Wednesday, August 29, 2012

HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA-BERSIH Perak

HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA
Anjuran BERSIH PERAK (gabungan NGO-NGO Perak)
30 Ogos 2012
9 malam
Tapak Pasar Malam Taman Jati Ipoh 
pengisian:-
--------------------------
Bicara Merdeka oleh :
Cikgu haji Azmi Bin Abdul Hamid (Presiden TERAS) &
Prof. Dr Aziz Bari
Tayangan video, bacaan puisi, solat hajat
Sila bawa sejadah sendiri serta air mineral

Pakaian Kuning

Anak-anak merdeka sila hadirkan diri!!

Friday, August 24, 2012

Kenyataan TERAS - BILA POLIS DIMINTA BERBAIAH DENGAN KERAJAAN


            BILA POLIS DIMINTA BERBAIAH DENGAN KERAJAAN


Kenyataan Media TERAS
8hb Ogos 2012
PM Datuk Seri Najib kelmarin memohon agar PDRM berbaiah dengan kerajaan. Katanya jika PDRM menjaga Kerajaan , Kerajaan akan menjaga PDRM.
Apakah bezanya permintaan ini dengan Aku Janji yang selama ini menjadi dokumen yang mesti ditandatangani oleh semua Penjawat awam belum jelas , tetapi kelihatan seiras.
Namun ketika PM meminta polis berbuat demikian , dan berhampiran dengan waktu pilihanraya , maka seruan ini menjadi jelas maksudnya yang sebenar.
Najib kelihatan mahu membuat sentuhan kepada semua pihak , pemandu teksi , petani , peneroka Felda , belia , pendidik , mahasiswa dan kini polis.
Pada hakikatnya semua perhimpunan yang diadakan sepanjang roadshow beliau , atas konsultasi dengan dan ahli-ahli pemikir strategi yang melengkari beliau , akan dikuti dengan pengumuman berupa pemberian wang dan pelbagai janji yang lain.
Jadi soal baiah bukan sangat isu memastikan PDRM berjanji untuk setia kepada kerajaan tetapi adalah untuk memesan agar semua pegawai tinggi menentukan undi dalam PRU 13 dari kalangan anggota PDRM hendaklah diarah menyokong BN.
Padahal baiah semua anggota kerajaan pada hakikatnya adalah untuk memastikan khidmat terbaik diberi kepada rakyat. Kerajaan hanyalah pemegang amanah kuasa yang diberi oleh rakyat. Kerajaan tidak perlu merayu undi kepada PDRM kerana tumpuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
Inilah yang tercatat dalam Piagam Pelangan PDRM . Ini jugalah yang termaktub dalam Slogan asal polis iaitu Bersedia Berkhidmat yang didendangkan dalam lagu resminya mengundangi bait “Polis sedia Berkhidmat , Kerna Negeri dan Rakyat”
Jauh lebih mendalam , insignia pada logo PDRM terdapat kalimah Allah dan Muhammad. Maka pertanggungjawapan yang tertinggi ialah kepada Alllah dan amanah Rasul , bukan kepada kerajaan semata-mata. Baiah yang hakiki ialah untuk menunaikan perintah Allah dan Rasul.
Lantaran itu bukan suatu yang lazim dibuat oleh seorang Ketua Kerajaan untuk merayu undi secara langsung atau tidak langsung kepada anggota keselamatan agar mengekalkan kuasa kerajaan yang ada , melainkan semada keadaan sangat terdesak kerana ada tanda-tanda anggota PDRM tidak menyokong kerajaan atau kerajaan terpaksa menunjukkan taring dari kuasa esksekutif yang ada.
Teras berpandangan adalah lebih tepat agar proses demokrasi yang sihat digunakan untuk memboleh semua pihak membuat pilihan dengan bebas dan tidak tertekan. Pihak PDRM lebih sepatutnya menumpukan usaha untuk mendapat penghormatan dan kepercayaan dari rakyat , bukan kerana mahu menjaga pangkat yang diberi oleh kerajaan. Akan tetapi adalah untuk memastikan keadilan benar-benar ditegakkan dalam mengekalkan keamanan awam.
Teras juga mengingatkan betapa kerajaan telah melupakan janjinya untuk melaksanakan usaha untuk menambahbaik perkhidmatan PDRM seperti yang dihasilkan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikkan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM
Isu yang terpenting kini ialah untuk mengukuhkan intergriti PDRM dikacamata rakyat. Sementara pihak kerajaan telah menambah bilangan anggota polis yang berjumlah lebih dari 100,000 orang , isu utama ialah keyakinan rakyat terhadap polis sebagai pembela keadilan , penegak kebenaran dan penjaga keamanan belum cukup dihormati rakyat lantaran insiden-insiden yang berprofail tinggi yang tercemar oleh pelbagai campur tangan yang dilihat tidak sihat.
Oleh itu Teras berpendirian bila PM tiba-tiba menimbulkan isu baiah polis kepada kerajaan , fokus utama fungsi PDRM kelihatan tersasar.
Mempolitikkan institusi polis adalah kesilapan paling besar dalam memelihara kemurnian demokrasi dalam sesebuah negara. Polis dilihat sebagai penjaga kepentingan parti pemerintah , bukan lagi mengutamakan perkhidmatan “Kerna negeri dan rakyat”
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
pautan media : harakahdaily

