Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Monday, November 24, 2008

Umat Islam perlu mengambil peluang yang ada


Ahad yang lalu (23 November 2008) saya pulang ke Pulau Pinang dan mengikuti mesyuarat bersama Haji Halim yang merupakan Ahli Majlis Dewan Perbandaran Pulau Pinang merangkap Ketua Penerangan PAS P.P.

Antara perkara yang Haji tegaskan adalah bagaimana umat Islam boleh mengambil peluang untuk dominan dalam siasah di Pulau Pinang. Bagaimana pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandar Bersejarah dan Bandar Warisan oleh UNESCO dilihat sebagai satu peluang baik. Bagaimana pula umat Islam mengambil peluang menonjol dan memain peranan sekiranya ada peluang-peluang perniagaan dan sebagainya.

Saya ada memberi cadangan agar PAS Pulau Pinang mengadakan barisan wartawan dan penulis politik yang akan menyalur maklumat segera ke Harakah. Ia sekaligus menjadi medan alternatif penyelesaian masalah masyarakat. Di Utara kini telah ada Skuad Cakna Sinar daripada akhbar Sinar yang menjalankan kerja-kerja hebahan masalah tempatan melalui akhbar tempatan. Pada saya barisan wartawan atau agen Harakah boleh dibina di setiap kawasan bagi membantu Lajnah Penerangan mempromosi PAS sekaligus menjayakan misi PAS menjadi Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.

Sebelum saya pulang ke Ipoh, Haji ada memberi nasihat…….kumpul pengalaman sebanyak mungkin serta bantu agama dengan pengalaman yang bakal kita terima….kurangkan musuh terutama sesama ahli gerakan, tambah rakan dan kawan terutama daripada kalangan agama lain...

Pendita Bitara
24 November 2008

Thursday, November 20, 2008

ISA di USA?

ISA di AS?


Filem ini bertanggungjawab untuk mengenalkan akukepada sebuah akta yang ditubuhkan oleh AS, yangbernama ' Rendition Act' kata mudah yang lain adalahInternal Security Act (ISA) versi Amerika. Akta inimembenarkan penanggapan tanpa bicara, terhadap sesiapasahaja yang disyaki pengganas atau bersubahat denganpengganas. Akta ini membenarkan kerja-kerja 'syaitan'dilaksanakan, termasuklah penyiksaan, pemenjaraan, danpembunuhan kepada mereka yang terbabit. Yangmenariknya, kebanyakkan suspek tidak diseksa ataudisiasat di tanah AS kerana dianggap suci dan salahuntuk menyiksa tanpa bicara, tetapi dibawa keluar olehnegara2 lain, termasuk di Kem Tahanan Gountanamo.

Menarik untuk kita memberi respon dalam hal ini adalahkerana ketakutan melampau dan tidak bertempat AS inibukan sahaja disuarakan oleh seluruh dunia, malahdisuarakan juga rakyat AS sendiri. Filem2 mutakhirbanyak memaparkan kritikan kepada dasar yangdilaksakan olah AS yang dianggap mengarut dan tidakmenguntungkan AS. Filem Die Hard 4, lakonan BruceWillis dan filem Eagle Eye, memaparkan sistemkeselamatan berkomputer yang dibina AS bagi menanganiserang pengganas, akhirnya membawa malapetaka kepadaAS sendiri.Hal ini signifikan untuk kita pada hari ini melihatkepada kemenangan Obama salaku Presiden AS yang baru.Malah pada minggu lepas Obama mengumumkan untukmengundurkan semula askar AS di Iraq dan penutupan KemTahanan Kamunting (Gaountamano) . Obama yang dilihatlebih humanis melaksanakan dasar-dasar yang dilihatdemokratik dan aman walaupun beliau secara lantangmengatakan Pro-Israel.

