Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, October 28, 2012

Haji Mab-Beruk


Haji Mab-Beruk
Kata Ibnu  Al Manzur Mabrur berasal daripada istilah al-bir dalam kitab Lisan Al Arab iaitu kebaikan dan ketaatan.
Kata Imam Nawawi. Haji Mabrur ada tanda iaitu orang tersebut tidak lagi suka maksiat dan menjadi baik dari sebelumnya.
Kata ImamAl Ghazali , Tanda Haji mabrur adalah kembali dalam keadaan zuhud penuh berharap terhadap akhirat dan bersiap-siap bertemu pemilik kaabah.
Imam Sheikh Ali Al Khawwas pula tanda haji mabrur ia kembali dengan sifat mahmudah dan tidak berebut-rebut hal keduniaan (seperti sebelumnya)
Di Malaysia ramai balik haji…buka aurat…masuk TV
Ada yang menikah di Mekah menutup aurat..bila di tanah halal cepat-cepat buka aurat…
Ada yang balik Haji hina isteri Nabi…kata saya tidak hipokrit saya adalah saya pergi haji ke tidak saya tetap saya….
Ada yang pergi haji bodyguard keliling pinggang…
Balik masih zalim, menipou dan mengkhianati kepimpinan…
Haji mereka buka Haji Mabrur..itu Haji Mab-beruk
Muhammad Nuruddin Bashah

Saturday, October 27, 2012

Hudud sahaja diperjuang ….syariat Islam lain di mana?


Hudud sahaja diperjuang ….syariat Islam lain di mana?

Sekitar jam 3 pagi semalam (Pagi Raya Aidil adha) saya yang sedang bersiap untuk pulang ke kampong  terfikir suatu persoalan dan memerlukan jawapan yang segera untuk saya jadikan hujah.
Saya hanya teringat kepada Ustaz Nasrudin Tantawi (guru dalam talian)  sahaja untuk saya tanyakan ‘stand’ dan persepsi PAS dan Pemuda PAS Malaysia  berkenaan isu yang ingin saya utarakan.
SMS saya kepada beliau pagi itu berbunyi begini:
Salam ustaz, Al Qaradhawi ada menulis dalam kitabnya Masyarakat Islam Yang unggul bahawa Hudud bukan satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan social dan jenayah malah ia ada;ah juzuk daripada perjuangan syariat Islam. Malah Persatuan Ulama’ P.Pinang juga telah menganjurkan Seminar dan wacana berkenaan Hudud dan bersetuju Hudud adalah wajib tetapi bukan satau-satunya penyelesaian. Jadi apa pandangan PAS berkenaan persepsi umum yang mungkin menganggap PAS hanya membawa matlamat hudud seolah-oleh tiada  pakej lain. Kita (PAS) kaffah (berjuang secara holistik ) tetapi imej dan pembawaan mungkin perlu upgrade…Apa pandangan ustaz?...”
Ustaz menjawab SMS dan diterima sekitar jam 7.51 pagi raya.
“ Salam, benar hudud bukan satu-satunya penyelesaian. Bahkan ia satu penyelesaian yang dating dalam satu pakej syariat yang lengkap dann syumul. Kita pun tidak pernah menyebut hudud satu-satunya penyelesaian. Kita juga tidak hanya memperjuangkan hudud semata-mata. Sebab itu dalam perlembagaan PAS tidak menyebut perkataan hudud tetapi disebut sebagai (perjuangan menegak) Al Quran dan Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS. Rujuk perlembagaan Fasal 5(1) dan fasal 7(1). Hudud hanya undang-undang dalam aspek jenayah. Hanya melibatkan jenayah zina, curi, arak, murtad dan rompak. Namun ia suatu alternatif  yang muktamad kepada kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Ia juga perlu dilaksanakan sungguhpun aspeknya kecil. Sama seperti tayamum. Hanya ada 2 ayat tayamum dalam Al Quran. Namun ia wajib dilaksanakan sebagai alternatif apabila ketiadaan air atau anggota wudhuk uzur dan terhalang untuk sampai air. Menolak dan menafikannya tetap merosak dan menggugurkan iman. Walaupun nisbah yang kecil berbanding keseluruhan Alquran. Sebagaimana ia juga wajib ditegakkan sekalipun ia bukanlah satu-satunya penyelesaian dalam Islam. Persoalannya kita mesti melihat spesifik kes. Kalau kita nak cari penyelesaian dalam kes jenayah seperti zina, buang bayi, rompak samun dan seumpamanya, maka hududlah penyelesaiannya kerana yang berzian bukan tak tahu hukumnya haramyang mencuri bukan tak tahu ianya salah dan haram. Maka dalam kes ini bukan pengajian ilmupenyelesaian sebab mereka sudah tahu sudah ada ilmu, penyelesaiannya pada undang-undang. Kerana mereka gagal hidup dengan ilmu mereka. Undang-undang perlu mendidik mereka. Kalau masalah timbul dalam kes rumahtangga seperti bercerai makapenyelesaiannya ppada munakahat. Begitulah seterusnya. Justeru islam merangkumi ibadat, munakahat, muamalat dan jenayat. Berjuang untuk undang-undang sahaja menjadikan kita sempit.Perjuangan kita syumul untuk tegakkan keseluruhan sistem hidup islam. Rujuk usul pertama dalam Rukum Baiah Al Fahmu Imam Hassan Al Banna.