Tuesday, August 14, 2012

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini
Desa Pakatan- 12 Ogos 2012
Ramadhan saban tahun tetap menjadi pilihan utama bagi Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat PAS  DUN Sungai Rapat untuk menabur bantuan dan kebajikan kepada rakyat di DUN Sungai Rapat.
Selain khidmat sebagai pentazkirah tetap setiap malam dengan isi tazkirah yang sarat berkenaan motivasi ibadah dan akhlak, beliau juga giat berjumpa dengan rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam beliau dengan kerjasama UPU Desa Pakatan  telah mengagihkan wang zakat kepada hampir 30 orang asnaf yang layak termasuk seorang muslimah yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan di Surau Taman Pinji Mewah. Selepas mengedar duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, majlis berbuka puasa antara asnaf zakat bersama warga PAS Desa Pakatan dan PAS Kawasan Gopeng berlangsung dengan begitu meriah.
“Walaupun dengan kekangan kewangan PAS yang agak terhad, tetapi Alhamdulillah, ramai penyumbang infaq dan zakat yang kami perolehi dapat disegerakan untuk disalur kepada yang ‘berhak’ tanpa perlu menunggu terlalu lama. Malah semakin kami turun menghulur bantuan, pintu rezeki untuk pertambahan sumbangan daripada para mukhlisin kelihatan memberangsangkan”, jelas Radzi Zainon yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng kepada Media Sungai Rapat.
Saudara Radzi Zainon yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Radzi di DUN Sungai Rapat ini  juga telah mengagih bantuan Pusat Khidmat di beberapa tempat lain seperti di Taman Temara, Kampung Sungai Rokam, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Changkat Larang, Kampung Ara Payung dan beberapa kampung lain.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat









Sunday, August 12, 2012

Ancaman-ancaman terhadap Umat Islam Malaysia


Ancaman-ancaman terhadap Umat Islam Malaysia
Muhammad Nuruddin Bashah

Muqaddimah
Umat Islam di Malaysia memiliki 1001 satu masalah yang boleh diklasifikasikan sebagai penyakit bangsa. Bangsa yang dimaksudkan di sini adalah ‘qaum’ atau golongan iaitu golongan penganut Islam walaupun tulisan ini terpaksa mensasarkan hampir 80% masalah daripada kalangan etnik Melayu. Hal ini disebabkan hubungan sinifikan kaum muslim dengan etnik Melayu serta permasalahan muslim etnik lain yang boleh dikatakan rendah berbanding Melayu.

Penyakit-penyakit bangsa yang menimpa ini boleh dibahagikan puncanya kepada 2 iaitu serangan luaran (external forces) dan serangan dan kerosakan dalaman bangsa (internal forces).

Walaupun isi pati penyakit bangsa yang menimpa kaum Islam belum kita kupas, secara dasarnya ia melibatkan  beberapa punca utama kepada gejala-gejala penyakit bangsa iaitu:

Ø  Taksub melampau terhadap fahaman kebangsaan melebihi taksub dan cintakan agama.
Ø  Elitisme, gejala ketuanan tanpa mengira diri sendiri juga adalah hamba.
Ø  Boros, ranggi dalam kehidupan.
Ø  Jatidiri lemah, suka mengikut dan rela menjadi pengikut budaya global, budaya negatif.
Ø  Manja dan tidak berdikari.
Ø  Malas berfikir, malas memerhati, malas menganalisa.
Ø  Meninggalkan Islam secara kaffah.

