Islam tamadun) dan dijadikan bacaan wajib bagi pelajar KISDAR/KUIS pada suatu masa dahulu. Kelab-kelab slam Hadhari ditubuhkan untuk menyaingi Persatuan Mahasiswa Islam kampus-kampus yang sekian lama menyebarkan dakwah di kampus.

Jabatan Perdana Menteri pernah menerbitkan Mastika hadis sebagai buku rasmi Hadis terbitan kerajaan. Hakikatnya sekian banyak hadis –hadis yang dihimpun oleh kerjaan itu dilanggar mudah oleh Dr Mahahir suatu ketika dahulu.

Bagi saya, penganugerahan Tokol Maal Hijrah kepada Dr Yusuf sama sahaja seperti sambutan Musabaqah Al Quran tahunan di Malaysia. Bacaan lantang dan khusyuk tetapi ‘haram’ tidak dipandang oleh para menteri malaysia. Mungkin penganugerahan ini boleh mengurangkan malu Malaysia apabila memilih hero Hindustan ‘Shah Rukh Khan’ sebagai penyandang gelaran dato’ tanpa UMNO sedar nilai estitika dan maruah gelaran Dato’ yang diwarisi sejak kesultanan Melayu silam.

Saya rasa, jika Najib membaca sebahagian buku-buku Dr Yusuf, mungkin tidak tergamak beliau memanggil Tokoh Ulama’ besar ini hadir untuk menerima anugerah dari sebuah kerajaan yang anti ulama’.

Tidak ada satu indikator UMNO menobatkan ulama’. Rakyat tidak perlu tiba-tiba menjadi terkesima menganggap Najib sebagai pencinta ulama’. Ingat, ulama’ dan pencinta ulama’ isteri mereka menutup aurat.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ajk Dewan Pemuda PAS Gopeng

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368

Friday, December 18, 2009

Persiapan kenduri saya....perjuangan saya...

Hari ini betul-betul sibuk sebab menguruskan kenduri pernikahan saya (sebelah lelaki) di Pulau Pinang.

Saya mungkin gagal menghadiri Konvensyen Blogger PAS Pusat kerana masih belum stabil proses pemindahan barang dan pengurusan tempat kerja baru saya di Taping.

Namun begitu saya ada menerima SMS untuk menghadiri mesyuarat khas pemuda PAS Gopeng hari isnin ini. Pada saya mesyuarat ini adalah tasyji' (motivasi) saya sejurus selepas perkahwinan agar terus konsisten.

Saya berterima kasih dengan kunjungan Ustaz Fauzi (YDP PAS balik Pulau) bersama Cikgu taufik (Dewan Harian PAS BP) sebentar tadi kerana mereka tidak dapat menhadiri majlis saya eso. Sebenarnya esok ramai pemimpin Pakatan Rakyat tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Pusat.

Speaker Pulau Pinang YB halim telah berkunjung ke rumah kerana tidak dapat hadir esok. YB Yusmadi (Ahli parlimen BP) juga memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan kerana konvensyen yang sama.

Ayah saya juga menerima surat daripada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana tidak dapat hadir ke majlis saya esok. Terima kasih YAB...

Sebelum ini YB Mujahid juga awal-awal menyatakan tidak dapat hadir kerana konvensyen tersebut. Ucapan saya ialah " terus perjuangan kalian...jadikan Konvensyen sebagai asas perlestarian perjuangan membela rakyat"

Doakan majlis kami esok.....

Muhammad Nuruddin Bashah

Wednesday, December 09, 2009

Dulu UMNO hina ibadah Khatan

DAP buat pertama kali dalam sejarah telah menganjurkan majlis bersunat berama-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada Islam dan terbukti perjuangan parti tersebut untuk semua bangsa dan agama,” kata Setiausaha DAP Perak

Dahulu sekitar tahun 1990an, semasa Angkata Perpaduan Ummah dan DAP sedang bangkit, UMNO menghina agama sendiri demi untuk menentang pembangkang.

UMNO menakutkan rakyat, jika mengundi PAS, orang Cina di Kelantan akan kudung kemaluan!

hari ini ada NGO dan pihak liberalis menghina Islam, syariah, poligami dan Hadis Nabi. Siapa bersalah?