Daripada sms ini saya bercadang untuk jadikan satu kertas kerja….Kerajaan Kelantan lebih daripada layak untuk melaksanakan Hudud atas hujah Kelantan telah berusaha dalam perlaksanaan juzuk Islam sebelum bercadang pula melaksanakan undang-undang jenayah. Insya Allah Enakmen Hudud kelantan dan terengganu akan dijadikan rujukan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Majlis Tindakan DUN  Sungai Rapat (PAS)
Parlimen Gopeng

Thursday, October 25, 2012

KAJIAN ISU YURAN KAMPUS DAN KEWAJARAN PENGHAPUSAN PTPTN


KAJIAN ISU YURAN KAMPUS DAN KEWAJARAN PENGHAPUSAN PTPTN


Rasional hapus PTPTN
  • Isu penghapusan PTPTN rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. Najib memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Danaharta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.
  • Sudut pandang lain;
    • PTPTN bukan wajib dipinjam, ia optional disamping biasiswa negeri dan JPA.
    • PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran kampus yang tinggi.
    • PTPTN tetap perlu dibayar kerana ia hutang pelajar bukan sekadar meliputi kos pengajian tetapi duit makan, prepaid, HP, motosikal/kenderaan dan sebagainya.
    • Jika PTPTN terus dihapus hutang, untung kepada pelajar yang berhutang. Akar punca isu adalah kadar kos pengajian tinggi. Pakata rakyat perlu fokus akar permasalahan pendidikan. Aspek hajiat dan tahsiniat seperti wang digunakan untuk beli motosikal atau HP ia bukan asas utama untuk ditekankan oleh PR.
    • Mahasiswa berhujah kerana melihat senario kronisme BN;  “jika kerajaan boleh bail out GLC dan kroni, kenapa tak mampu beri pendidikan percuma atau minimakan kos pengajian atau tolong ha[uskan hutang PTPTN yang masih ada?”

