Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Tuesday, April 28, 2009

Bersama Pengerusi TERAS Negeri Perak di Meru 2B

Semalam saya pergi ke Taman Meru 2B untuk berjumpa Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Negeri Perak. Alhamdulillah, mudah sahaja untuk ke sana. Pertama kali saya ke sana. Kami berbincang sekitar perjalanan TERAS Perak dan agenda terkini untuk dilaksanakan. Betapa perlunya anak-anak muda digiatkan melalui NGO sebegini. Perancangan masa panjang saya adalah mewujudkan pusat khidmat sosial TERAS Perak untuk menjadikan TERAS sebagai pilihan anak muda di Perak.

Rupanya Ustaz Wan adalah Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan Tambun. Dia ajak saya sertai jawatankuasanya di Tambun, tetapi saya dah ‘check in’ ke Kawasan Gopeng dalam Cawangan Pengkalan Gate. Terima Kasih Abang Yen (supervisor moulding department kilang saya) yang bersedia uruskan penempatan saya di cawangan Pengkalan Gate.

Kami bermesyuarat di ruang luar pejabat dua tingkat Bangunan PAS Kawasan Tambun. Malam tadi (setiap malam hari Isnin) PAS Tambun akan adakan kuliah Politik Islam serta diadakah sesi sajak oleh Pak Salleh (salah seorang penggerak TERAS Perak). Bersemangat Pak Salleh, seperti sasterawan negara. Saya kata pada Pak Salleh, jangan lupa beri saya peluang bersajak pula sebab saya sejak di kampus juga bersajak, di Pulau Pinang pula bersajak untuk Gabungan Mansuh ISA. Dia kata beres.
Kuliah sebegini amat efektif. Kerja kuat mereka menampilkan PAS Perak mampu menerajui negeri. Inilah antara bukti kecil usaha mereka. Di Pulau Pinang teknik sebegini banyak dilakukan oleh GMI (Gabungan mansuh ISA) dan didominasi oleh non muslim. Melayu kita juga perlu kerja kuat berkempen untuk isu Islam melalui teknik open speaker sebegini.

Saya dilantik sebagai Setiausaha TERAS Perak. Saya perlu gandakan komitmen dan kegiatan saya di Perak. Di mana bumi berpijak, di situ kita berjuang. Di mana bumi berpijak, di situ Jamaah kita sertai dan mencari NGO –NGO pula untuk semarakkan lagi amal kita.

Khamis ini ada majlis MB Ir Nizar bersama JKK dan Ketua Kampung Pakatan Rakyat. Surat saya berkaitan isu ketua kampung digantung tidak bertali telah disiar dalam Harakah edisi Isnin 27-30 April 2009.


Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media TERAS









Sunday, April 26, 2009

Diskusi dan Bengkel PPSMI SPAQ ( tekad pertahan bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda Kaum lain)


Berjaya juga bengkel Khas SPAQ berkaitan isu anti PPSMI dan pertahanan bahasa Melayu dan Bahasa Etnik lainnya diadakan di USM. 8 orang wakil Mahasiswa dari berbeza pertubuhan dan latar belakang bersedia mempertahankan bahasa Melayu dan bahasa etnik lain dari dicemari tindakan eksekutif yang melulu dan ceroboh. Saya selaku moderator telah meminta mereka senaraikan dan jelaskan kefahaman mereka dari segi sejarah bahasa melayu, etimologi dan terminologinya, ibtila dan ujian sepanjang perjuangan mempertahankannya serta apa sahaja akta perundangan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah, mereka mampu menjelaskannya dengan baik malah memiliki pengetahuan cukup berkaitan isu ini.

