Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Friday, April 03, 2009

Usah perlekeh Kelab Penyokong PAS

Kelab Penyokong PAS di bawah Lajnah Perpaduan Nasional PAS bukannya kelab main-main. Bayangkan India dan Cina bersatu memakai baju dengan tulisan jawi, berceramah dan berkempen bahawa mereka rela berada dalam sistem pentadbiran Islam! Mereka bukan ahli PAS malah bukan muslim. Ironinya ramai juga muslim yang berdakwah tetapi kelu bila berhadapan kritikan terhadap siasah Islam dan isu hudud sebagai contoh. Tiada wang dan pangkat yang PAS berikan kepada India dan Cina ini tetapi mereka terus mengkaji sistem Islam dan menyebarkannya kepada masyarakat. Selain medium dakwah, tindakan kelab ini adalah suatu agen perhubungan antara kaum dan punca keharmonian kaum jika PAS memerintah sesebuah negeri.

Di zaman Rasulullah juga ada ketumbukan golongan kabilah bukan Islam yang bertindak sebagai saluran menyampaikan polisi pentadbiran cara Rasulullah kepada kaum bukan Islam. Walaupun ada yang tidak menganut Islam, mereka terus memastikan pentadbiran Islam kukuh, aman dan tenteram selain boleh membuktikan Islam sesuai untuk semua kaum.

Adalah menyedihkan jika ada yang memandang sepi kepada pergerakan Kelab Penyokong PAS ini. Mereka sebenarnya lebih ghairah berceramah dan menyebar maklumat tentang kehebatan politik Islam berbanding sesetengah muslim yang prejudis dan jahil dengan siasah Islam mutakhir.

Pulau Pinang patut kukuhkan kelab ini. Jika benar PAS ingin memiliki 'suara' dalam Pulau Pinang, mereka perlu memiliki sokongan dari Inda dan Cina yang secara langsung menyokong PAS, bukan sekadar mengharapkan golongan India dan Cina dari DAP dan PKR sahaja. PAS sendiri perlu ada sokongan langsung dari golongan ini. Selain mengukuhkan hubungan antara parti pakatan rakyat, kelab ini juga perlu diperkukuhkan di setiap negeri.


Muhammad Nuruddin Bashah
Markaz Utama NGO dan Lajnah Perpaduan Nasional
Kg Boyan, Perak.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)