Perhatikan Misi dan Visi PTPTN;
Fungsi
• Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman.
• Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
• Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Visi
Menjadi sebuah institusi kewangan dengan sumber kewangan sendiri bagi pembiayaan pendidikan pada tahun 2025.
Misi
Mengurus kumpulan wang bagi tujuan pendidikan tinggi.
Objektif
Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
  • Jika dasar Yura percuma atau minima, PTPTN tidak perlu meletak misi dan visi untuk menyediakan tabung pendidikan tinggi kerana pelajar tidak menghadapi masalah dengan kos kampus.
Berapa mahasiswa terlibat dan jumlah pinjaman PTPTN
  • 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.
  • Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
  • Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
  • Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.
  • Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
  • Sejak penubuhannya pada 1997 sehingga 28 Februari 2011, pinjaman telah diluluskan dengan nilai RM38.15 bilion sementara bagi tahun 2011 sahaja, PTPTN telah meluluskan sejumlah 238,722 bilangan pinjaman dengan peruntukan sebanyak RM6.04 bilion.
  • Berdasarkan angka September 2011, jumlah PTPTN yang belum dibayar oleh pelajar adalah 3.3 bilion.
Berapa syarikat GLC kerajaan bailout
  • MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM1.2 billion.
  • Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa tangan kerajaan menyokong syarikat ini?
  • Dari kes sebegini mahasiswa mengambil satu analogi bahawa kerajaan mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma atau kadar yuran pelajaran dan yuran kolej kediaman yang lebih minima sehingga mahasiswa tidak lagi perlu berhutang untuk ke menara gading!
  • Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd mencatatkan kerugian antara tahun 2005 hingga 2009 (PM Najib)
  • Najib berkata semua syarikat GLC tersebut tidak menerima sebarang tindakan menyelamat atau "financial bailout" daripada kerajaan. "Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan. Secara pinsipnya, berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh kerajaan. (PM Najib)
  • Realiti? syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times  bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
  • Mahathir membuktikan negara ada wang yang banyak untuk bantu syarikat gergasi. Jadi petanda bahawa kerajaan mampu beri pendidikan tinggi percuma kepada rakyat;
    • Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
    • Pembelian saham Technology  Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
    • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
    • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS
    • Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
    • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai 1.8b
    • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
    • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
    • Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain
    • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Selain itu wang negara boleh dijimatkan jika tiada ini;
    • Projek Menara 100 tingkat
    • kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.
    • PERMATA (Rosmah); projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.
Berapa pendapatan Negara
  • Malaysia berada dalam kedudukan ke-32 / ke-33 dalam ranking jumlah pendapatan negara di dunia - sama dengan jumlah pendapatan negara Singapura walaupun Singapura jauh lebih sedikit rakyatnya berbanding Malaysia.
  • Malaysia berada dalam kedudukan ke-65 dalam ranking pendapatan per kapita di dunia - berada di bawah purata pendapatan per kapita di dunia.
  • RM 28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa. (Laporan Audit Negara 2009)
  • Untung Petronas, lebih RM90 bilion.
  • Jika ketirisan wang negara (peruntukan kerajaan) dapat dikawal, Rm 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu menghapuskan hutang PTPTN 3.3 bilion  (jika Pakatan Rakyat ingin menghapuskan hutang PTPTN yang tertunggak).
  • Jika PTPTN tidak dihapus atau dikekalkan sebagai Qardul Hasan, tidak menjadi masalah bagi Pakatan rakyat untuk menghapus yuran Kampus atau meminimakan yuran sehingga pelajar tidak lagi mencari PTPTN.
Bagaimana cara hapus PTPTN
  • Apa kata pimpinan PR
    • Pemuda PKR (AMK) desak Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa. (Malaysia kini 2010).
    • DSAI berhujah untung Petronas RM 90 bilion mampu menghapuskan hutang PTPTN. 
    • Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata tidak  hapuskan terus skim PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara. Kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi. Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana mereka mampu melakukannya,” (SINAR HARIAN 2 APRIL 2012)
  • Dalam aspek tadarruj- dihapuskan PTPTN mungkin agak terlalu drastik.
  • Beberapa cadangan boleh diberikan oleh Pakatan Rakyat
    • Penghapusan cas petadbiran (riba’) atau sebarang cas terhadap peminjam, jadikan PTPTN sebagai QARDUL HASAN sahaja.
    • Hapuskan beberapa yuran tambahan Universiti yang membebankan seperti yuran perpustakaan, pengangkutan dan yuran makan asrama(Kolej kediaman).
    • Minimakan yuran peperiksaan dan yuran pendaftaran.
    • PTPTN menjadi tidak relevan bila keupayaan mahasiwa untuk ke kampus tanpa dibebankan dengan bayaran yang melampau. Akhirnya PTPTN akan termansuh sama sekali.
  • Masalah-masalah PTPTN (contoh kes)
    • PTPTN update lembab dan lambat, sistem kemaskini paling buruk;  Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN.
    • PTPTN respon lambat; Tidak laksanakan Piagam PTPTN : Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan/ aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan/ aduan diterima.