Saya bentang dan jelaskan 10 perkara penting di mana PPSMI telah mencalar akta, perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Saya bentangkan perlembagaan malaysia, dasar pendidikan, akta pendidikan 1961 dan 1996, falsafah pendidikan negara, dasar kebudayaan kebangsaan dan laporan razak serta laporan Rahman Talib. Sejarah serta pertikaian akta 152 juga diperdebatkan. Insya Allah mereka akan membentang plan tindakan dan cara untuk menyebarkan dan memahamkan masyarakat sekeliling berkaitan isu ini. Pada saya kaedah bengkel kecil tetapi serius ini lebih berkesan dan memiliki kemampuan impaknya tersendiri. Saya telah melaporkan kepada Cikgu Azmi Presiden TERAS berkaitan 8 petugas bahasa ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media TERAS
Koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)



















Sukan Bowling bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) P.Pinang



Saya berkesempatan bersama KRJ P.Pinang menyertai pertandingan bowling di KBJ kelmarin, 25 April 2009, hari Sabtu. Alhamdulillah, saya ingat promosi Kak Lat berkenaan pertandingan tersebut dan saya cuba ajak beberapa teman USM untuk turut serta.





Saya amat optimis dengan kerja dakwah remaja dan aktiviti santai bersama remaja. Bagi mereka yang serius meneliti masalah remaja, mereka perlu meluangkan masa untuk aktiviti sebegini. Cakna dan hadir. Saya amat menghargai masa saya jika boleh berada dalam aktiviti sebegini. Pengalaman bersama Konsultan Harmony Exellence di KL sekitar tahun 2005-2006 dahulu menyebabkan saya amat suka merapati kelompok ini.

KRJ banyak melakukan promosi melalui poster umum di sekitar KBJ. Akibatnya ramai peserta yang belum mengenali KRJ, JIM atau kelompok Islamik turut sama hadir, mahu bermain bowling dan boleh dikenali kelmarin. Ada pelajar kaum Cina dan India juga. Bukankah ini usaha yang amat positif?


























Di samping mencergaskan badan, peserta juga belajar berintegrasi. Pelajar USM pula mula kenal kerja buat JIM melalui saluran aktiviti remaja. Saya katakan kepada mereka, inilah cara JIM mengikat remaja kepada jamaah Islam. Kak Lat selaku pengarah KRJ P.Pinang (berita dan gambarnya disiarkan dalam Sinar Harian 25 April) telah mengedarkan borang KRJ kepada remaja semua. Saya gembira mendengar Kak Lat menyebut remaja bukan Islam juga boleh sertai KRJ. Alhamdulillah.



Saya turut mengambil peluang mengedar Risalah Aura Islam keluaran SPAQ bulan April kepada peserta. KRJ juga mengedarkan risalah dakwah kepada para remaja untuk diberikan kepada rakan-rakan dan pengunjung KBJ yang lain. Alhamdulillah, bukan senang nak dengar tasbih Kifarah dan Surah Al Asr dibaca beramai-ramai di tempat bowling sebegitu. Tahniah KRJ, tahniah JIM P.Pinang.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK KRJ (tapi tidak aktif)

Tuesday, April 21, 2009

Bengkel GMI; satu lonjakan hasrat terus mansuhkan ISA!

Gabungan Mansuh ISA masih tegar dengan tekad untuk berjuang memansuhkan akta ISA yang bertentangan dengan perlembagaan malaysia sendiri. GMI tidak berganjak dari hasrat teguh ini walaupun 13 penghuni KEMTA Kemunting dibebaskan sehari sebelum 3 pilihanraya kecil. Jika benar 13 tahanan berkenaan bukan pengancam awam, mengapa ia hanya dilepaskan semasa negara sedang sengit menghadapi 3 pilihanraya kecil yang penting itu? Pada logiknya, pembebasan berkenaan hanya sekadar mainan politik dan membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang memanipulasikan hak asasi rakyat sebagai pemangkin penerusan politik zalim mereka.