   ÇÊÏÈ 
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Al Isra’ : 16)

Umat Islam Malaysia mungkin mengalami pelbagai masalah sejajar dengan ungkapan Rasulullah SAW melalui Umar Al Khattab, 
Sesungguhnya Allah mengangkat segolongan manusia dengan Al Quran dan membinasakan yang sebahagian yang lain dengannya. (Riwayat Imam Muslim No. 817)

Daripada Usamah ra.:

Bahwa Nabi saw. menaiki salah satu bangunan tinggi di Madinah, kemudian beliau bersabda: Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di antara rumah-rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan. (Shahih Muslim No.5135)

Daripada Abu Hurairah ra., ia berkata:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136)


Di antara skop permasalahan dan kemelesetan yang dihadapi oleh umat islam malaysia terutamanya kaum Melayu adalah permasalahan berikut;

1.      Sekularisasi, Pluralisasi, Liberalisasi
2.      Uruskelola Negara yang korup
3.      Militarasi Amerika
4.      Budaya popular
5.      Globalisasi, WTO, Liberalisasi ekonomi
6.      Krisis Akhlak
7.      Alam sekitar yang tidak lestari
8.      Krisis budaya kepenggunaan
9.      Krisis tahap kesihatan yang rendah

1.      Sekularisasi, Pluralisasi, Liberalisasi

Menurut  Haji mahamad Naser Bin Disa Peguam Kanan Persekutuan jabatan Peguam Negara, Ancaman Terhadap Kedudukan Islam Di Malaysia seperti berikut

a)      Menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

§  Berhujah di Mahkamah dan di mana sahaja untuk menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular;
§  Meletakkan Islam di bawah norma-norma dan peruntukan konvensyen antarabangsa yang jelas bertentangan dengan syariat Islam;
§  Perkara 121(1A) ditafsirkan dengan memberikan kuasa mahkamah tinggi sivil untuk melaksanakan judicial review bagi menyemak dan mengubah keputusan Mahkamah Syariah;

b)      Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sehingga membolehkan:
§  orang Islam bebas untuk murtad sesuka hati mereka tanpa kawalan pihak berkuasa agama, jauh sekali daripada dikenakan sebarang hukuman;
§  pelopor dan pengikut ajaran sesat bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka;
§  Institusi Fatwa dihapuskan daripada enakmen Pentadbiran Negeri-negeri kerana dikatakan bercanggah dengan semangat keperlembagaan, ia seolah-oleh menjadi badan pembuat undang-undang ketiga selain daripada DUN dan Parlimen;
c)      Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama.
§  Umat Islam perlu dibebaskan daripada berbagai kawalan undang-undang Syara’ yang mengawal akhlak
§  Berhujah di Mahkamah dan mendesak supaya dihapuskan kuasa negeri-negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah yang bertujuan untuk mengawal akhlak umat Islam seperti khalwat, minum arak, berjudi, berpakaian/berkelakuan tidak senonoh dan sebagainya.
d)      Memberikan imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang Syariah/Islam dengan mendakwa:
§  ulama’ silam sebagai tidak adil kerana mendiskriminasi kaum wanita dengan memberikan hak talak kepada lelaki, pengagihan harta pusaka yang mendiskriminasi wanita,
§  amalan poligami Rasul sebagai gila seks;
§  suami yang memaksa isteri untuk mengadakan hubungan seks boleh dituduh merogol isteri (marital rape).

e)      Mengadakan jaringan bersepadu untuk mengganyang Islam (Islam Bashing)
§  Membentuk persepakatan dengan NGO-NGO, dan media massa khususnya  internet bagi menjayakan program Islam bashing mereka.
§  Mendapatkan sokongan parti-parti politik bukan Islam, termasuk tokoh-tokoh politik dalam atau luar kerajaan bagi melebarkan pegaruh mereka.
§  Bekerjasama dengan badan-badan aktivis hak asasi untuk membela golongan ajaran sesat dan pesalah jenayah Syariah hingga ke tahap mempertikaikan undang-undang kawalan tersebut di Mahkamah Persekutuan.
§  Merekrut siswa- siswi yang petah (terutamanya Bahasa Inggeris) dan pintar untuk menyemai pengaruh mereka di kalangan generasi muda.