    • PTPTN berleluasa melebihi Bank ; PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun. 8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.
    •  
Benarkah Negara pendidikan percuma akan mundur
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran  pengajian)
  • Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia (pendidikan pengajian tinggi percuma atau minima)  adalah suatu janji asas yang sesebuah kerajaan adil perlu nyatakan kepada rakyat.
  • Libya (era Gaddafi) pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.
  • Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan, negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dihasilkan.
  • Malah mahasiswa yang kurang hutang terhasil akan menjadikan mereka lebih terfokus untuk memajukan industri bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiawa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.
Negara maju bagaimana polisi pendidikannya
  • Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ;
    • Sweden
    • ,Norway
    • Finland
    • Arab Saudi,
    • Kuwait
    • Cuba
    • Sri Lanka
  • Mahyudin Yasin dedahkan malaysia berada di tangga 21 dalam Indeks Daya Saing Global yang dikeluarkan oleh Laporan Ekonomi Dunia bagi tahun 2011-2012.
  • Hakikatnya :
    • tidak ada pemenang Hadiah Nobel tunggal yang merupakan seorang warganegara Malaysia
    • tidak ada sebuah universiti Malaysia antara 200 Universiti terkemuka di dunia.
    • Berikut adalah data yang tidak didedahkan oleh Muhyiddin:
      • * Kualiti Pendidikan Rendah (tangga ke-21)
      • * Pendaftaran Pendidikan Rendah (tangga ke-61)
      • * Pendaftaran Pendidikan Menengah (tangga ke-101)
      • * Pendaftaran Pendidikan Tertiari (tangga ke-66)
      • * Kualiti Pendidikan Matematik dan Sains (tangga ke-23)
      • * Kualiti Sekolah Pengurusan (tangga ke-27)
      • * Akses Internet di sekolah-sekolah (tangga ke-36)
      • * Ketersediaan Perkhidmatan Penyelidikan dan Latihan (tangga ke-18)
      • Dalam hampir semua langkah-langkah lain terhadap pendidikan, menduduki tempat yang lebih rendah daripada 21.
      • Malaysia di tangga ke-101 (dari aspek Pendaftaran Pendidikan Menengah) meletakkan kita di bawah Thailand (Rank 94), Indonesia (Rank 91) Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN
Langkah awal Pakatan Rakyat (cadangan)
  • Apabila BN menghapus hutang kroni menggunakan duit negara, ia bukan alasan kuat untuk kita timbang tara dengan mengatakan bahawa hutang PTPTN juga wajib dihapuskan kerana hutang kroni bukan menggunakan peruntukan tetap melainkan mengambil bahagian peruntukan rakyat lain untuk kroni.
  • PTPTN adalah simptom akibat tradisi korperat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga terpaksa bergolok gadai.
  • PTPTN perlu diselesaikan dari akar umbi dan secara menyeluruh untuk mengelakkan bebanan kepada kerajaan pakatan Rakyat selain menyediakan kebajikan untuk rakyat.
  • Langkah paling mudah Pakatan Rakyat boleh hapuskan dahulu ujurah atau apa sahaja cas perkhidmatan. Mudahkan mahasiswa membayar hutang melalui pembayaran pokok sahaja.
  • Langkah seterusnya adalah menghapuskan yuran kampus.
  • Jumlah ketirisan sekitar RM 20 bilion sebenarnya mampu menyediakan pengajian percuma kepada mahasiswa tempatan. Namun untuk mendapat wang itu hanya melalui langkah Pakatan rakyat membenteras rasuah. Contoh; Lihat sahaja kerajaan Selangor telah ada tambahan simpanan wang sebanyak RM 200 juta pada 2011 kerana langkah benteras rasuah da berjimat cermat tapa boros. Akibatnya Selangor berjaya memberi banyak kemudahan dan pulangan kepada rakyat. Hal ini sama sahaja dengan Pulau Pinang yang hanya memberi imbuhan kepada rakyat selepas kerajaan negeri berjaya mengumpul keuntungan hasil pentadbiran bersih dan telus. Jadi di peringkat nasional, wang untuk menghasilkan pendidikan percuma boleh diperolehi oleh pakatan Rakyat melalui sifir pentadbiran yang sama, bukan melalui boil out drastik sehingga menjejas kestabilan ekonomi Pakatan Rakyat kelak.
  • Selain itu Pakatan Rakyat boleh hentikan suntikan wang ke dalam GLC kroni BN yang banyak menghisap wang negara. Wang yang jimat ini boleh dipulangkan kepada yuran pengajian tinggi.
  • Semestinya kerajaan Pakatan rakyat perlu hentikan program buang duit seperti PERMATA dan aktiviti baik pulih pejabat, kereta YB dan sebagainya yang diamalkan oleh BN. Semua wang ini mampu menanggung pengajian tinggi rakyat.
  • Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading lagi.
  • Contoh pengiraan Universiti Malaya
    •  = 20,000 orang pelajar yuran sebanyak RM3,000 setahun.
    • RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.
    • Jumlah IPTA terkini 20 buah : 1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, 4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, 6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang, 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL, 8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak, 10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah, 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, 12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9, 13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, 14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, 15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, 16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka, 17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, 18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu, 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan, 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL
    • 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta (RM 1.2 bilion)
  • Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian syarikat kroni tidak dilakukan serta wang tiris dikawal dan wang untung Petronas diurus secara telus.