Dalam hal ini turut dikupasoleh Tariq Ramadhan dan beliau turut meletakkan batuperingatan di dalam kita senang maraikan kemenanganObama jangan sehingga kita menjadi leka dan tidaksensitif kepada perkembangan.


www.saifullahzulkif li.blogspot. com19 Nov 2008Seri Setia

Wednesday, November 19, 2008

Kayuh Basikal Bererti Kayuh Perubahan


Jom ramai-ramai sertai kempen Berbasikal JERIT Pulau Pinang. Hubungi:-
Penang: 016-3337678Perak: 016-5002523Selangor: 012-3770626 Johor: 012-6909506N.Sembilan: 012-2702624Pahang : 019-5696964Kelantan /Terengganu : 019-2612259Melaka : 019-2275982

Tuesday, November 18, 2008

Dapat dengar pengajian Ustaz Shamsuri di Ipoh

Sebelum datang ke Ipoh, saya ada terfikir mungkin sudah tiada masa untuk saya mengikuti kuliah-kuliah agama di penang. Setakat 2 hari di sini belum lagi ikut mana-mana pengajian.
Di Pulau Pinang selalu ikut kuliah ustaz Shamsuri di Masjid Taman Brown dan Masjid Jelutong. Selain itu ada banyak kaset-kaset die yang diulang dengar sambil meneliti Nurul Ehsan dan Bahrul Mazi.
Tetapi tadi semasa menggunakan WIFI Petronas Taman Impiana Adril Ipoh, tak semena-mena dapat masuk muat turun 5 ceramah ustaz yang telah lama saya cuba download melalui ARES. Jadi setiap hari masih boleh dengan kuliah beliau sekurang-kurang selepas subuh sebelum ke tempat kerja.
Ustaz Shamsuri, banyak membentuk generasi berilmu di utara tanah air malah seluruh negara melalui kaset-kasetnya.
Pendita Bitara
18 November 2008

Monday, November 17, 2008

Perjuangan masih dan amat panjang.....

Baru tamat hari pertama saya di Ipoh. Kini bertugas sebagai Metallurgist engineer trainee di Prima Metal. Rasa sunyi pada hari pertama ini. Sebenarnya 2-3 minggu ini memang terasa agak sunyi terutama mengenangkan kemungkinan akan sunyi dari perjuangan yang saban lama rancak dalam kehidupan.

Pada awal perancangan saya memang bertekad untuk terus mencari usrah dan pimpinan pemuda Ipoh. Tetapi Ustaz Hafiz Nordin telah mengajak saya kembali mengaktifkan BADAI (anti liberalisasi Islam). Beliau kata di Penang masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun saya amat faham bahawa kerja agama adalah waqiie, di mana sahaja ada kerja agama dan ada jamaah Islam yang meneruskan syura dan amal. Tetapi buat masa ini (fasa penstabilan minda dan semangat) saya berhasrat untuk membantu Ustaz melalui BADAI di Pulau Pinang (saya terpaksa balik setiap minggu untuk update kerja) serta masih meneruskan kerja-kerja dalam Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

Kerja dakwah dengan JIM Barat Daya Pulau Pinang tidak akan berhenti kerana hasrat untuk membantu Sekolah Menengah Al Itqan perlu diteruskan. Sahabat saya, Su Shi daripada SUARAM Pulau Pinang juga menyatakan bahawa kerja GMI ( Gerakan Mansuhkan ISA) di Perak juga memerlukan aktivis. Saya mengambil keputusan untuk masih kekal dengan GMI Pulau Pinang di samping akan mencari hubungan dengan GMI di Perak.

Keadaan kerja di Kilang memang mencabar walaupun baru sehari di sini. Pengalaman ini akan memberi pandangan baru dan meningkatkan pengetahuan. Budaya syura ala kilang (mesyuarat di sini hampir setiap hari) cukup memberi pandangan baru kepada saya. Mesyuarat pantas, pendek dan tepat untuk menyelesaikan semua masalah. Budaya Islam yang banyak dipraktikkan oleh bangsa bukan Islam.

Perjuangan masih panjang.......

Muhammad Nuruddin Bashah
Prima Metal Ipoh Perak
17 November 2008

Friday, November 07, 2008

Tidak mampu menjalankan ibadah korban?

Tidak mampu melakukan ibadah korban? Itulah yang bermain di fikiran saya sebelum ini dan selama ini. Bagi saya, ibadah ini hanya untuk mereka yang bergaji beribu-ribu ringgit dan memiliki aset yang banyak.

Bila diperhatikan secara mendalam, ibadah korban dan ibadah sedekah ini adalah suatu latihan perasaan dan emosi. Ibadah ini disyariatkan untuk melatih diri dan hati agar peka dan sensitif dengan kesusahan orang lain. Malah ia menjadikan kita bertambah yakin bahawa harta kita hanya pinjaman.

Semasa Qabil diperintahkan melakukan korban, adakah Allah ingin melihat aset dan pendapatannya? Bukankah Allah ingin menilai sikap ikhlas Qabil dan Habil?