Siapa yang menanam benih penghinaan terhadap Islam kalau bukan umat Islam sendiri yang berorganisasi atas nama UMNO..

Lihat, kini DAP, yang kelihatan suatu entiti Cina kini bersama meraikan ibadah khatan bersama rakyat sendiri.

Soal mereka ingin bodek melayu itu kisah lain...

Yang penting pernah kah MCA dan MIC buat begitu kepada anak-anak melayu UMNO?

Jelas, UMNO pernah menghina aktiviti khatan demi membelasah PAS.....pendek benar akal UMNO zaman itu...


Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan di Perak

TERKINI!!

Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan

Anjuran SmartCom Consultancy yang diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon

B. Eng (Hons), M.Sc (Eng) USM

Pada 18,19 dan 20 Disember 2009

Di Institut Latihan GPMS

Kg Seri Rahmat, Batu Gajah Perak

Jika anak anda ada masalah-masalah seperti malas belajar, malas solat, tiada kawan, buang masa, suka hiburan melampau, kurang kenyakinan diri…

Hubungi kami melalui talian

019 2826743, 019 5747231 (En. Nazrin)

Serahkan anak anda yang berumur 10-15 tahun kepada kami….kita berusaha Allah menentukan.

Kenali Motivator Anda.

Radzi Bin Zainon

Ø¢· Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Kejuruteraan di USM

Ø¢· Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh Perak (1996)

Ø¢· Tutor Sambilan USM Tronoh Perak (1997-1998)

Ø¢· Penolong Pensyarah Sambilan, UTP Seri Iskandar Perak (1997-1998)

Ø¢· Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Kejuruteraan, Kolej UNISMA Ioh Perak (1998-2002)

Ø¢· Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002)

Ø¢· Pengarah Syarikat, Rapat Dagang Sdn Bhd (1999-2002)

Ø¢· Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007)

Ø¢· Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara.

Ø¢· Pendakwah Bebas

Ø¢· Pengamal perkhidmatan Jurutera Profesional.

# beliau juga merupakan calon bagi N43 Sungai Rapat dan kini meneruskan kerja amal terhadap rakyat melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, Gopeng.

Saturday, December 05, 2009

Bila PAS sokong perokok?

Siapa kata PAS tidak perjuangkan pengharaman rokok? malah ada suara nakal selalu memperlekeh PAS parti ulama' dan ustaz rokok.

Saya terlihat satu notis di Markaz Utama PAS Perak di Taiping, yang menyeru ahli PAS meninggalkan rokok. Disertakan juga beberapa tandatangan pemimpin, ulama, pakar perubata dan pegawai kerajaan negeri Kelantan. Antara yang menyokong kempen anti rokok PAS ialah Husam Musa sendiri.

Ada juga petugas Islam kampus yang telah keluar ke alam pekerjaan, tidak berminat menyertai PAS kerna ramai ahli PAS merokok, sedangkan tanzim/gerakan Islam mereka di kampus melarang sama sekali ahli merokok! Malah jika merokok boleh diambil tindakan buang jamaah. PAS pula?

Tiada gerakan Islam yang restu ahlinya merokok. Tetapi PAS adalah gerakan ISlam terbesar dan paling menyeluruh di Malaysia. PAS menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertai PAS kerana pendaftaran keahlian PAS sama sahaja seperti Parti Politik lain yang berdaftar.

Malah jika difikir secara mendalam, melalui PAS lah pengislahan perokok mudah berlaku kerana mereka tidak mengabaikan perokok.

Dalam siri kuliah, tamrin, ijtima' dan liqa' al fikr, selalu sahaja pemimpin PAS menyelar perbuatan tersebut tanpa bertindak menghamun si perokok.

Lihat sahaja beberapa kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz...

Lihat juga cadangan ADUN di Kelantan berkenaan sekatan yang perlu dilakukan kepada ADUN yang merokok.

Lihat juga notis-notis yang saya sebut sebelum ini...

Jika memerintah Malaysia, tidak mustahil budaya merokok boleh dikekang lebih luas kerana ada usaha PAS menyentuh isu ini.

Friday, December 04, 2009

Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf.

Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf.

Benar, wang bukan segala-galanya. Perjuangan Pakatan Rakyat bukan untuk merebut wang, tambahan pula parti seperti PAS yang lebih berhasrat membina masyarakat yang adil, bermoral dan mengutamakan sahsiah berbanding pandangan materialistik semata-mata.

Namun begitu, sejurus sahaja menerima amanat rakyat untuk mentadbir di 5 buah negeri Pakatan Rakyat(PR), parti-parti PR mesti memikul obligasi mengurus kewangan dan ketelusan agensi kerajaan negeri untuk menerbitkan momentum ke arah negeri yang adil, bermoral serta menyenangkan rakyat.

Justeru, ekonomi merupakan nadi kuat untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan sejahtera.

Allah mengajar kita,

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka...” ( Surat al-Nisa’, ayat 29)

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)

Kuasa (sultoh) adalah kegunaan untuk mentadbir dan mengurus (as siyasah). Kuasa ini dinyatakan dalam Islam sebagai punca keharmonian hidup. M. Quraish Shihab , mengatakan “Pada dasarnya, pembahasan aspek hukum Islam yang bukan termasuk kategori aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, boleh disebut sebagai aspek muamalat. Ekonomi dan ikhtisas (muamalat) adalah suatu materi yang diurus (siyasah) oleh para pemimpin untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam Islam sejahtera bermaksud menjurus juga penundukan kepada Allah.”

PAS berpakat dengan komponen lain Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR adalah disebabkan sikap optimis parti-parti berkenaan terhadap ekonomi yang adil untuk kesejahteraan rakyat, sejajar dengan matlamat PAS dan Islam.

Lihat, dalam beberapa bulan sahaja (bermula Mac 2008 hingga Disember 2008), terbukti Pulau Pinang berjaya dianjak ke satu tahap selamat ekonominya melalui kesepaduan integriti dan akauntabiliti pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah.

YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malah termaktub juga dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.

Di samping Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara juga meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga berada pada tahap yang amat memuaskan. Rentetan laporan ini, YAB Khalid Ibrahim (Menteri Besar) berkata Pakatan Rakyat telah meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Mari kita teliti sendiri Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2008 (mukasurat 7 bermula bab Analisis Kewangan Kerajaan Negeri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Pada tahun 2008, perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya berkurangan sejumlah RM35.41 juta atau 11.1% daripada anggaran diluluskan. Pengurangan perbelanjaan ini berpunca daripada dasar penjimatan Kerajaan Negeri dan keutamaan kepada perbelanjaan untuk rakyat atau dasar people centric (perkara ini dinyatakan secara jelas dalam laporan berkenaan).

Baki Kumpulanwang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 2008 adalah berjumlah RM302.29 juta dengan peningkatan sejumlah RM94.24 juta berbanding pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM208.05 juta.

Kumpulanwang Pembangunan pula diwujudkan mengikut Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966 (Akta 70). Punca kewangan bagi Kumpulanwang ini terdiri daripada caruman Akaun Hasil, Terimaan Pemberian dan Pinjaman Dari Kerajaan Persekutuan dan juga Terimaan Bayaran Balik Pinjaman dari Agensi Kerajaan Negeri. Wang dalam Kumpulan wang ini hanya boleh dibelanjakan untuk maksud seperti yang ditentukan dalam Akta tersebut. Pada akhir tahun 2008, Kumpulanwang Pembangunan telah mencatat lebihan sejumlah RM87.43 juta berbanding lebihan sejumlah RM22.89 juta pada tahun 2007. Lebihan ini berpunca daripada penerimaan berjumlah RM239.37 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM151.94 juta. Dengan lebihan ini, baki terkumpul Kumpulanwang Pembangunan pada akhir tahun 2008 meningkat menjadi RM189.76 juta berbanding RM102.33 juta pada tahun 2007.