2.      Uruskelola Negara yang korup

a)      Indeks persepsi rasuah terkini
§  Prestasi terburuk Malaysia selama 10 tahun dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh Transparency International (TI)
§  Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia = 4.3 bagi tahun 2011 berbanding 4.4 pada tahun 2010.
§  Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara tahun 2010.
§  Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara.
§  Kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.
§  Presiden CUEPECS, Omar Osman yang menyatakan sebanyak 418,200 atau 41% penjawat awam = rasuah – daripada sekecil-kecil perkara seperti pemalsuan sijil cuti sakit (M.C.) hinggalah kepada kontrak-kontrak bernilai ratusan juta.

b)      Indeks Kebebasan Media
§  2011, Malaysia tangga 143 daripda 196 negara.
§  Kajian Freedom House (Amerika Syarikat)= akhbar di Malaysia  tidak bebas =  Madagascar dan Angola di benua Afrika.

c)      Kadar aliran wang haram (dana negara) paling tinggi.
§  Wang haram keluar negara melalui,  gejala rasuah yang berleluasa, pengubahan wang haram, urusniaga dadah
§  2009, Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion) (India lebih berani dedah hal mereka)
§     Negara-negara Asia adalah penjana utama wang haram menyumbang sebanyak 44.4% kepada jumlah aliran wang haram dunia.
§     10 negara menyumbang sebanyak 70% kepada jumlah aliran wang haram dunia terdiri dari, mengikut urutan ranking masing-masing, China (USD2.18 trilion), Russia (USD427 bilion), Mexico (USD416 bilion), Saudi Arabia (USD302 bilion), Malaysia (USD291 bilion), Emiriyyah Arab Bersatu (USD276 bilion), Kuwait (USD242 bilion), Venuzuela (USD157 bilion), Qatar (USD138 bilion) dan Nigeria (USD130 bilion).

d)      Audit negara
§  Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan terlebihan belanja sebanyak RM3.7 bilion oleh jabatan-jabatan kerajaan.
§  Umat Islam boros, korup, salah guna dana di setiap peringkat.

e)      Kemelesetan taraf hidup Melayu Islam
§  Kadar kemiskinan : Kemiskinan Melayu 5.3%, Cina 0.6% dan India 2.5% pada tahun 2009 ( sumber : Unit Perancang Ekonomi)
§  Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 % dan bukannya 5.7 % seperti yang diumumkan oleh kerajaan,  kaedah mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara tidak tepat.  Hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah. (sumber: kenyataan media bekas presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria/ juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, dalam Malaysiakini 17 Jun 2008)
§  Tanah rezab Melayu. British pernah memperuntukkan 3 juta hektar Tanah Rezab Melayu pada 1957.
§  Akan tetapi menjelang tahun 1995, hanya lebih separuh-1.7 juta hektar tanah sahaja yang tinggal. Hari ini Tanah Rezab Melayu telah menyusut ke nilai 44% sahaja daripada nilai asal. Penyusutan sebanyak 1.2% setiap tahun telah berlaku.
§  Bahasa dan tulisan Melayu Islam terancam. Bahasa Melayu dianggap bahasa tempelan, rendah taraf, bukan bahasa akademik 100%, bukan bahasa perundangan 100%, tulisan jawi terhakis, buta jawi, buta Al Quran.
§  Statistik 200 000 pasangan bercerai dalam tempoh 5 tahun.
§  Kampung milik kaum Melayu telah tergadai, lenyap dari muka bumi. Antara yang kini bukan lagi kampung permai kaum Melayu ialah Kampung Pandan, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Baru (bakal tergadai) serta Kampung Kerinchi.

