Monday, November 17, 2008

Perjuangan masih dan amat panjang.....

Baru tamat hari pertama saya di Ipoh. Kini bertugas sebagai Metallurgist engineer trainee di Prima Metal. Rasa sunyi pada hari pertama ini. Sebenarnya 2-3 minggu ini memang terasa agak sunyi terutama mengenangkan kemungkinan akan sunyi dari perjuangan yang saban lama rancak dalam kehidupan.

Pada awal perancangan saya memang bertekad untuk terus mencari usrah dan pimpinan pemuda Ipoh. Tetapi Ustaz Hafiz Nordin telah mengajak saya kembali mengaktifkan BADAI (anti liberalisasi Islam). Beliau kata di Penang masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun saya amat faham bahawa kerja agama adalah waqiie, di mana sahaja ada kerja agama dan ada jamaah Islam yang meneruskan syura dan amal. Tetapi buat masa ini (fasa penstabilan minda dan semangat) saya berhasrat untuk membantu Ustaz melalui BADAI di Pulau Pinang (saya terpaksa balik setiap minggu untuk update kerja) serta masih meneruskan kerja-kerja dalam Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

Kerja dakwah dengan JIM Barat Daya Pulau Pinang tidak akan berhenti kerana hasrat untuk membantu Sekolah Menengah Al Itqan perlu diteruskan. Sahabat saya, Su Shi daripada SUARAM Pulau Pinang juga menyatakan bahawa kerja GMI ( Gerakan Mansuhkan ISA) di Perak juga memerlukan aktivis. Saya mengambil keputusan untuk masih kekal dengan GMI Pulau Pinang di samping akan mencari hubungan dengan GMI di Perak.

Keadaan kerja di Kilang memang mencabar walaupun baru sehari di sini. Pengalaman ini akan memberi pandangan baru dan meningkatkan pengetahuan. Budaya syura ala kilang (mesyuarat di sini hampir setiap hari) cukup memberi pandangan baru kepada saya. Mesyuarat pantas, pendek dan tepat untuk menyelesaikan semua masalah. Budaya Islam yang banyak dipraktikkan oleh bangsa bukan Islam.

Perjuangan masih panjang.......

Muhammad Nuruddin Bashah
Prima Metal Ipoh Perak
17 November 2008

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)