Pada hari ahad yang lalu 12 April 2009 bertempat di Dewan Sri Pinang P.Pinang GMI telah menganjurkan GMI Public Consultation, , pada jam 9:30am hingga 12:15pm. Majlis bermakna ini diisi dengan ucapan dan pendedahan fakta penting oleh Saudara Isahak Ismail, En Syed Ibrahim, En Choo Chon Kai serta Puan Prema selaku moderatornya.

Para penceramah telah mendedahkan secara jelas akan impak negatif akta ISA yang berleluasa maksima pada era tahun 1980an dimana kesannya juga telah membina suatu dampak hitam kepada komuniti, generasi kanak-kanak dan waris tahanan.

Pelbagai saranan dan cadangan telah diutarakan dalam program berkenaan dalam usaha untuk terus-menerus memberi isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional betapa rakyat Malaysia telah menolak akta ini, mula sedar kebejatan akta ISA serta mula mempersoalkan kewajarannya.

Menurut sumber Universal Periodic Review (UPR) bermula February 11, 2009, Malaysia akan dipantau dari segi pengamalan hak asasi pada setiap 4 tahun. Malah menurut laporan Elaine Pearson, Timbalan Pengarah Asiadi Human Rights Watch (Geneva), tahap penggunaan akta pencegahan keselamatan seperti ISA di Malaysia adalah antara yang terburuk pada hari ini. Dengan imej Malaysia yang belum membersihkan namanya dengan kes jenayah profil tinggi Altantuya serta kenyataan dunia mengenai kekejaman akta ISA di Malaysia membuktikan bahawa kemerosotan kehadiran pelabur asing juga adalah merupakan rentetan daripada gejala-gejala ini.

GMI akan terus menerus berkempen secara hebat malah akan juga melaksanakan program pendidikan berteras hiburan untuk mendidik generasi yang anti kepada sebarang akta zalim di bumi Malaysia ini. GMI berkempen kepada semua rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada aktiviti anti ISA yang akan terus diadakan kelak.

Gabungan mansuh ISA
Pulau Pinang


Monday, April 13, 2009

Sekilas pandang Bengkel Blogger JIM P.Pinang (Gambar)

Kelmarin, 12 April 2009 bertempat di Pejabat JIM P.Pinang, blogger-blogger JIM yang bersemangat berkumpul untuk turut bersama dalam arus media alternatif dunia hari ini. Apakah matlamat blog dibina? Saya belum sempat berkongsi persepsi dan pandangan hati saya yang telah 3 tahun bergelumang dalam alam blogger. Dari blogdrive ke wordpress hingga ke blogspot saya menerokai alam ini dengan satu sahaja tekad.....






Peserta muda dari sekolah Rendah dan Menengah Al Itqan (seliaan JIM)



Kak Zah (isteri mentor saya haji Rashid) dan Abg Arif Budiman yang telah berbudi menganjurkan bengkel bermanfaat ini.



Ni saya lah siapa lagi. Bersama laptop Lenovo yang dah tenat walaupun baru 2 tahun pakai. Sempat beri sediki sahaja pandangan mengenai teknikal blogger pada hari itu.




Kak Zah (Pegawai PPD Timur laut P.Pinang), bukan guru tadika....




Ini kak Latifah peneraju aspirasi remaja Islam P.Pinang. Kini hendak berdakwah melalui penulisan juga.




Princess Najihah dan Syaima' (anak didik nasyid Al Itqan)


Tekun membina blog..ntah apa ditulisnya pun tak tau....Yang Ihsan(kiri) ni rupanya asyik YM saja!

