Ekspo Rakyat di Simpang Taiping (Parlimen Bukit Gantang) cukup meriah walaupun cuaca hujan lebat. Taiping adalah kawasan kaya dengan hujan. Maklumlah berdekatan dengan Larut.
Berdekatan dengan simpang ke Taiping-Butterworth pula, ada Ekspo Perniagaan Barisan Nasional. Hambar dan kasihan kerana tiada orang yang ghairah ke sana. Cuaca hujan, suasana hangat dengan bahang pilihanraya tetapi peniaga pro BN jual spek mata hitam. Mana ada orang nak beli. Ekspo pakatan rakyat pula penuh dengan jualan CD ceramah, peralatan ibadah, makanan kesihatan dan barangan muslim seluruh negara.
Ekspo rakyat juga menyumbang ke arah kempen Pakatan Rakyat di Bukit Gantang. Kepada peniaga…teruskan berniaga dan sebarkan CD dakwah anda semua.
Saya masih menyusun tempat untuk Konsert Kempen Cintai Bahasa di Bukit Gantang. Ahad ini, 5 April akan diadakan Debat Perdana Ketuanan Melayu antara UMNO, PAS, MCA, DAP anjuran Jamaiy Perak.
Muhammad Nuruddin Bashah
Markaz Utama NGO dan Lajnah Perpaduan Nasional PAS.
No comments:
Post a Comment