Saya mengambil keputusan untuk menjalankan ibadah korban juga pada tahun ini melalui Muslim Aid. Saya berkongsi wang dengan 2 orang lagi sahabat yang juga berpendapatan tidak seberapa. Disebabkan kami ingin berkongsi korban seekor kambing, maka ia bukan lagi ibadah korban tetapi sedekah. Sedekah juga ibadah kata kawan saya di Muslim Aid. Jadi saya ingin bersedekah seekor kambing bersama rakan-rakan, berkongsi RM 100 seorang untuk menyembelih seekor kambing biri-biri pada Hari Raya Korban tahun ini.

Daging itu akan dihantar kepada masyarakat yang benar-benar jarang menikmati daging dan benar-benar lapar. Jadi kami akan berpuas hati dengan sedekah yang efektif sebegitu.

Jadi adakah gaji dan lebihan wang bulanan menjadi penghalang kita bersedekah dan bekorban? Jawapannya tidak. Malah diri, keikhlasan, hati dan iman lah yang menjadikan tangan kita ringan, poket kita tidak panas dengan wang serta kita akan lebih menghargai umat sekitar kita yang dhoif.

Penutup kata, marilah beribadah korban pada tahun ini. Jika kurang mampu, bersedekahlah melalui perkongsian bahagian korban anda. Amat mudah. Sekiranya tahun hadapan Allah kurniakan pendapatan yang lebih dan mencukupi, saya dan rakan-rakan bertekad pula untuk menjalankan ibadah korban yang sebenarnya seperti insan-insan lain. Moga Allah membantu kita.

Hubungi saya untuk keterangan.
Muhammad Nuruddin Bashah (004)
Muslim Aid Asia (Pulau Pinang)
017-6291368

ISA boleh dicabar; pembebasan Raja Petra sebagai bukti


Permohonan Habeas Corpus raja Petra Kamaruddin di mahkamah Tinggi Shah Alam telah diterima. Beliau dibebas atas perintah Mahkamah dan penahanan beliau dianggap tidak sah melalui akta keselamatan dalam negeri (ISA).

Ini mungkin lembaran baru atau ruang baru kepada penggerak hak asasi dan pejuang pemansuhan ISA yang zalim ini.

Peguam-peguam Raja Petra dan beberapa peguam yang bergiat dalam menentang akta ini perlu duduk semeja dan dapatkan satu formula agar kaedah Habeas Corpus menjadi salah satu cara untuk membebaskan ramai tahanan yang belum terbukti 'dosa' mereka.

Kes Raja Petra adalah indikator. Pergunakan indikator ini sebaiknya.


Pendita Bitara

Thursday, November 06, 2008

Jom sucikan gaji bulanan anda melalui zakat..

Susahkah membayar zakat? Saya jawab mudah. Yang susah adalah memastikan duit zakat itu disalurkan kepada yang benar-benar memerlukannya. Tetapi kini mudah kerana terlalu banyak badan kebajikan, pusat penjagaan wanita bawah umur, pusat tahfiz dan sebagainya.

Untuk kiraan simpanan tetap.
Anda hanya perlu kira wang zakat simpanan bila simpanan tetap mencecah RM 3600. Jika anda menyimpan wang simpanan sebagai contoh di dalam akuan anda RM 4000 pada bulan 12, anda bayar sahaja pada hujung tahun itu hanya RM 100 !! Adakah ini terlalu besar bagi anda? (darab 2.5% dengan 4000 = 100)

Ambil seratus itu terus berikan kepada mana-mana badan kebajikan Islam.

Untuk kiraan bulanan (gaji bulanan)
Baik, secara umumnya duit lebihan anda pada setiap bulan akan di darab dengan 2.5%. Contohnya gaji anda RM 1800. Anda ada lebihan wang sebanyak RM 100. Anda hanya akan membayar sebanyak RM2.50 sahaja !! Apalah sangat dua ringgit lima puluh sen itu kepada anda yang bergaji lebih seribu demi sesuap nasi kepada yang memerlukan.

Pada saya, lebih mudah untuk dikira zakat berasaskan gaji penuh bulanan dan bukannya lebihan gaji bulanan. Sebagai contoh pada penyata gaji anda Gaji anda adalah RM 3000. Jika 2.5% darab dengan 3000, anda hanya perlu salurkan wang zakat sebanyak RM75 sahaja. Ini kiraan mudah kerana kita tidak perlu kira lebihan wang penggunaan kita (kerana setiap bulan lebihan wang tidak tetap).