Saya menulis blog adalah untuk bersaing dalam media elektronik yang sarat dengan bahan bacaan yang tidak membina minda berguna. Saya menulis kertas kerja, pendapat dan penulisan separa ilmiah dan hanya memasukkannya ke dalam blog apabila diperkenalkan oleh seorang sahabat saya. Saya tidak tahu pun pada ketika itu bahawa blog adalah diari peribadi dan cerita pengalaman hidup yang ditulis secara santai. Saya ingatkan ia adalah web biasa. Walau apa pun saya adalah penulis bukannya pakar IT. Disebabkan itu blog saya dahulu tidak lawa mana pun. Saya hanya ingin menulis dan terus menulis. Membaca berfikir, diskusi dan terus lagi menulis.
Blogger JIM, saya harap kalian memiliki aspirasi, jatidiri dan niche (ruang) sendiri untuk menjadikan bahan tulisan anda sebagai competative advantage berbanding blog insan yang mungkin tidak menggunakan unsur agama sebagai medium dan substensi. Jadikan pandangan anda sebagai pemberat kepada kemenangan dakwah Islam walau atas apa nama dan skop penulisan anda. Jika ia hanya tulisan santai, jadikan tulisan itu sebagai pendorong kepada KERJA dan AMAL Islami walau di mana anda berada.
Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist Engineer
Prima Metal SDN BHD Ipoh.









Wednesday, April 08, 2009

Gula-gula BN untuk rakyat Malaysia


Rangka kerja (framework) politik BN adalah sama setiap kali membuat re-treat atau penjenamaan semula (rebranding). Tidak seperti gerakan lain yang membuat penjenamaan semula secara besar-besaran, holistik dan melibatkan perspektif, misi dan budaya kerja, BN hanya berminat mengaburi pandangan rakyat melalui penjenamaan semula jangka pendek (short term rebranding) kerana ia telah dibudayakan dengan budaya kerja yang cukup penuh dengan rasuah, bodek-membodek, nepotisme dan monopoli kekayaan.


Lihat sahaja semasa Mahathir dianggap sangat zalim pada akhir pentadbiraannya. Mahathir yang diingati oleh majoriti rakyat sebagai penggasak politik mutlak (ultimate political will) cukup terkenal melalui fitnah paling tidak logik dalam kes Anwar Ibrahim dan penangkapan puluhan pimpinan Reformasi. Penghinaan terhadap sultan, kekejaman di Memali dan sebagainya cukup terpendam ingatan rakyat. Akibatnya Mahathir turun takhta dalam situasi tidak popular dan Mahathir terpaksa melantik Pak Lah sebagai gantinya untuk memanipulasikan imej bersih Pak Lah sebagai pembersihan tomahan terhadap UMNO dan BN. Perlantikan Pak Lah bukan suatu 'overhaul' dalam UMNO malah ia bersifat jangka pendek. Mahathir yang sebenarnya cenderung dengan kemampuan Najib terpaksa melantik Pak Lah. Selang beberapa bulan sahaja, Pak Lah dihentamnya dalam ucapan dan kenyataan akhbar.



Kini Najib tercalar imejnya akibat dikaitkan dengan kes berprofil tinggi. BN kembali cuba mengaburi rakyat terutama orang kampung, dengan menahan permit Harakah dan Suara Keadilan. Dengan harapan semasa pilihanraya kecil atau selepas perlantikan Najib sebagai PM, permit akan dikembalikan sebagai gula-gula kepada rakyat. Rakyat yang berotak pun boleh baca tindakan menghalang permit sebagai tidak berasas. Kemudian dilepaskan pengharaman tersebut semasa pilihanraya. Rakyat bukan lagi bodoh. Rakyat kini sudah membaca. Rakyat tidak lagi mudah percaya dengan sumber lisan tanpa diteliti. Rakyat juga menggunakan IT sebagai sumber sekunder informasi mereka.

Menangkap rakyat untuk 'diISAkan' bukan suatu perkara sukar. Cakap sahaja tangkap, terus tangkap. Cakap sahaja lepas, terus dilepaskan. Persoalannya, mengapa pula dilepaskan semasa peralihan kuasa Perdana Menteri berlaku? Mengapa jika benar mereka bukan lagi 'pengancam keamanan' mereka tidak dibebaskan lebih awal? Perlepasan 13 orang tahanan adalah 'gula-gula' BN untuk rakyat. Maksudnya pada BN, mangsa tahanan ISA adalah umpama hamba abdi. Jika buat suatu keramaian dan majlis kesyukuran, hamba dilepaskan sebagai tanda gembira atau untuk mendapatkan sokongan. Jika rakyat masih memilih BN, mereka akan diperhambakan. Bukankah Islam hadir untuk membebaskan perhambaan ini!

