Berjaya juga bengkel Khas SPAQ berkaitan isu anti PPSMI dan pertahanan bahasa Melayu dan Bahasa Etnik lainnya diadakan di USM. 8 orang wakil Mahasiswa dari berbeza pertubuhan dan latar belakang bersedia mempertahankan bahasa Melayu dan bahasa etnik lain dari dicemari tindakan eksekutif yang melulu dan ceroboh. Saya selaku moderator telah meminta mereka senaraikan dan jelaskan kefahaman mereka dari segi sejarah bahasa melayu, etimologi dan terminologinya, ibtila dan ujian sepanjang perjuangan mempertahankannya serta apa sahaja akta perundangan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah, mereka mampu menjelaskannya dengan baik malah memiliki pengetahuan cukup berkaitan isu ini.
Saya bentang dan jelaskan 10 perkara penting di mana PPSMI telah mencalar akta, perlembagaan dan dasar pendidikan negara. Saya bentangkan perlembagaan malaysia, dasar pendidikan, akta pendidikan 1961 dan 1996, falsafah pendidikan negara, dasar kebudayaan kebangsaan dan laporan razak serta laporan Rahman Talib. Sejarah serta pertikaian akta 152 juga diperdebatkan. Insya Allah mereka akan membentang plan tindakan dan cara untuk menyebarkan dan memahamkan masyarakat sekeliling berkaitan isu ini. Pada saya kaedah bengkel kecil tetapi serius ini lebih berkesan dan memiliki kemampuan impaknya tersendiri. Saya telah melaporkan kepada Cikgu Azmi Presiden TERAS berkaitan 8 petugas bahasa ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Media TERAS
Koordinator Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
No comments:
Post a Comment