3.      Militarasi Amerika

§  Abu A’la Al Maududi dalam bukunya Kesatuan Umat Islam : Persidangan Islam perlu menetapkan ketetapan membina sendiri perusahaan senjata tanpa bergantung dengan dunia bukan Islam.
§  Setelah pangkalan tentera marin AS di Manila , Korea Selatan dan Okinawa, Jepun ditutup , Singapura tawar diri menjadi pengkalan tentera marin Amerika.
§   Pelabuhan Klang = pernah membenarkan kapal tentera marin AS berlabuh.
§  Malaysia terpaksa akur kepada tuntutan AS , Selat Melaka dikawal secara bersama. Jika tidak Malaysia terpaksa membayar kos  tinggi = kawalan perairan dan kawalan satelit.
§   Peningkatan kadar rompakan, rampasan kapal dagang, penyeludupan senjata, pengedaran dadah, penculikan, pelanunan = Malaysia dan Indonesia sebagai pihak yang lemah, terdedah, cuai dan tidak ambil pusing.
§  Malaysia dan Indonesia tidak mampu mengawal perairannya kerana pantainya luas. Ini diambil kesempatan oleh AS.
§  Malaysia = tentera darat  120 000 laut 18 000 dan udara 15 000 orang.
§  Singapura = tentera  darat 372 000, laut           9 600 dan udara           13 500 orang.
§  Thailand = tentera darat 190 000, laut 59 500, udara  45 000 dan marin, 19 700 orang.
§  Pesawat tempur Malaysia = 57 buah, Singapura 143 buah, 166 buah.
§  Perlumbaan membeli belah senjata antara Malaysia-Singapura, apabila Malaysia berura-ura membeli pesawat Sukhoi SU-30MKM, Singapura mula membeli daripada AS pesawat  F-15 Eagle. Sedangkan Singapura sudahpun memiliki jumlah pesawat F-16 yang banyak malahan masih mengoperasikan pesawat A4 dan F5 Tiger.
§  Awal 80an, belanjawan pertahanan negara lebih tinggi dari Singapura = program PERISTA, pembangunan ATM membeli belah kereta-kereta perisai dan puluhan jet pejuang terpakai Skyhawk.
§  Bila Malaysia beli  kereta kebal utama PT91, Singapura tambah  helikopter penyerang Apache dan lebih kurang 90 kereta kebal Leopard.
§  Bila Malaysia beli puluhan sistem
§  pelancar roket berganda Astros II, Singapura beli  sistem rocket HIMARS.

4.      Budaya popular
§  Beriman dengan artis dan budaya hidup mereka.
§  Penceraiamn menjadi perkara mudah, tiada halangan dan ‘simple’ kerana ikut gaya artis.
§  Budaya ranggi, mewah, tidak bersyukur.
§  Gila popular, rancangan realiti, artis realiti jadi ikon dan strata masyarakat terbaharu.
§  Budaya J-pop, K-pop, Hip Hop.
§  Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios dll.

5.      Globalisasi, WTO, Liberalisasi ekonomi
a)      Perjanjian FTA malaysia-AS
§  Lebih menampakkan berat sebelah, FTA ini di antara Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara maju.
§  Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat memberi status istimewa pada syarikat-syarikat AS. FTA AS dengan negara-negara lain mengandungi syarat bahawa pelabur AS mesti diberikan layanan yang sekurang-kurangnya setaraf dengan pelabur Malaysia.
§  Petani kita akan terjejas oleh persetujuan FTA!
§  1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico.
§  Rakyat Hilang Pekerjaan FTA membawa masuk modal besar AS menyebarkan industri tempatan terjejas sekaligus membawa dampak terhadap pekerja termasuk hilang pekerjaan.
b)      Pemusatan maklumat
§  Media massa global seperti CNN, MTV, CNBC, HBO, BBC, ESPN, Reuters, UPI, AP, AFP hanya papar maklumat pro-barat.
§  Kekurangan maklumat sejati dunia Islam.
§  Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah meluluskan resolusi penubuhan Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) dan Pertubuhan Penyiaran Negara-negara Islam (ISBO). belum dapat menandingi kehebatan media Barat.


6.      Krisis Akhlak dan nilai aqidah

a)      Hedonisme
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) anjur persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei 2012, di Putrajaya
  • Hiburan hedonisme sejak usia sekolah = Bintang Kecil dll.
  • Lambakan rancangan realiti.

b)      Murtad
  • Ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan adalah punca utama gejala murtad dilaporkan semakin parah di negara ini, kata pertubuhan bukan kerajaan, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
  • Konspirasi dan kolaborasi gerakan neo-evangelist iaitu gerakan gereja yang pro Yahudi dan misi kristianisasi sedunia berpusat di Amerika Syarikat. Gereja  Metro Tabernacle dan Grace Assembly dikaitkan dengan gerakan Zionis dan jaringan evangelical sedunia yang menjadikan misi murtad sebagai agenda mereka.

