Monday, October 22, 2012

Isu Soi Lek Maki Syariah- Antara Tadaruj PAS dengan kemunafikan UMNO



Isu Soi Lek Maki Syariah- Antara Tadaruj PAS dengan kemunafikan UMNO
Suatu ketika Allayarham Ustaz Fadzil pernah berwasiat dalam kitabnya Aqidah dan Perjuangan betapa perlunya konsep tadarruj melaksanakan Islam dilakukan serentak dengan proses memahamkan rakyat dan massa berkenaan kerti syariat Islam yang sempurna. Istilah tadarruj jangan dilacurkan sebagaimana diperlakukan oleh UMNO yang mengaku mengaku ingin membawa Islam secara perlahan-lahan tetapi dalam masa yang sama menendang syariah, menentang hukum, menerajang perintah Rasulullah walauapun bersemangat meluap ingin pertahan nama rasulullah.
Pesanan Ustaz Fadzil dijelmakan kini apabila PAS yang dahulunya memulakan program CCC pada sekitar tahun 1990an kini berjaya menyatukan saf bukan Islam dalam DHPP yang semestinya bertujuan mendidik kaum bukan Islam bahawa agama ini bukan menindas atau merosakkan pengamalan agama mereka.
Malah lebih memeranjatkan UMNO apabila ada PASTI yang diselia oleh PAS berjaya menerima pelajar dari kalangan kaum Cina dan belajar membaca huruf arab dan iqra dengan baik sekali.
Adakah hal ini berjaya dibina di TABIKA KEMAS anjuran UMNO?
Jika dibandingkan dengan kes kebiadaban MCA yang dipelopori oleh Presidennya sendiri, jelas kita melihat seolah-oleh makian dan cercaan MCA itu seperti ada suatu agenda tersirat yang dibina oleh kelompok ‘intel’ UMNO-MCA.
Umum menyedari MCA dan UMNO terutamanya terdesak untuk meraih kembali kepercayaan kaum Cina  terhadap BN. Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja modus operandi untuk mengalih perhatian kaum Cina dan India daripada pelukan khidmat Pakatan Rakyat.
UMNO sanggup berdiam diri, malah askar upahan UMNO yang berlabelkan aqidah dan syariah seperti Dato’ Hasan Ali, Zulkifli Nordin, PERKASA dan beberapa NGO perkauman melayu yang cukup ‘amarah’ dengan kenyataan YB Nge Ko Ham, YB Nga Kor Meng atau apa-apa kenyataan daripada YB Lim Guan Eng, kini mungkin diarahkan DIAM untuk memberi ruang MCA memaki syariah Islam.
Tiada demo, tiada ucapan meluap daripada pejuang aqidah seperti Hasan Ali dan Ibrahim Ali. Malah ayahanda-ayahanda yang cukup garang bermisai di hadapan Wisma DAP Perak suatu ketika dahulu kini hanya diam mengulas, mengurut misai barangkali.
Hasan Ali dan Zulkifli Nordin tidak buta sejarah rasanya untuk ingat bahawa Hudud juga telah lama menjadi bahan makian dan ejekan UMNO yang dipelopori oleh Tuna Mahathir suatu ketika dahulu. Kenyataan Mahathir sahaja jika diungkit, sebenarnya cukup untuk menghasilkan himpunan PERKASA sejuta ummat setiap selepas solat jumaat setiap minggu jika mereka mahu!
Betapa munafiknya UMNO dalam isu melaksana syariah ketara apabila Chua Soi Lek membelasah ADUN Kemelah Johor dari UMNO, Datuk Ayob Rahmat kerana 'berani' mengusulkan supaya 'hudud UMNO' dilaksanakan di negeri Johor. Datuk Ayob yang kononnya ingin membodek UMNO yang mampumelaksanakan Hudud lebih baik dari PAS rupanya telah mengundang kemarahan MCA. Bagi MCA walauapun atas apa nama persaingan nataraPAS dan UMNO, yang penting Islam jangan sesekali diwacanakan seolah-olah kan dilaksanakan. Dikatakan hudud UMNO kerana Datuk Ayob ini kononnya ingin buat transformasi baru untuk  tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan oleh PAS atas premis hujah Hudud Al Quran bukan sepertimana yang diajar oleh PAS.
Semakin banyak MCA lantang mengkritik syariah, makin ramai kaum Cina akan kembali keliru. Mereka cuba melakukan proses ‘distortion’ kepada madrasah tarbiah (didikan) dan asuhan PAS selama ini terhadap kaum bukan Islam yang bermatlamat menjinakan dan memupuk rasa percaya dengan keadilan sistem Islam. Walaupun Hudud bukan suatu persepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat, sekurangya DAP dan PKR tidak pernah menegur keghairahan Richard Wong dan Hu Pang Chaw yang giat memperomosi sistem syariah Islam malah kelihatan optimis dengan keadilan sistem Islam.
Sekurangnya DAP tahu batas mereka dalam mengeluar pandangan dengan tidak mengganggu kaum mereka sendiri yang terlibat dalam PAS.
MCA? Mereka jelak apabila ada pimpinan UMNO yang kelihatan lunak ingin memperjuang agama yang kelihatannya menjarakkan lagi hubungan kaum Cina dengan imej Islamik UMNO.
Tulisan ini tidak akan mengubah apa-apa terhadap persepsi UMNO yang berfahaman Ubaiyyah (Abdullah Bin Ubai) dalam menilai isu syariah. Namun ia cukup untuk mencatat suatu petanda bahawa kemunafikan kelompok ini pasti akan disedari oleh rakyat jelata.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng
2012

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)