KAJIAN NEGARA BERKEBAJIKAN ASAS PERLAKSANAAN


KAJIAN NEGARA BERKEBAJIKAN ASAS PERLAKSANAAN

FAKTA PENTING
Konsep Umum
Kerajan negara berkebajikan ini bukan sahaja melalui kebajikan dilakukan oleh negara secara sempurna termasuklah mereka yang memimpin negara mestilah (bukan sekadar  meniru konsep walfare state malah ia berbeza dengan amalan walfare state)
}  ahli kebajikan,
}  mendirikan sembahyang,
}  mempunyai hubungan baik dengan Tuhan,
}  adil dan
}  tidak melakukan rasuah,
}  pemimoin yang bersih dan jujur,
}  yang tidak menekan rakyat.
Polisi Umum Konsep Negara Berkebajikan yang dianjur oleh PAS
·         Politik
o   Sistem pengasingan kuasa dikembalikan bagi mengelakkan berlaku pemusatan kuasa kepada pihak tertentu sahaja. (Konsep federalisme perlu dikembalikan. Isu royalti minyak kelantan Terangganu bukti BN lacur konsep Federalisasi)
o   Kepelbagaian parti politik dibenarkan dan sumbangan masing-masing dikitiraf. (Sekarang hanya BN boleh menyiar kenyataan dalam TV/radio)
o   Pilihanraya dikendalikan badan yang bebas dan bertanggungjawab kepada  Parlimen. (1001 bukti SPR cenderung UMNO, amalah penegrusi SPR ada no keahlian UMNO)
o   Setiap parti politik berhak memperoleh peruntukan tahunan daripada dana negara.
o   Setiap parti politik boleh menerbitkan media dan bebas menyiarkan penyiaran masing-masing. (Media pembangkang dihadkan masa pengeluaran, kes rampasan, permit digantung)
o   Masyarakat diberi kebebasan untuk tidak bersetuju dengan kerajaan (civil disobedience) selagi dilakukan secara aman.
·         Ekonomi
o   Keperluan asas kehidupan manusia (air, makanan, tenaga, pekerjaan, penginapan, pendidikan dan kesihatan) berada di bawah pengawasan kerajaan tanpa berlakunya monopoli.
o   Pembangunan ekonomi dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hidup rakyat.
o   Ukuran pencapaian ekonomi adalah seimbang dengan mengambil kira aspek keadilan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua lapis masyarakat.
o   Menggalakkan amalan persaingan, pasaran bebas dan campurtangan kerajaan yang minimum.
o   Semua rakyat mempunyai peluang yang adil dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan dengan program pengupayaan terus dijalankan.
·         Sosial
o   Elemen kepentingan bersma (common needs) diutamakan bagi tujuan perpaduan masyarakat.
o   Rakyat berhak menjalankan kegiatan sosial mereka tanpa menyalahi  peraturan alam tabi’i.
o   Kerjasama anggota masyarakat dibina berdasarkan semangat sukarela atas prinsip Takaful al-Ijtima’i.
10 Agenda PAS adalah huraian perlaksanaan Konsep Negara Berkebajikan dan ia selari dengan Agenda Buku Jingga yang disepakati dengan Pakatan Rakyat[1].
1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih : -memperkukuh sistem federalisme, -memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih, -memulihkan agensi-agensi awam, -mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam
2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu: kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai.
3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama: menyusun kembali keutamaan pembangunan, penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan, membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham, menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan
4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai: memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai :  mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional, menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat: memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf, memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid, meminimumkan karenah birokrasi, meningkatkan harga hartanah rakyat, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar
7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral : memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia, mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa,