Jumpa dengan mana-mana badan kebajikan Islam, potong zakat melaluinya.

Sekarang anda boleh tidur lena selepas berzakat……

Muhammad Nuruddin Bashah (004)
Wakil Muslim aid Asia Pulau Pinang

Wednesday, November 05, 2008

Semakin Ramai Melupakan Zakat

Dunia diselimuti penyakit Al Wahnu. Apakah itu Al Wahnu? Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menta’rifkan penyakit ini sebagai cintakan dunia dan takutkan mati. Apakah implikasi penyakit ini kepada sistem sosial Islam?

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Dalam usaha untuk memahami maksud dari hadis Nabi Muhammad s.a.w. di atas :

Ramai insan hari ini lebih takutkan surat PTPTN lebih daripada surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang menganjurkan hukum zakat harta. Alangkah malangnya umat Islam hari ini. Lebih menyedihkan ramai di antara kita yang mampu menyebut satu-persatu rukun Islam dari kalimah syahadah hingga ke menunaikan haji. Zakat adalah salah satu daripadanya. Bukannya kita tidak sedar bahawa rukun Islam wajib ditunaikan dan haram dilanggar.

Kepedulian sosial dan kesusahan orang lain semakin lama semakin tipis. Budaya ananiyyah atau individualisme semakin bermaharajalela. Kita semakin lupa dan alpa bahawa dalam wang harian kita terdapat hak Allah dan hak manusia yang lain. Ini bermakna terdapat rezeki manusia lain yang dialirkan ke dalam akaun gaji kita, justeru kita disarankan menginfaqkan harta.

Harta dialirkan kepada yang memerlukan melalui jalan yang paling mudah iaitu sedekah, jalan zakat fitrah, zakat harta bagi yang cukup syarat serta jalan korban haiwan ternak semasa Aidiladha.

Ingatkah kita bahawa Saidina Abu Bakar pernah memerintahkan hukuman bunuh kepada kelompok kaum yang enggan menunaikan zakat malah menyatakan bahawa zakat itu tidak wajib. Sabda Nabi SAW,

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim:-

‘Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Saya diperintahkan untuk memerangi mereka, kecuali bila mereka sudah mengikrarkan syahadat bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya, mendirikan sembahyang, dan membayar zakat. Bila mereka sudah melaksanakan hal itu, maka darah mereka sudah memperoleh perlindungan dari saya, kecuali oleh kerana hak-hak Islam lain, yang dalam hal ini perhitungannya diserahkan kepada Allah.”

Rata-rata di kalangan kita enggan membayar zakat harta bukan kerana kedekut tetapi malas atau tidak mengambil tahu cara mengira hasil tahunan dan cara membayarnya. Bagi yang menyimpan wang melalui Tabung Haji, pihak TH akan memotong wang mereka untuk zakat sekiranya cukup syarat dan nisab.

Malah perkara yang lebih malang ialah apabila ada mahasiswa yang sudah bekerja, tetapi zakat fitrahnya masih dibayar oleh si bapa sendiri kerana si anak langsung tidak tahu bahawa nyawa dan ruhnya ada bayaran yang ditetapkan oleh agamanya sendiri. Bayaran nyawanya tadilah yang dikenali sebagai zakat fitrah.

Saya menyarankan kepada rakan-rakan untuk memotong sedikit wang saban bulan kepada mana-mana badan zakat bertauliah, atau menyalurkannya kepada badan-badan amal yang jelas membantu golongan miskin dan fakir. Alasan cukai pendapatan tidak dimansuh oleh majikan jika berzakat tidak boleh digunakan. Kita membayar cukai pendapatan saban bulan hanya kerana ia dipotong secara tetap oleh kerani kewangan majikan kita. Jika majikan tidak mahu menggantikan cukai pendapatan dengan potongan zakat, kita merasakan rugi kerana terpaksa membayar kedua-duanya sekali sedangkan harta bulanan mungkin telah melimpah-limpah. Bagi saya cukai pendapatan adalah tanggungjawab kita kepada kerajaan yang menjaga prasarana awam. Sedangkan zakat adalah harta UMMAH dan harta pembangunan insaniyyah Islam.

Zakat berasal daripada perkataan tanam dalam bahasa Arab. Ini bermakna, sesiapa yang berzakat, hartanya akan bercambah dan tumbuh bagaikan harta tanaman. Jika kita yakin dengan janji Allah, kita pasti akan merasa tenang selepas membayar zakat..

