Tuesday, December 01, 2009

Golongan Profesional dan PAS, kini signifikan

Tujuan saya menyertai dunia kejuruteraan adalah untuk menjadi sebahagian daripada kalangan mereka di bawah ini...

Bagus ditakdirkan menyertai PAS dan bergerak melalui jamaah. Lebih bertuah lagi jika kepakaran kita dalam teknologi kelak memberi manfaat dan kekuatan kepada Jamaah kita dan ummah umumnya.

Insya Allah

Muhammad Nuruddin Bashah

Golongan profesional setuju 'Umno busuk hingga ke usus'



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Para peguam, doktor dan jurutera dalam PAS mengesahkan mereka menyertai parti Islam itu kerana tahu Umno sememangnya busuk sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian lagi.

Mereka mengulas tulisan Mahathir dalam blognya yang mendakwa ada bekas pemimpin kanan Umno yang mendakwa "Umno kini busuk sehingga ke ususnya" (Umno is rotten to the core) ekoran amalan rasuah dalam parti itu.

Bagi Mahathir, pandangan itu kini sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga.

Mahathir juga berkata, akibat dari pendapat sebegin,i hanya mereka yang kurang cerdik sahaja menyertai Umno manakala yang cerdik dan profesional menyertai PAS.

"Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli Umno. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen," tulis Mahathir.

(Hanipa - peguam)

Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam yang menyertai PAS berkata, dia menyertai PAS kerana dari dahulu lagi tahu Umno ini busuk dengan rasuahnya.

"Saya dah tahu Umno ini busuk sebelum Mahathir cakap. Zaman Mahathir Umno pun busuk," kata Hanipa yang kini adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS.

Hanipa menyokong PAS sejak belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa lagi. Beliau kemudiannya aktif dalam Pemuda PAS dan pernah menjadi Ketua Penerangan sayap PAS itu.

Turut bersama Hanipa kini adalah para peguam muda yang turut aktif dalam PAS.

Khalid Samad, seorang jurutera yang belajar di luar negara dan menyertai PAS sejak lewat 1980an dahulu juga bersetuju dengan pandangan Mahathir.

Beliau menyifatkan, tulisan Dr Mahathir itu sememangnya sudah boleh dijangka.

"Ia sememangnya sesuatu yang boleh dijangka kerana dasar perjuangan Umno hanya mampu menarik minat golongan yang sebegitu," kata Khalid kepada Harakahdaily.

Khalid menyertai PAS selepas PAS mengambil pendekatan kepimpinan ulamak lebih 20 tahun lalu. Bersama-sama dengan beliau, ramai sekali profesional yang menyertai PAS.

(Khalid Samad - jurutera)

Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja adalah bekas pensyarah perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia juga menyertai PAS kerana keyakinan beliau PAS adalah pilihan yang terbaik.

Bagi beliau, orang-orang yang cerdik kini mahukan satu perjuangan yang berlandaskan Islam dan PAS adalah pilihan terbaik dalam hal ini.

Mariah mula aktif dalam PAS sejak tahun 1990an lagi. Turut serta bersama beliau ketika menyertai PAS dahulu adalah ramai rakan-rakan doktornya.

Sebagaimana hujjah Dr Mahathir, Mariah memberikan lima sebab kenapa beliau memilih PAS dan tidak menyertai Umno yang sudah busuk sampai ke usus itu.

Pertama, bagi beliau, orang-orang yang cerdik akan memilih parti yang memperjuangkan Islam. PAS jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Islam.

Hujah kedua beliau adalah, perjuangan PAS yang dipimpin oleh ulama akan menyebabkan semua ahlinya sentiasa diperingatkan tentang matlamat akhir kehidupan.

Yang ketiga, hujjah beliau kenapa menyertai PAS adalah parti itu lebih terbuka dan demokratik di samping berprinsip.

(Mariah Mahmud - doktor)

"Bagi saya juga, berjuang di dalam PAS ini lebih memberikan kepuasan walaupun tiada ganjaran di dunia ini," katanya.

Hujjah Dr Mariah yang terakhir adalah, pemimpin PAS sentiasa terbuka dengan teguran dan sentiasa berlapang dada dengan ahlinya.

Di samping doktor, peguam dan jurutera yang disebutkan oleh Mahathir, PAS juga disertai oleh pelbagai pihak dari pelbagai profesyen kehidupan. Yang paling ketara adalah golongan ulama atau mereka yang belajar Islam secara rasmi.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)