KAJIAN ISU YURAN KAMPUS DAN KEWAJARAN PENGHAPUSAN PTPTN
Rasional hapus PTPTN
- Isu penghapusan PTPTN rancak apabila reaksi mahasiswa
dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin
Ramli sebanyak RM589 juta. Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8
bilion. Najib memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Danaharta
dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau
melangsaikannya.
- Sudut pandang lain;
- PTPTN bukan wajib dipinjam, ia optional disamping
biasiswa negeri dan JPA.
- PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya
menanggung bayaran kampus yang tinggi.
- PTPTN tetap perlu dibayar kerana ia hutang pelajar
bukan sekadar meliputi kos pengajian tetapi duit makan, prepaid, HP,
motosikal/kenderaan dan sebagainya.
- Jika PTPTN terus dihapus hutang, untung kepada pelajar
yang berhutang. Akar punca isu adalah kadar kos pengajian tinggi. Pakata
rakyat perlu fokus akar permasalahan pendidikan. Aspek hajiat dan
tahsiniat seperti wang digunakan untuk beli motosikal atau HP ia bukan
asas utama untuk ditekankan oleh PR.
- Mahasiswa berhujah kerana melihat senario kronisme BN; “jika kerajaan boleh bail out GLC dan
kroni, kenapa tak mampu beri pendidikan percuma atau minimakan kos
pengajian atau tolong ha[uskan hutang PTPTN yang masih ada?”
Perhatikan
Misi dan Visi PTPTN;
Fungsi
•
Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut
bayaran balik pinjaman.
•
Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
•
Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana
undang-undang bertulis.
Visi
Menjadi
sebuah institusi kewangan dengan sumber kewangan sendiri bagi pembiayaan
pendidikan pada tahun 2025.
Misi
Mengurus
kumpulan wang bagi tujuan pendidikan tinggi.
Objektif
Memastikan
pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan
bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
- Jika dasar Yura percuma atau minima, PTPTN tidak perlu
meletak misi dan visi untuk menyediakan tabung pendidikan tinggi kerana
pelajar tidak menghadapi masalah dengan kos kampus.
Berapa mahasiswa terlibat dan jumlah pinjaman PTPTN
- 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan
muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.
- Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan
Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
- Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman
oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman
mereka. (66.9% disaman)
- Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut
RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang
sepatutnya diperoleh.
- Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak
boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
- Sejak penubuhannya pada 1997 sehingga 28 Februari 2011,
pinjaman telah diluluskan dengan nilai RM38.15 bilion sementara bagi tahun
2011 sahaja, PTPTN telah meluluskan sejumlah 238,722 bilangan pinjaman
dengan peruntukan sebanyak RM6.04 bilion.
- Berdasarkan angka September 2011, jumlah PTPTN yang belum dibayar oleh pelajar adalah 3.3 bilion.
Berapa syarikat GLC kerajaan bailout
- MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat
ini, sebanyak RM1.2 billion.
- Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa tangan
kerajaan menyokong syarikat ini?
- Dari kes sebegini mahasiswa mengambil satu analogi
bahawa kerajaan mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma atau kadar
yuran pelajaran dan yuran kolej kediaman yang lebih minima sehingga
mahasiswa tidak lagi perlu berhutang untuk ke menara gading!
- Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki
Khazanah Nasional Bhd mencatatkan kerugian antara tahun 2005 hingga 2009
(PM Najib)
- Najib berkata semua syarikat GLC tersebut tidak menerima
sebarang tindakan menyelamat atau "financial bailout" daripada
kerajaan. "Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan
oleh kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan. Secara
pinsipnya, berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan
Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan
terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh kerajaan. (PM Najib)
- Realiti? syarikat milik penuh kerajaan Malaysia,
1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong
Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan
yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore
Straits Times bahawa 1MDB telah
mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5
Bilion.
- Mahathir membuktikan negara ada wang yang banyak untuk
bantu syarikat gergasi. Jadi petanda bahawa kerajaan mampu beri pendidikan
tinggi percuma kepada rakyat;
- Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank
milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of
Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
- Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana
Harta
- Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
- Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta
menyelamatkan L&G dan PLUS
- Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih
Litar Sepang
- Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan
Sri Tajuddin Ramli yang bernilai 1.8b
- Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh
kerajaan melalui Dana Harta
- Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd
dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni
Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
- Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah
RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain
- Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
- Selain itu wang negara boleh dijimatkan jika tiada ini;
- Projek Menara 100 tingkat
- kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta
untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan
kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8
bilion.
- PERMATA (Rosmah); projek tanpa hasil signifikan kepada
pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa
terdekat.