c)      Industri Pelacuran
  • Kelab Malam P.Pinang 475 buah
  • Warga asing pelacur ditangkap 2008 seramai 4603 orang!
  • Pendapatan pelacur meencecah RM 30 000.
  • Ada gelaran atau tempat signifikan inudstri pelacuran, Yang Kalsom, Lorong haji Taib dll.

d)      Rempit/juvana
  • Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.
  • Tahun 2009, 5000 anggota polis diminta tangani Mat Rempit.
  • Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail =  remaja Melayu adalah  95% daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.
  • 24% daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme.
  • 76 peratus mempunyai rekod ditahan polis sekurang-kurangnya sekali berkaitan kesalahan sama atau jenayah.
  • Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 (KPKM-4) 2004 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) setiap 10 tahun sejak 1974 itu mendapati bahawa 13.5 % remaja di Semenanjung, 12 % di Sabah dan 11.3 % di Sarawak keluar tanpa izin ibu bapa hingga larut malam.
  • Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat = sebanyak 6,056 kes juvana dilaporkan pada 2004. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada 2003.

e)      Dadah
§  Menjalar menjadi masalah Malaysia sejak tahun 1951.
§  Di rantau Asia Tenggara, aktiviti penyeludupan dadah bermula sekitar tahun 1950 iaitu selepas Perang Vietnam, Thailand dan Myanmar yang juga dikenali sebagai Segi Tiga Emas.
§  Tahun 2011, Melayu ketagih dadah 78.22%
§  Julat umur penagih 19-39 tahun sekitar 76.54%
§  50 % kes ragut dilakukan penagih dadah (Utusan Malaysia 2009)
§  Keldai dadah umat Islam (penahanan wanita kurang upaya, Siti Aishah Hamid, 43, di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi yang  memenangi hadiah melancong secara percuma ke Singapura selama dua minggu. Sheikh Faezan Omar, 19, yang kini masih berada di penjara Taipei, Taiwan  dituduh menyeludup dadah ditahan di lapangan terbang Taiwan. Raja Munirah Raja Iskandar, 23, dijatuhi hukuman penjara 6 tahun 9 bulan  selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo. Umi Azlim dikaitkan dengan  dadah jenis heroin seberat 2, 983 gram ke China pada Januari 2006 pula dijatuhi hukuman mati. )

f)       Krisis tiang agama
§  Dato’ Fadhilah Khamsah, 80%  orang melayu tidak solat.
§  Artis menceritakan pengalaman tidak solat.
§  Krisis aurat.
§  100 NGO dinegeri Kedah telah bersama dalam WEHDAH kempen Aurat.
§  Peratusan tidak berpuasa masih tinggi.

g)      Gengsterisme Melayu Islam

§  GENKI 7 merekrut  remaja dan anak muda Melayu di Ipoh.
§  180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan di sebuah resort di Teluk Batik.
h)      Pembuangan bayi/anak luar nikah
§  Majoriti berlaku di kalangan remaja dan kaum melayu Islam.
§  517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari 2011.
§  Statistik anak luar nikah yang diambil pada 4 tahun pula dari 1999 – 2003, 30978 dari 70430 atau 44% adalah dari orang Islam.

7.      Alam sekitar yang tidak lestari

a)      Marin dan air
§  Bekalan ikan merosot 90% akibat nelayan tamak pukat tunda.
§  Kerajaan tentukan 40mm lubang jaring pukat tetapi nelayan masih guna lubang 25 mm, ikan baja pupus.

b)      Malaysia makin panas
§  Suhu Malaysia tahun 2012, 38.1 C.
§  Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099.
§  Air laut bakal meninggi 7 meter!  Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air.
§  Keadaan monsun akan bertukar akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, banyak kejadian banjir.
§  Putting beliung, ombak besar, pasang surut tidak konsisten, paras air sungai naik.
§  Tahun 2010, pencerobohan tanah 80 hektar milik kerajaan negeri di Bukit Beruang, Mukim Batang Kali.