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela: mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat, mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam, menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500. meminda akta berkaitan dengan gaji minimum. meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
Faktor pendesak;
Ya, kerajaan BN ada juga melaksanakan program kebajikan tetapi ia tidak komprehensif malah bersifat kosmetik. Tiada penyelesaian akar umbi masalah rakyat. Buktinya;
}  10% golongan kaya Malaysia kuasai ekonomi Negara 38.4%. PBB laporkan Malaysia memiliki jurang besar  antara kaya dan miskin.
}   Global Financial Integriti lapor RM889 bilion duit haram keluar negara. Negara rugi.
}  Rasuah dan ketirisan wang 28 bilion setahun.
}  48 anak luar nikah lahir setiap hari. 2 orang bunuh diri setiap hari. Akhlak rakyat dan pemimpin semakin teruk!
}  Kos sara hidup Malaysia tangga 21 tertinggi dunia (laporan Majalah International Living 2010).  Walaupun negara merosot ekonomi pada 1997 syarikat judi tetap menunjukkan untung yang mengagumkan dengan keuntungan sebanyak 771 juta. Hasil Negara kita banyak daripada judi.
}  Malaysia jadi Negara pengeluar arak ke-10 terbesar dunia! Adakah Malaysia Negara Islam contoh?
Petikan kenyataan Presiden PAS (27 Jun 2011 Malaysiainsider)
“PAS tidak menafikan Umno juga memberi bantuan kebajikan masyarakat, melakukan amal-amal kebajikan tetapi tidak menyeluruh, tidak rata dan mengemukakan secara adil kepada seluruh rakyat. Di mana amalannya tidak ada roh yang menghitung dosa dan pahala. Amalannya berlaku diskriminasi, masih terdapat perbezaan antara kaum tanpa menafikan bahawa umat Islam adalah menjadi Bumiputera merupakan rakyat terbesar yang paling miskin memerlukan pertolongan,”
Tuduhan BN terhadap konsep Negara Berkebajikan anjuran PAS. (ramalan soalan maut terhadap KP)
§  Konsep Negara Berkebajikan PAS lahir daripada strategi PAS untuk meraih sokongan DAP dan PKR.
§  Konsep ini lebih merupakan pandangan peribadi Presiden Pas Dato’ Seri Hadi Awang.
§  Fokus Negara  Berkebajikan PAS adalah lebih tertumpu kepada aspek perbelanjaan peruntukan dan bukan usaha-usaha menambahkan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan yang terlibat.
§  Konsep Negara Berkebajikan PAS tidak memberi tumpuan kepada bagaimana hendak menjana pendapatan negara.
§  Tiada digariskan apakah cabaran-cabaran strategik yang akan dihadapi oleh negara masa kini  dan akan datang dalam konsep Negara Berkebajikan PAS.
§  Negara  kebajikan ketinggalan zaman didewasa ini. Negara-negara barat sendiri seperti Greece, Italy, UK dan US telah mula menyedari kelemahan negara yang terlalu fokus kepada kebajikan melalui perbelanjaan peruntukan kerajaan. UMNO anggap Greece bangkrap kerana banyak tolong rakyat.
§  PAS telah memerintah Kelantan melebihi 20 tahun dan tetapi Kelantan adalah antara negeri termiskin di Malaysia.
§  Ayat-ayat Al-Quran yang dipetik oleh PAS dalam konsep Negara Berkebajikan (Al Baqarah;177) tidak menyebut secara spesifik negara berkebajikan.
§  Konsep Negara Berkebajikan PAS hanyalah satu penulisan yang umum dan retorik semata-mata.
Menurut PAS
v  Adakah Negara Berkebajikan sama dengan idea ‘Negara Islam’ PAS?
Sepatutnya ditanya: adakah idea Negara Berkebajikan menepati ajaran Islam?
Atau tanya; adakah idea Negara Islam menepati ajaran Islam?
Jawapannya ‘Ya’. Ini kerana asal idealisme dan cita-cita PAS adalah meninggikan Islam. Maka, sudah tentu Islam itu lebih penting dan apa jua manifesto PAS sudah tentu mendukung kepentingan Islam. 
Sebenarnya, Negara Berkebajikan dan Negara Islam berbeza dari segi pernyataan semata-mata sesuai dengan konsep manifesto bagi satu-satu PRU, namun idea dan isi pokok kedua-duanya adalah sama; iaitu berpandukan Islam yang sebenar.