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh Perak

Tuesday, April 07, 2009

Mai che mai, mengundi kat Bukit Selambau

Ahli Kelab Penyokong PAS Padang Serai(sebelah kanan di dalam gambar di atas) banyak membantu dalam membantu meraih sokongan kaum bukan Melayu.


Penyokong ini datang berseorangan, memandu motorsikal dari Pulau Pinang dan berkempen dengan penuh semangat.
Kain rentang memperkenalkan calon N25 Bukit Selambau dari Parti Keadilan Rakyat, S. Manikumar.


Kehadiran S. Manikumar ke pusat pembuangan undi SMK Sungai Petani disambut para penyokong Pakatan Rakyat.








2 orang wanita India ini adalah penduduk setempat yang bersungguh-sungguh berkempen. Usaha mereka bersama seorang lelaki India ahli Kelab Penyokong PAS amat bermakna.


Y.B. Mahfuz Omar datang melawat dan memberi semangat kepada petugas di 'pondok panas'


Gelagat seorang mak cik berpayung dengan lambang Bas (salah satu parti bebas yang bertanding) tercetak di atas payung menarik perhatian ramai. Hanya mak cik ini dilihat ke sana sini, berkempen untuk parti tersebut.


Penyokong Pakatan Rakyat menayangkan duit kertas sebagai simbol isu rasuah yang disuarakan. Persoalan berkenaan sebahagian besar kelompok penyokong BN yang terdiri dari remaja belasan tahun turut dipersoalkan. Kehadiran mereka seolah-olah 'ditaja' memandangkan sesi persekolahan masih berjalan pada hari ini dan mereka berada di luar kawasan sekolah dari pagi hingga petang!























Antara petugas yang hadir dan memberikan khidmat menjayakan
PRK N25 Bukit Selambau kali ini.

Wardah bt Abdul Rahman
UPU Tasek Apong, Sungai Petani.

Aksi kempen BN hina Anwar Ibrahim

Cuba teliti gambar dibawah ini. Lihat 2 orang petugas BN lelaki da perempuan sedang tunjuk punggung kepada kereta saya dan 2 petugas PAS Kampung Boyan.
Mereka ini sedang giat merayu undi di kubu kuat BN DUN Trong. Merasa tercabar mungkin dengan kebanjiran petugas PAS, PKR, DAP dan NGO seluruh negara di DUN Trong, menyebabkan mereka membawa isu Liwat ! Lihat mereka sedang beraksi menunjuk cara DS Anwar Ibrahim meliwat Saiful.

Mereka peralatkan media dan polis untuk halang kempen Pakatan rakyat mengenai isu Altantuya dengan alasan ia kes yang beum selesai di mahkamah. Bagaimana pula tuduhan liwat terhadap Anwar? Bukankah masih belum diputuskan dan terbukti tuduhan terhadap beliau dan Sukma dahulu juga palsu?



Inilah politik jahat BN yang takutkan kekalahan. Rakyat Bukit Gantang mula menerima politik untuk keharmonian rakyat bukan lagi kepada pemusatan bangsa dan tradisi elitisme gaya UMNO.
Muhammad Nuruddin Bashah
DUN Trong Bukit Gantang

Kempen dan cara PAS menjawab isu


Baca jawapan PAS Perak terhadap isu DERHAKA


Artis-artis yang pro keadilan dan kerajaan rakyat melukis poster filem abad ini!



Lihat cara kempen sahabat ini dari Kelantan. Ini simbolik petugas UMNO hadir kerana wang!






Muhammad Nuruddin Bashah
Cangkat Jering Bukit Gantang





PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)