Pada keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2008 adalah baik. Baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah dengan lebihan sejumlah RM88.02 juta atau 23.6% menjadikan lebihan terkumpul berjumlah RM461.61 juta. Hasil yang dikutip pada tahun 2008 telah meningkat sejumlah RM75.28 juta atau 25.4% berbanding tahun 2007 iaitu daripada sejumlah RM295.86 juta menjadi RM371.14 juta. Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan juga telah meningkat sejumlah RM178.45 juta atau 21.1% menjadi RM1,025.90 juta pada tahun 2008 berbanding RM847.45 juta pada tahun 2007. Dengan kedudukan kewangan yang baik, Kerajaan Negeri berupaya untuk memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Lihat satu contoh negeri di bawah tadbiran UMNO-BN.

Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor 2008 (mukasurat 7) pula, Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan WangDisatukan Kerajaan Negeri Johor telah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56 juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara lain disebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisit berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007.

Pada akhir tahun 2008, baki Akaun Pinjaman Disatukan telah meningkat sejumlah RM1.32 juta atau 25.6% menjadi RM6.47 juta berbanding baki pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM5.15 juta. Peningkatan ini disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Johor telah menerima pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM182.11 juta. Selepas membiayai bayaran projek Perumahan Awam Kos Rendah dan enam projek baru berjumlah RM180.79 juta, akaun ini mempunyai baki berjumlah RM6.47 juta.

Pada tahun 2008 walaupun Johor berjaya mencatat peningkatan sejumlah RM 32.76 juta, Johor masih menanggung defesit Akaun hasil Disatukan sejumlah RM70.35 juta (21%) menjadikan defesit terkumpul sebanyak RM405.37 juta berbanding RM335.02 juta pada tahun 2007. Jabatan Audit Negara juga menyarankan Johor memperkukuh prestasi kewangannya supaya pendapatannya cukup menampung keperluan pengurusan negeri dan rakyat. Johor juga dinasihatkan berhemat dan berjimat dalam berbelanja tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

Bagaimana pula Johor menjayakan RMK ke-9 sebelum ini? Analisis Audit menunjukkan prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah antara 17.3% hingga 70.4%. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah pada tahap 42.3% di mana sejumlah RM581.12 juta daripada RM1,372.69 juta telah dibelanjakan pada akhir tahun 2008.

Pulau Pinang pula menunjukkan pencapaian pada tahun 2008 daripada RM162.53 juta yang telah diperuntukkan bagi sembilan Jabatan, sejumlah RM151.94 juta atau 93.5% telah dibelanjakan. Kebanyakan jabatan kerajaan negeri berjaya mencapai target 80% ke atas untuk merealisasikan peruntukan wang Rancangan Malaysia ke-9 berbanding Johor yang hanya sekitar 50% sahaja.

Sebenarnya pengurusan ekonomi berhemah bukan hanya dicetuskan oleh PR di Pulau Pinang, malah telah lama dilaksanakan oleh PAS di Kelantan sejak tahun 1990 lagi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya mengurangkan hutang negeri terhadap kerajaan persekutuan sebanyak RM204 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak 1990. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa pernah berkata, hutang Kelantan pada 1990 adalah sebanyak RM718 juta (warisan UMNO).

Semua negeri yang dikuasai BN mempunyai tunggakan hutang yang lebih banyak daripada Kelantan. Menurut data Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006, Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta). Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum ke-11, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.

Saya pernah menulis artikel berkenaan rancangan ekonomi kerajaan BN yang tidak menyebelahi rakyat. Terdapat beberapa kritikan terhadap tulisan berkenaan terutama dari sudut ‘bukti’ bagaimana PR sendiri berjaya mengurus kewangan. Sekarang jelas, Jabatan Audit Negara yang bukannya ‘orang PR’ telah mengadili keadaan dan mengiktiraf usaha PR mengurus perbelanjaan negeri secara berhemat.

Saya juga ingin berkongsi rekod kejayaan ekonomi kerajaan PR di Perak walaupun kerajaan adil ini diguling secara biadab oleh BN.

Menurut Sumber Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 31 Oktober 2009, Perak di bawah 10 bulan pemerintahan pakatan Rakyat berkaya membekalkan subsidi air sebanyak 20 meter padu kepada rakyat di mana tiada subsidi oleh BN sebelumnya. Tabung Khas Kebajikan ditubuhkan untuk OKU, ibu tunggal dan pesakit kronik di Perak. Bantuan kebajikan masyarakat dinaikkan kepada RM 400 daripada kadar asal pemberian BN iaitu RM 200 sahaja. Skim Takaful Kifalah juga diwujudkan untuk menyumbang RM 1000 kepada warga emas berusia 65 tahun.