Jika ada yang bertanya kepada saya tentang kaedah mengira nisab dari gaji bulanan, saya katakan sahaja, buat sahaja potongan bulanan kepada mana-mana badan kebajikan. Insya Allah anggaran wang yang sama dengan cukai pendapatan itu akan meliputi keseluruhan harta kita bagi yang tidak memiliki tunai pendam di dalam bank sebanyak RM 6000. Jika ada emas dan wang pendam, perlulah dilakukan sedikit pengiraan semula.

Jalankan pengiraan harta terpendam dan emas simpanan anda saban tahun. Tugasan mengira yang ringan ini akan membantu kesusahan kita di akhirat kelak.

Terlalu banyak amal Islami dan kebajikan boleh kita lakukan sekiranya wang zakat banyak terkumpul. Kesedaran daraipada golongan berkemampuan amat perlu.

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa perihal bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Al-Imran – 3:180)

Penyakit Al Wahnu yang menjadikan kita takut mati menyebabkan saban waktu kita berfikir tentang harta simpanan, kesihatan yang memungkinkan nyawa kita panjang dan sebagainya. Malah ia juga menjadikan kita gila harta dan keduniaan sehingga lupa bahawa ada manusia lain yang tidak makan dan minum di sekeliling kita.

Saya bersama dengan sahabat saya, Muhammad Bin Kamarulazizi sedang merancang untuk mengadakan plan potongan gaji kepada yang berkemampuan untuk membayar zakat kepada Muslim Aid Asia. Zakat akan digunakan sepenuhnya bagi membantu golongan lemah (mustadhafin) di Malaysia dan mangsa perang di luar negara. Selain korban melalui pengetinan daging yang dilaksanakan oleh Muslim Aid, projek bayar zakat harta ini juga akan membangunkan ummah kita serta melancarkan badan kebajikan menjalankan kerja menyalurkan rezeki kurniaan Allah kepada yang berhak.


Muhammad Nuruddin b Bashah (Agen 004)

Wakil Muslim Aid Asia, Pulau Pinang.

017-6291368

Gandakan Pahala Melalui Ibadah Korban


Monday, November 03, 2008

Pihak majlis agama perlu bertindak

Surat saya yang disiarkan dalam Berita Harian Isnin, 3 November 2008
Pihak Majlis Perlu bertindak Tangani Isu Menara Pemancar Telekomunikasi di Masjid-Masjid.

Saya terpanggil untuk menulis surat ke ruangan pembaca kali ini untuk mengenengahkan isu berkaitan pembinaan menara telekomunikasi di masjid-masjid Pulau Pinang.

Saya berharap agar Pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) memberikan jawapan atau maklum balas berkaitan isu permohonan sebuah syarikat telekomunikasi swasta yang ingin menggunakan kawsan masjid sebagai lokasi pembinaan menara telekomunikasi mereka. Mereka telah memberi surat rasmi serta berjumpa dengan ahli jawatankuasa dengan setiap kariah masjid. Walaupun banyak kariah yang menolak atas alasan menjaga kesucian masjid serta alasan kesihatan dan impak radiasi, masih ada kariah yang menerima perlawaan berkenaan.

Pihak syarikat berkenaan juga menjanjikan lampu limpah yang bakal menerangi kawasan masjid dan wang RM 500 sebagai ganjaran sewa bulanan selama 10 tahun kepada pihak masjid.

Seperti yang ramai maklumi, masjid adalah rumah Allah dan menjadi pusat kegaiatan amal dan usaha pendidikan Islam. Masjid bukanlah sebuah pusat perniagaan yang boleh diambil keuntungan. Malah pembinaan menara yang terlalu dekat dengan penduduk kampong juga bakal membawa penyakit yang berbahaya kelak.

Pihak kariah-kariah terutama di Balik Pulau masih kabur dengan polisi dan status kebenaran menggunakan kawasan masjid sebagai telekomunikasi dan amat mengaharapkan makluman pihak kerajaan, Majlis Agama atau Jabatan Agama Islam Pulau Pinang berkaitan isu ini. Keputusan dan maklum balas daripada pihak berwajib akan mengelakkan pertelingkahan sesama anak kariah berkaitan isu penting ini.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Hadapan 360 MKJ
Kampung Terang
11000 Balik Pulau,
Pulau Pulau.

jihadin82@yahoo.com

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)