Tuesday, April 07, 2009

Kempen perkauman BN


Amaran polis adalah, dakwaan akan dibuat kepada mana-mana pihak yang cuba menggunakan isu Altantuya dalam kempen-kempen mereka. Begitu takut pihak tertentu terhadap isu ini. Bukan sahaja media luar negara tidak ddisaman atau didakwa kerana menyiarkan perkaitan antara Perdana Menteri Malaysia dengan pembunuhan ini, malah ia menjadi 'isolated' issue pula.

Dalam masa yang sama rakyat Bukit Gantang menyaksikan siri kempen BN yang penuh berunsur perkauman. Menghina PAS hanya kerana mengadakan tahalluf siasiy (kerjasama politik). Menganggap PAS adalah kuda tunggangan DAP. Malah ada gambar Ir Nizar berkawad dengan pimpinan DAP dalam pakaian seragam komunis!

Jika ada rusuhan, ada pergaduhan, polis di MARTEK akan bertindak. PAS dan Pakatan Rakyat akan dikaitkan sebagai punca perkauman (idea basi 13 mei) sedangkan semua rakyat yang 'membaca' dan tahu membaca sudah kenal akar dan punca perkauman di Malaysia. Dalam keadaan BN kekurangan Exco bukan melayu, mereka lebih senang menggunakan teknik balas dendam terhadap bukan melayu dengan dibakul sampahkan golongan ini sebagai menunggang PAS. Mereka tidak sedar MCA dan MIC hanya lekat di borang pendaftaran parti politik bukan lagi di hati rakyat.

UMNO juga berbaik dengan Cina dan India. Tetapi mereka menekan bangsa bukan melayu hingga dijinakkan dengan material, suaka sosial, pemusatan kekayaan dan pangkat kepada pemimpin bangsa, mendiamkan bangsa bukan melayu melalui agenda kebendaan semata-mata. Adakah setia benar MCA terhadap Raja berbanding DAP? Bukankah sama sahaja jika kita ingin kaitkan dari segi bangsa.

Kesimpulannya, BN gunakan isu perkauman walaupun dilarang digunakan. Mereka mengatakan mereka agen perpaduan, dalam masa yang sama menghina PAS yang berbaik dengan kaum b ukan melayu. Lebih jengkel mereka tajut dengan isu Altantuya. Sayu hati jika kita lihat gambar gadis itu digantung sekitar Bukit Gantang, dengan ayat-ayat larangan.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)