Kutipan cukai Perak selama 10 bulan tersebut meningkat sebanyak 17.8%, manakala kutipan zakat meningkat sebanyak 39.7%. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4%, hasil hutan meningkat 150% !!

Pengurusan kewangan berhemat ditonjol oleh YAB Ir Nizar dan pimpinan PR melalui pengurangan hampir 50% bagi bajet Sambutan Majlis Keraian. Jamuan rasmi makan pula hanya memperuntuk RM 15 seorang berbanding amalan BN sebanyak RM 45 seorang. Kerajaan Perak juga mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri iaitu garis panduan bagi perbelanjaan secara berhemah dan langkah mengurangkan perbelanjaan awam yang perlu dipatuhi oleh setiap jabatan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata (Bernama 11 November 2008) antara kandungan pekeliling itu ialah kawalan elaun lebih masa bagi kakitangan kerajaan negeri, penjimatan ulitili seperti arahan menutup lampu ketika rehat, waktu pemasangan pendingin hawa dan penggunaan bekalan pejabat seperti kertas dan pembelian surat khabar. Cadangan pengubah suaian pejabat atau penyewaan bangunan pejabat baru dan lawatan sambil belajar atau lawatan keluar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak dan projek perlu mendapat kelulusan pegawai kewangan negeri.

Bandingkan dengan Perak semasa berada di bawah BN. Menurut Laporan Penyata Kewangan Perak, Jabatan Audit Negara 2006, Kerajaan Negeri tidak stabil pada tahun 2006. Akaun Hasil telah mengalami defisit sejumlah RM23.58 juta yang mengakibatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan berkurangan kepada sejumlah RM535.08 juta atau 4.4% pada akhir tahun 2006. Kerajaan Negeri digesa untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha menambahkan sumber pendapatan serta memungut tunggakan hasil berjumlah RM193.62 juta dan menuntut tunggakan pinjaman daripada Yayasan Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Majlis Daerah Perak Tengah berjumlah RM26.67 juta.

Bagi negeri Terengganu yang bernaung di bawah BN pula, walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta). Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang. Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut. Justeru, Jabatan Audit menyarankan , kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1980an dan awal 90an), PAS dan Parti Pembangkang diperlekeh serta dianggap retorik apabila bercakap soal pemerintahan dan pengurusan ekonomi. Malah, pembangkang langsung tidak diletakkan sebagai satu ‘kasta’ dengan BN dalam hal kemahiran mentadbir seolah-olah ditakdirkan pembangkang di Malaysia dibarisi oleh manusia bodoh. Tidak seperti Parlimen Britain di mana pembangkang dianggap berpotensi bila-bila masa sahaja untuk menggantikan kerajaan serta diyakini oleh rakyat sebagai mahir mentadbir. Tiada istilah ‘hanya kerajaan mampu mengurus ekonomi’ atau ‘hanya kerajaan mampu menstabilkan keharmonian’.

Bagi negara demokrasi, sesiapa yang mampu merealisasikan hasrat rakyat, mengurus harta rakyat dengan baik, merekalah yang paling layak memegang Parlimen negara.


Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Politik DPP Pusat


Wednesday, December 02, 2009

Ruang maklumat baru Pakatan Rakyat

Jom baca dan terima maklumat daripada web Era Pakatan

http://erapakatan.com/

Marhalah Tanfizd dalam PAS, bertuah kepada yang melaluinya

Program tarbiah sering menjadi topik kepada individu yang ingin menjadi 'baik', bermanfaat atau lebih baik daripada sebelumnya. Apabila PAS termasuk dikalangan jamaah yang ada, semestinya ada juga terbit topik apakah bentuk program tarbiah PAS?