Berapa pendapatan Negara
- Malaysia berada dalam kedudukan ke-32 / ke-33 dalam
ranking jumlah pendapatan negara di dunia - sama dengan jumlah pendapatan
negara Singapura walaupun Singapura jauh lebih sedikit rakyatnya
berbanding Malaysia.
- Malaysia berada dalam kedudukan ke-65 dalam ranking
pendapatan per kapita di dunia - berada di bawah purata pendapatan per
kapita di dunia.
- RM 28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap
tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang
berleluasa. (Laporan Audit Negara 2009)
- Untung Petronas,
lebih RM90 bilion.
- Jika ketirisan wang negara (peruntukan kerajaan) dapat
dikawal, Rm 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu
menghapuskan hutang PTPTN 3.3 bilion (jika Pakatan
Rakyat ingin menghapuskan hutang PTPTN yang tertunggak).
- Jika PTPTN tidak dihapus atau dikekalkan sebagai Qardul
Hasan, tidak menjadi masalah bagi Pakatan rakyat untuk menghapus yuran
Kampus atau meminimakan yuran sehingga pelajar tidak lagi mencari PTPTN.
Bagaimana cara hapus PTPTN
- Apa kata pimpinan PR
- Pemuda PKR (AMK) desak Perbadanan Tabung Pinjaman
Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan "biasiswa rakyat
Malaysia" untuk golongan mahasiswa. (Malaysia kini 2010).
- DSAI berhujah untung Petronas RM 90 bilion mampu
menghapuskan hutang PTPTN.
- Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff
berkata tidak hapuskan terus skim
PTPTN kerana menyedari anak golongan miskin masih memerlukan
perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN jika
berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana
berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.
Kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat
dari peringkat bawah hingga tertinggi. Kita tidak boleh bandingkan negara
kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan
pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana
mereka mampu melakukannya,” (SINAR HARIAN 2 APRIL 2012)
- Dalam aspek tadarruj- dihapuskan PTPTN mungkin agak
terlalu drastik.
- Beberapa cadangan boleh diberikan oleh Pakatan Rakyat
- Penghapusan cas petadbiran (riba’) atau sebarang cas
terhadap peminjam, jadikan PTPTN sebagai QARDUL HASAN sahaja.
- Hapuskan beberapa yuran tambahan Universiti yang
membebankan seperti yuran perpustakaan, pengangkutan dan yuran makan
asrama(Kolej kediaman).
- Minimakan yuran peperiksaan dan yuran pendaftaran.
- PTPTN menjadi tidak relevan bila keupayaan mahasiwa
untuk ke kampus tanpa dibebankan dengan bayaran yang melampau. Akhirnya
PTPTN akan termansuh sama sekali.
- Masalah-masalah PTPTN (contoh kes)
- PTPTN update lembab dan lambat, sistem kemaskini paling
buruk; Mandeep Singh, pelajar Unisel yang
pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai
tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang
ditetapkan PTPTN.
- PTPTN respon lambat; Tidak laksanakan Piagam PTPTN : Memberi jawapan segera ke atas
sebarang pertanyaan/ aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari
bekerja selepas pertanyaan/ aduan diterima.
- PTPTN berleluasa melebihi Bank ; PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi
kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan,
apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara
Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar
hutang baik rumah, atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut
prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali
pun. 8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82
dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011
pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana
disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.
Benarkah Negara pendidikan percuma akan mundur
Sebagai
memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS
menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan
berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya
ialah:
Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian
tinggi (penghapusan semua yuran
pengajian)
- Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia
(pendidikan pengajian tinggi percuma atau minima) adalah suatu janji asas yang sesebuah
kerajaan adil perlu nyatakan kepada rakyat.
- Libya (era Gaddafi) pernah mencipta rekod pendidikan
percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading.
Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan
melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.
- Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau
mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah
modal pembangunan kerajaan, negara akan mudah maju dan makmur jika ramai
mahasiswa dihasilkan.
- Malah mahasiswa yang kurang hutang terhasil akan
menjadikan mereka lebih terfokus untuk memajukan industri bukan sekadar
bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang.
Natijahnya mahasiawa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan
modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.
Negara maju bagaimana polisi pendidikannya
- Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma
sehingga peringkat pendidikan tinggi ;
- Sweden
- ,Norway
- Finland
- Arab Saudi,
- Kuwait
- Cuba
- Sri Lanka
- Mahyudin Yasin dedahkan malaysia berada di tangga 21
dalam Indeks Daya Saing Global yang dikeluarkan oleh Laporan Ekonomi Dunia
bagi tahun 2011-2012.
- Hakikatnya :
- tidak ada pemenang Hadiah Nobel tunggal yang merupakan
seorang warganegara Malaysia
- tidak ada sebuah universiti Malaysia antara 200
Universiti terkemuka di dunia.