NEGARA BERKEBAJIKAN BUKAN NEGARA KEBAJIKAN
Negara walfare state  Barat
}  Konsep yang diperkenalkan oleh Gosta Esping-Andersen.
}  Negara kebajikan Barat memisahkan urusan negara daripada agama sama ada secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan pahala.
}  pemimpin Makkah menolak tawaran Rasulullah S.A.W. kerana menganggap dasar dan konsep berkebajikan tidak akan memajukan bangsa dan negara. Negara kebajikan Barat masih menekan aspek kebendaan (materialistik).
}   Kaum A’d, Thamud dan Firaun merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah akhirnya semuanya dimusnahkan.
}  Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlakgara.
}  Takrifan istilah walfare (kebajikan )
o   Merujuk pada Spicker (1995), Midgley, Tracy dan Livermore (2000), Thompson (2005), Suharto, (2005a), dan Suharto (2006), pengertian walfare (kesejahteraan/kebajikan)  sedikitnya mengandung empat makna.
§  Sebagai kondisi sejahtera (well-being). Keadaan  sejahtera terjadi manakala kehidupan manusia aman dan bahagia karena keperluan asas seperti makanan, kesihatan, pendidikan, tempat tinggal, dan pendapatan dapat dipenuhi; serta manakala manusia memperoleh perlindungan dari risiko-risiko utama yang mengancam kehidupannya.
§  Sebagai khidmat  sosial. Di Britain, Australia, khidmat  sosial umumnya mencakup lima bentuk, = jaminan sosial (social security), khidmat kesehatan, pendidikan, perumahan dan kemudahan sosial personal (personal social services)
§  Sebagai tunjangan sosial yang, khususnya di AS, diberikan kepada orang miskin. Karena sebagian besar penerima welfare adalah orang-orangmiskin, cacat,  penganggur,
§   Sebagai proses atau usaha terangcang yang dilakukan oleh individu, lembaga-lembaga sosial, masyarakat mahupun badan-badan pemerintah untuk meningkatkan kualiti kehidupan (pengertian pertama) melalui pemberian pelayanan sosial (pengertian ke dua) dan tunjangan sosial (pengertian ketiga).
}  Di Barat konsep Negara Kebajikan (walfare state bertujuan menjinakkan konsep kapitalisme yang jahat dan kejam terhadap kaum miskin. Digelar compassionate capitalism. Barat tidak ikhlas dengan agenda kebajikan.
}  Thoenes mendefinisikan welfare state sebagai “a form of society characterised by a system of democratic government-sponsored welfare placed on a new footing and offering a guarantee of collective social care to its citizens, concurrently with the maintenance of a capitalist system of production” (satu bentuk masyarakat yang dicirikan oleh sistem kebajikan demokrasi yang ditaja oleh kerajaan diletakkan pada asas yang baru dan menawarkan jaminan penjagaan sosial kolektif kepada rakyat, serentak dengan penyelenggaraan sistem pengeluaran kapitalis)[2]
}  Negara-negara kapitalis dan demokratis seperti Eropah Barat, AS, Australia dan Britain adalah beberapa contoh penganut welfare state. Sedangkan, negara-negara di bekas Soviet dan Blok Timur umumnya tidak menganut welfare state, karena mereka bukan negara demokratis atau kapitalis.
}   
PERLAKSANAAN NEGARA BERKEBAJIKAN KONTEKS MALAYSIA
MODEL NEGERI PEMERINTAHAN PAS
·         Kelantan telah terapkan konsep Negara berkebajikan melalui falsafah 5K yang meliputi [3]
o   keilmuan,
o   kepatuhan,
o    kebajikan,
o   kebersihan dan
o   kesejahteraan.
·         Dalam usaha mencapai matlamat pembangunan 5K tersebut, sebanyak tujuh garis panduan dasar dijadikan pegangan utama MPKB-BRI iaitu:
o   - Menegakkan syari’at Islam dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran.
o   Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri.
o   - Mengamalkan pendekatan syari’at dalam pentadbiran dan pengurusan.
o   Mengamalkan etika kerja Islam.
o   - Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh kakitangan.
o    Mengenengahkan kakitangan yang berdedikasi.
o   - Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan.
Jika ditanya mengapa tidak dilaksanakan terlebih dahulu konsep Negara Berkebajikan di Kelantan?
PAS telah menunaikan beberapa perubahan demi kepentingan/kebajikan rakyat. Antaranya:-
§  Pengenalan Skim Insuran al-Kifalah dengan caruman RM7.6 JUTA untuk membela nasib lebih 3000 orang warga emas di Kelantan. MB Kelantan turut mencarum RM3 JUTA tambahan untuk kebaikan/faedah lebih 140 RIBU rakyat Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
§  Pengenalan imej ‘Hotel Islam’ secara kormersial; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan di negeri Pahang hari ini.