Semalam selepas saya selesai berijtima' Tarbawi PAS Gopeng di markaz kawasan, saya menerima surat jemputan ke program Seminar Penerangan Menghadapi Pilihanraya pada 6 Disember ini di Taiping. malam tadi juga saya sedar saya telah dilantik sebagai Setiausaha Penerangan MTD Sg Rapat Parlimen Gopeng. Jadi saya wajib hadir. Saya menerima perlantikan dengan hati terbuka kerana penyertaan saya dalam mana-mana sektor, lajnah atau apa sahaja dalam parti mengabsahkan saya untuk berada dalam pelbagai program tarbiah parti!

Seminar penerangan tersebut adalah tarbiah, di mana saya akan diajar semula konsep penerangan (walaupun sebelum ini saya pernah memegang Setiausaha Penerangan PAS P.Pinang), akan ditekankan konsep kesepaduan amal kerja, prioriti isu, ukhuwah dan semestinya saya akan lebih taaruf dan tafahum dengan ahli PAS lain. Inilah tarbiah dan kita wajib lalauinya walau sehebat mana pun persepsi orang terhadap kita (seperti pesanan Dr Fathi yakan).

Sehari sebelum seminar tersebut saya akan menghadapi Taklimat dan Seminar Pemerkasaan Kelab Penyokong PAS Perak dan program ini saya adalah antara penganjurnya. dalam program sebegini, tarbiah keterbukaan dan dakwah terhadap kaum bukan Islam akan diterapkan. Bukan mudah kita memahami tarbiah ini jika tidak berada dalam Lajnah Perpaduan Nasional.

Semalam, saya juga dimaklumkan saya diminta mewakili PAS Gopeng menyertai Bengkel Blogger PAS di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti iaitu sehari selepas kenduri nikah saya di Pulau Pinang.

Ilmu tarbiah blogger ini akan disalur pula kepada PAS kawasan saya nanti. Semoga semangat da tekad semakin kuat walaupun ada banyak progra perlu diselesaikan sebelum dan selepas kenduri nikah saya. Dan piawaian istiqamah dan istimrar kita akan dinilai sebelum dan selepas perkahwinan kita kelak.

Pekerja dan petugas jamaah yang telah bekerja akan sedar, betapa tarbiah yang parti berikan kepada kita buka lagi dalam bentuk 'lecturing' semata-mata.

Tarbiah secara onseptual dan ritual masih diteruskan, tamrim dan usrah adalah perkara asasi. Namun begitu penyertaan kita ke bengkel-bengkel, seminar, taklimat dan ijtima' adalah sau proses tarbiah tanfizd yang telah digembar gemburkan dalam tarbiah mahasiswa di kampus. Kepada yang aktif di kampus tetapi tidak mahu terlibat dalam lapangan sebenar kemuncak jamaah, mereka hanya termati di marhalah taarif da takwin sahaja. Tanfizd inilah yang paling sukar kerana marhalah perlaksanaan ini memerlukan kita cakna da terima bentuk tarbiah 'indirectly', senyap dan menyeluruh. Tanfizd dalam parti tisak sama dengan tanfizd di kampus yang berbentuk praktikal di alam kampus sahaja.

Semenjak di dalam parti, saya masih berjaya mengaut sejumlah besar tarbiah saqafiyyah, talimiyah dan sebagainya yang berbentuk konsep dan teori. Dalam masa yang sama, saya dibenarkan menyertai pelbagai tarbiah tanfizd disamping digesa mengharungi /melawan kehendak naluri untuk menjadi 'malas', 'ego' atau 'jemu' dalam melakukan sesuatu kerja jamaah.

Jika anda mampu berlapang dada sesama anggota gerakan, menerima kelemahan merek dan mengambil kebaikan dan kemahiran mereka, bersabar dengan kemunduran fikrah sahabat sepjamaah, itulah petanda anda memahami tarbiah dalam PAS. Inilah tarbiah adab da sikap yag paling sukar dilalui oleh anggota petugas parti walapun hebat di kampus dahulu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Amilin PAS Gopeng

Tuesday, December 01, 2009

Golongan Profesional dan PAS, kini signifikan

Tujuan saya menyertai dunia kejuruteraan adalah untuk menjadi sebahagian daripada kalangan mereka di bawah ini...

Bagus ditakdirkan menyertai PAS dan bergerak melalui jamaah. Lebih bertuah lagi jika kepakaran kita dalam teknologi kelak memberi manfaat dan kekuatan kepada Jamaah kita dan ummah umumnya.

