Sunday, April 26, 2009

Sukan Bowling bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) P.Pinang



Saya berkesempatan bersama KRJ P.Pinang menyertai pertandingan bowling di KBJ kelmarin, 25 April 2009, hari Sabtu. Alhamdulillah, saya ingat promosi Kak Lat berkenaan pertandingan tersebut dan saya cuba ajak beberapa teman USM untuk turut serta.





Saya amat optimis dengan kerja dakwah remaja dan aktiviti santai bersama remaja. Bagi mereka yang serius meneliti masalah remaja, mereka perlu meluangkan masa untuk aktiviti sebegini. Cakna dan hadir. Saya amat menghargai masa saya jika boleh berada dalam aktiviti sebegini. Pengalaman bersama Konsultan Harmony Exellence di KL sekitar tahun 2005-2006 dahulu menyebabkan saya amat suka merapati kelompok ini.

KRJ banyak melakukan promosi melalui poster umum di sekitar KBJ. Akibatnya ramai peserta yang belum mengenali KRJ, JIM atau kelompok Islamik turut sama hadir, mahu bermain bowling dan boleh dikenali kelmarin. Ada pelajar kaum Cina dan India juga. Bukankah ini usaha yang amat positif?


























Di samping mencergaskan badan, peserta juga belajar berintegrasi. Pelajar USM pula mula kenal kerja buat JIM melalui saluran aktiviti remaja. Saya katakan kepada mereka, inilah cara JIM mengikat remaja kepada jamaah Islam. Kak Lat selaku pengarah KRJ P.Pinang (berita dan gambarnya disiarkan dalam Sinar Harian 25 April) telah mengedarkan borang KRJ kepada remaja semua. Saya gembira mendengar Kak Lat menyebut remaja bukan Islam juga boleh sertai KRJ. Alhamdulillah.



Saya turut mengambil peluang mengedar Risalah Aura Islam keluaran SPAQ bulan April kepada peserta. KRJ juga mengedarkan risalah dakwah kepada para remaja untuk diberikan kepada rakan-rakan dan pengunjung KBJ yang lain. Alhamdulillah, bukan senang nak dengar tasbih Kifarah dan Surah Al Asr dibaca beramai-ramai di tempat bowling sebegitu. Tahniah KRJ, tahniah JIM P.Pinang.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK KRJ (tapi tidak aktif)

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)