- Berikut adalah data yang tidak didedahkan oleh
Muhyiddin:
- * Kualiti Pendidikan Rendah (tangga ke-21)
- * Pendaftaran Pendidikan Rendah (tangga ke-61)
- * Pendaftaran Pendidikan Menengah (tangga ke-101)
- * Pendaftaran Pendidikan Tertiari (tangga ke-66)
- * Kualiti Pendidikan Matematik dan Sains (tangga
ke-23)
- * Kualiti Sekolah Pengurusan (tangga ke-27)
- * Akses Internet di sekolah-sekolah (tangga ke-36)
- * Ketersediaan Perkhidmatan Penyelidikan dan Latihan
(tangga ke-18)
- Dalam hampir semua langkah-langkah lain terhadap
pendidikan, menduduki tempat yang lebih rendah daripada 21.
- Malaysia di tangga ke-101 (dari aspek Pendaftaran
Pendidikan Menengah) meletakkan kita di bawah Thailand (Rank 94),
Indonesia (Rank 91) Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN
Langkah awal Pakatan Rakyat (cadangan)
- Apabila BN menghapus hutang kroni menggunakan duit
negara, ia bukan alasan kuat untuk kita timbang tara dengan mengatakan
bahawa hutang PTPTN juga wajib dihapuskan kerana hutang kroni bukan
menggunakan peruntukan tetap melainkan mengambil bahagian peruntukan
rakyat lain untuk kroni.
- PTPTN adalah simptom akibat tradisi korperat, komersial
dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan
tinggi sebagai suatu perjudian sehingga terpaksa bergolok gadai.
- PTPTN perlu diselesaikan dari akar umbi dan secara
menyeluruh untuk mengelakkan bebanan kepada kerajaan pakatan Rakyat selain
menyediakan kebajikan untuk rakyat.
- Langkah paling mudah Pakatan Rakyat boleh hapuskan
dahulu ujurah atau apa sahaja cas perkhidmatan. Mudahkan mahasiswa
membayar hutang melalui pembayaran pokok sahaja.
- Langkah seterusnya adalah menghapuskan yuran kampus.
- Jumlah ketirisan sekitar RM 20 bilion sebenarnya mampu
menyediakan pengajian percuma kepada mahasiswa tempatan. Namun untuk
mendapat wang itu hanya melalui langkah Pakatan rakyat membenteras rasuah.
Contoh; Lihat sahaja kerajaan Selangor telah ada tambahan simpanan wang
sebanyak RM 200 juta pada 2011 kerana langkah benteras rasuah da berjimat
cermat tapa boros. Akibatnya Selangor berjaya memberi banyak kemudahan dan
pulangan kepada rakyat. Hal ini sama sahaja dengan Pulau Pinang yang hanya
memberi imbuhan kepada rakyat selepas kerajaan negeri berjaya mengumpul
keuntungan hasil pentadbiran bersih dan telus. Jadi di peringkat nasional,
wang untuk menghasilkan pendidikan percuma boleh diperolehi oleh pakatan
Rakyat melalui sifir pentadbiran yang sama, bukan melalui boil out drastik
sehingga menjejas kestabilan ekonomi Pakatan Rakyat kelak.
- Selain itu Pakatan Rakyat boleh hentikan suntikan wang
ke dalam GLC kroni BN yang banyak menghisap wang negara. Wang yang jimat
ini boleh dipulangkan kepada yuran pengajian tinggi.
- Semestinya kerajaan Pakatan rakyat perlu hentikan
program buang duit seperti PERMATA dan aktiviti baik pulih pejabat, kereta
YB dan sebagainya yang diamalkan oleh BN. Semua wang ini mampu menanggung
pengajian tinggi rakyat.
- Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan
institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak
kapitalisme menara gading lagi.
- Contoh pengiraan Universiti Malaya
- = 20,000 orang
pelajar yuran sebanyak RM3,000 setahun.
- RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.
- Jumlah IPTA terkini 20 buah : 1. Universiti Malaya
(UM), Kuala Lumpur, 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,3.
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, 4. Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang, 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, 6.
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang, 7. Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL, 8. Universiti Utara Malaysia (UUM),
Kedah, 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak, 10. Universiti
Malaysia Sabah (UMS), Sabah, 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Perak, 12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9, 13.
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, 14. Universiti Malaysia
Terengganu (UMT), Terengganu, 15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM), Johor, 16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, 18. Universiti Darul
Iman Malaysia (UDM), Terengganu, 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
Kelantan, 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL
- 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta (RM 1.2 bilion)
- Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika
pembelian syarikat kroni tidak dilakukan serta wang tiris dikawal dan wang
untung Petronas diurus secara telus.
No comments:
Post a Comment