Insya Allah

Muhammad Nuruddin Bashah

Golongan profesional setuju 'Umno busuk hingga ke usus'



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Para peguam, doktor dan jurutera dalam PAS mengesahkan mereka menyertai parti Islam itu kerana tahu Umno sememangnya busuk sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian lagi.

Mereka mengulas tulisan Mahathir dalam blognya yang mendakwa ada bekas pemimpin kanan Umno yang mendakwa "Umno kini busuk sehingga ke ususnya" (Umno is rotten to the core) ekoran amalan rasuah dalam parti itu.

Bagi Mahathir, pandangan itu kini sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga.

Mahathir juga berkata, akibat dari pendapat sebegin,i hanya mereka yang kurang cerdik sahaja menyertai Umno manakala yang cerdik dan profesional menyertai PAS.

"Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli Umno. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen," tulis Mahathir.

(Hanipa - peguam)

Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam yang menyertai PAS berkata, dia menyertai PAS kerana dari dahulu lagi tahu Umno ini busuk dengan rasuahnya.

"Saya dah tahu Umno ini busuk sebelum Mahathir cakap. Zaman Mahathir Umno pun busuk," kata Hanipa yang kini adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS.

Hanipa menyokong PAS sejak belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa lagi. Beliau kemudiannya aktif dalam Pemuda PAS dan pernah menjadi Ketua Penerangan sayap PAS itu.

Turut bersama Hanipa kini adalah para peguam muda yang turut aktif dalam PAS.

Khalid Samad, seorang jurutera yang belajar di luar negara dan menyertai PAS sejak lewat 1980an dahulu juga bersetuju dengan pandangan Mahathir.

Beliau menyifatkan, tulisan Dr Mahathir itu sememangnya sudah boleh dijangka.

"Ia sememangnya sesuatu yang boleh dijangka kerana dasar perjuangan Umno hanya mampu menarik minat golongan yang sebegitu," kata Khalid kepada Harakahdaily.

Khalid menyertai PAS selepas PAS mengambil pendekatan kepimpinan ulamak lebih 20 tahun lalu. Bersama-sama dengan beliau, ramai sekali profesional yang menyertai PAS.

(Khalid Samad - jurutera)

Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja adalah bekas pensyarah perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia juga menyertai PAS kerana keyakinan beliau PAS adalah pilihan yang terbaik.

Bagi beliau, orang-orang yang cerdik kini mahukan satu perjuangan yang berlandaskan Islam dan PAS adalah pilihan terbaik dalam hal ini.

Mariah mula aktif dalam PAS sejak tahun 1990an lagi. Turut serta bersama beliau ketika menyertai PAS dahulu adalah ramai rakan-rakan doktornya.

Sebagaimana hujjah Dr Mahathir, Mariah memberikan lima sebab kenapa beliau memilih PAS dan tidak menyertai Umno yang sudah busuk sampai ke usus itu.

Pertama, bagi beliau, orang-orang yang cerdik akan memilih parti yang memperjuangkan Islam. PAS jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Islam.

Hujah kedua beliau adalah, perjuangan PAS yang dipimpin oleh ulama akan menyebabkan semua ahlinya sentiasa diperingatkan tentang matlamat akhir kehidupan.

Yang ketiga, hujjah beliau kenapa menyertai PAS adalah parti itu lebih terbuka dan demokratik di samping berprinsip.

(Mariah Mahmud - doktor)

"Bagi saya juga, berjuang di dalam PAS ini lebih memberikan kepuasan walaupun tiada ganjaran di dunia ini," katanya.

Hujjah Dr Mariah yang terakhir adalah, pemimpin PAS sentiasa terbuka dengan teguran dan sentiasa berlapang dada dengan ahlinya.

Di samping doktor, peguam dan jurutera yang disebutkan oleh Mahathir, PAS juga disertai oleh pelbagai pihak dari pelbagai profesyen kehidupan. Yang paling ketara adalah golongan ulama atau mereka yang belajar Islam secara rasmi.

Blogger perlu ada prinsip...blogger juga pendakwah...