§  Pengenalan sistem bekerja 5 hari seminggu; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh kerajaan pusat dengan memberi cuti pada hari Sabtu minggu pertama (bermula tahun 1999); dan kini dipraktikkan keseluruhannya oleh Kerajaan Pusat.
§  Pengenalan Pajak gadai ar-Rahn sejak awal 1990an, kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
§  Pengenalan skim cuti bersalin 60 hari  bagi kakitangan kerajaan (wanita) dari 42 hari dipanjangkan hingga 60 hari; yang kemudiannya turut ditiru/dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat.
§  Pengenalan skim rumah kos rendah dengan 3 bilik minimum sesuai dengan realiti keperluan rakyat demi menyuburkan kerukunan keluarga, alternatif pada gejala sumbang mahram; yang kemudiannya skim ini dijadikan model rumah kos rendah oleh pemaju dan Kerajaan Pusat.
§  Pengenalan budaya/amalan Menjaga Amanah Rakyat melalui perintah larangan memberi cenderahati atau hadiah dalam lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan MB dan Exco-exco Kerajaan Negeri; yang kemudiannya diparktikkan oleh Kerajaan Pusat melalui arahan Pengarahnya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula 1998.
§  Pengenalan idea ‘Pembangunan Seimbang’ dengan menonjolkan ayat-ayat al-Quran, petikan hadith serta potongan doa sebagai hiasan bigboard di tepi jalan; yang kemudiannya ditiru/dipraktikkan oleh PM dan Menteri di JPM (Kerajaan Pusat) pada tahun 1997.
§
§  Pengenalan Skim Bantuan Sakit Kronik kepada rakyat miskin yang memerlukan bantuan kewangan untuk kos perubatan dan pembedahan.
§  Pengenalan Skim Bantuan Bencana Alam maksimum RM5 RIBU per keluarga bagi kes kebakaran, banjir, ribut dll yang menimpa rakyat Kelantan demi membina penghidupan baru.
§  Pengenalan Skim Takaful Armalah dengan caruman insuran pertama demi membela kehidupan golongan ibu tunggal.
§  Pengenalan Skim Ladang Rakyat bermula Januari 2008 dan telah membela 3693 individu miskin/daif termasuk 200 Orang Asli telah menerima dividen RM200 secara bulanan.
§  Pengenalan Skim Rumah Rakyat bermula Januari 2008 dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM15 JUTA demi membina/memberi kediaman percuma kepada golongan Armalah (ibu tunggal), golongan miskin dan warga emas.
Malah PAS memerintah Terengganu (1999-2004), PAS juga telah menunaikan beberapa perubahan demi kepentingan/kebajikan rakyat. Antaranya:-
§  Menghapuskan tol di negeri tersebut, yang sebelum ini dianggap mustahil oleh UMNO ketika memerintah; namun terus dikekalkan oleh UMNO kini.
§  Menghapuskan cukai pintu demi mengurangkan beban rakyat. Ini kerana Terangganu mendapat royalti minyak dan patut rakyat mendapat manfaat tersebut.
Kejayaan konsep Negara Berkebajikan Kedah
Perkara diluar manifesto yang dilaksanakan.
§  Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
§  Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.
§   Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.
§  Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.
§  Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.
Perkara didalam manifesto
§  Pentadbiran sifar rasuah
Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta. Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.  Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri. Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.Pengurangan elaun mesyuarat ( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun) (Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun) Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini.
§  Aspek ekonomi Kedah
Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat. Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri. Mewujudkan suasana ‘mesra pelabur’ dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran. Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan . Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion. Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
§  Aspek tanah
Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta. Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan.

--------------------------------------------------------------------
Muhammad Nuruddin Bashah
Siputeh Perak 7.01  pagi 18 Jun 2012



[1] Rujuk buku Negara Berkebajikan Tawaran PAS yang dilancarkan oleh Presiden PAS.
[2]  Suharto, Edi (2005b), Analisis Kebijakan Publik: Panduan Praktis Mengkaji Masalah dan Kebijakan Sosial, Bandung: Alfabeta.
[3] Urus tadbir sebuah bandaraya Islam Malaysia: Kajian kes di Kota Bharu, Kelantan Suhana Saad, Marsitah  mohd Radzi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 5 issue 3 (8 - 25)

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)