c)      Tadahan air, empangan, tanah runtuh
§  Empangan utama Bakun :  Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
§  Melebihi keluasan Singapura : 710.2 km persegi.
§  9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan.
§  Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
§  Lebih dari separuh dari sungai dunia terbesar telah diempangankan, mengawal dan membanjiri kira-kira 400,000 kilometer persegi tanah seluruh dunia.
§  Kesan pada berbagai ekosistem dan habitat seluruh dunia.
§  Spesies seperti salmon dan belut, yang berpindah untuk beranak, mungkin tidak sampai ke destinasi mereka , mendapat kecederaan atau kematian semasa berhijrah melalu turbin atau atas laluan tumpah.
§  Tanah runtuh.
§  Gempa bumi kerana empanagan yang terlalu berat (Bakun) akan menekan plat bumi.
§  Kesannya air sungai Batang Rajang terus cetek jika tidak cukup hujan sehinggalah semua turbin beroperasi seperti yang dijangkakan pada 2015, barulah paras air sungai Batang Rajang kemungkinan kembali normal.
Proses penakungan bermula.


8.      Krisis budaya kepenggunaan

a)      Budaya pengguna
  • Boros, tertarik dengan iklan, mudah ditipu.
  • Halal-haram
  • Ranggi

b)      Krisis sekuriti makanan yang lemah
  • Timbalan Menteri Pertanian dedah di Parlimen  RM 221.81 bilion dibelanja untuk mengimport makanan dalam tempuh 10 tahun yang lalu , Malaysia membayar purata RM 22 bilion setahun untuk membeli makanan dari luar.
  • Malaysia berada di kedudukan kebergantungan kepada bekalan makanan yang paling tidak mapan.
  • Dasar Pertanian Negara Baru 1992-2010 yang mencatat sekuriti makanan sebagai satu elemen yang penting.
  • krisis makanan boleh membawa kepada rusuhan.

c)      Umat Islam muflis muda
  • 41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari dinegara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui kad kredit (TERAS)
  • Kualiti hidup yang semakin menurun akibat diserang ketegangan , murung , jenayah , bunuh diri , tidak boleh mengawal diri , keruntuhan keluarga.
  • 37 000 orang anak muda (berumur antara 25 tahun – 35 tahun) diisytihar muflis dalam bisnes.
  • Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan paling ramai muflis ialah Melayu (39.76%) diikuti Cina 33.36%, India 9.53% sementara lain-lain 17.34%.
  •  Jabatan Insolvensi Malaysia juga merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74% atau 790 adalah lelaki yang merupakan teras bangsa.

9.      Industri Judi dan Arak

a)      Judi
  • Laporan akhbar NST 5 Jun 2012  di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat.
  • Keuntungan syarikat judi jauh lebih besar berbanding Telekom, TNB, serta Maybank.
  • Akta Cukai Perjudian 1972
  • 40 jenis judi di Malaysia

b)      Arak
  • Malaysia pengguna arak no.10 dunia!
  • 45% remaja bawah 18 tahun pengguna arak.
  • Setiap tahun rakyat malaysia belanja RM 1.9  bilion untuk arak.
  • 200 000 penagih arak.
  • Carlsberg untung RM 110 juta tahun 1999.
  • Jualan samsu RM 180 juta setahun.
  • Prof Dr  M Parameshvara , kematian akibat arak lebih banyak berbanding akibat heroin.
  • Ipoh, Greentown - ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’ arak semurah RM 3. (kandungan alkohol 43%. Arak beer biasa 4-6 % sahaja).
  • Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3.

10.  Krisis tahap kesihatan yang rendah

a)      Penyakit akibat budaya hidup, makan, sikap
  • Sehari orang gemuk duduk lebih 2.5 jam berbanding orang kurus.
  • Mereka yang duduk 3 jam sehari depan TV cenderung sakit jantung 64%.
  • 6 kes strok di Malaysia setiap jam. 1000 rakyat mati akibat strok setahun.

b)      Penyakit akibat kemodenan
  • Penyakit akibat radiasi- 16 Mac 2011, Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata terdapat kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma.
  • Penyakit akibat pencemaran

c)      Penyakit akibat media
  • Internet – kanak-kanak yang membesar dengan online mempunyai berat badan berlebihan, tempoh perhatian yang singkat, kurang pandai bergaul, kurang mahir menyelesaikan masalah
  • TV – bayi yang terdedah lebih kepada TV berbanding interaksi dengan ibu bapa menghadapi masalah kelewatan berbahasa dan masalah perhatian

1 Ramadhan 12.12 malam
21 Julai 2012

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)