Kick That Fella

Dec 1st, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama
dipetik dari: http://perakexpress.com/www/2009/12/01/kick-that-fellow/

Pada mulanya aku baca jugak blog Kickdefella. Walaupun pada mulanya, ada perkara-perkara yang aku rasa perlu diketengahkan, dan diselesaikan. Dan pada mulanya juga aku merasakan bahawa Kickdefella mempunyai sebab untuk marah. Tapi itu lebih dua minggu dulu. Sekarang aku rasa…Kickdefella mempunyai tujuan lain apabila mendedahkan salahlaku pengurusan PMBK.

Apa yang Kickdefella mahukan? Menyingkir Arifahmi?…dah selesai. Mahu membongkar rasuah? Sepatutnya Kickdefella buat lebih lama dulu. Semasa dia menerima gaji buta hampir lima ribu sebulan…tanpa perlu pergi kepejabat. Mahu membongkar rasuah-rasuah yang berlaku di PMBK?

Bongkar lah..aku setuju. Tapi sekarang sudah lain motif Kickdefella. Bila tengok blognya…ia tidak lagi berkisar tentang rasuah dan salah laku…tetapi tentang memburukkan Nik Aziz. Dan apa yang aku perhatikan, Kickdefella begitu licik memainkan peranan untuk menumbangkan Nik Aziz.

Kickdefella tidak menulis memburukkan Nik Aziz didalam posting, tetapi dia menulis melalui komen-komen. Dia menghentam Nik Aziz dan berselindung dibelakang nama-nama samaran diruangan komen. Perhatikan tukang-tukang komen diruangannya. Sebahagian besar daripada mereka bukan lah nama-nama yang biasa dilihat membuat komen dimana-mana blog.

Perhatikan juga didalam posting-posting lama Kickdefella. Bagi mereka yang biasa menerima komen spam, sudah biasa dengan cara ini. Orang yang sama membuat berpuluh-puluh komen dengan nada yang sama. Dan tujuan mereka didalam komen-komen blog Kickdefella ialah memburukkan Nik Aziz dengan kata-kata yang kesat.

Dulu ini kerja geng-geng cybertrooper Umno…sekarang Kickdefella dengan senang hati melepaskan komen-komen tersebut. Kickdefella bukan lagi penyokong Pas tetapi pengkhianat Pas kerana kepentingan diri. Semasa menerima gaji buta…semuanya bagus. Tetapi apabila gaji buta ditarik balik…semuanya buruk. Bagi aku…Kickdefella samalah dengan dengan Jamaludin, Osman ataupun Radzi. Pembelot apabila kepentingan diri tidak dipenuhi.

Kickdefella adalah lambang budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno bukan saja terdapat dalam PKR..DAP…malah budaya Umno juga sudah merebak luas didalam Pas. Dan tindakan Kickdefella ini nampaknya cuba mengalih perhatian ramai dari UG. Malah…tidak keterlaluan kalau aku katakan…tindakan Kickdefella ini seolah-olah mendapat restu puak-puak UG.

Sekarang orang tak peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin terhadap Hasan Ali. Tuan Ibrahim sudah jadi hakim coklat hacks. Semua perhatian tertumpu kononnya tentang rasuah dan kronisma didalam PMBK.

Aku bukan ahli Pas. Bukan juga penyokong fasal 3,4 dan 5 Perlembagaan Pas. Aku juga bukan penyokong rasuah. Malah ketika ditanya oleh seorang rakan blogger kepada aku, aku kata dua-dua patut disingkir. Arifahmi dan Kickdefella.

Tapi aku tentang Kickdefella kerana cuba menjatuhkan Nik Aziz. Nik Aziz perlu dijatuhkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Dan aku tentang Kickdefella kerana dia bukan lagi penyokong Pas atau Pakatan Rakyat…sebaliknya mahu menjahanamkan Pakatan Rakyat. Hanya kerana keinginannya untuk mendapat gaji buta sebanyak sepuluh ribu campur empat ribu ditolak.

Blog Kickdefella bukan lagi sebuah blog penyokong Pakatan Rakyat sebaliknya lebih merupakan landasan untuk menjatuhkan Nik Aziz.

This fellow deserved to be kicked.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)