



Di UPU Tasek Apong, petugas PAS dari Pulau Pinang dan Kota Setar turun menjalankan kempen merayu undi di kawasan yang telah dibahagikan. Serentak pada masa yang sama, sukaneka untuk penduduk setempat diadakan di padang permainan Taman Wira. Hanya dua khemah sederhana kecil didirikan untuk sukaneka ini dan hadiah diberikan untuk semua kanak-kanak yang terlibat, yang membezakannya hanya nombor pemenang-johan, kedua atau ketiga. Tiada hadiah mewah disediakan, hanya piala kecil dan hamper makanan. Yang pasti,

Pelbagai respon yang baik diterima sepanjang kempen merayu undi dijalankan pada hari tersebut. Rata-rata kaum India menyokong calon Pakatan Rakyat. Ada juga yang menyapa di pertengahan jalan bertanyakan petugas PAS, mereka berkempen untuk siapa dan terus meminta risalah yang dibawa untuk diedarkan sendiri sambil memuji menyatakan sokongannya terhadap usaha yang dilakukan petugas .

Antara isu yang dibawa di PRK Bukit Selambau ialah perkembangan terkini selepas Kedah diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Perubahan dan kemajuan yang dibawa disenaraikan dalam tabloid kecil dan diedarkan. Selain itu, penerangan tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditentang oleh Pakatan Rakyat serta isu derhaka kepada Sultan turut dimuatkan dalam risalah berasingan dan disebarkan untuk pengetahuan rakyat.

Wardah bt Abdul Rahman
Wakil Nisa' kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang

No comments:
Post a Comment